Wednesday, September 16, 2009

Jawapan Pada Persoalan 64

Alhamdulillah, kesempatan yang ada, dapat kita berkongsi jawapan bagi persoalan yang diajukan

nawawi assalamualaikum..apa hukumnya kalau saya bersahur terlebih masa.?saya baru tahu jam saya lewat seminit dari jam astro. 2009-09-15 12:24 AM

tak tahu tak apa

Guest Johairi..Salam Ustaz , bolehkah kita berdoa dalam bahasa melayu ketika sujud terakhir dalam sembahyang dan apa hukumnya? 2009-09-14 11:58 PM

Boleh tapi jangan sampai terkeluar pada lisan, dalam hati sahaja

Guest salam ustaz,apakah jika seorg yg sakit mental bunuh diri adakah dikira bukan islam.bolehkah dibwa msuk kedlm umah dimndikan dan disolatkan. 2009-09-15 1:39 AM

Sakit mental tidak ada tanggungan baginya. Dia tetap Islam dan boleh disolat dan sembahyangkan seperti biasa

Siti Ustaz, jika kita hendak qadak solat maghrib diwaktu isyak, adakah kita solat isyak atau qadak maghrib dulu? 2009-09-15 1:35 AM

Isyak dulu

ingintahu bapa yg hanya memberi nafkah kpd isteri & anak2 tetapi tidak pernah membimbing keluarga dlm soal ibadah kpd Allah. Anak2 membesar tanpa kasih sayang Bapa masih tidak berubah.Ketika 70 tahun mendpt kemalanga & tidak dapat bergerak. Tiada anak lelaki hanya 2 anak perempuan belum berkahwin... Bapa memaksa mereka menjaganya. Orang gaji diambil tapi tidak dpt bertahan. Telah lari. Kini bapa bapa berada di rumah penjagaan org Islam meraka selau melawatnya serta menasihatinya untuk mengingati Allah. Dia selalu menyuruh mereka menjaganya. Apa pangangan ustaz? 2009-09-15 1:08 AM

terbaik, anak jaga. Tapi kalau tak mampu dan tidak sempurna, boleh diletak di rumah kebajikan. Cuma pandangan saya, tetap kena selalu minta maaf pada bapa dan minta ampun pada Allah

ingintahu apa hkumnya membantu org bukan Islam meletakkan bunga di kubur bapanya (bukan Islam) sebagai memenuhi permintaan pelanggan teksinya itu? 2009-09-15 1:01 AM

Niatkan sebahagian dari kerja. Pendapatan, sebahagian sedekahkan untuk membersihkan yang syubhat

ingintahu apa hkumnya memberi Alquran ( Arab shj) kepada orang bukan Islam sebagai hadiah.2009-09-15 12:58 AM

boleh untuk niat dakwah

Kak Nor Salam Ustaz,Lepas solat t'wih 8 rk'at, saf lompong sana sini, apa hukumnya?2009-09-15 12:31 AM

Kena rapatkan, makruh membiarkan saf lompong

Anggerikdesa Salam ustaz..seorg kwn sy mengandung tiba2 keluar sedikit darah seolah-olah darah haid..apakah terbatal puasanya dan perlu diqhadakan. 2009-09-15 12:25 AM

Kalau mengandung tak ada darah haid, kalau berdarah maknanya darah penyakit

pedo berdosa ke saya tak pegi ziarah ibu saya,jika dia suka mengumpat keji adik beradik saya dan ibu tak suka jika saya cerita psl agama dan solat 2009-09-15 2:35 AM

kena ziarah dan tidak berdosa menziarahinya

ingintau kenapa kita hilang barang ustz, selain dr kelalaian kita adakah ia satu kifarah 2009-09-15 2:23 AM

salah satu sebabnya

ingintahu salam ustaz,,,,kita tidur dalam keadaan berpuasa selepas itu kita bermimpi keluar air mani,,,tapi mimpi itu separuh sedar,,, adakah batal puasa itu? 2009-09-15 2:21 AM

tidak

lan hukum pakai minyak wangi ada alcohol waktu solat 2009-09-15 2:14 AM

kalau alkohol di buat dari barang yang halal seperti tumbuhan, maka boleh

ingintahu salam ustaz.. boleh tak berberus gigi pada waktu pagi? bagaimana pula dengan emas yang dipakai harus kah d zakat? 2009-09-15 2:12 AM

emas yang dipakai tak kena zakat, berus gigi waktu pagi boleh bagi yang puasa, selepas zohor makruh

halijah kita tidak pandai membaca al-quran tetapi di bulan ramadon ini kita cuba membacanya walaupun kita tahu ada yang salah .apa hukumnya ustaz berdosa besa 2009-09-15 2:10 AM

tak, niat belajar

azidr bolehkah solat tarawikh bersendirian, tidak berjemaah kerana terpaksa bertugas pd waktu itu 2009-09-15 1:47 AM

boleh

Guest bolehkah saya mengeluarkan zakat kepada al ljaba 2009-09-15 1:42 AM

boleh

morazas Rumah saya ini ada banyak cicak,kadang-kadang cicak ni berjalan atas pakaian yang telah di

2009-09-15 1:41 AM

Cicak jalan tak najis

aha salam ustaz,bolihkah jika terjaga pd tghmlm tak mampu bangun solat,hanya sekadar bertasbih dtmpt tidor shj 2009-09-15 2:54 AM

boleh

bunga salam,sy ingin ringankan kusut di hati...blh ustaz tlg sy? 2009-09-15 2:48 AM

zikir

Fadley DAPATKAN DVD PANDUAN SOLAT - RM24.90. Harga istimewa untuk bulan Ramadhan,dapatkan segera dengan menelefon 018-2604006 2009-09-15 2:47 AM

sue salam ustaz, bagaimanakah caranya untuk menggantikan puasa bagi orang yg telah meninggal dunia? 2009-09-15 2:43 AM

niatkan untuknya. “sahaja aku puasa bagi ibuku kerana Allah taala

mohd iman assalammualaikum ustaz saya ingin bertanya kalau zakat mas itu boleh kah dibayar selepas hari raya terima kasih 2009-09-15 2:41 AM

boleh

Hanim Shaha Sunta witir penutup segala solat sunat. Selepas tarawih saya dah buat. Mcm mana selepas saya sembahyang malam pulak?Perlu lagi atau tidak? 2009-09-15 2:40 AM

Tak perlu

mohd iman assalammualaikum ustaz saya ingin bertanya boleh kah berus gigi dengan colgate kalau tengahari sudah . dan kalau mas yang dipakai harus kah di zakat k 2009-09-15 2:39 AM

lepas zohor makruh, mas dipakai tak kena zakat

Hanim Shaha Adakah malam Lailatul Qadar hanya pd malm ganjil. Kita disuruh memperbanyakkan ibadat pd 10 terakhir ramadhan. Bermakna pada bila2 10 terakhir? 2009-09-15 2:37 AM

Benar anda, buru redha Allah lebih besar dan utama

Along Salam. Ustaz, ada suami ni scandle ngn isteri orang, perlu ke dia bg tau isterinya akan scandle itu atau silence jr sebab dia dh x taubat. Suami ni dah taubat dh. Nk ckp @ lupakan trus tragedy tu.. TQ Salam..TQ. 2009-09-15 2:36 AM

Tak perlu cakap

Guest Berapakah kadar yg dibolehkan dari harga kos sesuatu brg diambil utk menetapkan harga sesuatu brg yg hendak dijual? 2009-09-15 4:02 AM

Tak ada had, asalkan tidak melampau. Cuma, jika barang makanan tidak boleh sampai menzalimi, ada yang mentakrifkan menzalimi ialah apabila lebih dari sekali ganda harga kos semua

ingintahu Bolehkah kita solat jamakqasar bila dah smpai ke tmpt yg dituju, eg blk kg@ bcuti. Blehkah kita dikira sbg musafir & blh trus solat tsbut utk 3 hari 2009-09-15 4:00 AM

boleh

Nur Salam Ustaz, boleh tak ustaz war-warkan diblog ini :masa,tarikh dan di channel bpe ustaz akan keudara di TV utk sbrng kuliah. 2009-09-15 3:29 AM

insyaAllah

Nur Ustaz, berdoskah jika kita menyesal pd sesuatu yg berlaku. 2009-09-15 3:22 AM

Kalau dosa, tak berdosa

Nur Salam Ustaz, kenapa kita terase resah gelisah meninggal solat n bahagia bila dpt tunaikan solat. 2009-09-15 3:22 AM

Tanda iman

Nur Ustaz saya tak faham jawapan ustaz, teruskan sampai kalau tak tuan mati,isteri mati. 2009-09-15 3:19 AM

Itu istilah perkataan tok guru lama kita dulu, maknanya, teruskan tegur sampai mati..

Nur Salam Ustaz, kadang semasa sy tegur suami utk solat menitik air mata sy ustaz. Tapi suami kata kenapa sedih sbb dia tak solat. Apa harus sy buat ustaz 2009-09-15 3:17 AM

Terus tegur

Nur Salam Ustaz, bolehkan saya bersalaman dgn pakcik sebelah suami. (sebelah ibu dan bapa suami)dan jika ia atas suruhan suami bagaimn.tq 2009-09-15 3:16 AM

Elakkan

aha ustz,iktikaf dmasjid pd bln puasa adalh dtuntut sepanjang masa,dan pd bila waktu,adakah perlu watu mlm shj 2009-09-15 2:58 AM

tak semesti

SARAH85 adakah keputihan bagi perempuan itu boleh mnyebabkan batal wuduk? 2009-09-15 5:03 AM

Tidak, cuma kalau nak sembahyang kena bersihkan

SARAH85 ustaz, apa hukumnya melukis gambar kartun dan sebagainya? 2009-09-15 5:00 AM

Atas niat, untuk dakwah tak apa

aziah apakah kelebihan solat sunat? 2009-09-15 4:45 AM

mengundang redha Allah

yusz salam....byknyer soalan....jenuh ustz nk jwb..hehe 2009-09-15 4:34 AM

Mmmm....

doraemon Salam ustz, sy ada seorg kawan yg selalu menceritakan kelebihan2 diri nya sehingga sy rasa cemburu @ tidak senang.. apakah ayat utk menahan perasaan itu? cerita sekali dua cukup lah.. tp apa2 perkembangan diri nya, mesti ingin memberitahu dgn bangga.. adakaha sy berpenyakit dihati? 2009-09-15 4:28 AM

tak senang dengan kejayaan orang lain tanda permulaan penyakit hati

Guest ustaz, apa hukumnya meluruskan rambut(rebonding) bg wanita jika ianya utk tatapan suami? adakah dikira merubah ciptaan Allah? 2009-09-15 4:14 AM

Tidak

Guest Bgmana caranya utk sedekahkan bacaan Al-Quran kpd seseorg yg dah meninggal atau yg masih hidup? Ada bacaan tertentu @ hanya niatkan di dllm hati? 2009-09-15 4:05 AM

Niatkan sahaja

Student salam ustaz, apakah surah yg sesuai tuk peljar bca bg mendptkan kptsn yg cmerlang? Thankz a lot... 2009-09-15 8:37 AM

Al-Insyirah

Pusing Salam ustaz, jika seseorang itu mlas nak bersolat, apakah nasihat yg terbaik tuk tgur dye tanpa sakitkan hatinya? T.q. 2009-09-15 8:33 AM

Apa sahaja asalkan berhikmah

Yusuf Salam, apa maksud ustaz paal tak bayar hutang, kelebihan amalan tergantung? 2009-09-15 8:11 AM

Kalau syahid sekalipun, kelebihan syahid tergantung hinggalah hutang terlunas

azah adakah sampai doa seorg suami kpd isterinya yg telah meninggal dunia, spt doa anak soleh & solehah 2009-09-15 7:02 AM

sampai

hamba Allah: Salam Ustaz..bilakah lagi kursus solat mazhab Syafie diadakan..berapa hari n bayaran bagaimana ustaz? 2009-09-15 6:33 AM

insyaAllah, saya akan maklumkan dalam blog

karma ustaz..org yg mati tertimbus spt mati akibat gempa bumi itu mati syahid ke? 2009-09-15 6:32 AM

syahid kecil, iaitu Allah berikan kebaikan yang banyak

amany salam, ustaz cemana kalu sy dah maafkan seseorg ttp utk mengelakkan perbalahan lagi, sy kurangkan berckp dgn dia, itu lebih elok atau bt mcm biasa jer 2009-09-15 6:09 AM

latih untuk macam biasa

Guest kakak ipar telah membawa pensil, coklat dan air dan dibawa berjumpa orang untuk di jampi kerana anak hendak periksa. di katakan boleh terang hati. 2009-09-15 6:02 AM

Elakkan

Jamil ustaz,boleh tak kalu kita berkahwin dgn mak tiri kita setelah bapa kita meninggal dunia? 2009-09-15 5:38 AM

Tak boleh jika ayah telah menyetubuhinya

Jamil Salam Ustaz,air sembahyang terbatal tak kalu kita trsentuh isteri kepada bapa saudara kita? 2009-09-15 5:35 AM

batal

sallehaman Persoalan "WALI ALLAH",benarkah Wali ada "kelebihan" cthnya, ada org kata boleh tukarkan arak menjadi susu, tukarkan daun jadi duit & sbgnya.? 2009-09-15 3:07 PM

ada kelebihan, kalau nabi dipanggil mukjizat, kalau wali dipanggil karamah

fir bolehkah anak perempuan yg sudah berkahwin beri zakat pendapatan kepada ibunya yg tiada pendapatan? salam 2009-09-15 2:44 PM

anak tak boleh bagi zakat pada ibu, kalau ibu susah kena bagi nafkah

Guest Berapakah jumlah timbangan emas perhiasan perlu dibayar zakat? Berapakah nilai zakatnya? 2009-09-15 1:31 PM

2.5% selepas nisab

Guest Sy berhutang dgn kad kredit bank luar negara semasa belajar dulu. Setelah balik M'sia, sy ada hubungi bank tersebut utk membayar dgn membuat potongan melalui kad kredit M'sia. Tetapi bank tersebut terus senyap hingga kini. Sy cuba hubingi mereka beberapa kali tetapi mereka x jawab. Apa hukumnya? Sy telah pun bertaubat, tidak berhutang lagi, bayar zakat serta mengerjakan haji. Bagaimana hukum amalan sy?

Dah usaha, tak apa

zainon wajibkah kita membayar kifarat sepanjang hidup kita. kalau ya , macam mana nak kira. 2009-09-15 10:50 AM

kifarah apa?

Hamba ALLAH Salam ukhwah ustz,saya nak tanya ape hukum masukkan gambar dalam internet??contohnya friendster dsbnya. 2009-09-15 10:01 AM

Boleh selagi mana menjaga aurat

Lin Salam, sy terlena seketika semasa menunggu imam beri salam. Batal ke sbhyg sy? Betulke x boleh solat sunat sblm sbhyg raya.Bgmn solat thytl masjid? 2009-09-15 9:22 AM

Kalau terlelap sedetik tak batal, tidak ada apa-apa solat sunat sebelum solat hari raya. Kalau buat sah tapi tak dibuat Nabi

guest salam ustaz,apakah hukum orang lelaki tidak pergi solat jumaat berjemaah di masjid?adakah sah mereka bersembahyang zohor di rumah? 2009-09-15 10:31 PM

sah tapi berdosa jika sengaja tinggal

izza salam ustaz,di masjid2 ada dikalangan wanita memakai telekung bewarna warni ..apakah hukum bagi wanita yang memakainya? 2009-09-15 10:22 PM

tak apa

Wawan Assalamualaikum Ustaz,, Pkul brapa tanyalah ustaz ke udara?? Sbb kdang2 x tentu msanya. 2009-09-15 9:50 PM

Ramadhan 6.30

s.nor salam ustaz, saya musafir pada hari jumaat. boleh tak saya jamak solat asar selepas saya makmum jumaat. minta penjelasan ustaz 2009-09-15 5:05 PM

boleh

Pemuda Pernah mencuri, telah bertaubat. Ingin memulangkan semula duit tanpa diketahui tuanya, dikuatiri menimbulkan pergaduhan. Apa hukumnya? 2009-09-15 4:18 PM

Poskan nilai

Norsabrina Salam Ustaz, sy dah lama ikuti blog ni. Cuma ini 1st time msg kat ustaz. Tqvm atas ilmu yg ustz share. Doakn sy peroleh ketetapan hati dari ALLAH ye..2009-09-15 4:00 PM

Amin, Allah bersamamu

Wallahu Alam,

Semoga menepati kehendak soalan. Kalau masih ada kesamaran, bolehlah bertanya kembali.

“Pertanyaan, Kunci Pengetahuan”

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

16 September 09 jam 7.00 petang

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...