Islam memasuki negara India melalui dua jalan, jalan laut dan darat. Ia sama seperti Islam masuk ke negara China. Jalan laut dengan melalui Pantai Barat iaitu satu pintu masuk langsung dari semenanjung Arab melalui laut dan jalan darat iaitu melalui Afghanistan dan Turki.
Ia bermula dari zaman Saidina Umar lagi, pembukaan dan penaklukan benua kecil India telah dimulakan.
Pada tahun 87 hijrah/ 706 masihi, Khalifah al-Walid bin Abdul Malik dari Kerajaan Bani Umayyah telah menghantar sebuah angkatan tentera Islam berjumlah 12 ribu orang, 6000 tentera berkuda dan 6000 lagi tentera berunta. Tentera ini dipimpin oleh Muhammad al-Qasim yang ketika itu baru berusia 17 tahun. Muhammad al-Qassim berjaya mengIslamkan banyak tempat di negara Sind ini.
Pengislaman tanah Sind ini semakin kuat diusahakan oleh para pendakwah yang terus berdakwah mengIslamkan masyarakat setempat sehinggalah Islam dapat membina kerajaan Islam pertama iaitu kerajaan Islam Ghaznawi pada tahun 351 hijrah bersamaan dengan 962 masihi.
Bermula dengan tertegaknya sebuah kerajaan Islam, maka ia menjadi sebagai titik bermulakan Islam dapat mengIslamkan tanah-tanah hindu di Sind ini.
Kerjaan Islam Ghaznawi kemudian digantikan dengan Kerjaan Islam Ghori pada tahun 544 hijrah bersamaa dengan 1150 masihi. Di Palestin ketika ini orang Islam sedang berjihad mengemalikan Baitul Maqdis dari tangan tentera Salib.
Kerjaan Islam Ghori runtuh dan digantikan oleh Kerajaan Mamluk dan bermulalah Kerajaan Kesultanan Islam Delhi pada tahun 602 hijrah/ 1206 masihi. Dinamakan kerajaan Mamluk (kerjaan hamba) kerana Sultan pertamanya adalah bekas hamba di zaman kerajaan Ghori. Beliau adalah Sultan Qutbuddin Aibak.
Ketika baru tertegaknya kerajaan Mamluk inilah, orang-orang Monggol menyerang orang Islam (1220 masihi) dan akhirnya Keraaan Bani Abasiyyah di Bangdad diserang oleh Monggol pada tahun 1258 masihi. Khalifah Bani Abasiyyah selepas itu berlindung dan bernaung dengan Sultan-Sultan Mamluk.
Siapa sangka, kerajaan Mamluk akhirnya menjadi sangat kuat sehingga menjadi pelindung kepada Umat Islam sehingga di Timur Tengah termasuk Palestin.
Di Palestin ketika ini, Salahudidin al-Ayubi baru sahaja dapat mengalahkan tentera Salib.
Kerjaan Islam Mamluk kemudian digantikan dengan Kerjaan Islam Khilji pada tahun 689 hijrah/ 1290 masihi. Sultan-Sultan Khilji sangat pintar dalam ilmu perang sehingga orang Monggol juga takut dengan mereka. Pada tahun 1296, Sultan Alauddin Khilji berjaya mengalahkan tentera Monggol dan Monggol terus menerima kekalahan berganda pada peperangan tahun 1303 masihi dan 1304 masihi sehingga orang Monggol menjadi gerun dengan orang Islam
Di Nusantara ketika ini telah tertegaknya kerajaan Islam Melaka dan Terengganu.
Kerjaan Islam Khilji kemudian digantikan dengan kerajaan Islam Tugluq pada tahun 720 hijrah/ 1321 masihi. Sultan-sultan Tughluq adalah orang yang meminati ilmu dan mereka sendiri adalah orang yang mahir dalam ilmu-ilmu sains, matematik, fizik, logik dan falsahah selain dari ilmu-ilmu agama. Di zaman Kerajaan Islam Tugluq berkembangnya ilmu-ilmu yang menjadi asas ilmu sains moden sehinggalah mereka telah diserang oleh Sultan Timurlane dari Samarqand pada tahun 1398, dan Timurlane telah membawa ahli cendiakiawan dari India ini untuk membangunkan negaranya di Samarqand.
Sultan Tuglug yang terakhir, Sultan Mahmud Tuglug mangkat dan tidak ada yang mahu berani untuk menaiki tahta kerana takut ancaman Timurlane. Akhirnya, Syed Daulat Khan, seorang gabenor di zaman Sultan Mahmod Tuglug dilantik menjadi Sultan.
Kerajaan Islam Tuglug diganti oleh Kerjaan Islam Dinasti Syed pada tahun 814 hijrah/ 1412 masihi.
Kerajaan Islam Dinasti Syed tidak lama memerintah. Ia kemudian di ganti dengan Kerajaan Islam Dinasti Lodi pada tahun 854 hijrah/ 1451 masihi.
Di Melaka ketika ini, kerajaan Islam Melaka telah mula terkenal dengan wujudnya pelabuhan yang menjadi penghubung antara tanah besar China dengan Dunia Arab. Ketika ini Portugis telah mula meminati Melaka.
Semua kerjaan Islam di India ini adalah kerajaan sama ada Arab, Parsi atau Turki. Pada tahun 931 hijrah/ 1526, bermula kerajaan pertama dari darah campuran Turki/ Monggol dan India. Ia adalah kerajaan Islam Moghol.
Kala ini di Melaka, kerajaan Islam Melaka telah tumbang di jajah Portugis. Kapal-kapal perang dari Kerajaan Islam Demak pimpinan Raja Yunus (Pati Yunus) telah dikirim untuk membantu Melaka tetapi tidak berjaya. Hal ini dirakamkan dalam pujangga Melayu “Kalau Roboh Kota Melaka, Papan Di Jawa Kami Sorongkan..”
Berita tumbangnya kota Melaka tersebar di Kerajaan Islam lainnya.
Ketika Alfonso al Buquerque membawa kekayaaan Melaka untuk ke Portugis, ia telah diserang oleh Kerjaan Islam Moghol. Walaupun secara rasminya kerajaan Islam Moghol tertubuh pada tahun 1526, tetapi pengasas dan pembinaannya telah bermula. Sebahagian orang barat mengatakan bahawa Alfonso mati diserang lanun, tetapi ia sebenarnya adalah kapal-kapal perang dari Kerajaan Islam Moghul. Kebiadaban Alfonso telah ditamatkan kerana dia adalah orang yang pernah berusaha mencuri jasad Nabi kita Muhammad SAW yang mulia.
Kita dapat lihat kaitan Ukhwah antara kerajaan-kerajaan Islam pada kurun ke 15 ini.
Secara ringkasnya, kerajaan Islam Moghul tertegak di Delhi sehinggalah ke Sultan yang terakhir iaitu Sultan Bahadur Syah (II) yang mengisytiharkan perang Jihad pada British. Baginda kemudian ditangkap dan dibuang ke Rangoon Myanmar dan mangkat di sana. Pihak British menjajah India dan kemudian telah menukar Delhi menjadi New Delhi.
“Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
New Delhi India 18 Febuari 2015 jam 10.15 pagi