Friday, July 30, 2010

al-Ijabah 66 – Cawangan Rumah al-Ijabah

InsyaAllah, dengan izinNya jua, rumah anak yatim dan tahfiz al-Ijabah akan dibuka di Parit Buntar.

Di sini, ia akan diberi nama Rumah al-Ijabah Cikgu Saidin (Rumah anak Yatim dan Tahfiz).

28 Julai 2010, jam 5.00 petang, saya dan beberapa ahli keluarga Allahyarham Cikgu Saidin bermesyuarat dan sudah berada di peringkat akhir.

InsyaAllah, jika diizinkan Allah, rumah ini akan beroperasi pada Januari 2011.

Perbezaan rumah al-Ijabah ialah, kita akan menjaga akademi dan tarbiah mereka. InsyaAllah, para pembaca yang membaca makluman ini, bolehlah mewar-warkan dan boleh berhubung dengan Yayasan al-Ijabah bagi tujuan pendaftaran baru.

Semoga usaha membela anak-anak yatim dan orang susah ini terus mendapat keredhaan Allah, amin..

“al-Ijabah, Bersatu Kita Berbakti”

Al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

18 Sya’ban 1431/ 30 Julai 2010 jam 5.00 petang

Artikel dahulu

http://www.ustazamin.com/2010/04/diari-212-amalan-yang-kekal-pahalanya.html

IMG_1145

Mesyuarat dengan waris Cikgu Saidin

IMG_1147

Plan rumah al-Ijabah Parit Buntar

IMG_1148

InsyaAllah, kita ke arah mewujudkan rumah anak yatim yang menjaga tarbiah dan akademi mereka

IMG_1149

IMG_1150

Semoga terus dipermudahkan Allah.

IMG_1154

Semoga satu hari nanti, dari rumah anak yatim ini, cita-cita menubuhkan Universiti Wakaf pula dipermudahkan Allah, amin…

al-Ijabah 65 – Nisfu Sya’ban

Dalam kitab “Lataiful Maarif” ada menyatakan bahawa, ada lima malam yang dapat kita ketahui malam itu dan ia terdapat waktu dimustajabkan doa.

Lima malam itu ialah:-

1. Malam awal Rejab

2. Malam Nisfu Sya’ban

3. Malam hari raya Aidul Fitri

4. Malam hari raya Aidul Adha

5. Malam jumaat.

Digalakkan kita memperbanyakkan doa kepada Allah setiap masa, lebih-lebih lagi pada lima malam ini.

Isnin 26 Julai 2010 bersamaan malam Nisfu Sya’ban, seperti tahun-tahun yang lalu, saya memang akan bersama anak-anak yatim dan tahfiz al-Ijabah di dalam program yang dianjurkan pada malam ini. Malam ini, Alhamdulillah, saya bersama juga dengan saudara saya dari pesakit HIV.

Biasanya, di masjid-masjid, malam ini, akan diadakan bacaan yasin sebanyak tiga kali dengan doa munajat pada Allah.

Sebenarnya, apa-apa surah pun bagus untuk dibaca, tetapi ulama dahulu memang mengambil surah yasin untuk dibiasakan kepada orang Melayu agar semua orang nanti boleh membacanya. Di samping kelebihan surah ini, bilangan ayatnya yang tidak terlalu panjang dan tidak juga terlalu pendek menjadikan surah ini senang untuk diajarkan.

Ada pandangan yang keras mengatakan bahawa tak perlulah nak baca yasin ni.

Pada saya, kalau satu hari nanti semua orang dah sangat mesra dengan al-Quran dan sudah menjadikan al-Quran ini sebagai satu yang rapat dalam hidup mereka, barulah pandangan ini dapat dilaungkan.

Sekarang ini, berapa banyak yang mesra dengan al-Quran? Kalau tak ada majlis baca yasin ini, percayalah, kebanyakkan mereka tidak akan membasahkan lidah dengan ayat al-Quran ini.

Tahun ini, saya bersyukur kerana dapat mengumpulkan dua rumah kebajikan yang berada di bawah Yayasan al-Ijabah iaitu rumah anak yatim dan tahfiz dan rumah HIV Darul Ukhwah.

Malam ini bukan sahaja kami membaca ayat-ayat al-Quran bersama-sama, malahan kami menutup malam ini dengan bacaan selawat-selawat pada Nabi SAW.

Semoga semua yang ada terus mendapat kebaikan limpahan al-Quran dan juga limpahan keberkatan selawat pada Nabi ini.

“Al-Ijabah, Ladang Amal Mencari Keredhaanya”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

18 Sya’ban 1431/ 30 Julai 2010 jam 4.45 petang

IMG_1095

Sambutan Nisfu Sya’ban 

IMG_1108

Bacaan al-Quran dan selawat

IMG_1128

Saudara kita pesakti HIV

IMG_1129

Alhamdulillah, semoga semua dilimpahi keberkatan al-Quran dan selawat, amin…

Wednesday, July 28, 2010

Jawapan Pada Persoalan 113

Alhamdulillah, baru ada kesempatan untuk melihat persoalan yang diajukan

hanani salam ustaz...kalau kita baca al quran..dgn niat untuk dihadiahkan kepada arwah..arwah akan tahu ker tak.. 2010-06-29 3:21 AM

Bukan tahu itu yang menjadi persoalan, yang penting sedekah itu sampai

Jun as'kum utz, saya seorang ibu tunggal dan mempunyai 5 orang anak.Setelah 14 tahun peninggalannya, saya telah di temukan jdoh dgn orang yg tlh mempunyai isteri. Beliau telah merestuinya, jg pd anak2 beliau n jg pd anak2 saya. hanya pd ibu saya sj yg x merestuinya. bagaimana kah yg harus saya perbuat saya n anak2 telah sama2 brbncng dgn nya tetapi hampa jg utz. apa yg harus saya lakukan 2010-06-29 2:33 AM

Doa dan terus cakap baik-baik dengan ibu

Mohamad assalamualaikum ustaz..adakah sah mandi wajib jika tidak memasukkan air ke dalm kemaluan? 2010-06-29 2:17 AM

Mandi wajib kena sampaikan air pada anggota zahir, kalau dubur, yang zahir, tak perlu sampai kena korek yang dalam

Guest Ustaz apa makn a mimpi saya: saya bermimpi orang yang saya suka (dia ignore saya) berada di tempat yang sama tetapi dalam keadaan dia ignore saya? TQ. 2010-06-29 2:15 AM

Itu lebih pada perasaan

Guest susunan kitab: Zabur, Taurat, Injil & Quran. betul ke? 2010-06-28 2:12 PM

Ya, betul

irfan ASSALAMWALAIKUM SAYA SINI IRFAN BARU MASU ISLAM BOLE USTAZ BAGHI I ADVISE YANG I BOLEH DAPAT SENANG DALAM ISLAM,SAYA NI ORANG NEPAL.... 2010-06-28 1:47 PM

kalau ada masa rujuk PERKIM

Guest salam ustaz..bru2 ni sy ada mimpi ular..mimpi prtma ular 2 mggigiit org yg agak smar dlm mimpi sy..kali kedua sy hnya mimpi ular shj..apa mksud?sykran 2010-06-28 9:52 AM

Kalau belum kahwin maknanya jodoh, mimpi ular juga boleh memberi makna sihir

ina salam ustaz...sekiranya suami sy sudah menggauli perempuan yg bukan muhrim..dan dia ingin menggauli saya...sedangkan saya x nak..berdosakah saya?tq... 2010-06-28 2:41 AM

Ya, berdosa. Hukum dia berzina dengan orang lain dosa dia dengan Allah, bagi pihak puan wajib melayan suami meskipun dia seorang yang berdosa

Guest salam ustaz, ada seorag ustaz tu bagi ceramah, mengatakan bahawa perempuan yang sedang haid boleh baca quran dan pegang tafsir sekali? mohon penjelasa 2010-06-30 3:32 AM

Pendapat wanita yang uzur boleh memegang mushaf ada banyak khilaf. Tapi menurut pendapat yang kuat, wanita uzur haram memegang mushaf melainkan tafsir. Baca al-Quran tidak dibolehkan melainkan sebagai zikir dan niat untuk belajar

Guest salam ustaz, nk tnya betul ke majlis tahlil tu bidaah? 2010-06-30 3:31 AM

Ada khilaf, pendapat yang banyak dipegang tidak bidaah

SYM Apa hukum memakai wangian sebelum menunaikan solat dan adakah ia sunnah nabi?

2010-06-30 2:55 AM

Ya, kerana sunat memakai wangi-wangian

Guest salam ustaz..mcm mane nak susun kedudukan katil dalam bilik tidur.kedudukan tidur kaki melnjur ke kiblat,kpla ke kiblat.@ cara yg lebih afdal ustaz. 2010-06-30 12:18 AM

Elok kepala ke kiblat atau ketepi kiblat iaitu jika kita mengiring, kita akan menghadap kiblat

Guest Salam ustaz,saya nak tanya ape hukumnye suami menggunakan selain dari kemaluannye untuk memuaskan isterinye. contoh nye menggunakan objek2 . 2010-06-30 12:01 AM

Elok dijauhkan, boleh jatuh hingga haram

Faizah Salam ustaz..sy jd pnjmin personal loan sorang kwn. 5 thun yg lps tp sy bru tau nm sy blacklist mgu lps bl nk beli kereta. Td bnk call sy lau nk clear nm kn byr rm14500.00. Maslh sy apa pndangan ustaz smcm satu pnganiayaan. Sbb sy sbnrnya mmang x prnh tau prnan pnjmin.

2010-06-29 11:57 AM

Memang satu penganiayaan

Guest salam ustaz, sy nak tya ap maksudnya klu saya kerap kali mimpi sedang mengandung, menjaga anak yang baru lahir atau melahirkan..mohon penjelasan us.. 2010-06-29 7:31 AM

rezki

igin tahu kalau masa dulu banyak tinggal solat..solat2 yang sengaja ditinggalkan wajib diqadha semula ke ustaz n tdk tahu dh berapa solat yang ditinggalkan. boleh tak qadha solat stiap selepas solat 5 waktu ganti satu atau dua solat yang ttngal 2010-07-01 2:06 AM

Boleh

Guest salam ustaz..boleh ke x nk jamak solat ditempat asal kiter @ kampung halaman kite setelah pulang dr sesuatu tempat melebihi 2marhalah 2010-07-01 12:17 AM

Kalau sekarang sudah bermustautin di tempat lain, boleh

Zailani salam ustaz. Jikalau bersama isteri pada malam dan hanya mandi wajib sebelum sembahyang subuh, bagaimana dgn rambut yg gugur ketika tidur? B 2010-06-30 11:02 AM

Adabnya kena basuh sekali.

Guest Ust, apa hukum mandi ditempat2 awam seperti swimming pool, sungai & pantai yang selalunya ramai orang? 2010-06-30 7:54 AM

Harus, tapi boleh jatuh haram jika membuka aurat

Guest kalau kerap kali mimpi bogel apa petandanya?seolah puas sangat mencari kain pada ketika itu dan orang memandang kepada kita 2010-06-30 6:04 AM

Ada rasa bersalah atau takut kelemahan di ketahui orang

Guest slm, sy dgr tzkirh drp sorg ust mngatak' sebrg bntk amaln atau doa xkn smpi pd simati krn dlm quran da ckp hny 3 bnd sj yg blh slmt' simati. 2010-06-30 4:11 AM

Ada khilaf

Guest salam ustaz..betul ke amalan membaca doa setiap kali selepas solat bukan sunnah nabi & kita sbg umatnya x p'rlulah buat apa yg nabi x buat,btl ke? 2010-06-30 3:37 AM

Terpulang kepada kita, kalau rasakan berdoa selepas solat itu amalan yang baik lakukanlah, kalau tak nak doa lepas solat, berdoalah tempat lain, jangan tak doa langsung, kadang kala, seseorang melarang orang berdoa selepas solat akhirnya orang itu langsung tidak pernah berdoa dalam sehari itu.

riahld salam..serbuk inai yg dbli d kdai,pakai utk ubat gugur dn uban rambut bleh k dbawa solat? 2010-07-02 2:49 AM

Jika yakin bahannya dari yang halal, maka pakailah

peach bolehkah saya tahu selawat yg selalu dibaca oleh ustaz/pelajar secara beramai2 ? Saya mmg mengamalkan selawat setiap hari. 2010-07-01 9:58 AM

Dari kitab Dibaie

Nadiah sahkah penceraian jika isteri meniru tanda tgn suami??? mahkamah x tau,, tp tlh mengesahkan penceraian itu.... 2010-07-01 7:39 AM

Tak sah menurut syariat

zalina slam ustz betul ke apa yg saya dgr kalau dlm satu hr kite x boleh makan 2 jenis hidangan berasaskan daging dan ikan serentak.. 2010-07-01 6:47 AM

antara pendapat ulama

niza.b salam ustaz, saya bermimpi melihat spt kolam air/tasik cetek yg airnya mcm mengalir tenang. Kemudian ada mcm batu2x untuk melintas/berjalan. Cantik kemudian di atas batu tertulis nama Allah Ya Latif. Tapi xde orang la. Apa maksudnya? Tq 2010-07-01 5:12 AM

suruh banyak zikir

Guest salam ustaz,saya ada kemuhkilan di sini.apakah hukum isteri tidak tidur bersama suami yang tidak menunaikan solat? 2010-07-01 2:45 AM

Tidak bagus begitu

Soal Salam ustaz. Selepas suami, siapakah yg perlu diutamakan, ibu sendiri atau ibu mertua? tkasih. 2010-07-01 2:19 AM

Ibu sendiri

Guest salam ustaz, sy sedang mencari dalil quran ttg penyusuan susu ibu selama 2 tahun dan tentang ibu susuan. 2010-07-01 2:17 AM

Al-Baqarah 233

Guest Mana lebih baik, solat berjemaah dimasjid atau solat dirumah, suami jadi imam isteri jadi makmum? 2010-07-03 12:50 AM

Suami pun baik, elok suami kerap solat jemaah di masjid tapi dalam seminggu mesti ada sekali dua solat berjemaah dengan isteri di rumah

endy salam, nak tahu hukum pakai braces & meluruskan rambut yg sudah lurus..jazakillah~

2010-07-02 4:16 PM

Atas niat, boleh jatuh harus, boleh jatuh makruh dan jatuh haram

mawawa ustaz,di malaysia secupak beras RM1.75,Jikalau saya hendak fidyah di Indonesia,saya nakikut sukatan di Malaysia atau Indonesia. 2010-07-02 11:46 AM

Indonesia

mawawa apakah hukumnya seorang yang menikahi suami orang lain,sedangkan dia tahu itu akan melukakan atau menyakiti hati isteri lelaki itu?berdosa kah dia? 2010-07-02 10:10 AM

kalau suami itu mampu, tidak ada masalah

mawawa salam ustaz,apakah hukumnya jika suami menyakitkan hati isteri dengan menuduh isteriinya dengan perkara yang tidak benar.? 2010-07-02 10:04 AM

menuduh perkara tidak benar, berdosa

Guest Salam.. Ustz, mencukur kening hukm haram klau mencabut kening utk cntik tersusun kira haram jr ke ustz? TQ 2010-07-02 8:06 AM

Ya, haram

anisah salam ustaz,lepas sapu minyak angin pada dahi,terlupa nak basuh terus ambil wuduk smasa solat baru teringat,adakah batal wuduk saya 2010-07-02 8:00 AM

Jika minyak angin tersebut tidak menghalang air wuduk maka tidak mengapa

Guest020710 Salam ustaz. Saya nak tahu pasal duit EPF yg kita keluarkan untuk byr yuran belajar di universiti, samada kena zakat ke tidak. Wassalamm. Tq. 2010-07-02 4:47 AM

Banyak pendapat, bagi saya, keluarkanlah zakat

Rahmah Jari kanan anak saya lemah menyukarkannya mengambil barang. Dari kecil dia makan gdn tangan kiri. Boleh ke ustaz? Apa hukumnya? 2010-07-02 4:12 AM

Kalau penyakit tidak mengapa, tapi latih supaya dulukan kanan

riahld solat sunat rawatib dbuat sjurus waktu masuk atau spanjang waktu slagi blum buat yg wajib,dn tlng jlaskan klebihannya.tq 2010-07-02 3:09 AM

sepanjang waktu selagi belum solat, untuk kelebihan sila rujuk fadail amal

Guest salam ustaz kelirulah saya. kalau nabi muhd saw bawa ajaran agama islam, nabi len spt musa, isa dll tu bw agama apa? 2010-07-03 2:41 AM

Semua nabi membawa ajaran mengESAkan ALLAH YANG Satu, dari sejak Nabi Ibrahim telah disebut sebagai Islam dan penganutnya disebut muslim

ita sblm arwah nenek mningl, dia tlh menukrkan nm tnh atas nm kakak sy tanpa kerelaannya,slps 12 thn dia tlh mtk kkak sy untuk membhgkan sbhgn dr tnhnya kpd slh seorg cucunya..utk x kecikkan hati nenek, kakak sy bersetuju wlpn dlm hatinya x rela,slps arwah meninggal, kkak sy terus diam psl tnh tu dan ckp itu haknya,org lain tak boleh campur,sbb tnh tu mmg atas namanya..adakah mmg kakak sy berhak sepenuhnya atas tanah tu..tq 2010-07-03 1:55 AM

kalau akad awal dah hibah pada kakak, memang hak dia

zmz bagi isteri, yg mana lebih baik, solat mlm atau bersama suami? (waktu mlm lee...)

2010-07-03 12:57 AM

Dua-dua pun baik, lakukanlah mana yang lebih utama mengikut keadaan yang sesuai

Guest ustaz, perlukah saya mencukur bulu kaki sekiranya ia menyerupai bulu kaki lelaki? diikutkan saya x mahu cukur krn menggalakkan saya menutup aurat 2010-07-03 5:12 PM

Jika boleh mendatangkan fitnah elok cukur, tapi hukum tutup aurat tetap wajib

Aj salam.ustaz kalau boleh saya nak amik artikel ustaz untk tujuan dakwah2010-07-03 10:51 AM

Silakan

dindapau Salam ustaz amin, harap dapat tulis doa yg slalu ustz baca di ruangan ini. sy tak dpt tgk blok kak sue krn blog tu utk invited reader sj. Tk 2010-07-03 9:28 AM

Guest boleh tak saya nak membayar fidyah puasa saya kepada yayasan al-ijabah2010-07-03 9:02 AM

Boleh tapi maklumkan

Guest adakah mahkamah membenarkan suami berkahwin lain sdgkan suami tak mampu dlm semua segi melainkan nafkah batin sj, dan tanpa persetujuan dr pihak ister 2010-07-03 4:58 AM

Mahkamah akan memutuskan berdasarkan keadaan si suami. Kahwin lain bukan kebenaran isteri tapi kebenaran mahkamah

fiza nordin assalamualaiku,saya nak bertanya tentang harta pusaka.ibu kami telah meninggal dunia.beliau meninggalkan sebuahrumah yang di beli semasa perkahwinan ke 2.rumah itu hanya dinamakan atas nama ibu shj diatas sebab t'tentu.kami hasil perkahwinan ibu yang ke2 mempunyai 3 beradik permpuan. dgn perkahwinan ibu yang pertama,ibu mempunyai 4orang anak,2 lelaki dan 2 perempuan.ibu ada mewasiatkan rumah tersebut kpd kami 3 beradik dan berpesan agar rumah itu tidak dijual tanpa apa-apa surat pengesahan.hanya cakap mulut dengan anak2 dan jiran terdekat serta saudara mara yang mendengar.semasa hayatnya,anak hasil perkahwinan pertama tidak membantah.stelah ibu meniggal,mereka ber4 menuntut rumah tersebut dijual dan dibahagi samarata. pada pendapat ustaz.,apa yang perlu kami lakukan untuk mempertahankan amanah ibu dan hak kami. Wassalam 2010-07-03 3:56 AM

Wasiat ibu itu tidak sah kerana wasiat tidak boleh kepada waris. Kena pastikan ibu wasiat atau hibah.

Guest assalamualaikum.ustaz,saye pernah terbace satu article,kalau bulu kaki perempuan dah merupai lelaki,boleh dicukur bulunye.betul ke ustaz 2010-07-04 8:32 AM

Kalau mendatangkan fitnah, boleh

Islah salam..ustaz..apakah hukumnya kalo seseorang pemimpin itu menolak hukum Allah.Contohnya Hudud.. 2010-07-04 7:04 AM

Boleh jatuh kufur jika menolak dengan kesombongan,

Hamba Allah Slm.Tolong ustaz..Saya musykil sgt,2thn yg lps,bln puasa saya diarahkan suami utk melepaskan hawa nafsunye (onani).Suami terkeluar air mani tp saya x. 2010-07-04 4:07 AM

Jadi yang wajib ganti puasa adalah suami

guest87 ibu bapa salah pemahaman dlm agama. bagaimanakah cara terbaik utk menegur. bila ditegur katanya kita nak mengajar. atau mungkin x patut tegur langsung 2010-07-04 4:05 AM

kena cari orang yang mereka hormati untuk menegur

Guest Salam.Saya sdg mengandung & byk alahan.Antaranye selalu meludah,xbleh nk telan,klu telan nak muntah.Semasa solat saya baca dlm hati.Sah ke solat saya? 2010-07-04 4:02 AM

Bacaan solat mesti sampai didengari oleh telinga sendiri

Zul tlg jelaskan hukum mencari nafkah sebagai tukang gambar krn pernah dengar hukum haram berkaitan bergambar 2010-07-04 3:27 AM

Haram jika membentuk patung

izan salam ustaz,apakah hukum jika kita menerima elaun utk perkara lain tp digunakan utk perkara lain 2010-07-04 3:25 AM

tipu

Guest Assalamualaikum ustaz.Saya ade suami,dia selalu tengok video lucah.Apakah langkah yg terbaik utk memberhentikan tabiatnya itu? 2010-07-04 3:07 AM

Itu masalah mental tu, kena kaunseling

Guest slm ustaz, perlu ke kite menutup kepala bile nak membaca al-quran, & kalu terkentut ketike mbaca perlu ke ambik wudhu semule 2010-07-04 2:41 AM

Ya, wajib ambil wudu semula

Guest samb: saya yg tanya mengenai amalan utk halang kecurian, memg dh psg cctv, mslhnya org rmi tau bila ada kecurian report polis tunjukkan rkman cctv tu bukannya polis wat pape pun. org sekrg dah tak kenal dosa pahala, mcmmana ustaz? redha je ker? byk rugi tu 2010-07-05 2:41 PM

Polis ada prosidur siasatan, kalau berlaku lagi, jangan putus asa, report lagi. Selain itu, amalkan ayat seribu dinar

ali salam ustz, saya setiap kali mengajak isteri berjimak, pasti dia menolak,dgn alasan tak sihat lah, sakit2 lah, dah sampai naik bosan saya apakah hukum 2010-07-05 2:36 PM

Boleh jatuh kepada nusyuz, kalau memang dia sakit, dan tuan mampu, boleh rujuk mahkamah minta izin kahwin lagi

mawawa ustaz,apakah hukumnya jika jiran saya memburukkan saya pada orang lain,sedangkan dia yang bersalah? berdosakah dia jika saya takmaafkan kesalahan dia? apakah balasan jika jiran yang sebegitu? 2010-07-05 1:31 PM

Sebaiknya puan maafkanlah dia dan berdoa agar dia diberi hidayah dari Allah

IZAH ustaz...ape mkne nye skirenye sye bermmpi bumbung rumah saye pecah dibhgian dapur?2010-07-05 10:19 AM

Ada ujian terutama bab rezki

Nurul Salam.Suami mceritakan kpd pakcik makcik yg sy x masak utk dier.sy jrg masak semenjak berbadan dua.pening2 pd waktu mlm.sy sedih.apa yg patot sy buat? 2010-07-05 4:47 AM

Suami cerita tu betul, tapi tak patut diceritakan jika niat nak memburukkan, Tapi kalau dia cerita nak minta makcik tu carikan orang gaji, patut sebab untuk cari jalan penyelesaian

Guest Ust, wang ganjaran-hadiah x perlu zakat, bagaimana dgn wang bonus & insentif, perlu / tidak zakat? 2010-07-05 3:02 AM

Jika termasuk dalam pendapatan, maka kena zakat

Guest blh x byr fidyah puasa utk 2-3 org sekali gus dan jumlah wang dikumpulkan itu sy bank-in dlm akaun al-ijabah dgn akad dlm hati byr fidyah puasa? 2010-07-06 7:34 AM

Boleh dan maklumkan

Guest salam..ustz saya telah melakukan kesalahan besar terhadp isteri saya ..dia minta saya lepas kan dia tp saya benar2 taubat dan sayang dia n anak2 . aper yg harus saya lakukan ustz....harus kah saya lepaskan dia sedang kan saya x sanggup.... 2010-07-06 4:41 AM

Dah tak sanggup, tak payahlah lepaskan melainkan jika dengan meneruskan perkahwinan itu akan menganiayai pihak-pihak

anisah ustz,knp kita tak boleh meletakkan tangan keatas semasa tidur 2010-07-06 2:24 AM

takut terkena suami, nanti ganggu dia nak tidur pula…

anisah ustz,berdosa ke klu kita hendak membetulkan sejadah dgn menggunakan kaki sahaja2010-07-06 2:19 AM

Hanya kurang adab

Guest boleh dptkan email ustaz? 2010-07-06 1:59 AM

muhamadbinabdullah@gmail.com tapi nak tanya soalan, tanya dalam blog lagi cepat saya jawab.

mizan A'kum Ustz,blhkah duit dividen kwsp sy ambil sedikit & sbhagiannya di infaqkan memandangkan pelaburannya ada haram dan halal. Atau sy perlu infaqkan semua kerana pelaburannya telah bercampur dan kt tidak tahu peratus haram dan halalnya. Mohon pandangan ustaz. 2010-07-06 12:02 AM

infaqkan sebahagian

ima ustaz, suami saya 55 saya 40.tiap kali jimak selalu dia sampai dulu, boleh kah dia memasukan benda2 lain untuk memuaskan saya? 2010-07-05 2:43 PM

Tak boleh, suruh suami tu urut…

riahld salam ustaz,kiblat tepat pada matahari atau kena serong ke kanan sikit?tlng jlaskan ustaz.... 2010-07-07 1:08 AM

dia ada cara tengoknya, bukan pada matahari

zana salam ustaz.sy nak tanya kalau ayah tak sembahyang boleh tak jadi wali? abg sy pun x smbhg.sy nak kahwin dlm masa terdekat ni. 2010-07-07 12:21 AM

Wali tetapi pada ayah, cuma ayah wakilkanlah pada imam atau qadhi

mimi ustaz, adakah terdapat solat sunat sebelum fardu asar?jika ada berapa rakaat? apakah hukumnya membaca al-quran selepas masuknya waktu asar? 2010-07-06 2:55 PM

Ada solat sunat qabliah (sebelum) asar, harus hukumnya membaca al-Quran selepas asar

nak tahu ustaz, saya nak tahu mengenai air yasin, adakah amalan membuat air yasin ini ada pada zaman rasulluluah dahulu, dan apakah hukumnya.. 2010-07-06 2:48 PM

Zaman rasullullah tak ada sebab semua orang tak perlukan air yasin, sebab baik belaka, sekarang ni, kena usaha macam-macam untuk lembutkan hati, dari keberkatan quran, dari keberkatan selawat dan sebagainya asalkan tepat mengikut syarak

pemalu salam ustaz,kena dam tak kalau dalam keadaan ihram,saya mencuci alat kelamin saya yg ada melekat sedikit daki berwarna putih?TQ 2010-07-06 9:38 AM

tak asalkan tidak dengan menggunakan sabun atau wangian

Hetty Assalamualaikum Ustaz, saya nak btanya. Jika kita membeli barangan dr kedai runcit org bkn islam seperti bedak, sabun dan sebagainya. Setelah mbuat pembayaran, saya baru perasan yang tuan punya kedai membela anjing. Adakah saya patut samak barangan yg saya beli?Wlupn brg tu dletakkn dlm almari? 2010-07-06 8:36 AM

Tidak perlu

khar ustaz..tak bertegur sesama staf sebab tak sama cara berfikir..masing-masing ada prinsip dan mewujudkan puak di tempat kerja , apakah pandangan ustaz. saya tak mau bergaul dgn staf yang saya kurang suka sikap dan caranya?bolehkah? 2010-07-07 4:34 AM

Tak tegur dari awal tak apa, kerana tak tegur itu bukan sebab permusuhan, seeloknya sekali sekala, bertegur sapalah… jangan tak tegur sebab bertengkar

Guest salam ust. bolehkah seorang bayi diakikahkan dgn. seekor kambing dan sebahagian algi daripada daging lembu/kerbau 2010-07-07 4:32 AM

Sunnahnya kambing

Guest Jika sudah membayar fidyah bagi puasa yang ditinggalkan krn berpantang,perlukah puasa tersebut dighadakan? 2010-07-07 3:49 AM

Perlu

mimi Salam ustaz, perlukah seorg isteri membayar kaffarah jika dia disetubuhi suami yg xberpuasa (demam) dlm bln ramadhan sdgkan isteri dlm keadaan haid.. 2010-07-07 3:45 AM

Tidak perlu, Cuma lain kali cek, suami tu betul-betul demam atau ada agenda tersembunyi….

Wallahualam,

semoga menepati kehendak soalan, jika masih kurang jelas, boleh bertanya kembali.

“PERTANYAAN KUNCI PENGETAHUAN”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

16 Sya’ban 1431/ 28 Julai 2010 jam 1.00 pagi

Monday, July 26, 2010

Universiti Kehidupan 157 – “Hikmah Dari Tasik…”

“Waktu kita kecil dulu, umur lapan Sembilan tahun, masih terjun kat sungai kat kampung” kata saya pada sahabat saya ketika menemankan anak-anak yatim al-Ijabah melihat perlumbaan bot “Formula Future” di taman Botani Putrajaya.

“Budak sekarag ni, untung, kecil-kecil lagi, macam-macam pendedahan dapat” kata saya lagi.

Jam 10 pagi, kala ini kami di tanam Botani Putrajaya.

Apa yang menarik, reka bentuk satu bahagian di taman botani Putrajaya ini seakan-akan al-Hambra di Andalusia (Spanyol).

Reka bentuk al-Hambra adalah rekabentuk syurga yang cuba diterjamahkan “Syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai”.

Melihat peserta sekecil 8-10 tahun membawa bot laju, saya mengandaikan jika mereka benar-benar dilatih, maka sudah tentu akan mahir di dalam ilmu membawa bot.

Setakat ini, Malaysia telah menjuarai banyak pertandingan bot laju.

Di dalam pertandingan bot laju ini, ia mempunyai banyak kategori, ‘Formula Future, Formula 4, Formula 2, dan Formula 1.

Sebuah bot laju boleh mencecah sehingga RM 180 ribu, harga sebuah rumah teres.

Di dalam buku “Outliers, The Story Of Success” karangan Malcolm Gladwell ada menerangkan bahawa, seseorang yang berjaya hendaklah mendapat pendedahan lebih dari orang lain. Jika pada umurnya 8 tahun, pendedahan dapat diberikan lebih dari kawan-kawan sebayanya, maka dia akan lebih terkehadapan dan akan mendapat pendedahan yang lebih lagi pada umur-umur seterusnya.

Beruntungnya, anak-anak ini kerana mendapat pendedahan lebih dibandingkan dengan umur mereka. Mereka mendapat lebih keyakinan diri di dalam bidang ini.

Sebenarnya, teori ini tidak asing dalam Islam. Sistem pendidikan Islam memang akan sentiasa mendedahkan anak-anak dengan ilmu yang menjangkau umurnya. Sejak dari kandungan lagi, ibu ayah disuruh mendedahkan anak-anak dengan al-Quran. Disuruh kita membaca surah Yusuf, Luqman dan Maryam.

Ketika besar, dari kecil lagi diajar dengan adab sopan, diajar mengenal Allah dan mencintai Rasul dan agama.

Sejak kecil lagi diajar mengenai menghindarkan maksiat dan bertaubat.

Akhirnya, pendedahan keimanan yang dibentuk sejak awal menjadikan generasi sahabat, tabi’in dan tabi’ tabi’in cukup luar biasa hebatnya, penunduk 3/4 dunia.

“Satu generasi Rabbani yang hidupnya tidak pernah gentar dan takut pada urusan keduniaan….”

Sistem ini telah dilupakan. Akhirnya, kita lihat, semakin teruk generasi muda, semakin rosak keadaan mereka. Kerana, pendidikan iman diremehkan. Pendedahan ilmu keimanan tidak seimbang dengan pendedahan ilmu dunia, akhirnya mereka tidak kuat menaggung pujian, sanjungan, tidak kuat menepis maksiat dan tidak kuat pada godaan.

Semoga, kita dapat memberi pendedahan anak kita dengan ilmu yang hebat-hebat, dan jangan lupa, ilmu yang hebat-hebat perlu disulamkan dengan iman, barulah mereka akan menjadi orang yang “super hebat” untuk agama dan negeranya.

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah’

Shah Alam 24 Sya’ban 1431/ 26 Julai 2010 jam 12.45 tengah hari

IMG_1060

Salah satu kawasan di Taman Botani, seakan al-Hambra di Spain

IMG_1055

IMG_1036

Anak Ijabah

IMG_1057

Pertandingan bot “Formula Future’

IMG_1073

Formula Furture

IMG_1074

Yang ini Formula 1

IMG_1077

bergambar pun, jadilah……

IMG_1089

Waktu makan, bersama anak tahfiz dan Ijabah

Corentan Santai 10 – Rahsia Sihat…..

Saya dijemput untuk menyampaikan kuliah tentang membaca surah al-Fatihah di dalam khemah Ibadah yang dianjurkan oleh Kelab Warga Emas di Seksyen 24 Shah Alam pada jam 3.00 petang 24 Julai 2010.

“Macam mana nak masuk Kelab ini?” tanya saya pada seorang Haji yang merupakan salah seorang kepimpinan di dalam Kelab ini.

“Ah.. Ustaz tak boleh lagi, ustaz masih muda….” Jawabnya sambil tertawa.

“berapa umur nak masuk Kelab ini?” tanya saya lagi.

“56 ke atas….”

“Kadang kala, orang kata muda, kadang kala orang sangka tua” hati saya berbisik sambil tersenyum.

Selesai kuliah, kami minum petang. Kalau bertemu dengan orang tua, saya suka bertanya,

“Haji, ada petua ke, sihat lagi sampai tahap ini”

Dan jawapan yang selalu saya terima…

“Ustaz, saya tak ada apa amalan, Cuma, hati kena selalu tenang, jangan susah hati, jangan berdendam, kena selalu senyum….” Kata salah seorang ahli kelab warga emas yang umurnya sudah 70 tahun.

Beruntungnya kalau Allah beri umur panjang dengan iman dan amalan. Lebih-lebih lagi umur panjang dengan kesihatan yang baik.

Ye, itu yang semua orang mahu tetapi tidak semua orang dapat. Kita boleh bercita-cita untuk demikian, tetapi ketetapan adalah dari Allah yang maha Esa.

“Ya Allah, berikanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat dan hindarkanlah kami dari azab api neraka” amin……

“Santai Itu Menghiburkan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

14 Sya’ban 1431/26 Julai 2010 jam 1.55 pagi

IMG_0987

Kuliah petang ini berkaitan dengan “Bagaimana membaca surah al-Fatihah”

IMG_0961

IMG_0991

IMG_0997

al-Ijabah – Rombongan Dari Pegawai Perubatan

Hari ini Sabtu, 24 Julai 2010 jam 10.00 pagi, Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah menerima kunjungan dari sahabat-sahabat hospital berbagai negeri, ada yang dari Perak, dari Penang, Dari Negeri Sembilan dan ada yang dari Selangor sendiri.

Mereka semua adalah pegawai yang terlibat langsung dengan HIV. Kunjungan mesra ini dibuat dengan tujuan memberikan pendedahan kepada pelatih baru yang baru berkecimpung di dalam hal berkaitan dengan HIV.

Ia dimulakan dengan Kak Wan (Hospital Sungai Buloh) memperkenalkan seluruh yang hadir pada hari ini.

Selepas itu, saya memberikan taklimat mengenai perjalanan Darul Ukhwah, perancangan dan program termasuk program “Jangan Tinggal Daku” kali kedua yang akan dibuat di Universiti Malaya pada 31 Julai ini di Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya bermula jam 9.30 pagi.

Satu cita-cita kita ialah, semoga satu hari nanti masyarakat Islam mempunyai satu kesedaran bahawa walau siapa pun yang kita jumpa, kita adalah bersaudara dan perlu saling membela antara satu sama lain.

Iktibar yang sangat besar dalam kes HIV ini ialah, apabila pesakit Islam ini mencari tempat perlindungan yang bukan Islam, ia begitu mengharukan apabila rupanya, tidak ada rumah perlindungan buat mereka satu ketika dahulu.

Apapun, di dalam menempuh perjuangan ini, kita memerlukan orang yang ikhlas. Dan sesungguhnya, orang yang ikhlas itu susah untuk ditemui, lagi payah, orang ikhlas yang istiqamah di dalam perjuangan.

“al-Ijabah, Ladang Amal Menuju Keredhaan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

14 Sya’ban 1431/26 Julai  2010 jam 1.30 pagi

IMG_0920

Taklimat mengenai Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah

IMG_0913

IMG_0921

Pegawai perubatan dari berbagai negeri

Friday, July 23, 2010

Bicara Ilmu 19 – “Tanyalah Ustaz “Arah Kiblat”

Rabu 21 Julai 2010 jam 2.00 petang, saya memenuhi program rakaman “Tanyalah Ustaz” di Sri Pentas.
Bersama saya petang ini pelajar-pelajar kejururawatan dari kolej MAHSA. Petang ini saya membawakan tajuk “Arah Kiblat”.
Ingin saya kongsikan sedikit mengenainya.
1. Sejarah pembinaan.
Sejarah Kaabah bermula ketika zaman Nabi Adam lagi. Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t telah mengutuskan Jibril kepada Nabi Adam a.s serta Hawa membawa firman kepada keduanya: Binalah untukKu sebuah rumah.
Walaubagaimana pun, pembinaan oleh Nabi Adam tidak terdapat dalil yang kuat. Dalil dibangunkan kaabah yang tersebut di dalam al-Quran ialah yang dibangunkan oleh Nabi Ibrahim AS.
2. Perpindahan kiblat ke kaabah.
Pada permulaan Islam, kiblat orang beriman ialah Masjid al-Aqsa yang berada di Jerusalem. pada bulan Sya’ban tahun 2 H, bertepatan dengan bulan Januari 624 M, Allah mengarahkan kiblat solat bagi orang beriman diarahkan ke kaabah yang berada di Mekah.
Barra bin Azib ra. berkata, “Saya solat bersama Rasulullah saw.menghadap ke Baitulmaqdis selama 16 (enam belas) bulan sampai turun ayat 144 surat Al Baqarah: "
3. Berakhirnya sejarah kaabah.
Menurut hadis, di akhir zaman nanti, sebelum kiamat, Allah telah mematikan dahulu semua orang yang beriman. Yang tinggal di dunia ini hanyalah orang kafir. Pada ketika itu, akan datang orang kafir dari Habsyah, memecah-mecahkan kaabah dan dibuang kaabah itu ke laut.
Sekarang mari kita kongsikan beberapa perkara mengenai kiblat pula.
1. Seseorang yang solat hendaklah di menghadap kiblat denga yakin atau zhon. Dengan yakin apabila dia berada di dalam Masjid al-Haram dan dapat melihat kaabah, dengan zhon apabila tidak dapat melihat kaabah.
2. Kaabah yang dimaksudkan ialah hanya kaabah yang berada di dalam Masjid al-Haram berdasarkan hadis “Nabi bersabda “Inilah kiblat” sambil menunjukkan kepada ain kaabah itu.
Jika ada orang mengaku dan mengatakan bahawa kaabah ada di tempat lain, maka orang itu dusta lagi sesat.
3. Jika berlawanan dua kewajipan iaitu berdiri pada solat fardu dan menghadap kiblat, maka menghadap kiblat di utamakan.
4. Menghadap kiblat wajib bagi semua solat kecuali solat khauf (solat di takut iaitu ketika bersolat di dalam suasana perang).
6. Jika sembahyang di dalam kenderaan, maka hendaklah menghadap kiblat ketika takbiratul ihram. Jika selepas itu kenderaan itu bergerak, maka tidak mengapa.
7. Jika seseorang itu solat di dalam kaabah, maka hendaklah dia menghadap ke dinding kaabah dan tidak boleh menghadap ke pintu yang terbuka.
8. Antara yang paling kuat dari segala kalam imam kita syafie, bahawa cara yang terlebih kuat untuk melihat arah kaabah ialah dengan melihat bintang. Di dalam rancangan ini, saya kongsikan bagaimana melihat kaabah melalui bintang.
9. Melihat arah kiblat dengan matahari. Jika di Malaysia, kita boleh mengetahui arah kiblat dengan melalui matahari pada dua tarikh iaitu pada 28 Mei jam 5.16 petang dan pada 16 Julai 5.28 petang. Ketika ini, matahari betul-betul di atas kaabah. Maka kita boleh pancangkan kayu, dan arah kiblat adalah arah yang bertentangan dengan baying-bayang kayu tersebut.
10. Jika seseorang sedang solat dan dia yakin bahawa kiblatnya salah, maka batal solatnya dan hendaklah dia bersolat menghadap kiblat yang dia yakini.
Inilah antara isi perbincangan. Untuk selanjutnya, insyaAllah kita akan bersama di dalam rancangna “Tanyalah Ustaz” nanti.
Semoga apa yang dikongsikan memberi manfaat kepada diri saya dan kita semua. Sesungguhnya, ilmu Allah itu luas dan beruntunglah orang yang sentiasa mencarinya.
“Ilmu Pelita Hati”
Al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
11 Sya’ban 1431/23 Julai 2010 jam 12.00 tengah hari
IMG_0824
Bersama penerbit
IMG_0822
Penonton studio petang ini dari pelajar kejururawatan kolej MAHSA
IMG_0825
IMG_0826
Guru pengiring
IMG_0828
taklimat pejalanan program
IMG_0834
Kamera ready
IMG_0844
Praktikal menghadap kiblat dan kesalahan berkaitan dengannya
IMG_0845
IMG_0863
mempelajari melihat kaabah melalui bintang

Tuesday, July 20, 2010

Coretan Santai 9 – “Seorang tua bernama aku…”

Saya suka bergurau satu perkara. Kalau orang tanya saya, “Apa khabar ustaz?” saya akan jawab….

“Alhamdulillah, sihat-sihat orang tua, macam nilah”

Dan setiap kali jawapan itu diberikan, maka biasanya, yang bertanya akan berkata:-

“Iskh ustaz ni, kalau ustaz dah tua, saya ni lagi tua…..”

Tapi hari ini 18 Julai 2010, saya benar-benar rasa tua….

Saya memenuhi jemputan ceramah Israk dan Mikraj di Gombak jam 3.00 petang. Petang ini, Gombak agak redup dilitupi awan dan akhirnya hujan.

Petang ini juga, saya membawa isteri saya dan anak kecil kami yang berumur 5 bulan ke majlis. Turun sahaja dari kereta, beberapa AJK sambutan majlis menyambut saya.

Melihat isteri saya meletakkan anak kecil kami di kereta roda baby, salah seorang AJK bertanya saya dengan penuh ikhlas.

“Ala ala comelnya, ustaz… cucu ye?....

Saya agak terkejut dengan soalan ini.

“Eh, taklah, anak…” jawab saya ringkas.

Kali ini kakak ini pula terkejut dan spontan memberi komen.

“Oh… masih ada anak kecil lagi ye…”

Rombongan yang bersama saya tidak henti-henti gelak walaupun cuba dikawal.

“Aii,… nampak tua sangat ke?” bisik hati saya.

Hari ini, saya rasa berumur, kerana ada orang yang melihat saya dan menyangka saya telah menjadi datuk.

Sebelum ini, saya biasa ke ceramah membawa  sahabat-sahabat dan ada orang bertanya,

“ustaz, anak ye?...

Di Hospital Klang, pernah saya mengendalikan program di sana, seorang doktor bertanyakan satu soalan. Setelah itu beliau bertanya mengenai pengalaman saya itu dan ini termasuk pengalaman kerja. Saya katakan bahawa saya muda lagi, baru awal 30an. Doktor ini terkejut kerana menyangka saya hampir 50 tahun.

Tapi, dalam banyak-banyak pengalaman di sangka sebagai tua, di Gombak ini paling pecah rekod.

Apa pun, saya rasa sangat gembira bercampur terharu memberikan ceramah di sini. Pendengar hari ini, rata-rata berumur 40 tahun ke atas dan rata-rata cukup menghayati ceramah Israk dan Mikraj hari ini.

Ceramah saya menjadi majlis air mata ketika menceritakan kisah Nabi. Hinggakan pengerusi majlis ketika menutup majlis tersekat-sekat suaranya menahan sebak mengenangkan Nabi.

Subahanallah, sayang betul pada Rasullullah hingga rata-rata boleh menitiskan air mata. Semoga terus dipimpin Allah dan bersama Nabi nanti di akhirat, amin…

“Santai Itu Menghiburkan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

8 Sya’ban 1431 / 20 Julai 2010 jam 12.30 tengah malam

IMG_0810

“Cucu ke ustaz?” macam mana nak jawab tu….. :)

Gambar: Kenangan bersama AJK program sambutan Israk dan Mikraj

Monday, July 19, 2010

Diari 234 – “Ke Arah Melahirkan Generasi al-Quran…”

Saya selalu fikir dahulu, kenapa tok-tok guru dulu bersusah payah membuat pondok dan tempat pengajian. Padahal, mereka terpaksa berkorban segala-gala untuk menubuhkan pusat pengajian ini. Kadang kala, berhadapan dengan fitnah dan tohmahan yang berbagai.

Kini saya dapat faham, rupanya, pusat pendidikan sangat penting di dalam mencetak manusia.

Kalau kita buat kerusi dan kerusi yang kita buat itu rosak dan pincang, kita boleh buang kerusi tersebut, tetapi kalau manusia telah rosak akhlak dan peribadinya, boleh kita buang di tepi jalan?

Hari ini, Alhamdulillah, ketika saya mengendalikan Maahad Sains al-Quran al-Amin, baru saya benar-benar dapat memahami kepentingan sebuah institusi pendidikan di dalam membina generasi. Baru saya dapat benar-benar memahami kenapa tok-tok guru dulu bertungkus lumus membina pondok dan pusat pendidikan.

Seseorang itu berfikir berdasarkan ilmu yang ada padanya, sebab itu pusat pendidikan amat penting untuk membentuk ilmu dan cara berfikir.

Kalau belajar subjek agama sekalipun, tetapi hanya menghafal untuk periksa, ia hanyalah ilmu di akal dan bukan di hati. Itu yang terjadi anak-anak dari sekolah agama pun teruk akhlaknya walaupun cemerlang pelajaran.

Pelik bukan? Dalam tempoh 10 tahun sahaja pendidikan Rasullullah di Madinah, ia telah melahirkan para sahabat yang cukup luar biasa hebatnya, penunduk ¾ dunia.

Agak-agak apa rahsianya? Rahsianya ialah al-Quran menjadi dasar pendidikan. Dan saya telah saksikan kebenaran cara ini.

Tak kisahlah, sama ada kita mengidolakan anak kita cemerlang dalam UPSR, PMR dan SPM, alangkah indahnya kalau cemerlang di situ disulamkan dengan hafalan al-Quran dan kefahaman al-Quran. Paling tidak, al-Quran di jadikan bacaan harian seperti mana mereka menjadikan komik dan buku kartun menjadi bacaan harian.

Beberapa kali saya pergi ke negara-negara Arab termasuk Iran. Di sesetengah wilayah, menjadi kegilaan anak mudanya membaca tarannum, di tepi-tepi jalan, mereka bukan menyanyi, tetapi membaca al-Quran dan saling memperdengarkan bacaaan al-Quran dengan tarannum yang berbagai.

Berikan 10 orang cemerlang tanpa al-Quran dan 10 orang cemerlang bersama al-Quran ketika di alam persekolahan.. Berikan masa 10 tahun perjalanan sejarah mereka. Saya yakin, kita akan melihat perbezaan antara dua golongan ini.

Hari ini, Sabtu 17 Julai 2010, saya bersama ibu dan ayah pelajar Maahad Sains al-Quran al-Amin di dalam ceramah Isra’ dan Mikraj. Hari ini juga, ibu ayah mengambil laporan prestasi anak-anak Maahad Sains al-Quran al-Amin.

Melihat wajah anak-anak didik ini, saya mengharapkan agar mereka menjadi permata yang akan menyinari negara ini satu hari nanti.

Di kala kerosakan semakin berleluasa, semoga mereka menjadi ubat kepada penyakit yang berleluasa ini. Asalkan sahaja mereka tetap berpengang dengan al-Quran seperti yang dididik di sini.

Alhamdulillah, Maahad Sains al-Quran al-Amin hari ini dilimpahi dengan anugerah dari ilahi iaitu kemasukkan seorang lagi anak yatim piatu. Dari segi persekolahan, dia akan ditempatkan di Maahad ini, dari segi penjagaan, dia akan bersama rumah al-Ijabah. Semoga menjadi sumber berkat bagi pusat pendidikan ini.

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

7 Sya’ban 1431/19 Julai 2010 jam 8.30 pagi

IMG_0764

Majlis dimulakan dengan doa

IMG_0768

bacaan al-Quran dan maknanya

IMG_0779

Laporan bagi setiap tingkatan

IMG_0788

Ibu ayah penjaga yang mengambil kad laporan

IMG_0795

Amacam, ok ke?…

Sunday, July 18, 2010

Diari 232 – “Ingatlah Mati Untuk Hidup…”

Jumaat 16 Julai 2010 jam 7.00 petang, saya menerima kunjungan dari Ustaz Hanafi dari Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan dan Iman (SIDIM) (http://sidim.nas.my) di Maahad Sains al-Quran al-Amin (MASAA) Kompleks 3C Bandar Baru Sunway.

Progam malam ini di atur oleh sahabat-sahabat dari AJK Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah. Beliau memberikan ceramah mengenai “Sakaratul Maut” bersama penghuni Darul Ukhwah dan juga anak-anak yatim dan tahfiz al-Ijabah.

Bagus ceramah beliau, memberikan kesedaran kepada yang lalai dari mengingati mati.

Pelajar-pelajar MASAA dan para penghuni Darul Ukhwah ditunjukkan gambar-gambar kematian dan juga tayangan mengenai kematian.

Ada orang yang berpendapat:-

“Apalah nak tayang bab mati pada budak-budak tu, nanti jadi takut pulak…”

Sebenarnya, orang yang mengingati mati, akan dianugerahkan dengan kehidupan. Orang yang melupakan mati akan mati sebenarnya. Mati hati sebelum mati jasadnya.

Dengan mengingati mati, kita akan sentiasa bersedia untuk meningkatkan amalan, memelihara diri dari dosa dan juga akan sentiasa mengajak orang lain membuat kebaikan. Orang seperti ini akan sentiasa berusaha menyahut seruan Allah dan Rasul, dan jika kita menyahut seruan Allah dan Rasul, maka kita akan dianugerahkan dengan kehidupan sebenar. Di dalam al-Quran Allah menyatakan bahawa:-

Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu, ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan (surah al-Anfal ayat 24).

Hari ini, kenapa banyak manusia yang hidup tetapi jahat? Ia disebabkan dia tidak hidup sebenarnya, pada hakikatnya dia mati dan tidak memberikan apa-apa manfaat kepada orang lain.

Itu yang berlaku hingga terjadinya kes pembuangan bayi, rogol, bunuh dan sebagainya.

Selagi mana mereka tidak menerima panggilan Allah, selagi itulah mereka tidak akan memperolehi kehidupan yang baik. Di dalam al-Quran Allah menyatakan lagi:-

Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik (839) dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. (an-Nahli ayat 97)

Kita akan diiktiraf hidup oleh Allah jika kita beriman dan beramal soleh.

Semoga, kita sentiasa dianugerahkan hidup oleh Allah, dan jangan sampai kita mati sebenarnya, tetapi tidak perasan kita sedang mati.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah
Putra Heights

6 Sya’ban 1431/ 18 Julai 2010 jam 11.50 pagi

IMG_0743

Bersama Ustaz Hanafi dari SIDIM

IMG_0742

Ceramah Multimedia Sakaratul Maut

IMG_0747

Selepas program hari ini, saya bersama AJK Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah di dalam mesyuarat program rumah terbuka HIV Darul Ukhwah di Universiti Malaya pada 31 Julai ini bermula jam 9.00 pagi, semua dijemput hadir….

Friday, July 16, 2010

al-Ijabah 63 – “Jom… Bersatu Kita Berbakti..”

Pada 31 Julai 2010 ini, bermula jam 9.00 pagi, Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah akan mengadakan program “Jangan Tinggal Daku” di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Ia program anjuran bersama Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Turut bersama pada hari itu ialah Abang Ramli Sarip yang akan bersama-sama menjayakan majlis ini. Saya menjemput semua pembaca untuk datang bersama-sama di dalam program ini.

Saya juga berterima kasih pada rakan media yang sejak dari awal mengikuti perkembangan Darul Ukhwah ini.

Sempena dengan program pada 31 Julai ini, pagi tadi jam 11.00 pagi, saya dikunjungi oleh rakan media dari Utusan.

Terima kasih saya ucapkan di atas kerjasama yang diberikan.

Antara objektif utama program ini ialah untuk memberikan kesedaran pada masyarakat agar membuang stigma yang buruk pada golongan HIV ini.

Saya teringat pesanan Mufti Brunei pada saya ketika saya mengunjungi beliau pada bulan Mei lalu,

“Bukan kita yang patut menghukum mereka dengan meminggirkan golongan ini, kalau gereja telah mengambil peranan menyediakan tempat untuk mereka, bermakna wajib hukumnya kita membela mereka”

Sesungguhnya, Islam itu agama kasih sayang, dan ia bukan semata-mata diucapkan di atas pentas ceramah, ia mesti diterjemahkan di dalam perlakuan.

Bagi para pembaca yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai program ini, bolehlah menghubungi pejabat Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah di talian 03-77813040.

Bersatu kita berbakti, semoga ia menjadi ladang amal untuk bekalan kita di akhirat, amin…

“al-Ijabah, Landang Amal Memburu Keredhaan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

4 Syaaban 1431/ 16 Julai 2010 jam 1.50 pagi

IMG_0709

Bersama AJK yang sentiasa berusaha merealisasikan matlamat Darul Ukhwah

IMG_0711

Terima kasih pada rakan Media yang sentiasa membantu

IMG_0713

Pada Ogos ini, genaplah setahun Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah

IMG_0718

Bersama sahabat dan saudara seIslam kita. Sesungguhnya, Islam agama kasih sayang…..

Bicara Ilmu 18 – “Apa Ada Pada Solat?….”

Banyak masjid yang menyambut peristiwa isra dan mikraj. Bentuknya berbeza, kesamaannya ialah ia mengingatkan kita peristiwa agong perjalanan Nabi SAW dari masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa yang diberkati di sekelilingnya kemudian di angkat Nabi SAW bertemu Allah dan dianugerahkan pada Nabi SAW solat.

Apa ada pada solat?

Dalam solat ada sepuluh perkara.

1) Dalam solat ada membesarkan Allah

Setiap bacaan solat adalah untuk membesarkan Allah. Ia bermula dengan takbirarul ihram lagi. Kita lafazkan bahawa Allah yang maha agong dan maha besar.

Jika orang membesarkan Allah, dia akan menjadi mausia yang mengaggap kecil pada dunia. Dan jika seseorang itu telah mengaggap kecil pada dunia, maka dia tidak akan takut dan gentar pada urusan dunia.

2) dalam solat ada meminta petunjuk

Petunjuk jalan yang lurus bukan sahaja dalam bab agama, tetapi dalam setiap keputusan hidup kita. Allah letakkan doa itu di dalam surah al-Fatihah iaitu “Ihdinas Siratal Mustaqim”.

3) dalam solat ada minta ampun pada dosa.

Allah letakkan bacaannya di dalam duduk antara dua sujud. “Rabbigfirli…… (ampunkan aku)

4) dalam solat ada minta kasih sayang dari Allah

Allah letakkan bacaannya di dalam duduk antara dua sujud “warhamni…. (kasihanilah aku )

5) dalam solat ada meminta cukup bagi keperluan kita

Allah letakkan bacaannya di dalam duduk antara dua sujud “wajburni… (cukupkan aku..)

6) dalam solat ada minta kemuliaan

Allah letakkan bacaannya di dalam duduk antara dua sujud “warfa’ni…(angkatlah darjat aku…)

7) dalam solat ada minta rezki

Allah letakkan bacaannya di dalam duduk antara dua sujud. “warzjukni….( rezkikanlah aku…)

8) dalam solat ada minta kesihatan.

Allah letakkan bacaannya di dalam duduk antara dua sujud “wa’aafini,,” (afiatkan aku…)

9) dalam solat ada ucapan syahadah

Ia sebagai mengingatkan perjanjian kita pada dua syahadah iaitu penyaksian bahawa tiada yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhamad itu adalah pesuruh Allah. Ia diletakkan dalam tahyat awal dan tahyat akhir

10) dalam solat ada selawat pada Nabi SAW

Nabi mengatakan bahawa, barangsiapa berselawat pada ku sekali, pasti Allah akan berselawat dan memberikan keselamatan padanya 10 kali. Allah letakkan selawat ini di dalam tahyat awal dan tahyat akhir.

Maha suci Allah yang menganugerahkan pada kita solat dan kebaikan solat itu kembali pada kita. Jika manusia tidak bersolat, ia tidak sekali-kali mengurangkan kebesaran dan keagongan Allah bahkan akan berlakulah kehinaan terhadap orang tersebut.

Antara siri-siri ceramah isra dan mikraj, saya telah memenuhi program forum Isra dan Mikraj di Yayasan Restu pada hari Rabu 14 Julai 2010 jam 9.30 pagi. Rakan ahli panel kala ini ialah ustaz Kamal Ashari.

Forum adalah satu program yang saya suka kerana bukan sahaja para pendengar dapat berkongsi dua sumber berbeza, malahan antara ahli panel juga saling memberi manfaat antara satu sama lain.

Benarlah firman Allah:-

Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman (al-Zariyat ayat 55).

Sesungguhnya ilmu Allah itu sangat luas, semakin kita tahu, sesungguhnya, semakin banyak yang kita tidak tahu.

“Ilmu Pelita Hati”

Al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

4 Syaaban 1431/16 Julai 2010 jam 1.15 pagi

IMG_0683

Forum Isra dan Mikraj di Yayasan Restu

IMG_0690

IMG_0694

IMG_0695

Semoga memberi manfaat untuk semua

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...