Tuesday, September 15, 2009

Jawapan Pada Persoalan 63

Alhamdulillah, kesempatan yang ada, dapat kita berkongsi jawapan bagi persoalan yang diajukan


syura 1.Slm ustz.Pd thn 2004 sy ada kluarkn duit kwsp sbnyk RM9652.73.Msa tu sy xtau yg duit kwsp dkenakan zkat.Jd skrg sy nk byr zkat tsebut tp xtau brp yg prlu dbyr dan nk byr pd sape..dan ada x tmpoh t'tntu utk byr zkat tsebut?Hrp ustz dpt bntu..t.ksih.2009-09-13 9:56 AM

bahagikan 2.5 % dan bagi pada fakir dan miskin

nor Salam. boleh tak byar zakat pendapatan kat Yayasan al-Ijabah.. kena bagitau ustaz ke klu nak bank in zakat ni..2009-09-13 7:30 AM

kena bagitahu sebab akan diuruskan melalui asnaf zakat

Fauzie Assalamualaikum dan salam ziarah ramadhan


Salam

Guest ustaz..apakah hukum keluar air mazi di siang hari bulan puasa?adakh puasa batal??2009-09-13 6:17 AM

tidak

culatupai Assalamualaikum ! Nak berkahwin dengan anak lelaki pengamal ilmu hitam, seluruh keluarga mereka hidup sesat? minta pendapat ustaz?2009-09-13 1:12 AM

dalam setandan pisang tak semua busuk. Kalau dia boleh jadi wanita soleheh, ambil dia

lan salam ustaz...apa hukum lelaki memakai gelang? kononnya utk kesihatan. saya pernah dengar ada yg mengatakan hukumnya harus.. kalau haram, mcm mana cara terbaik utk kita beritahu kawan baik kita supaya dia tidak terguris dan dapat menerima? syukran2009-09-13 12:30 AM

untuk kesihatan tak apa dengan syarat, kaedah itu ada perbahasan ilmu, kalau setakat hanya cerita mitos, tak boleh

yati_sktj salam, imam di tempat saya memalkai seluar pendek ketika main futsal. mlm menjadi imam sunat tarwih. Imam dari saudi dan libya bagaimana ustaz?2009-09-12 11:10 PM


boleh, yang tak boleh kalau jadi imam pun pakai seluar pendek. Cuma, kurang thiqah. Maknanya, kalau ada orang yang boleh menjaga agama dengan lebih baik, dia diutamakan

Salleh Asalamualaikum ustz, boleh tak saya dapatkan tek doa yang dibacakan ustz pada akhir program tanyalah ustz pada 14/09/2009 semoga dapat ustz email,2009-09-14 12:19 AM

insyaAllah, tapi tunggu saya takut lambat, Nanti rakamkan dalam program

faridah m. sani ustz, saya terharu dengan doa penutup tanyalah ustz pagi ini. boleh kongsi bersama.2009-09-14 12:04 AM


insyaAllah


Mohd Hanafi Salam Ustaz, sya duduk rumah teres yg dua tingkat kecil, gantung ayat suci kebetulan dikedudukan bawah tandas tingkat satu, tlg beri pandangan & hukum2009-09-13 11:46 PM

Tak apa sebab di pisahkan dengan lantai besar

Hanafi salam ustaz, bgaimana nk tbus, barang yang saya ambil dari org lain.. dan orang tu saya tak dapat nak cari.. sebab tak tahu dia berada di mana 2009-09-13 11:40 PM

Banyakkan sedekah dan niat untuk orang itu, tetapi kalau jumpa dia, tetap kena ganti

ingin_taubat .saya solat, jg aurat. tp x dpt thn diri dr lakukan p'kara hampiri zina.(tp x pnh berzina). bulan ramadan pun sama ustaz. ingin taubat, tp x kuat.2009-09-13 5:54 PM

amalkan “la haula wala quwwata illa billah” apabila tergerak membuat maksiat

black salam. betul ke kita tidak boleh mendengar bacaan AlQuran dalam mp3 semasa belajar? dan perlu senyap tanpa buat apa2 bila mendengarnya?2009-09-13 4:42 PM

boleh, Cuma afdalnya sahaja, bila dengar al-Quran, kena senyap

ramli salam ustaz,apa hukum untuk kita berintima' dgn jemaah?2009-09-13 1:29 PM

Wajib jika benar jemaah Islam

ammi luth "salam, jom tgk, last day to order byk baju bb n kids for hari raya, harga runtuh!!wah bergaya la anak2, dipilih dipilih jgn tak pilih sementara ada""2009-09-13 12:20 PM

riza87 salam ziiarah 2009-09-14 2:00 AM

Salam

ahbaa ustaz,ada hadith mgatkn 4 golongan yg x dpandang dgn rahmatnya,bgamana dgn puasa mereka,taubat ,qiamulail mereka,bacaan quran adkah dtolak,x pahala2009-09-14 1:58 AM

jika mereka mengekalkan maksiat itu dan tidak ada hati untuk berubah

Shana Saya ada soalan peribadi. Boleh tak ustaz bagi email address2009-09-14 1:21 AM

muhamadbinabdullah@gmail.com

esan salam ustaz, boleh bantu huraikan persoalan fasik, siapakan golongan ini? saya ada mendengar yg kita tidak boleh berjual beli dgn org fasik. jzklh.2009-09-14 1:14 AM

pengekal dosa besar dan peremeh dosa kecil

esan Salam ustaz, apa komen ustaz mengenai perkara ini -> sesiapa yg tidak berdakwah, amalannya adalah dalam kemurkaan Allah. jzklh2009-09-14 1:12 AM

benar jika tidak ada langsung usaha dakwah ditempat itu

fara salam...ustaz saya ada soalan peribadi nk tanya ustaz.Blh ustaz bg alamat email ustaz 2009-09-14 1:00 AM

muhamadbinabdullah@gmail.com

Nur Hayati Ustaz, saya cukup terharu dgr & sama2 mengaminkan doa bersama ustaz diakhir rancangan "tanyalah ustaz" pg td. Sy cuba recall tp tak berjaya..2009-09-14 12:36 AM

Guest ustaz.seblum haid ada keluar lendir yg warna coklat ini dah di kira haid ka masih boleh puasa dan solat 2009-09-14 12:36 AM

Itu dah dikira haid

Yati salam. ustaz boleh tak ustaz bagi email. saya nak minta doa yang ustaz baca pada pagi tadi di TV92009-09-14 2:33 AM

muhamadbinabdullah@gmail.com

Aida salam ustaz, saya tertarik dengan komen ustaz kpd email pertama pagi tadi, org tu sibuk bekerja x da masa nak solat, solatnya bolos2, dia tanya boleh ..x wat umarah di bln ramadan nie, jawapan ustaz, boleh x da masalah..tp saya merasakan jawapan ustaz haya terjurus pd umrahnya saja, sdgkan solat itu ..tiang agama, hendak x hendak penghantar email tu harus memberatkan solatnya, solat yg akan ditanya dulu di pdg masyar, maaf ye ustaz, sekadar beri..pandangan ttg jawapan ustaz pg td, dr saya yang sgt jahil lg kurang berilmu nie.. 2009-09-14 2:28 AM

Betul tu

Guest salam ustaz. saya amat tertarik kepada doa yang ustaz baca pada pagi tadi !14 .9.09)i dalam program tanya ustaz di tV9. sekiranya dapat boleh tak ustaz menulisnya di sini. saya ingin mencatat2009-09-14 2:22 AM

insyaAllah, sebenarnya doa itu doa biasa, dalam bahasa Arab yang saya baca dalam bahasa Melayu

Guest assalamualaikum ustz,saya ada mengusahakan padi serelong saja saya dah tanya pjbt ugama tmpt saya tgl kta mereka saya xdikenakan atas saya membayar zakat xcukup nisaq apa pndpt ustaz.kalau saya bg jga apakah dikira zakat2009-09-14 2:03 AM

Kalau dah pejabat agama kata macam tu, maknanya tak kenalah. Tapi kalau rasa nak bersedekah, pun bagus

Drew Pahala sedeqah dibulan ramadhan berganda2 berbanding dengan bulan syawal. kalau camtu kan ustaz rugi lah pahala kalau kita save duit buat duit raya?2009-09-14 4:50 AM

Tingkatkan diri dengan berbuat amalan untuk mencari keredhaan Allah, pahala nombor dua

Drew kalau tengah solat jemaah, tiba2 terpandang stoking kita terkoyak sedikit sahaja menampakkan kulit kaki, haruskan berhenti dan tutup sepenuhnya2009-09-14 4:47 AM

Kalau Drew ni perempuan, kena. Kalau lelaki tak payah

nizartwork Salam ustz. Kiranya dapat beri panduan cara menyambut Eid Fitri ikut sunah. T.k.2009-09-14 3:58 AM

1.banyakkan takbir

2. pakai pakaian terbaik

3. solat hari raya

4. pergi dan balik ikut jalan berbeza

5. banyakan zikir

Guest ustz,pakah hukum bercouple?2009-09-14 3:52 AM

Hukum asal haram

Guest Boleh ke mengerjakan UMRAH sekiranya kita ada berhutang dengan seseorang? Boleh sy gunakan duit EPF untuk UMRAh2009-09-14 3:46 AM

Boleh, jika pemberi hutang tidak terdesak untuk menggunakan haknya kembali

zul utz, klu tido siang hari pastu mimpi smp keluar mani. Sah ke puasa pada hari tersebut?

2009-09-14 3:14 AM

Sah

M taufik Abdrahman salam al mubarak,ustaz, soalan sy, berkaitan dengan puasa.sah tak puasa dalam keadaan blm mandi wajibslps bersama isteri kerana t'tido smpai 8am2009-09-14 3:13 AM

Sah

Guest bgmkah jika kita menerima hamper drp pembekal untuk hariraya ini...perlukah dibhagikan ataupun untuk kita sendiri..t kasih2009-09-14 5:34 AM

Tengok lafaz pemberi

bunga salam ustz.jika sorg prmpn haid dan bgn pg (9am) & mendapati dirinya tlh kering lalu mnd wajib.bolehkh dia bpuasa utk hr itu & adakh dikira puasany?tq2009-09-14 5:23 AM

jika yakin kering sebelum subuh, maka boleh puasa

Guest salaM,jika bersetubuh bulan puasa,di siang hari,apa hukumnya bagi lelaki juga wanita?2009-09-14 5:20 AM

Lelaki kena ganti puasa dan kena kifarah, perempuan kena ganti puasa

zainal abidin salam ustaz, isteri saya ini selalu mengulang-gulang cerita sepuluh tahun lalu. adakah ini baik elok dan dia suka keluar makan bersama kawan2 lelaki2009-09-14 5:16 AM

tak baik, doakan agar dia berubah

bard ust,bolehkah saya bersalam dengan adik beradik mak&pak mertua saya?dengan anak sedara isteri boleh@tak?boleh jelaskan siapa yang boleh salam&tak boleh2009-09-14 4:56 AM

yang mahram boleh salam. Mertua boleh, anak sedara isteri kalau dah baligh, tak boleh, adik beradik mak, boleh

Drew ustaz, orang yang macamana patut kita beri hutang? Kiranya kita tau seorang ni suka berhutang, susah nak bayar, dan gunakan duit tadi utk mewah berbelanja, haruskan kita memberi lagi hutang pada dia?2009-09-14 4:54 AM

Tidak harus

Guest Salam ustaz. mualaf dia dah masuk islam 13 thn tapi tak bersunat. Dia berkahwin dah mempunyai anak. Mcm mana ustaz.2009-09-14 4:50 AM

Bersunat itu sunat hukumnya. Cuma kalau nak sembahyang kena cuci dulu sebab kulup itu menanggung najis kencing

Guest Salam Ustaz, Apa hukum kita berhutang dengan org dan tidak dapat membayar sampai mati. Thanks2009-09-14 8:24 AM

Hutang wajib dibayar walau tidak dituntut. Ia akan menyebabkan kelebihan amalan kita tergantung

Rain salam ustaz, jika seseorang bkn Islam berpuasa dengan niat dan cara Islam, adakah dia dpat pahala? jg ad niat tuk msk Islam tp blum sedia tuk mengucap2009-09-14 8:20 AM

Tidak ada pahala

Ani Salam ustaz, jika seseorang sengaja/tdk sengaja mengeluarkan lidah. Adakah puasanya makruh? teime kasih2009-09-14 8:04 AM

Tidak

Ani Salam, ustaz. Adakah kita boleh salam bapa saudara tiri/bapa tiri? Batal tak wuduk? Tq

2009-09-14 7:55 AM

Bapa saudara tiri tak boleh dan batal wuduk, bapa tiri boleh dan tak batal wudhuk

liza apakah amalan utk murahkan rezeki?2009-09-14 7:34 AM

berusaha sungguh-sungguh dan banyakkan doa

Guest salam ustaz,ape kbo...?saya ni seorg yg t`golong dlm golongan OKU...jadi saya ingin bertanyakan kpd ustaz..adakah blh saya menunaikan solat sunat hari

2009-09-14 7:01 AM

Boleh

Azlan. salam ustaz. Saya berjemaah Subuh ketika imam sedang baca fatihah rokaat 2. Perlu ke saya baca qunut ketika menambah bilangan rokaat kedua saya?2009-09-14 6:25 AM

Perlu, sebab qunut letak pada rakaat kedua, walau dah buat dengan imam sekali, kita buat lagi

seri dewi malam ustaz,macam mana nak hilangkan rasa sedih.saya sedih mengenangkan perbuatan suami pada saya.sampai hati dia menipu saya,kata o/station tp dating.2009-09-14 5:59 AM

ingat Allah yang membela dan menyayangi

wanitamelayu Salam ustaz, apakah hukumnya kita memakan hasil tangkapan orang yg memancing sdgkan pemancing tidak menunaikan solat semasa pergi memancing2009-09-14 5:40 AM

sah dari sudut feqah, tapi perlu dihindarkan dari sudut tasauf

buntu.. apakah hukum steri yang menolak ajakan suaminya....?2009-09-14 2:45 PM


haram jika tidak ada keuzuran

kabur salam.usaz, boleh tak terang cara sembahyang berjemaah sebagai makmum. bila perlu baca surah2009-09-14 2:35 PM


surah selepas fatihah seperti biasa

musykil assalammualaikum ustz ketika mengandung saya mengalami alahan yg teruk. saya tak dapat berpuasa dgn sepenuhnya. apakah yg perlu saya buat.2009-09-14 2:29 PM

qada’ kan

ct Salam...kalau kita sembahyang tersilap arah kiblat,wajib kah kita qada’solat itu sedangkan kita yakin arah kiblat ketika kita mengankat takbir2009-09-14 2:22 PM

kalau masih dalam waktu, kena buat balik

ct Salam...bagaimana cara untuk mengqada’ solat jamak dan qasar ketiks musafir apabila kita pulang dari musafir?boleh kah kita qada’ secara jamak qasar?s2009-09-14 2:22 PM

tak boleh, buat secara tamam

ct Salam... jika kita hanya keluar darah istihadhah ketika sembahyang,sahaja,boleh kah kita solat jamak dengan hanya satu wuduk sahaja?2009-09-14 2:22 PM

jamak ketika sakit dibenarkan

Kira salam ustaz. bolehkah jika kita salam seseorang yang berlainan jantina tetapi kita menganggap mereka sebagai bapa kita sendiri2009-09-14 1:18 PM

Jika tidak timbul nafsu pada anda dan dia, ada keringanan, tapi tetap batal wudhuk

Guest tak bolehkah jamak taakhir di rumah memandangkan waktu zohor kita masih dlm perjalanan.sampai rumah dah asar (e.g zohor jamak & qasar + asar penuh). maksudnya zohor saja kita jamak & qasar tapi asar kita sembahyang penuh, cuma jamak dgn zohor since zohor masih travel2009-09-14 9:50 AM

Tak boleh buat dirumah kena buat di kawasan luar karyah. Kalau dah jamak, balik rumah asar belum masuk, kena solat asar balik. Kalau dah masuk asar, tak perlu ulang asar.

Wallahu Alam,

Semoga menepati kehendak soalan. Kalau masih ada kesamaran, bolehlah bertanya kembali.

“Pertanyaan, Kunci Pengetahuan”

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
15 September 09, jam 11.45 pagi

4 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum Ustaz..Saya kurang yakin mengenai zakat wang simpanan.katakanlah saya ada simpanan wang rm50000 dan cukup tempoh 1 tahun genap wajib bayar zakat.setelah dikira dividen dari simpanan trsebut,katakanlah mndapat rm5000 adakah dividen ini dikenakan zakat atau dicampur semua baru dikira dikenakan zakat? Harap ustaz dapat mmbantu. Terima kasih.

Anonymous said...

salam,
sebelum berkahwin saya dan pasangan hampir berzina pd bln ramadhan.. ttp kami tsedar dan tidak meneruskan lg,kini saya tlalu insaf dgn dosa lepas,persoalannya.. 1) adakah batal puasa saya dan pasangan? (tidak keluar airmani) dan jika batal apakah yg harus saya lakukan selain dr mgantikan puasa? 2)bagaimana dengan kaffarah & fidyah? bagaimana kiraanya? 3) adakan saya dan pasangan perlu mbayar atau di pihak saya sahaja? terima kasih..

LINA BAHARI said...

Assalamualaikum Ustaz

saya sering diundang ke majlis makan malam/jamuan korporat. kadang2 di dlm majlis tersebut ada juga dihidangkan minuman keras kepada para VIP.
setiap kali menerima undangan, saya merasa was was utk menghadiri majlis2 seperti itu.
seboleh2nya saya tidak mahu menghampakan jemputan dari pihak penganjur kerana tujuan utama saya menghadiri majlis tersebut adalah untuk bercampur gaul dengan rakan & masyarakat.
apakah pandangan & nasihat Ustaz.

PAK KOD said...

ASSALAMUALAIKUM USTAZ,
1.SEORANG HAMBA GAGAL SOLAT 5 WAKTU TAPI SERING INGAT ALLAH APA JUA YANG AKAN DILAKUKAN.ADAKAH ORANG SEBEGINI MASIH DI REDZAI ALLAH SWT?
2.ALLAH MENJANJIKAN BALASAN PADA HAMBANYA YANG MENUNAIKAN SURUHANYA DAN MENINGGALKAN LARANGANNYA.APA HUKUMNYA SESEORANG YANG BERSEMBAHYANG 5 WAKTU DAN BERDOA KERANA MAHUKAN SESUATU KEPADA ALLAH, BUKAN IMAN SEMATA-MATA.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...