Wednesday, June 24, 2009

Universiti Kehidupan 85 – Mari !.. Semua wajib usahakan….

"Ustaz, boleh tak sampaikan sedikit kuliah dalam 10 minit pada saudara-saudara kita di sini" minta kak Liza.

Mmm, eee, kita taaruf dahululah ye, Nama saya…..

Inilah pertama kali dalam hidup saya, sejak bergelar ustaz, tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan.

Hari ini 23 Jun jam 12.30 tengah hari, saya bersama pesakit HIV positif. Pada hal ketika ini, penghuni semua sedang tidur, berehat setelah makan ubat. Tetapi mereka semua bangun kerana mendapat tahu seorang ustaz datang melawat mereka.

Saya tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan bukan kerana mereka pesakit HIV. Tetapi, tempat kami menyampaikan kuliah agama ini ialah di dalam sebuah gereja.

Tetapi inilah hakikatnya. Tempat perlindungan pesakit HIV bagi orang dewasa adalah di gereja. Orang bukan Islam yang menaungi mereka, dan sudah beberapa yang mati di sini.

Menurut Kak Liza, bagi pesakit HIV dewasa, tidak ada tempat perlindungan yang dibuat oleh orang Islam.

Majlis Agama Islam Selangor pernah bercadang untuk membuatnya, tetapi hingga sekarang belum menunjukkan apa-apa perkembangan.

Saya malu pada diri saya saat ini. Seolah-olah, saya diberi tahu,

"apa lah kamu orang Islam ni, cakap aje pandai, saudara seIslam yang sakit pun tidak dihiraukan".

Selesai taaruf, salah seorang dari mereka memberi tahu,

"Imam masjid sebelah selalu datang"

Hati saya menyapa:-

Kenapa tidak dibuat di masjid sahaja tempat perlindugan ini, bukannya tak ada tanah…"

"Pihak MAIS ada jugalah jengok kami, tapi jarang-jarang. Dalam sebulan sekali lah."

Hati saya menyapa:-

"Kena sampaikan ni, pada sahabat-sahabat dari MAIS. Kena buat sesuatu."

Saya masih kelu dan tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan. Tajuk apa yang saya nak sampaikan?

Tajuk Ukhuwah? Tajuk berkasih sayang sesama Islam? Tajuk "semua perkara ada hikmah"? Tajuk apa? Tajuk apa yang sesuai?

"Aduhai Tuhan.. kenapa aku di sini hari ini.." rintih hati saya atau lebih tepat:-

"Kenapa sekarang baru dapat tahu, kenapa tidak peka, kenapa tidak dari dulu lagi aku datang menjenguk sahabat-sahabat seIslam di sini.."

Akhirnya saya menyampaikan sedikit tazkirah, tak sampai dua minit. Saya hanya membicarakan mengenai kasih sayang Allah pada manusia. Semakin banyak saya berkata, semakin banyak hati saya berkata:-

"Ah… pandai cakap aje, apa yang kamu buat hah…"

Tazkirah di akhiri dengan sedikit ucapan dari kak Liza.

Majlis berakhir dengan bersalaman. Salah seorang penghuni, dengan suara yang rendah, berkata pada saya:-

"Ustaz.. terima kasih sebab datang ye.."

Nak menitik air mata saya melihat mereka. Dari mata mereka, mereka seolah-olah memberi tahu saya,

"Ustaz, keluarkanlah kami dari gereja ini"

Saya melangkah keluar dari dewan kuliah. Di sebelahnya terdapat salib. Yang masih boleh berjalan, menghantar saya hingga ke kereta.

Mereka melambai ke arah kami serombongan sambil berkata:-

"Nanti datang lagi ye.."

Van yang kami naiki menuruni cerun kawasan gereja. Hati saya tak putus-putus berdoa:-

"Ya Allah, selamatkan iman mereka. Ya Allah, beri kami kemampuan, dalam tahun ini insyaAllah, kami akan usaha mengeluarkan mereka dari gereja ini Ya Allah."

Kami meninggalkan tempat ini. insyaAllah, selepas saya pulang dari Turki nanti minggu depan, kita akan usahakan sesuatu, bisik hati saya.

Pada saya, mewujudkan tempat perlindungan ini dah taraf fardhu ain dah, ini kerana tidak ada lagi tempat perlindungan bagi orang dewasa seperti ini yang dibuat. Selagi ada orang Islam yang masih duduk di gereja ini, selagi itulah tanggung jawab ini tidak terlepas dari setiap bahu orang Islam.

Saya menyeru pada semua pembaca. Mari sama-sama kita usahakan. Jika ada niat, maka, insyaAllah, pasti ada jalan.

InsyaAllah, saya akan mewar-warkan pada semua jika ia akan dimulakan. InsyaAllah, dalam tahun ini juga, kita akan keluarkan mereka dari gereja ini. InsyaAllah, dalam tahun ini juga, kita akan usahakan rumah penjagaan bagi orang Islam.

Semoga sedikti niat ini mendapat bantuan ilahi, amin…

"Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat"

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
24 Jun 09, jam 2.15 pagi
Bersama pesakit HIV
Gambar Jesus di sana sini.

Kemudahan ambulans
Dewan kuliah di gereja ini

Dari mata mereka, mereka seolah-olah memberi tahu saya, "Ustaz, keluarkanlah kami dari gereja ini"
Kenangan bersama penghuni

33 comments:

Anis Hartini Haron said...

kesian la dia org nie..... duduk dalam gereja jer.... :(

aza said...

assalamualaikom....keluarkanlah mereka ini dari gereja...MAIS bertindaklah segera...saya pasti saudara SJ boleh memberi komen atau pendapat yg bernas....silakan SJ..

Shahabudeen Jalil said...

Alhamdulillah,

Satu usaha yang bagus. Tahniah saya ucapkan. Maaf saya tak dpt ikut kelmarin.

Aza nak saya komen apa? Jangan jadi dungu yang tak dpt membezakan antara permata dan kaca.

Hunny said...

Salam Ustaz,

Rasa bersalah bila baca entry ini. Insyallah, saya akan bantu untuk siasat dan pastikan mereka dapat pembelaan sewajarnya. Saya dimaklumkan pihak MAIS dalam usaha sedang dilakukan untuk membina tempat yang sesuai untuk mereka. Saya turut dimaklumkan bahawa, mereka yang enggan untuk keluar, tapi pada saya itu bukan isunya. Memang perlu keluarkan mereka dari situ. Insyaallah, saya pasti bantu. Saya akan bercakap dengan pengurusan tertinggi di MAIS berkenaan isu ini.

Anonymous said...

rasa nak menitik airmata ini bila melihat keadaan saudara kita menetap disitu hanya untuk mendapatkan secebis kasih daripada manusia yg masih ada setitis perikemanusiaan...tiada perkataan yg dapat diucapkan apabila aku melihat nasib mereka..aku terbayang kalaula tiba2 aku terjumpa saudara sedarah sedagingku di sini apa lah yg akan aku lakukan???ustaz..x taulah apa nak jd dgn kita ni ustaz..dana islam berjuta2..tp kenapa masih ada msalh yg sperti ini pada saudara seislam kita???malu rasanya berhdapan dengan rahib2 gereja di situ.dah tentu depa tgh gelakkan kita umat Islam yg...x taula nak cakap ustaz..ustaz sambungla sendiri..-hamidah staf kak hani-

Liyana Musa said...

assalamualaikum ustaz..

semoga berjaya dan dipermudahkan dalam usaha ini..

saya nantikan updates topic ini dari blog ustaz insyaAllah..

Shahabudeen Jalil said...

hamidah staf kak hani,

tak perlu menangis.. tangisan kak tu buang karan jer.

better kak fikir atau doa.

itu lebih bermakna.

Anonymous said...

salam..

saya mengharapkan ada usaha dibuat untuk keluarkan saudara2 kita dr rumah laknat tu..smoga Allah merahmat dan memberi pertolongan kpd ustaz seandainya ustaz berhasrat sedemikian...MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI mohon bantu keluarkan saudara2 kita ni...

bina satu tempat untuk melindungi golongan ini..

jgn sampai mereka murtad nnt...


besar dosa yang MAIS kena tanggung...

Anonymous said...

Mungkinkah ini satu bentuk pembalasan Allah kepada mereka?? Entahlah...Allah sahaja yg mengetahui...........

Sayap_Srikandi said...

Assalamualaikum ustaz,

kami ingin tahu di manakah lokasi tempat ini dan berapa orang penghuni yang dipercayai beragama islam berada di dalam gereja ini. Bagaimana pula dengan kebenaran untuk melawat mereka adakah terbuka kepada sesiapa sahaja atau hanya orang-orang tertentu sahaja?

Terima kasih ustaz.

knitfreak-to-be said...

Assalamualaikum ustaz, ada update pasal issue ni? ada ke cara yang bole saya tolong?

Anonymous said...

assalamualaikum...

uztaz... kalau ingin buat kutipan derma bgtau... insyaAllah saya nak menyumbang sekadar termampu....

kakyue said...

astagfirullah.

ampunkan lah dosa kami umat Islam yg kurang peka ini.semoga akidah mereka di selamat kan.& semoga kita tak dipersalahkan atas kelalaian sendiri.

kalau perlukan apa2 bantuan,jangan lupa update kn.

Bonekahati said...

Salamz,
Ana dpt artikel ni dr teman melalui email. Adakah tuan pemiliknya? Ana minta izin utk dimuatkan dlm blog ana. Sgt bermanfaat utk dikongsi bersama teman yg lain. Apapun tahniah atas usaha yg dijalankan. Semoga ALLAH sentiasa bersama saudara.

Anonymous said...

Semua org cakap, keluarkan, keluar keluarkan mereka. Yg mati di hospitalpun keluarga tak mahu mayat di bawa pulang. Jangan sekali cadang untuk letak di Masjid .. itu HIV tuan.
Kalau boleh minta ustaz ke kamu semua yg tulis dalam blog ini ke, cadangkan bagaimana supaya mereka tak pekena dadah, pelacuran, sodomism dan kembali normal.
Wak ni cakap saja juga.

Anonymous said...

Kamu semua ni, tunjuk kesian konon, menitis air mata la .... wah tunjuk saja. Siapakah mereka peragut .. pen ..itu, pen ..ini, perempit, lagi penzina dll. Kata belajar ugama, tak tahukah itu balasan Allah dibumi?
Katakan budak A, meragut beg .. apa uztaz nak kata ..alhamdulillah ke? yg ditangkap di Chow Kit ...
Mesti kata syaitan!
Jadi hamba syorkan, jangan toleh ke belakang, kerana didepan banyak lagi onaknya.

Anonymous said...

Ini pandangan peribadi saya...
berapa ramai yang sanggup membantu dengan wang ringgit? kalau tukar sport rim yang beribu2 tu sanggup la...minta derma untuk saudara baru atau sebagainya...amat susah dapat keluar wang ringgit. Kerana "no personal gain" tidak ada apa2 keuntungan untuk diri sendiri. Saya lihat Kristian tidak ada batas..segala hanya kerana "love" kasih sayang....mereka ada attitude "just do it" ...walhal Islam....berbagai hukum dan larangan...tidak dinafikan itu semua untuk kebaikan umat tetapi kadang2 saya berfikir ianya telah disalah tafsir pulak oleh umatnya. kurang tunjuk kasih sayang...yang ditunjuk pulak salah tempat seperti melahirkan anak2 luar nikah....sekali lagi....ini hanya pandangan peribadi saya.

Anonymous said...

Assalaamualaikum Ustaz.

Duit zakat negeri selangor sahaja bernilai ratusan juta ringgit. Jika ada usaha yang benar2 serius, InsyaAllah kita akan dapat tubuhkan satu badan khas yang menguruskan kebajikan orang2 seperti pesakit HIV, muda-mudi bermasalah, anak yatim dan sebagainya. Perlu ada satu kumpulan khas yang mentadbir institusi yang semakin diperlukan di negara kita ini. Pada saya, gunakan sahaja duit zakat yang ada.

-ali sabardin-

En Ujang said...

Tahniah Buat JAKIM,Baitul mal dan semua jabatan agama.
sebelum nih saya telah mengikuti kuliah Ust Rasul Dahri.
Amat malang kuliah hanya berlansung 2o minit.. MAINS stop kan....
dipendekkan cite, takde kesalahan pun cuma arahan salah seorang ahli majlis fatwa ngri 9...
bile saya fikir, tu jek ke tugas dorg?
hehehhehheeh
tiap bulan cucuk gaji, bila hari keputraan dapt pingat darjah... jadilakan...

Anonymous said...

ya Allah...slmtkan saudara seislam kami ini.... ustaz, sy harap mrka cpt keluar dari sini... walaupn sy xb'kmmpuan nk bntu apa2 tp sy akan ttp sokong ustaz untuk misi ini...

Unknown said...

Apalah salahnya MAIS sewakan rumah atau bangunan untuk dijadikan tempat berlindung mereka ini. Duit zakat berjuta2 orang Islam Selangor takkan nak simpan dalam FD sahaja. Inilah masa gunakan dana umat Islam untuk melakukan sesuatu yang Fardu ke atas umat Islam.
Sepatutnya dilaporkan ke suratkhabar Metro dsb biar pegawai2 MAIS ni sedar sikit bila benda ni dah jadi public.
Ustaz, teruskan usaha murni...

Admin said...

assalamualaikum,

Sebetulnya kita tidak perlu kesian kepada mereka, tetapi perlu kesian kepada umat islam yang selama ini tidak pernah membuka mata pasal isu ini kerana ustaz mengatakan ia telah menjadi fardu ain, maknanya semua kita juga berdosa kerana tidak membantu.

Untuk pengetahuan ustaz, saya sendiri terlibat dalam usaha rawatan pemulihan dadah persendirian dan sering didatangi oleh pihak gereja untuk respon terhadap kes-kes seperti ini. Mereka tidak pernah meletakkan pra-syarat dalam memberi sumbangan kepada siapa sahaja yang memerlukan.

Di Ipoh sahaja terdapat program pemberian makan di pusat khidmat mereka di sekitar bandar. Apabila saya kesana, kelihatan banyak homeless dan street addict datang untuk mendapatkan bantuan perubatan, makanan dan sebagainya. Terdapat Doktor sukarela diantara kalangan mereka yang membantu mereka dalam tujuan perubatan. Saya juga tidak setuju apabila sesetengah pihak mengatakan ia merupakan satu usaha serta konspirasi pihak gereja untuk memesongkan akidah mereka. Tetapi adakah pernah kita terfikir, kita adalah merupakan antara salah satu faktor yang menyumbang penyebab mereka jadi begitu.

titan said...

Ustaz. Mohon untuk titipkan artikel ini di blog saya jika diberikan keizininan. Bagus untuk tatapan orang kita sekarang.

Ps: Kesian dan harap kita semua dapat berusaha dan membantu bersama-sama..

MofiR said...

mohon salin artikel ustaz ke dalam blog saya.

Jazakumullah...

pija said...

Assalammualaikum...
ehm... apa nak dikata lagi...kalu setakat dalam link ni.. orang yang ada emel aja la bleh tengok... paggil la tv3 untuk war2kan isu ni dimata masyarakat seluruhnya...
tu la... kerajaan ngr selangor zakat khususnya... kutipan sampai terlampau banyak bagi pada pasangan nak menikah boleh... nak bantu golongan macam ni tak boleh plak... adush... dunia akhir zaman... bginilah...

Anonymous said...

assalamualaikum..mcmne kalau nak menderma wang misalnya utk pembinaan pusat tu?

Anonymous said...

"Apabila saudaramu berbuat dosa, tegorlah dia di bawah empat mata. Jika ia mendengarkan nasihatmu engkau telah mendapatnya kembali. Jika ia tidak mendengarkan engkau, bawalah seorang atau dua orang lagi, supaya atas keterangan dua atau tiga orang saksi, perkara itu tidak disangsikan. Jika ia tidak mau mendengarkan mereka, sampaikanlah soalnya kepada jemaat. Dan jika ia tidak mau juga mendengarkan jemaat, pandanglah dia sebagai seorang yang tidak mengenal Allah atau seorang pemungut cukai. Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya apa yang kamu ikat di dunia ini akan terikat di sorga dan apa yang kamu lepaskan di dunia ini akan terlepas di sorga. Dan lagi Aku berkata kepadamu: Jika dua orang dari padamu di dunia ini sepakat meminta apapun juga, permintaan mereka itu akan dikabulkan oleh Bapa-Ku yang di sorga. Sebab di mana dua atau tiga orang berkumpul dalam Nama-Ku, di situ Aku ada di tengah-tengah mereka."

Matius 18: 15-20

Anonymous said...

ni post ape? knape mesti petik kitab org lain?

Anonymous said...

"Kasih itu sabar; kasih itu murah hati; ia tidak cemburu. Ia tidak memegahkan diri dan tidak sombong. Ia tidak melakukan yang tidak sopan dan tidak mencari keuntungan diri sendiri. Ia tidak pemarah dan tidak menyimpan kesalahan orang lain. Ia tidak bersukacita karena ketidakadilan, tetapi karena kebenaran. Ia menutupi segala sesuatu, percaya segala sesuatu, mengharapkan segala sesuatu, sabar menanggung segala sesuatu"

I Korintus 13:4-7

Anonymous said...

Tahniah kepada ustaz,
atas usaha ustaz untuk membentangkan perkara ini pada umum yang baca blog ini. Kelmarin sudah keluar tv pihak MAIS telah pindahkan penghuni beragama Islam ke tempat yang lebih sesuai. Syabas....

Anonymous said...

tahniah ustaz..
Sampai juga di gereja tu ya...tapi kalau nak selamatkan muslim kat gereja tu pastikanlah ustaz boleh jaga mereka tu lebuh baik dari pihak gereja tu...

Anonymous said...

Bagi mereka yang berbunyi sinis bila cadangan mengeluarkan mereka ini dari gereja diutarakan:

Bukan semua pesakit-pesakit HIV memilih jalan yang mereka lalui sekarang ini.Sekarang bukan masanya mendongak ke langit dan memikirkan tentang hal-hal sendiri.Sudah menjadi tanggungjawab kita menyelamatkan sesama umat Islam.Gunakan akal dan fikir-fikirkanlah.

abufawwaz albakri said...

Alhamdulillah sekarang ni JAKIM, JAWI dan JKR sedang dalam perancangan membina pusat untuk pesakit2 HIV di Kuala Lumpur. Mari kita semua doakan agar projek ini berjaya.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...