Tuesday, October 18, 2011

Perkongsian Dari Diari 336….

Bagi kita yang ingin berkongsi forum di Universiti Petronas, boleh lawati You Tube di bawah..

Diari 337 – “Perjalanan Rakaman Usrah TV9 Oktober 2011..”

Oktober ini, satu bulan yang agak penuh sehinggakan permulaan semester pengajian baru, saya belum sempat untuk mendaftar bagi pengajian PhD saya.

11 Oktober 2011, saya bersama rakan pengacara Ustazah Hasni, membuat perbahasan di Kompleks Tabung Haji.

IMG_5522

Syabas dan tahniah tetamu Allah yang dijemput pada tahun ini.

IMG_5538

Kami membahaskan perjalanan haji dari Kompleks ini.

IMG_5578

Para penonton insyaAllah dapat berkongsi suasana di dalam kompleks ini dah kesyahduan ketika azan dilaungkan sebelum jemaah bertolak ke KLIA

IMG_5589

Kami juga membahaskan mengenai 7 falsafah haji..

IMG_5612 

IMG_5620

Pada 13 Oktober pula, saya bersama Prof Madya Dr. Raihanah Abdullah dari Jabatan Syariah Undang-Undang APIUM di dalam membincangkan “Kahwin Lari..”

IMG_5634

Sebenarnya, tajuk kahwin lari ini, kami telah membuat pengambarannya di Thailand sendiri dan kami bertemu dengan pasangan yang berkahwin di sana.

IMG_5640

Rakaman hari ini hanya menyiapkan bahagian ketiga

IMG_5642

Tajuk ini juga insyaAllah bagus untuk kita kongsikan.

InsyaAllah pada 21 Oktober ini, saya bersama TV9 akan bertolak ke Surabaya dan kami akan bahaskan mengenai Wali Songo.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

20 Zulkaedah 1432/ 20 Oktober 2011 jam 8.45 pagi

Diari 336 – Forum Kekeluargaan Dan Kerjaya di Universiti Teknologi Petronas

Sabtu 15 Oktober 2011, saya dijemput untuk berforum di Universiti Teknologi Petronas di Perak.

Saya digandingkan dengan Ir Haji Khairi dan Puan Suzana. Kami membincangkan mengenai “keluarga dan kerjaya”.

“Ini pertama kali forum dibuat sempena majlis konvo ustaz” kata Hamzah, moderator forum malam ini.

Secara peribadi, Alhamdulillah, anak-anak muda sudah banyak kesedaran mengenai kepentingan agama dalam kehidupan. Cuma dakwah perlu lebih agresif dan lebih tersusun di dalam mendampingi anak-anak muda terutama peringkat menengah.

Pada 12 Oktober 2011, saya bermesyuarat dengan AJK masjid Bukit Jelutung, membincangkan program yang boleh dilaksanakan untuk anak-anak muda.

Dalam mesyuarat ini, ada seorang ibu memberitahu saya..

“Ustaz, anak saya tengok ustaz panjat bukit dalam usrah, dia kata kalau program dengan ustaz dia nak ikut..”

Memang perlu ada perubahan pada program anak muda di masjid. Ia perlu menjangkau lebih kreatif lagi. Kebanyakkan kalau program di masjid untuk anak muda lebih pada kursus pengurusan jenazah, kursus anak soleh dan lain-lain yang pendekatannya hanyalah kuliah.

Ia bagus tetapi kalau ada yang lebih mendekati anak muda seperti program berbentuk gerakan fizikal, lagi bagus.

Apa pun, kita doakan agar semakin banyak program-program anak muda yang perlu dibuat kerana tidak dapat dinafikan bahawa, kerosakan akhlak golongan ini juga sangat membimbangkan..

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

20 Zulkaedah 1432/ 20 Oktober 2011 jam 8.15 pagi

IMG_5668

Forum agama di UTP, saya difahamkan, ia adalah yang pertama kali dianjurkan sempena majlis konvo.

IMG_5694

Kami membincangkan mengenai kekeluargaan

IMG_5708

IMG_5755

Selepas forum, kami dipersembahkan dengan okestra. 99 peratus pesertanya adalah Cina, pada pandangan saya, program integrasi Nasioanal perlu dikaji semula keberkesanannya.

mesyarat bukit jelutung

Mesyuarat program anak-anak muda bersama AJK masjid Bukit Jelutong.

Jawapan Pada Persoalan 130

Alhamdulilllah, lama sudah saya tidak menjawab persoalan yang diajukan. Pada kesempatan ini, dapat saya kongsikan jawapan pada persoalan yang diajukan.

budi boleh x kita memotong bulu tetek..saya agak was-was ckit ..boleh x?2011-04-23 8:03 AM

Boleh

hashim hukum tarahim subuh / bacaan quran guna pembesar suara hingga ganggu solat sunat  2011-04-23 4:45 AM

Ulama dahulu menyusun tarhim subuh adalah untuk menjadikan orang lebih bangun awal. Bagi mazhab Syafie, afdhal kita menyegerakan solat subuh sejurus sahaja selepas azan. Berbanding mazhab Hanafi yang akan menunggu agak lama antara azan dan iqamat pada waktu subuh.

Tujuan tarhim untuk mengejutkan orang sebelum subuh. Kalau mengganggu ia tidak wajar, tetapi kalau ada kebaikkan boleh jatuh sunat paling rendah pun harus.

ckin salam. Ustaz amin, mntk tlng slesaikn masalah sy. Apa yg ptut sy buat bila suami lbih pntingkn khidupan adk bradik dia yg tlh b'kluarga? 2011-04-23 1:53 AM

tidak ada masalah, asal sahaja jangan mengabaikan nafkah keluarga yang asal.

Guest assalamualaikum ustaz amin,saya nak tahu bagaimana cara dan hak seorang isteri no2 pada suami yang berkahwin lebih daripada 1, 2011-04-23 1:03 AM

Hak isteri no 2 sama dengan no 1

Ummu Aisyah Salam ustaz, Suami saya pernah sms saya tanyakan kemana dia nak hantar surat cerai? Adakah boleh jatuh talak dgn pertanyaan ini? 2011-04-23 12:05 AM

Tak jatuh talak

Guest Salam ustaz,apakah hukum memberi hadiah berupa alquran digital kepada Muslim Dari sumbangan org bin islam 2011-04-22 11:25 PM

harus

Guest apakah hukum adik beradik berkahwin dalam tahun yg same mengikut tahun islam? 2011-04-22 4:45 PM

Harus

Rapiah Ismail saya amat berminat doa' yg ustaz bacakan setiap kali usai ceramah atau ..... bole tak ustaz email kan pd saya doa itu di mail 2011-04-22 4:09 PM

InsyAllah

Guest salam.ustaz adakah haram memakai tudung kerana berfesyen 2011-04-22 3:06 PM

Tiada masalah asalkan fesyen menutup aurat

guest021 betulkah bersalam dengan yg bukan muhrim setakat membatalkan wuduk shj?setahu saya ia haram.. 2011-04-21 6:35 PM

salam yang bukan mahram yang sama jantina tiada masalah. Kalau berlainan jantina ia haram dan membatalkan wudhuk

Guest Apa hukum anak perempuam yg kurg ambil tahu hal ibu sendiri dgn alasan semua kena izin suami? 2011-04-21 3:53 AM

Bagi seorang isteri, semua kena minta izin suami kecuali dalam bab dharurat

ct bulan ustaz saya menjaga anak yatim,boleh x barangan spt beras yg berlebihan yg didermakan dijual utk perbelanjaan mereka,n kami sukarelawan ini makan l makanan yg dimasak utk mereka2011-04-21 3:01 AM

Boleh

lyyna boleh tak ustaz bagi alamat or no telefon kedai cermin mata isteri ustaz di shah alam? Sekian 2011-04-20 4:28 PM

03-5880 1886

kamsiah 66 assalamualaikum ustaz.pakcik saya tlh meninggal dunia semasa arwah hidup,kawan arwah telah buat pinjaman perniagaan diatas nama arwah pakcik saya, selepas arwah tiada,kawan arwah tidak mahu menjelaskan hutang tersebut,wajibkah isteri arwah menjelaskan hutang tersebut? 2011-04-19 10:50 PM

hutang wajib bayar walaupun tidak dituntut.

Guest salam utdz saya ni brmadu hampir 2 thn suami saya menikah dng single mothr 2 anak, suami saya menipu mng suami saya menipu mngatakan saya izinkan prnikahanya, macam2 finah dia adakan mngenai saya, mcm nana saya nak buang perasaan dendam ni? kesakitan yg saya alami dng tomahan suami pd saya dan family, xsanggup saya nk maaf kan dia, keadilan x menyebelahi saya, saya ada anak istimewa, berat sungguh rasanya, utzd tunjuk kan jln yg terbaik. 2011-04-19 3:36 PM

Nasihat saya baliklah pada Allah, jangan ada perasaan dendam, orang yang hatinya penuh dengan kebencian dia akan mudah tertekan hidupnya

intan assalamualaikum ustaz, saya ingin meminta pandangan ustaz berkenaan suami saya setahun yg lepas suami saya jatuh cinta lagi dgn seorang gadis yang sudah bertunang dalam masa sebulan shj berkenalan mereka sudah mengambil keputusan utk berkahwin namun saya dapat rasakan ada yg tidak kena dgn perhubungan tersebut suami saya berubah menjadi panas baran, mula mengugut utk membunuh diri sehingga sanggup mengelar badan dengan pisau jika saya bertanyakan mengenai perhubungan mereka saya kemudian bawa suami saya berjumpa ramai ustaz utk berubat semua ustaz tersebut memberi pandangan yang sama bahawa suami saya telah disihir ALHAMDULILLAH suami saya berubah semula seperti biasa namun saya pula yang diganggu masalah seperti sakit, terdengar bisikan halus dsb 2011-04-26 12:06 AM

banyakkan baca ayat kursi

Guest assalamualaikum ustaz, bolehkah org perempuan yg mengazankn bayi yg baru lahir?2011-04-25 3:36 PM

boleh

esemar ustaz, kenapa di TV9, khususnya program yang diacarakan oleh Ust. Zamri, tidak mengekalkan pemakaian songkok, apakah kebaikan dan keburukan pemakaian 2011-04-25 3:54 AM

Tu kena hantar email pada penerbit atau pada ust Zamri sendiri

Guest Asssalamulaikum ustaz. Mana lebih utama (fiqh awliyat), beri makan anak2 yatim atau duit tu serahkan pihak yg menguruskan, kerana pihak tu lebih utama 2011-04-24 9:55 AM

Boleh beri pada pengurusan

Ummi Zaharah salam ustaz..boleh ke sekiranya saya nak buat sedikit sedekah dgn wat jamuan kesyukuran utk hari lahir anak2 saya di rumah anbak yatim kendalian ustaz 2011-04-24 4:03 AM

boleh

Guest Assalamualaikum ustaz...apakah perbezaan antara sunni dan syiah??? dan apa itu muktazilah?? 2011-04-24 3:35 AM

Tu kena beli buku & banyak bacaan, sebab kita tidak akan mampu untuk jawab dalam tempoh yang agak singkat ini

milo Adakah baik jika kita sentiasa mengirimkan fatihah setiap kali solat kpd org yg selalu menganiaya kita kerna kita x mampu utk menasihati org yg 2011-04-24 12:56 AM

bagus boleh diamalkan

Guest bagaimana cara untuk melembutkan hati suami agar menunaikan solat dan tanggungjawabnya 2011-04-23 3:20 PM

Melembutkan dengan sedekah al-fatihah padanya dan banyakkan selawat, niatkan supaya Allah lembutkan hatinya.

Hj Basri Assalamualaikum ustaz.. sy ingin brtanya.. bolehkah sy menjamakkan solat qada' seperti mana saya menjamakkan solat fardhu ketika sedang bermusafir? 2011-04-28 9:16 AM

Boleh tapi tak boleh qasar (memendekkan)

ida Assalamualaikum ustaz...saya nak tnya kalo suami kita ada hubungan sulit dgn pompuan lain...bukan sekali tetapi dah byk kali sy bg peluang utk berubah patut kah sy minta cerai atau pun bg peluang sekali lg kt suami sy...tp sy risau dia akan menghubungi pompuan tue lg...apa pendapat ustaz... 2011-04-27 2:21 PM

1. Kalau tiada bukti maka puan tidak boleh menuduh orang  berzina kerana tuduhan itu  berat disisi Islam

2. Kalau benar ada hubungan itu, maka hubungi pejabat agama.

3. Jika puan rasa boleh memudharatkan perkahwinan pasal penyakit dan sebagainya, puan boleh minta fasakh kerana dikhuatiri hubungan itu boleh membawa penyakit Aids atau HIV

Guest ustaz,camne iman menangis ketika sembahyang...patutkah dia berhenti solat atau teruskan seperti biasa??? 2011-04-27 10:38 AM

Boleh meneruskan solat, jika tidak sampai berlaku pergerakkan membatalkan solat dalam tangisan tersebut

abu Salam ustaz.. adakah belajar itu termasuk dalam jihad di jalan Allah? Apakah dalil nas2 y mnunjukkan belajar itu jihad.. tq 2011-04-27 10:10 AM

Belajar termasuk jihad di jalan Allah, sila rujuk hadis2

ina assalamualaikum ustaz, apa hukum seorang suami selalu mengherdik isterinya dengan perkataan2 yang tidak elok seperti "bodoh" dsb.dan apa yg perlu dilakukan oleh isteri tsbt.adakah sekadar diamkn diri shj krn dia suami. 2011-04-27 7:35 AM

Memaki adalah di luar adab Islam & isteri boleh mintak kaunseling di pejabat agama serta ajak suami sekali

Asaritaminaziah Salam Ustaz, bagaimanakah solat makmum yang melakukan solat sunat tetapi berimamkan solat qadak tanpa diketahui oleh si makmum tersebut? Terima kasih. 2011-04-27 7:12 AM

Jika tidak tahu tidak mengapa

zam assalamualaikum ustaz.. apa yg harus saya lakukan jika suami saya mengambil dadah.. dia menjadi panas baran walupun pada perkara yang kecil.sukar diba 2011-04-27 6:22 AM

Puan boleh minta fasakh jika perkahwinan itu boleh memudharatkan

Bumi serta isinya Ada hadis mengatakan waktu Isyak berakhir pada tengahmalam. Mazhab Syafie pula menyatakan waktu isyak berakhir bila masuk watu subuh... yang mana harus saya pegang ustaz? 2011-04-27 4:33 AM

Waktu isyak habis masuknya waktu subuh itu adalah pandangan jumhur ulama’

dania apa yg patut sy lakukan jika suami sy ambil dadah,nafkah zahir utk sy dan anak2 smua sy tanggung..nafkah dia pun sy tanggung. sy rasa tlalu ssh untuk mhormati dia.sy bk istri solehah. jd mngungkit,tp sbenarnya bkn niat..kadang2 sy putus asa,kadang sy trus bharap utk dia brubah..dia pn ckp dia nk berubah..mcamana sy boleh trus mbantu dia dan diri sy? macamana kita nak bezakan antara pasrah dan redha dlm diri kita? 2011-04-27 2:41 AM

Puan boleh minta fasakh di pejabat agama jika perkahwinan itu memudharatkan

izan ustaz,kalau kita baca Quran atau tafsir mana lg baik? sbb sy tak pandai bahasa arab 2011-04-27 2:35 AM

1. Baca quran ibadah

2. Baca tafsir bagus untuk kefahaman kita

suhaimi zam askm,,,saya benar2 kecewa bila saya di tipu di permain kan insan yang saya sayang,saya di caci saya di hina,selama saya dgn dia 6 tahun,sudah b 2011-04-26 3:57 PM

elok puan berjumpa kaunseling & boleh mintak fasakh kalau ia boleh memudharatkan

milo Slm. Jika 3 hr kt x betegur sapa diangap berdosa tp jika 3 thn, bgaimana?Dia sorg ustzah tp sikapnya x seperti gelarannya.Pantang ditegur.clip_image001clip_image001[1] 2011-04-26 1:38 PM

tidak bertegur sapa kerana perselisihan adalah berdosa, walaupun dia seorang ustazah, maka dia juga insan biasa yang ada kelemahan, maka maafkan dia “sebaik-baik kamu orang yang memulakan teguran itu” -hadis-

Guest Salam.sahkah sbhyg Jumaat jemaah2 yg safnya di sekitar masjid kucing tapi berimamkan imam masjidilharam terutama sekali di musim haji? 2011-05-11 9:49 PM

sah

aida saya ingin tahu adakan sesorang anak yang di dalam kandungan telah ditetapkan tarikh kematian atau kesalahan ibu menyebabkan kematian anak tersebut? 2011-05-09 6:10 AM

sudah taqdir dan ia telah ditetapkan, tapi Allah jadikan setiap kematian ada sebab-sebabnya, mungkin sebab itu datang dari seorang ibu yang cuai

WMK Salam ustaz. adakah patut saya mohon doa ditemukan jodoh dgn pemuda yg saya tahu tinggal dimana n no keretanya. dalam doa ssebut no keta dia sebab x tau nama dia.atau perlu saya doa sec umum. 2011-05-07 2:44 PM

Sebaik-baik doa secara khusus, maka sebut apa yang kita tahu itu lebih bagus

Guest Assalamualaikum, Jika saya menyumbang ke dalam akaun Al Ijabah boleh dikira berzakat ke? 2011-05-06 2:33 AM

Ya sila maklumkan dengan email kepada saya

bahak ustaz,bole buat artikel tentang tasyabbuh tak? clip_image002 2011-05-04 5:13 AM

insyallah

Noraini Salam. Batalkah wudhu saya sekiranya bersalaman dengan bapa tiri suami? 2011-05-03 10:06 AM

Tidak batal

Guest sya nak tau mcm mna kta nak tau arh kiblat yg btl 2011-05-02 3:03 PM

1. Tengok kompas

2. Tengok matahari

3. Tengok bintang

Guest salam...ustaz, saya ada soalan... masa saya umur 12 tahun, saya tak habis ganti puasa...6 hari...so apa saya nak buat? sekarang umur saya 20 tahun... 2011-05-02 3:56 AM

Kalau umur12 tahun dah baligh, maka kena gantikan puasa yang ditinggalkan itu dan kira fidyahnya, maka fidyah yang dikenakan selama 8 tahun

Guest salam ustaz boleh bagi saya doa cukur rambur bayi 2011-05-01 2:00 PM

Kalau tak tahu doa panjang baca selawat pun dah bagus

sm salam ust,,sy nak tanya ttg jumlah2 yg patut dibaca untuk mendapat khasiat asmaul husna tu memang diambil dari sumber hadis ker?..T.kasih 2011-04-30 3:00 AM

ada sesetengah amalan itu diambil daripada ulama’, ia bukan daripada hadis, para ulama menyusun bilangan itu sebagai disiplin untuk dirinya yang kemudian dikongsikan pada murid-muridnya.

azizah assalamualaikum ustaz saya ingin bertanya berdosakah kami,setelah berusaha untuk berbaik dengan jiran tetepi sebaliknya.Mohon penjelasan ustaz. 2011-04-29 3:05 PM

usaha semaksima yang boleh, kalau tak mahu juga berbaik, maka tanggungjawab kita sudah terlepas

Guest Salam Ustaz kalau org yg suka berzina mcm2 pasangan,apakah surah yg kita bole baca utk beri dia minum? 2011-04-29 12:48 AM

Baca selawat dan surah fatihah kepada dia tetapi kena buat sesuatu atau lapor pada pejabat agama agar ia boleh diambil tindakan oleh bahagian undang-undang syariah

Hafiz Idris assalamualaikum ustaz..saya seorang jemaah tabligh berusia 20 tahun,belajar d UiTM Puncak Alam,sy join jmaah tabligh,azam 40 hari,tp,time nak mntk kbenaran ibu bapa,mereka xbagi,jadi,apa pndangan ustaz trhadap jemaah tabligh itu sndri??2011-04-28 10:14 AM

Jemaah tabligh jemaah dakwah, ia bagus untuk kita belajar tentang meningkatkan ibadah

HASIAH nak tanya- apa maksud bersanad 2011-05-24 3:44 AM

Sanad bermaksud bersalasilah guru itu hingga ke rasullah

Mutiara salam alaik ustaz, boleh sy tahu alamat al ijabah? 2011-05-21 4:00 AM

boleh hantar email ke alccmedia@gmail.com

Kak Mah Apa hukum bisnes ygd jlnk melalui fb yg sg hangt sekrg?bayaran permualaan rm100..i 2011-05-21 12:51 AM

Boleh puan hantar semula pertanyaan ini. Bisnes bagaimana? Kalau bank in duit dan hantar barang itu boleh

yani ustaz boleh atau tidak meniup atau meletak lilin diatas kek sedangkan itu bukan budaya orang islam sedangkan seorang ustaz meletaknya apa hukumnya 2011-05-17 4:36 PM

Meniup api itu makruh dan jika perbuatan itu menggambarkan amalan orang kafir maka haram

Kak Sal Salam Ustz.. saya masih dlm perbicaraan cerai taklik.. Semasa kes ini berjalan saya meminta bantuan Ustz Haji Lokman dlm masalah saya ini. Dia mendapati yg suami saya ini terkena ilmu pengasih. Masalahnya dh hmpir 6 bulan kes ini berlangsung suami tidak mahu berkomunikasi. Keluarga sebelah suami tidak memberi sokongan utk membantu keadaan. Bagaimana cara mudah utk saya mengatasi masalah ini. Ustaz Lokman perlukan suami dibawa utk berubat tp malangnya tiada komunikasi. Keluarga sebelah saya dh cukup terhina dgn perkataan yg keluar dari mulut suami. Oleh itu mereka tidak sanggup utk membantu Sy perlukan bantuan Ustz dlm hal ini. Apa yg perlu sy buat utk membetulkan keadaan. Boleh saya mohon Ustaz utk bantuan secara one to one dgn suami. 2011-05-16 7:07 AM

Insyallah puan, sy cuba membantu tapi minta puan memahami yang saya memang agak sibuk, carilah ustaz yang kelapangan masa yang lebih

salina saya baru berkahwin dan baru tahu yg dia dan keluarga ada penyakit mental...macamana nak buat? silap saya lihat pada harta dan tak buat istikharah keluarga dia lepas tangan sbb dah ada yg 'uruskan' hal dia.. 2011-05-15 10:15 PM

dah jadi suami isteri nak buat macam mana, jadi taatlah suami dan berdoalah banyak-banyak

Guest Salam.ust, bole ke istri no.1 doakn agr suami ngn istri no.2 brcerai?sb suami x brkemampuan tp kawin gk?ini tuk kebaikan kedua2 pihak.. Istri no. 2 minta dilepaskan.. Istri no.1 x bole trima sb kawin dulu secra rahsia.. cmne tu.. tolong la buntu dibuatnya..2011-05-12 1:26 AM

Tidak harus mendoakan keburukan kepada orang lain

Junita Salam....saya ada satu soalan....28.5.2011 ni...genap saya 32 yahun...tapisaya masih bujang...masih belum bertemu jodoh...susahya ...nak cari jodoh saya ingin memohon jasa baik ustaz...dlm pencarian ini.... 2011-05-26 7:47 AM

Teruskan berdoa, saya doakan mudah-mudahan Cik  bertemu jodoh yang baik

latiff Utz,klu kita jumpa duit apa kah kita boleh guna kan .. 2011-05-26 1:09 AM

kalau jumpa duit kena ishtiharkan dulu, kemudian selepas setahun baru boleh ambil

Guest Salam Ustaz, bagaimana penggunaan wang dalam konsep 'beli sambil menderma?' Bolehkah menggunakan wang tabung untuk beli barang jualan (pusing balik)? misalnya sy beli brg dgn harga rm10, untung RM5 , jadi di dlm tabung 'beli sambil derma' itu ada RM15, Bolehkah sy guna rm10 utk bli brg,pusing balik? dan sekiranya saya beli brg utk itu dgn berhutang, bolehkah sy byr menggunakan wang dlm tabung itu? bantu saya ustaz, saya keliru, terima kasih 2011-05-25 2:55 PM

Boleh, asalkan tidak ada penipuan dalam penggunaan duit itu

Guest SALAM.MAAF UST BERTANYA.SAYA SERING BACA TIGA KALI SURAH IKHLAS DI RAKAAT KEDUA DALAM SOLAT FARDU.ADAKAH OK UST?WASSALAM2011-06-08 6:25 AM

Ok dan boleh. 3 kali surah al-ikhlas bersamaan dengan 1 al-Quran

Guest Ust, jika solat, wanita x boleh imam kpd lelaki, bagaimana jika majlis baca yaasin yg baca & diketuai oleh wanita tetapi disertai lelaki. Suami isteri adalah tuan majlis, isteri yg atur majlis, bacaan yaasin diketuai bisan perempuan, wanita +/- 20org mahram & x mahram, suami & anak lelaki sertai bacaan yasin dari awal hingga akhir termasuklah doa yg dibaca oleh bisan perempuan? apa hukumnya? 2011-06-08 3:42 AM

Harus, Cuma jangan campur laki dan perempuan

Anna Boleh tak mengaminkan doa yang dibaca oleh ustaz dalam rancangan kat TV2011-06-07 6:42 AM

Boleh, sebab asal doa itu juga dari manusia sebenar

Afiena Salam, saya juga ingin bertanya adakah haram mendengar muzik melalui radio 2011-06-07 5:03 AM

Harus jika tidak melalaikan

hambaAllah7611 salam ustaz,bole terangkan pasal fidyah?saya x sempat qada' puasa selama dua hari pada tahun 2000.saya sudah ganti puasa itu tp belom bayar fidyah 2011-06-07 4:30 AM

bayar fidyah 1 hari = 1 cupak beras. Lebih kurang RM2.00

Guest clip_image003clip_image003[1]Salam Ustz,boleh ke kita derma untuk orang kafir mati 2011-06-06 3:44 PM

Boleh sebagai bantuan kemanusiaan pada dia,  lebih afdhal untuk orang Islam

Guest Salam ustaz..adakah seseorang wanita itu perlu mandi wajib apabila terangsang walaupun tidak bersetubuh? 2011-06-03 12:17 PM

Tidak perlu jika tidak keluar mani

mahabbah slm ustz,nk tnye,blhkah s.sunt witir dilakukn 3rkaat trus sprti slt fardu maghrb?n bcaanny,adkh blh spt s.sunt witir?tq ustz 2011-06-01 3:10 PM

boleh, afdhalnya 3 rakaat 2 salam. Bacaan seperti biasa ringkas & khusyuk

Guest Salam, membaca quran dari naskhah terjemahannya tanpa berwuduk n tidak tutup aurat dgn sempurna, adakah pahalanya kurang? 2011-06-01 2:54 AM

Pahala bacaan sama cuma adab kurang

Guest Salam Ustaz apa pendapat ustaz dengan uchapan "May God Bless You " pad org bukan islam 2011-05-31 4:23 PM

Tiada masalah dengan ucapan, cuma niatkan bless di sini bermaksud “agar ia beroleh hidayah”

Permata Assalam ustaz..ramai wanita sekarang mengupload gambar tak tutup aurat dalam facebook . apa hukum nya ustaz? konun nak bg kawan2 tengok. 2011-05-31 4:32 AM

haram

Permata Assalam ustaz..2/3 drp wang keluaran EPF byr kpd PPZ..kmudian 1/3 kpd kawan yg susah, anak buah nak sambung belajar dan Al-Ijabah..boleh tak ustaz 2011-05-31 3:06 AM

boleh

Permata As salam ustaz..nak tanya duit dividen dan bonus kita boleh guna pakai tak untuk pergi buat umrah sbb tak de income lain. duit gaji ngam-ngam cukup untuk byr rumah, keta dan belanja ..rindu sangat nak pergi buat umrah? dividen dan bonus ASB 2011-05-31 2:46 AM

ASB difatwakan harus oleh majlis fatwa, maka harus hukumnya.

nurul salam, bolehkan jama' n qasar setelah sampai ke tmpt yang dituju. ada yang kata leh solat jama' 3hr atau lebih selagi urusan xsempurna. komen ustaz? 2011-05-29 4:41 PM

Boleh jamak dalam tiga hari, tapi jika urusan tidak selesai boleh jamak hingga 17 hari tetapi tidak boleh diqasarkan.

Fiezz Salam,suami curang n t'lanjur tp da lama putus,takut kisas pd ank2 so i t'pkir agar suami kawini ppmuan tu tp takut rmhtgga runtuh.i ptt buat apa? 2011-05-29 3:24 AM

Berdoalah yang terbaik untuk keluarga

Bie Salam,kakak tiggal b'sama emak n emak m'jaga 6 org anak'y hingga sakit,kami adik b'adik xnk tegur takut b'gaduh n org tua ssh hati,nk buat cmna? 2011-05-29 3:15 AM

Kalau tak boleh tegur, doakan

Azmi Bgaimana kedudukn aurat saya dgn bapa tiri. Batalkah wuduk jika tersentuh.2011-06-16 12:25 PM

Aurat bapa tiri macam anak sendiri juga. Kecuali kalau boleh timbul nafsu. Tidak batal jika bersentuhan

Guest salam ustaz...saye nak tanye, batal x sembahyang apabila kepala isteri terkena siku suami semasa suami sedang sembahyang?..terima kasih... 2011-06-16 7:25 AM

Mengikut mazhab syafie jika tidak bersentuhan kulit tidak batal.

pasemas boy hukum memakaikan ank dgn tali tangkal utk elak kecacingan adakah dibolehkan dlm agama? 2011-06-15 8:35 AM

elakkan takut jatuh kepada syirik

pasemas boy slm ustz,adakah ada dlm kitab2 agama tidak boleh mengantung tali ampaian ditgh2 rumah utk jemur kain..dan apakah hukumnya? 2011-06-15 8:34 AM

tiada masalah

preeda salam ustaz, macamnana nak hubungi ustaz untuk hajat saya nak bagi cadangan bantu tahfiz anak yatim ustaz? 2011-06-15 8:32 AM

019-600 3643

Baby Cun Ustaz, bolehkah kita bzikir & bdoa hanya duduk di dlm khemah semasa wukuf di arafah 2011-06-15 1:07 AM

Boleh

Baby Cun Ustaz, selain qada posa, perlukah saya mbayar fidyah krn bbuka posa akibat sarat mgandung? 2011-06-15 1:05 AM

Kalau kita membatalkan puasa kerana takut mudharat anak, kena bayar fidyah, kalau batalkan puasa kerana diri sendiri yang tidak larat, tak perlu bayar fidyah

ana farha assalamualaikum ustaz, benarkah niat ihram walaupun untuk tujuan latihan tidak boleh dibuat? 2011-06-14 11:09 PM

tidak benar

Guest ust, bagaimana nak jawap kalau anak perempuan 10thn tanya apa itu zina? 2011-06-14 4:15 AM

Boleh terangkan perhubungan lelaki perempuan yang belum berkahwin dan ia dilarang oleh syarak

Guest Isteri terasa naik syahwat tp tak klua mani ketika tawaf akibat dipeluk suami di bahu blapik telekung, batalkah tawaf umrah itu? 2011-06-13 10:49 AM

tidak

Guest Bolehkan mqadakan solat yg telah ditinggalkan dulu2 selepas waktu solat asar & solat subuh 2011-06-13 10:47 AM

boleh

Guest Mohon pandangan ustaz. Saya baru balik umrah. Setiap hari bermimpi macam2 tapi tak spesifik.Apa maksudnya dan apa yang perlu saya buat? 2011-06-13 2:35 AM

Mimpi ada yang baik, ada yang dari syaitan, kalau terbangun ucapan istia’zah

Guest Salam ustaz, Setelah brcerai, bekas isteri tdk mahu brbaik dgn bekas bapa/emak mertua disbbkn marah krn beri suaminya brkhwin lain.apak hukumnya 2011-06-09 10:31 AM

Tak bagus dan dilarang oleh syariat kerana silaturahim perlu disambung

R&H salam.ust, kalu keluar air mazi adakah kita prlu mndi wajib? jika berpuasa, adakh batal puasa itu? 2011-06-22 1:56 AM

Tak perlu mandi wajib, jika puasa tak batal

khar ustaz, sepanjang ustaz mengembara, apakah peristiwa yg memberi kesan yang paling mendalam dalam jiwa ustaz? 2011-06-21 11:15 PM

ada , boleh ikuti ceramah dan tulisan-tulisan saya

Delima Mekar Assalam ustaz yg mulia, jiran yg sombong dan tak suka kena tegur apa nak buat? biar saja ke?saya tension betullah kerana kita sesama islam. 2011-06-21 8:43 AM

Doakanlah

Guest Ustaz, apakah solat sunat yg boleh dilakukan selepas azan maghrib sementara menunggu solat maghrib bjemaah 2011-06-20 1:56 PM

boleh

Jerawat meletup Adakah kita boleh mgunakan duit dividen KWSP sbg duit sara hidup di hari tua Ustaz, pakcik sy br meningal dunia. anak lelaki & pompuan beliau pun sudah meninggal dunia bbrape thn sblm beliau. Perlukah harta pusaka pakcik perlu pusaka pakcik diberikan pada pewaris anak2 beliau yg dah meninggal tu 2011-06-20 12:31 PM

Kalau anak dulu meninggal sebelum ayah, tiada bahagian harta pusaka

Guest Adakah umrah seseorg sah jika beliau hilang ingatan sekejap selepas bniat ihram? 2011-06-20 12:29 PM

Sah, yang batal wuduk

Guest Bolehkah kita mjamakkan solat ketika berada di hospital. Cth nak operate kul 3pm, so buat jamak taqdim zohor & asar 2011-06-20 12:26 PM

boleh

halizaliz apkh pndgn utz dgn ptua bhw jk kt dh brsuami, bla dluar dia bkn suami kt.brmakna kt x bole ambik tauapa dia bt wlpun dia bt hbungn dgn wanita lainclip_image001[2] 2011-06-19 8:07 AM

ambil tahu boleh

ema nur salam ustaz..sy ingin jawapan dr ustaz mngenai adap seorang anak.jika ibu yg sakit tetapi si anak melebih2 kan keluarga si isteri nya apa hukumnya. 2011-06-19 7:35 AM

jika terabai tanggungjawab, haram hukumnya

Guest salam,ustaz saya ingin turut serta jika ada plan ke 3 tanah suci,tk 2011-06-19 4:25 AM

insyallah

Ingin Tahu, Lembah Keramat Salam Ustaz, Adakah Halal kita makan makanan yg diberikan dari barang rampasan contohnya di kastam airport? 2011-06-17 11:39 AM

Halal kerana hak milik orang pertama  sudah terlepas, akad yang diketahui bahawa melanggar undang-undang akan tertanggal hak milik seseorang pada barang tersebut.

syamsiyah bila menziarah mak n ayah mertua belum islam,bgaimna cara terbaik utk mgelak dr bersalam begitu juga dgn anak2 tiri yg blum islam.. 2011-06-17 8:52 AM

anak tiri boleh bersalaman. Anak tiri macam anak sendiri, bagi ayah mertua dan ibu mertua pun tidak ada masalah

syamsiyah salam ustaz..adakah hbungan anak tiri dgn bapa tiri sama dgn ayah kandung..suami saya mualaf..jika saya meninggal, atau bercerai ? 2011-06-17 8:48 AM

ya anak tiri macam anak sendiri

Guest betulke nabi ade pinang wanita,tapi wanita tu tolak...ade orang ckp 2011-06-17 3:19 AM

kalau semata-mata sebab tunang, tak betul

Lan Salam ustaz. Adakah wajib hukumnya saya mbayar zakat fitrah utk anak2 tiri. 2011-06-16 12:29 PM

harus

Aleeya Bgaimana kedudukn aurat saya dgn bapa tiri. Batalkah wuduk jika tersentuh. 2011-06-16 12:26 PM

Tidak batal. Ayah tiri seperti ayah sendiri

 

Semoga menepati kehendak soalan.

“Pertanyaan Jembatan Ilmu”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

20 Zulqaedah 1432/ 18 Oktober 2011 jam 7.45 pagi

Monday, October 10, 2011

al-Ijabah 102 – “Ini Pun Nak Kebas Ke?…”

Dah lama saya tak menerima panggilan dari pemandu bas anak Yatim dan Tahfiz al-Ijabah pada waktu pagi.

Saya rasa sejak kita dapat mengusahakan bas yang baru. Kalau tidak, ada sahaja panggilan pada waktu pagi mengenai bas yang rosak. Terima kasih pada yang sama-sama menyumbang sehingga dapat membeli bas yang lebih baik.

7 Oktober 2011 jam 6.30 pagi, saya menjeling telifon saya yang berdering dari pagi.

“Abang Amin, bas tak boleh start la…” kata pemandu pada saya.

“Sebab apa?” tanya saya

“Bateri hilang…” kata pemandu.

“Astaghfirullah” saya mengucapkan istighfar.

“Hah, tunggulah, kejap lagi Abang Amin sampai” kata saya.

Walaupun nama saya Muhamad bin Abdullah, tapi di kalangan keluarga saya dipanggil dengan nama Amin, gelaran yang datuk sebelah ibu saya berikan sewaktu saya lahir.

Jam 7.00 pagi, saya sudah berada di tepi bas. Saya menggelengkan kepala. Tempat bateri bas anak yatim dan tahfiz telah terbuka.

Malam sebelumnya, ada orang yang datang dan mencuri beteri bas ini.

Beteri bas memang ada harga. Kalau baru hingga RM 450.

Saya bersama pemandu mengusahakan bateri lama yang ada di asrama dengan harapan masih boleh digunakan. Tapi ia sudah tidak boleh berfungsi lagi.

Nasib baik semua anak yatim kita bersekolah di Maahad Sains al-Quran al-Amin yang saya juga sebagai pengetuanya, kalau tidak mesti dah kena ambil tindakan sebab lambat datang ke sekolah.

Beginilah dunia, yang tidak beriman tetap tidak takut untuk berbuat jahat. Padahal, yang diambil adalah hak anak-anak yang tidak berupaya, lebih-lebih lagi pentingnya bateri itu kerana ia digunakan untuk mengangkut mereka menuntut ilmu.

“Dahlah, nak diapakan” kata saya sambil memberikan duit kepada pemandu bagi membeli dua biji bateri bas yang baru.

Semoga rezki anak-anak ini terus dibantu Allah, amin..

“al-Ijabah, Bersama Kita Berbakti”

al-Faqir ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

12 Zulkaedah 1432/ 10 Oktober 2011 jam 6.30 petang.

bas kena curi

Kenangan kisah bas…

Thursday, October 6, 2011

al-Ijabah 101 – “Mesyuarat Rumah Kebajikan Majlis Agama Islam Selangor, Keruntuhan sosial semakin parah…”

6 Oktober 2011 jam 2.30 petang…

Saya telah berada di Bilik Mesyuarat Haji Mohd Ali Tingkat 6 Bangunan Sulatan Idris Shah, Shah Alam, Majlis Agama Islam Selangor.

Hari ini, saya dijemput untuk bermesyuarat bersama rumah-rumah kebajikan di bawah naungan MAIS.

Majlis dipengerusikan oleh Ustaz Abdul Hallim Hapiz, Timbalan Setiausaha MAIS.

Dari jenis rumah pemulihan dadah, rumah pelindungan perempuan mengandung, rumah HIV/Aids, pemulihan akhlak dan sebagainya semuanya ada.

Semua orang bermasalah ini difatwakan di Negeri Selangor sebagai golongan Riqab (orang yang terhamba) yang perlu dipulihkan agar ia menjadi baik atau keberadaan di dalam rumah perlindungan dan pemulihan akan menyebabkan sebahagian masyarakat tidak dipengaruhi.

“Agak-agak masalah sosial ini boleh berkurangan tak?” kata ustaz Halim

Sebahagian  wakil rumah perlindungan menggelengkan kepala dengan wajah yang agak muram tanda tidak ada harapan ia makin berkurangan.

Masing-masing rumah perlindungan menceritakan kisah-kisah yang mereka lalui.

Tamat mesyuarat jam 5.00 petang, saya boleh membuat kesimpulan:-

1. Pengedali rumah kebajikan memerlukan mental yang kuat kerana terlalu banyak dan besar cabaran yang akan mereka lalui. Sebab itulah kebanyakkan, pengusaha rumah perlindungan terdiri dari golongan berumur atau para ustaz kerana orang berumur lebih matang mengendalikan emosi dan para ustaz paling kurang tahu nak memujuk hati dengan iman..

2. Gejala sosial anak muda semakin parah, kita bukan sahaja memerlukan usaha memulihkan tapi penjagaan yang baik juga lebih utama. Kalau bahan bercetak semakin teruk, media massa juga makin teruk, mana nak diharapkan orang semakin baik akhlak.

3. Jika hendak bantu menyelesaikan masalah sosial, bantulah orang yang telah membuat rumah kebijikan atau program dakwah dan penjagaan. Kalau mereka tidak dibantu, maka mereka tidak akan dapat membantu menyelesaikan masalah sosial ini.

4. Hanya dengan pendekatan agama sahaja segala gejala sosial dapat diselesaikan kerana ia membentuk manusia dari dalam.

Oleh itu, peliharalah diri dan keluarga kita dengan agama. Orang yang tidak yakin dengan agama, orang yang akan kecewa di dalam usahanya memperbaiki masyarakat.

Mesyuarat tamat jam 5.00 petang dengan berbagai iktibar dan pengajaran yang saya timba petang ini.

“al-Ijabah Bersatu Kita Berbakti”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

8 Zulqaedah 1432/ 6 Oktober 2011 jam 6 petang

P1050319

P1050321

Mesyuarat dipengerusikan oleh Ustaz Halim

P1050322

P1050323

Berbagai bentuk rumah kebajikan petang ini, dari pemulihan akhlak hingga ke pemulihan akidah

Sekilas 44 – Ibadah Korban 1432/2011

InsyaAllah, tahun ini, seperti tahun-tahun lepas, saya akan menganjurkan ibadah Qurban.

Bagi semua saudara saya yang ingin membuat korban bersama saya, bolehlah berhubung dengan PA saya, Alia 019 600 3643 atau talian pejabat 03- 55232296.

Satu bahagian di Malaysia ialah 350

Dan satu bahagian di Kemboja ialah RM 250

Bahagian korban akan diagihkan kepada orang miskin dan susah yang kadang kala hanya setahun sekali sahaja merasa daging untuk di makan.

Semoga, urusan korban dapat diagihkan pada yang benar-benar memerlukan, dan bagi kita yang ingin bersama saya di dalam ibadah korban, bolehlah menghubungi nombor di atas.

Kelebihan orang berkorban ada dua, di dunia ialah Allah perlihara pembuat korban dari dibinasakan oleh musuh-musuhnya yang ingin menghancurkan kita (surah al-Kauthar).

Di akhirat, Allah akan jadikan korban ini sebagai tunggangan buat kita (Sabila al-Muhtadin jilid dua bab al-Adhiyyah)

Dan yang penting adalah, semoga ia menjadikan kita dikasihi Allah dengan keredhaannya.

“Sekilas, Mewarkan Peristiwa”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

8 Zulqaedah 1432/ 6 Oktober 2011 jam 1.00 petang

*** artikel terdahulu mengeni korban***

http://www.ustazamin.com/2010/11/diari-257-sekitar-ibadah-korban.html

 

http://www.ustazamin.com/2010/11/universiti-kehidupan-173-keindahan.html

 

http://www.ustazamin.com/2009/11/diari-126-kenangan-korban-kemboja_12.html

 

http://www.ustazamin.com/2009/11/diari-126-kenangan-korban-kemboja_12.html

Jom Kongsi Pengalaman 88 – Kubur di Uzbekistan..

Apa kata Islam mengenai kubur, antaranya jangan dirikan binaan di atas kubur, antaranya ialah jangan menyembah kubur.

Di Nusantara, kebanyakkan nesan kita dari batu dan kayu. Paling tinggi yang kita buat, adalah dengan melakarkan nama di atas nesan tersebut.

Di Uzbekistan, batu nesan, mereka ukir gambar si mati. Ada yang gambar muka sahaja dan ada yang gambar penuh satu badan.

Walaupun majoriti penduduk di sini Islam, tapi mungkin kerana terlalu lama di bawah komunis dalam kesatuan Soviet, banyak perkara mereka terpengaruh dengan Rusia.

“Pengalaman Asas Hikmah”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

8 Zulqaedah 1432/ 6 Oktober 2011 jam 12.oo tengah hari

IMG_5227

Batu Nesan diukir dengan gambar

IMG_5228 

IMG_5234

Binaan kubur lama yang cantik di Sakhi Zindah, Samarqand Uzbekistan

IMG_5239

Makam sahabat Nabi,  Kussam Ibni Abbas yang datang menyampaikan Islam ke sini.

Jom Kongsi Pengalaman 87 – Khurafat Orang Uzbekistan

Setiap bangsa ada mitos dan kepercayaannya sendiri mengenai alam ghaib. 

Ketika Islam datang, ia membawa manusia membersihkan kepercayaan pada perkara ghaib. Hanya perkara ghaib yang benar-benar wujud sahaja yang diajarkan sedangkan yang bersifat sangka-sangka atau boleh merosakkan akidah di benteras.

22 September 2011, saya bersama rombongan dari Shah Alam telah sampai ke Bukhara Uzbekistan. Ini kali ketiga saya sampai di tempat ini.

Jika saya berjalan dan bermusafir, antara perkara yang suka saya lihat adalah cara orang berfikir dan kepercayaan setempat.

Tengah hari ini, kami berhenti untuk makan. Masakan orang Uzbek macam Arab, agak tawar dan tidak berempah. Oleh kerana kawasan ini banyak sayur, maka hidangan akan sentiasa bersulamkan sayur-sayuran. Tapi cili tidak ada, dan mereka pun memang jenis yang tidak makan pedas.

Mata saya terpandang ke satu sudut. Ada cili yang bergantungan. Ingatkan ia sebagai perhiasan atau tempat meletak cili untuk memudahkan orang mengambilnya. Rupanya ia adalah untuk mengelakkan malapetaka dan juga sihir.

Banyak kedai dikunjungi dan perkara yang sama mereka buat.

“kenapa kamu gantung cili ini? tanya saya pada orang Uzbek di sini.

“Oh, ia sebagai mengelakkan pandangan yang jahat dan juga sihir” katanya menerangkan pada saya sambil tersenyum yakin.

Sebenarnya, di mana-mana tempat ada khurafat tersendiri. Di Nusantara ini, mungkin kita pernah melihat orang meletakkan paku lama, gobek sirih lama, besi kuning  dan sebagainya. Nampaknya di nusantara barang-barang mengelak jin lebih mahal dari Uzbek yang hanya meletakkan cili kering.

“Pengalaman Asas Hikmah”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

8 Zulqaedah 1432/ 6 Oktober 2011 jam 12.oo tengah hari

IMG_5027

Cili kering pada pokok

IMG_5146

Cili kering pada pinggan

IMG_5147

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...