Saturday, September 19, 2009

al-Ijabah 27 - Jalinan Dibina

15 September 09, saya menziarahi unit Riqab, berbincang mengenai perjalanan rumah HIV yang dijalankan bersama. Saya mahu kerja sama antara umat Islam berjalan dengan baik dan diredhaiNya. Kita mahu buang segala yang keruh dan ambil yang jernih

Seperti yang saya katakan dahulu, perhubungan antara al-Ijabah dan Riqab akan saya jalinkan sebaik mungkin di dalam memperkasakan lagi usaha membela saudara seIslam kita yang ditempatkan di gereja tempohari, selepas saya kembali ke tanah air dari Mekah nanti

Pertemuan menghampiri 2 jam. Banyak perkara yang dibincangkan, yang penting, semoga ia membuahkan hasil yang baik.

Pada 16 Septeber pula, saya bersama beberapa sahabat, membuat lawatan ke Yayasan Budi, menziarahi sahabat-sahabat yang bersama-sama diamanahkan membawa keluar pesakit HIV dari gereja tempohari.

Melihat saya datang, mereka terus menyapa:-

“Ini ustaz Aminkan?”

“alamak, ingat tak kenal” bisik hati saya.

Saya diajak melawat sekitar penempatan pesakit ini. Di sini, mereka bukan sahaja diberikan tempat perlindungan, malahan diubat dengan kaedah rawatan Islam.

Sejuk hati saya melihat mereka. Sebelum ini, saya begitu sayu ketika melihat mereka di dalam gereja.

“kami pun ada nak ziarah Ijabah, tapi tak sempat lagi, insyaAllah, nanti kami pergi” kata salah seorang staf di Istana Budi, Yayasan Budi.

Apapun, saya bersyukur panjang, walau siapa pun yang buat dan laksanakan, yang penting, di Selangor kini telah ada penempatan HIV bagi muslim. Jadi, jika ada yang membuat pilihan untuk duduk di gereja, maknanya, itu pilihan mereka sendiri.

Semoga Allah terus memberi kekuatan pada sesiapa sahaja yang berusaha ke arah membela umat Islam dan semoga, apa yang dilaksanakan mengundang keredhaannya.

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

19 September 09 jam 4.15 petang.

kami sampai waktu tengah hari, penghuni sedang santai berehat
berbual dengan salah seorang pegawai bertugas
santai penghuni
menerangkan perjalanan Istana Budi

Semoga terus dibantu Allah, amin...


No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...