“Ha.. cepat-cepat, kita dah lambat ni” kata saya ketika menyeliakan anak yatim dan tahfiz al-Ijabah menaiki bas.
Bas yang sepatutnya datang pada pukul 4 petang, hanya datang pada jam 5.15 petang.
Sementara menunggu bas tadi, anak-anak ini sempat bergambar dengan saya dan beberapa pentadbir rumah al-Ijabah.
“Oii… banyak juga anak-anak kita sekarang ni” kata Abang Zizi.
“Alhamdulillah, jawab saya ringkas.
Hari ini, 9 September 09, warga al-Ijabah dijemput untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor di Masjid Tengku Kelana Jaya Putra, Kelana Jaya.
Sultan akan sampai jam 6 petang di masjid ini. Bahagian protokol Istana telah beberapa kali menghubungi.
Bas yang kami sewa hari ini, lambat pula sampai. Kami hari ini tidak menaiki bas al-Ijabah. Kami terpaksa menyewa bas lain untuk ke program ini. Ini kerana, bas al-Ijabah asyik rosak memanjang, tak berani nak bawa jauh-jauh. Kalau rosak tengah jalan nanti susah pula dan berangkut.
Kami sampai 10 minit sebelum pukul 6.
Warga al-Ijabah terus dibawa ke tempat yang disediakan.
“Ok, ustaz, nanti bagi tahu pada anak-anak ini, ketika Sultan memberi sumbangan, angkat sembah, dan kata “Menjunjung Kasih Tuanku” kata salah seorang unit protokol.
“Taklimat protokol yang lain tadi dah diberi. Tinggal group ustaz sahaja” tambahnya lagi
“Ok, semua pakai penutup muka” kata seorang lagi sambil mengagihkan penutup muka.
Ketika majlis ini terdapat beberapa lagi rumah anak-anak yatim.
Jam 6.15 petang, kedengaran dari jauh seren polis.
“Hah, Sultan dan sampai”, kata saya pada salah seorang anak al-Ijabah.
Bersama mengiringi DYMM ialah Menteri Besar, beberapa Exco Kerajaan Negeri.
Kelihatan Dato’ Mufti pun ada bersama dengan Pengarah MAIS dan Pengarah JAIS.
Majlis dimulakan dengan selawat. Selepas itu, semua rumah kebajikan dijemput beratur untuk menerima sumbangan yang disampaikan oleh DYMM Sultan.
Ketika warga Ijabah beratur, sejuk hati saya melihat, semuanya tertib, senyap dan pakaian yang diseliakan dengan baik.
“jernih-jernih muka anak-anak ustaz ni” kata salah seorang yang terlibat dengan penganjuran.
“Alhamdullillah, anak-anak kita di sini, bukan sahaja kita jaga makan dan minum, tapi kita jaga pelajaran mereka. Mereka di sini menghafal al-Quran” kata saya.
“Oh, ye ke..” katanya terharu.
“Biasanya, anak-anak yatim ni agak nakal, macam mana ustaz jaga mereka?” dia menambah lagi, berminat ingin tahu.
“saya tak nafikan memang ada yang nakal mula-mula. Tapi alhamdulillah, dengan berkat al-Quran yang mereka hafal dan juga selalu diajak membaca selawat-selawat terpilih, melembutkan mereka” saya menerangkan.
Memang, pengalaman saya menjaga anak-anak ini, dengan selawat dan al-Quran, memang menjadikan mereka lembut.
Memang benarlah al-Quran itu sebagai cahaya dan selawat itu sebagai pelembut.
Alhamdulillah, Sumbangan hari raya diberikan oleh Gapurna Group. Ia disampaikan oleh DYMM Sultan.
Sejurus setelah menerima sumbangan, maka mereka semua kembali duduk di tempat yang disediakan.
Selepas sumbangan diberikan, majlis diteruskan dengan bacaan al-Quran. Kemudian sedikit ucapan dari Tan Sri Abdul Halim Ali, Pengerusi Gapurna Sdn. Bhd.
Azan Maghrib berkumandang, kami dihidangkan dengan tamar, air dan kuih muih. Selepas Maghrib, barulah semua tetamu turun kembali dan dihidangkan dengan nasi.
Kami semua kembali ke rumah al-Ijabah selepas solat Tarawikh. Apa yang menarik mengenai DYMM Sultan Selangor ialah, baginda seorang yang mengamalkan solat tarawikh 20 rakaat.
Biasanya, VIP lain, lapan sudah beredar. Itu pun mujur buat, yang langsung tak buat pun ramai.
Hari ini, di atas nama pentadbiran, saya berterima kasih kepada Gapurna Group yang menggembirakan anak-anak ini ketika ini.
Semoga, Allah memberikan kegembiraan pada kita semua ketika orang lain bersedih di akhirat nanti, amin…
“Mencari Kepulangan Yang Diredhai”
Al-fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
11 September 09 jam 1.50 pagi
Warga anak yatim dan tahfiz al-Ijabah
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
No comments:
Post a Comment