Friday, July 3, 2009

Diari 81 - Oh Mata....

Kenapa malam ini mata saya tak mengantuk hah?

Pada hal esok jam 10 pagi, saya akan ke Penang untuk beberapa urusan. Hari ini pun sepatutnya badan sudah tidak tertanggung keletihan lantaran baru pulang dari Johor.

Saya cuba mencari jawapannya sendirian.

Barangkali...

Barangkali...

Barangkali...

Oh ye, barangkali saya masih tidak senang dengan keadaan saudara seIslam kita yang tinggal di gereja.

Jadi, apa nak buat?

Saya seolah-olah merasa "tidak patut" apabila beberapa hari lepas mendapat panggilan,

"Ustaz, saya ni ustaz ......., dari......., saya dengar cerita ustaz ada pergi ke gereja yang menempatkan orang sakit tu ye, dan ada orang Islam kita yang tinggal di sana, tak ada orang nak tolong dia ke ustaz? Tak apa Ustaz, ana sudi bantu. Nanti kita datang kita buat ceramah pada mereka.

"Buat ceramah? kata saya. " Tergamak ke kita nak bagi ceramah dalam gereja? Apa tajuk nak beri?, tanggung jawab yang penting sekarang ialah sediakan alternatif dan keluarkan meraka dari situ". Kata saya lagi.

Selepas Maghrib tadi sebenarnya saya ada ceremah di Seksyen 4 Shah Alam. Ada saya bincangkan dengan beberapa jemaah tadi.

Untuk setakat ini, kita memerlukan team untuk buat kerja.

Siapa yang nak ye?
Siapa yang nak?

InsyaAllah, kita akan mulakan, dalam bulan ini juga, insyaAllah.

Tadi jam 12 tengah malam, saya dan sahabat saya Ustaz Yazid ada berpusing-pusing di kawasan Kampung Kuala Sungai Baru Puchong. InsyaAllah, setekat ini, ada tempat yang sesuai untuk diusahakan.

Siapa nak bantu ye? sahabat dari Majlis Agama Islam hingga malam ini masih tidak dapat memberi jawapan. Sahabat dari pusat zakat? Masih sama, mana nak rujuk dan nak bincang untuk hal ini?

Siapa nak bantu buat kerja ini?

Ye.. jangan harapkan orang lain, Allah akan bantu.

Alhamdulillah, dapat jawapan. Baru senang untuk tidur. Alhamdulillah..

"Ya Allah, bantu hambamu ini Ya Allah. Aku bukan tergolong dari hambamu yang terbaik, tetapi aku berusaha ke arah itu sekalipun kadang kala terasa payah, secebis niat yang ada untuk menjadi baik, pimpinlah aku Ya Allah."

Datangkanlah kawan-kawan yang ingin bersama-sama ya Allah. Bantulah. InsyAllah, dengan izinMu, berikanlah kekuatan untuk usaha ini, amin.....

Semoga dalam bulan ini, akan bermula gerak kerja yang saya anggap sudah tahap fardu ain ini. Semoga Allah mengizinkan usaha ini dengan jayanya. Sesungguhnya hanya dari Allah keupayaan dan kekuatan.

"Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan"

al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
3 Jun 09 jam 3.40 pagi.

7 comments:

Hunny said...

Salam ustaz,

Agak mengecewakan, bila mana sahabat dari MAIS memberikan jawapan, tetapi digambarkan sebagai tiada jawapan.Saya telah pun menjawab dalam entry yang lepas, bahawa saya perlu menyiasat perkara letak duduk perkara ini, dan membincangkan perkara ini dengan pengurusan tertinggi. Kalau isunya berkenaan undang-undang, insyaallah saya tidak memerlukan masa yang lama untuk menyiasat kerana undang-undang adalah bidang dan kemahiran saya.Sebagai seorang sahabat, perlu juga saya memperingatkan Ustaz supaya meyelidik sesuatu fakta dengan betul sebelum membuat sebarang kenyataan mengenai pihak MAIS. Sewajarnya ustaz perlu mendengar dari pihak MAIS sebelum membuat sebarang kenyataan. Ini kerana, saya difahamkan pihak MAIS telah mengambil tindakan awalan yang wajar termasuk membuat kajian berhubung isu ini. Bagaimanapun, saya bukanlah orang yang layak untuk membuat sebarang kenyataan berhubung isu ini. Apa yang saya pasti, pihak MAIS juga sentiasa mengambil berat serta memantau perkara ini. Hakimi sesuatu dengan adil, bukan menurut emosi. Bukan untuk menyebelahi sesiapa, tetapi dengarlah dari kedua-dua pihak yang bertikai sebelum membuat keputusan. Sekadar pesanan dari seorang sahabat.

Shahabudeen Jalil said...

Salam Ustaz,

Kes pertama AIDS di Malaysia bukanlah bermula pada tarikh Ustaz Amin menulis artikel tempoh hari.

Kes Pertama AIDS adalah pada tahun 1986. Iaitu 23 tahun yang lepas.

Sila rujuk:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1130&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm

Ustaz Amin nie tak faham bahawa untuk MAIS buat kajian dan mesyuarat tu mereka perlukan masa yang bukan singkat.

Next time, minta Ustaz Amin bagi masa pada MAIS beberapa tahun untuk buat kajian.

Mereka perlu buat mesyuarat demi mesyuarat.

Siapa orang yang kena AIDS nie.. Mereka nie orang kotor bagi mereka.

Apa hal nak bantu mereka ???

Apa faedah MAIS dpt ??? Kalau tak buat pun bukan orang tahu.

Lebih baik MAIS buat trip lawatan bersama sahabat2 office. Ini lebih seronok. Bukan ka?

Cuba fikir dalam tempoh 23 tahun ini,

dah berapa (kononnya) lawatan sambil belajar yang telah MAIS buat ??

dah berapa family day yang MAIS telah buat ???

Kalau nak ikutkan. Jabatan Agama Islam ini perlu kedepan dalam apa2 permasalahan masyarakat.

Bukan tunggu orang dah masuk gereja, mati dalam gereja baru nak start buat kajian.

Buat perabih beras ja MAIS ni. Duit kerajaan hampa sapu. Otak beku takleh nak fikir.

Setakat ini dah 10,000 orang mati akibat AIDS, sekarang baru MAIS nak buat meeting ???

Apa korang buat selama ni ???

Kalau cik Hani nak cakap pasal undang-undang, kalau gereja buleh buat, knp kita tak boleh ???

sudah pasti ini hujah paling dangkal.

Cik Hani nie tak perlulah nak bela MAIS atas benda yang tidak betul. Ini adalah ASSABIYAH.

Menurut Cik Hani, MAIS telah mengambil tindakan awalan. Buat kajian.

Nak buat kajian apa lagi ?? 23 tahun tak cukup ka untuk buat kajian ???

Maaf la Cik Hani. You are talking totally bullshit.

Kalau ustaz ni berjuang ikhlas, insya-Allah Tuhan akan bantu.

MAIS boleh teruskan buat aktiviti2 menghabiskan duit kerajaan. Di akhirat nanti, Insya-Allah mereka2 yang mati dalam gereja tu akan tuntut.

Sambung buat meeting korang dalam bilik berhawa dingin, makan sedap2 sampai gemuk, hidup sedap2 dengan anak bini, pergi lawatan ke mana2 korang nak pergi.

Kepada Ustaz Amin, jom kita tubuhkan satu jawatankuasa untuk menangani masalah ini. Insya-Allah ramai lagi pembaca di sini yang akan bersama kita untuk berjuang.

yang penting, seperti ustaz amin kata, Allah bersama kita.

Shahabudeen Jalil said...

Satu lagi,

kpd Cik Hani, dalam isu ini tak ada pihak yang bertikai. MAIS yang mungkin takut dengan dosa sendiri.

Ada satu cerita mengenai dosa yang menghantui orang.

Saya baru habis baca laporan kewangan MAIS pada 2007.

http://202.75.48.108/~portalma/index.php?option=com_docman&Itemid=23

Berpuluh juta untung MAIS. Nak bantu orang di gereja pun masih nak buat kajian ???

beratus juta aset MAIS. Apa guna aset ini jika bukan untuk membantu orang Islam yang memerlukan ???

Dalam pada itu, sempat lagi diorang mengadakan lawatan kerja ke Mesir dan Indonesia... kah kah kah..

Lawak korang nie..

Hunny said...

Salam encik SJ

Saya akan bantu, walau MAIS tak bantu. Kerana ini kewajipan dan tanggungjawab semua umat Islam.

Shahabudeen Jalil said...

ini yg kita nak dgr. Proses dengan MAIS tu biarkan dia berjalan.

Kita buat apa yg mampu kita buat dulu.

Saya baru baca khutbah tahun lepas mengenai AIDS ini

Orang Islam yang kena AIDS adalah 72% daripada keseluruhan.

Tapi hanya ada 3 pertubuhan NGO Islam. Lagi 22 pertubuhan NGO lain adalah yang bukan Islam.

Logik tak ???

Kita ada agama. Tapi statistik tidak seperti kita ada agama.

Kita ada pembela umat, tapi statistik tidak seperti kita mempunyai pembela.

Rujukan Khutbah JAKIM:

http://www.mac.org.my/images/download/Islam%20Prihatin%20Pada%20HIV-AIDS%20(Rumi)%2028.11.08.doc

Anonymous said...

ya akhi shahabudin..trima kasih atas komen yg bagus2 tu..tp kalau boleh jgnla tunjuk sgt yg mcmla org islam lain x buat apa2..
mais langsung x ambik tau.. x kanla mais nak ckp pd satu dunia apa yg depa telah,sedang dan akan buat utk kerja2 dakwah ni..pk la skt..lebih baik buat kerja dlm diam drpd buat keje skt dah nak canag satu dunia..sudh2la bercakap ttg kelemahan org lain..sepatutnya bila dah sedar ttg isu ni akhi beri cadangan atau idea pd mais apa dan bagaimana lgkh yg terbaik nak tangani isu ni..bukannya dok kutuk,kritik keje org..smpi saat ini saya x dgr lg ada org luar yg sukarela (kecuali ust amin)yg sudi nak bantu mais utk sama2 tangani isu ni..sepatutnya org hebat mcm akhi ni lebih advance infonye drpd MAIS yg hanya duk kat dlm ekon n wat hari keluarga tiap2 hari..kenapa bla ustaz rise isu ni baru akhi menonjolkan diri???soalan..x kan org hebat mcm akhi hanya hebat bercakap di dlm blog shj..renung2kanla..

Shahabudeen Jalil said...

Sheikh, kalau nak ckp, letak nama. Baru orang kata berani nak ckp.

Baling batu sembunyi tangan nie orang2 pengecut. Perangai sama macam orang yang bunuh Saidina Usman.

Apa salahnya cakap pada satu dunia apa yang MAIS lakukan ??? Hujah sheikh nie dangkal sgt.

Kalau apa yang individu buat memanglah kita kena buat secara tidak menunjuk-nunjuk, tetapi kalau organisasi, lagi baik kita tunjuk pada orang supaya orang lain dapat sama2 berjuang dan dapat sama2 ikut.


Tengok dalam website MAIS. Memang semua apa yg mereka buat ada ditulis. Baca pada buletin mereka, baca pada laporan kewangan tahunan 2006 dan 2007.

Kalau setakat nak ckp macam tin kosong, pergi ambil tin milo dan ketuk kuat-kuat.

Macam saya ckp sebelum ini. Perkara ini bukan bermula sejak Ustaz Amin tulis artikel ini. Masalah ini sudah 23 tahun lamanya. Jadi MAIS juga wujud sejak dari tarikh itu.

Tidakkah saudara bodoh jika membandingkan apa yang dibuat oleh seorang individu dengan satu organisasi yang besar macam MAIS ????

Akhir sekali, ini bukan isu orang islam lain buat apa atau tak buat apa. Ini isu satu organisasi Islam yang besar, untung berpuluh juta, aset beratus juta. Tapi masih diam 23 tahun tak buat apa.

Sheikh,

lain kali, kalau nak komen, pergi buat kajian sikit dulu. Jangan komen tanpa kajian. Bukan apa, kesian sheikh kena balun, dan kesian saya nak balun.

Terima kasih.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...