Bahagian 01
Bahagian 02
Bahagian 03
Bahagian 04
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Isnin 13 Ogos 2012….
Seperti biasa setiap hari Isnin jam 10.15 pagi, saya bersama dengan sidang pendengar di IKIMfm.
Kami mulakan perbincangan kami dengan persoalan yang diajukan oleh sidang pendengar pada siri lepas mengenai berimamkan Imam Masjid al-Haram di TV, adakah boleh atau tidak?
Senang jawab, ia tidak boleh…
Bagi yang tidak sempat mengikutinya pagi tadi, boleh melayarinya seperti di bawah.
“Ilmu Asas Amal”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
13 Ogos 2012 jam 11.50 malam.
Rancangan IKIM ini disiarkan pada Isnin 23 Julai 2012. Ia adalah rakaman kerana pada tarikh ini saya berada di Mekah bersama krew Jejal Rasul.
Walaubagaimana pun, rakamana di youtube ini dibuat agak panjang, termasuk iklan sebelum program.
Perbincangan hanya bermula setelah minit ke 17
Perbincangan kali ini, kami kongsikan mengenai tarbiah Ramadhan di dalam membentuk 5 unsur manusia.
Semoga bermanfaat, amin,,
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
9 Ogos 2012 jam 7.15 pagi
Rancanngan IKIMfm ini disiarkan pada 16 Julai 2012 tetapi ia sebenarnya adalah rakaman.
Pada tarikh ini saya berada di Mekah.
Kami membicarakan mengenai deria manusia dan tarbiah Ramadhan di dalam membentuk deria manusia.
Bagi yang tidak sempat mengikutinya, bolehlah melayari seperti di bawah.
“Ilmu Pelita Hidup”
al-faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
9 Ogos 2012 jam 7.15 pagi
Isnin 6 Ogos 2012 jam 10.15 pagi, seperti biasa hari ini saya bersama dengan IKIMfm dan hari ini kami membicarakan mengenai topik Nuzul al-Quran.
Kebetulan Isnin 6 Ogos bersamaan dengan 17 Ramadhan, tarikh yang menurut sebahagian ulama’ sebagai tarikh Nuzul al-Quran.
Kita membicarakan mengenai apa ada pada al-Quran?
Pada al-Quran ada 7 perkara iaitu:-
1. Kitab yang memperkenalkan secara terperinci mengenai siapa Allah. (Kitab Tauhid)
2. Kitab yang membicarakan mengenai panduan hidup (Kitab Syariah)
3. Kitab yang membicarakan mengenai akhlak (tasauf)
4. Kitab yang penuh dengan ilmu
5. Kitab yang punyai pahala bagi pembaca dan ahlinya
6. Kitab yang punyai panduan di dalam perlindungan dari Sihir, Jin dan Syaitan
7. Kitab yang punyai syifa’ (penyembuh) dan kelebihan pada ayat-ayatnya.
Bagi yang tidak sempat, bolehlah ikuti seperti di bawah.
“Ilmu Pelita Hidup”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
9 Ogos 2012 jam 7.00 pagi
Jumaat 3 Ogos 2012,
Usrah pada pagi ini memaparkan episod “Teman Karib”.
Pengambaran ini dibuat pada bulan Febuari lagi iaitu ketika perjalanan saya dan krew Usrah TV9 ke Mesir.
Episod kali ini membicarakan mengenai bagaimana seorang akan terpengaruh dengan agama orang di sekelilingnya.
Sebab itu amat penting kita memilih dengan siapa kita mahu berteman.
Kami juga membicarakan mengenai kisah dua sahabat baik iaitu Nabi Musa dan Nabi Haron.
Dua sahabat baik yang buruk pula iaitu Firaun dan Qarun.
Bagi yang tidak sempat mengikuti perbahasan ini, boleh lawati seperti di bawah.
“Ilmu Pelita Hidup”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
9 Ogos 2012 jam 6.40 pagi
1 Ogos 2012..
Hari ini hari kedua saya bersama di dalam “Tanyalah Ustaz” membicarakan mengenai talak.
Kami mulakan perbincangan dengan membicarakan takrifan talak, syarat jatuh talak.
Kemudian perbincangan diteruskan dengan bagaimana lelaki seharusnya memandang talak.
1. Dia yang memang ingin menceraikan isteri, harus tetapi Allah benci.
2. Isteri yang minta cerai atau orang lain paksa suruh cerai, maka kena pertahankan rumahtangga sehingga Nabi saw menyatakan di dalam hadis.
“Sesiapa yang mati di dalam mempertahankan harta dan ahli keluarganya, maka matinya syahid”
Di dalam undang-undang di Malaysia juga ada peruntukan bagi membela seorang suami yang mempertahankan rumahtangganya
3. Seorang suami yang tidak mahu menceraikan isterinya kerana menahannya dengan zalim, maka haram hukumnya
Bagi perempuan pula, bagaimana mereka perlu melihat perceraian.
1. Jika nafkah di dalam perkahwinan tidak ditunaikan, maka boleh untuk memohon taklik
2.Jika perkahwinan itu memudharatkan, maka boleh memohon pasakh
3. Jika hanya mahu lari dari masalah, maka memohon cerai tidak wajar.Di dalam hadis Nabi SAW bersabda:
“Mana-mana perempuan yang meminta talak dari suaminya dengan keadaan tidak wajar maka haram baginya mencium bau syurga”
4. Melihat perceraian sebagai jalan keluar kerana mempunyai agenda maksiat seperti telah bermain kayu tiga, maka haram dan berdosa.
Sebenarnya untuk hari kedua, setelah tamat program tanyalah ustaz jam 8.00 pagi di TV9, program soal jawab diteruskan hingga hampir jam 9.00 pagi.
Banyak rupanya persoalan mengenai rumah tangga..
Penonton lelaki yang bersama di dalam program ini
Penonton perempuan yang bersama di dalam “Tanyalah Ustaz” hari ini.
Bagi yang tidak berkesempatan, bolehlah layari seperti di bawah.
“Ilmu Pelita Hidup”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
3 Ogos 2012 jam 7.00 pagi
31 Ogos 2012..
Saya dijemput untuk menjadi panel dalam “Tanyalah Ustaz” di TV9 bagi hari pertama.
Program “Tanyalah Ustaz” ini dibuat di Masjid Sultan Abdul Aziz Shah atau dikenali dengan Masjid Negeri
Tajuk yang diminta saya kupas adalah bab talak
Pada hari pertama, saya kupaskan dahulu muqaddimah mengenai keluarga.
Tiga bab penting dikongsikan mengenai kekeluargaan. Bab pertama ialah masing-masing suami dan isteri perlu berniat menjadi pasangan yang soleh dan solehah.
Niat orang awam : Niat untuk menjadi baik jika pasangan membalas kebaikan
Niat orang biasa : Niat buat baik dan ingin supaya Allah balas kebaikan
Niat orang Istimewa : Niat menjadi baik bukan kerana balasan, tetapi kerana Allah perintahkan untuk menjadi baik.
Bab yang kedua ialah pasangan mesti berdoa.
Doa orang awan : dengan malas, dengan tidak yakin dan rasa terbeban ketika berdoa.
Doa orang biasa : ketika ada hajat baru ingin berdoa
Doa orang istimewa : menjadikan doa sebagai cara hidup senang dan susah.
Bab ketiga ialah membetulkan cara memandang kesalahan dan perselisihan
Orang awam : Jika berlaku kesalahan, akan diperbesarkan dan tidak ada jalan keluar
Orang biasa : jika berlaku kesalahan cari orang lain untuk dipersalahkan tetapi mencari jalan penyelesaian.
Orang istimewa : jika berlaku kesalahan, muhasabah diri dahulu dan mencari jalan penyelesaian
Bagi yang tidak sempat bersama, bolehlah melayarinya seperti dibawah.
“Ilmu Pelita Hidup
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
3 Ogos 2012 jam 6.30 pagi
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...