Saturday, March 21, 2009

Universiti Kehidupan 43 - Takkan Melayu Hilang Di Dunia

19 Mac, Jam 6 Petang, saya di jemput menghadiri satu seminar di bilik Nusantara. Ada dua pembentang yang akan membentang pada petang ini. Pertama, Preseden Lembaga Ilmiah Sosial Nusantara, Dr Vilen Sikonsky dan kedua, saya.

Dr Sikonsky memulakan pembentangannya mengenai kajiannya terhadap budaya dan sastera Melayu Nusantara. Pembentangannya ada di dalam bahasa Rusia dan ada di dalam bahasa Melayu.

Seminar ini di hadiri oleh para Sarjana dan Doktor yang mengkaji mengenai Melayu dan Nusantara. Kesemua mereka boleh bertutur di dalam bahasa Melayu sama ada Melayu Malaysia mahu pun Melayu Indonesia.

Dr. Sikonsky baru menerbitkan sebuah terbitan yang membincangkan mengenai Petronas, A.Samad Said, kajian terhadap buku pelajaran bahasa Melayu dan sebagainya.

Menurut beliau, pusat kajian Melayu yang hebat bukan lagi di Belanda, tetapi sekarang di Australia. Beliau juga membawa buku-buku sastera Rusia yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia.

Beliau menemukan satu manskrip dari tahun 1948 yang menyatakan hubungan langsung antara Indonesia dengan Rusia.

Pada zaman penjajahan Belanda, orang Melayu Indonesia selalu merasa rendah diri, tidak yakin dan kurang jatidiri. Jadi, pada masa itu, mereka mulai menterjemah buku-buku jati diri dari Rusia untuk memberi semangat kepada bangsa. Padanya, buku-buku romantik hanyalah akan melemahkan semangat.

Sebelum ini, buku-buku Rusia, kebanyakkannya diterjemahkan dari bahasa Belanda. Ini kerana, banyak buku Rusia di Belanda.

Ia juga menyelar seorang penulis bernama Khairil Anbar yang menyadur buku Eropah kemudian mendakwa bahawa karya itu adalah karyanya.

Terjemahan langsung buku Rusia ke dalam bahasa Indonesia bermula pada tahun 1940an apabila seseorang telah menterjemahkan buku bertajuk “kereta api baja”, selepas itu buku “baju mantel dan juga “perang dan damai”. Sebuah karangan yang terkenal juga iaitu “Anna Karenina” karangan Tolstoy.

Waktu soal jawab, saya berkenalan dengan seorang yang duduk di sebelah saya iaitu Dr. Goriaeva Lioubov.

Beliau telah menemui dan telah menterjemahkan sebuah buku manuskrip hikayat Melayu terakhir bertajuk “Hikayat Maharaja Marakaramah”

Manuskrip ini ditulis pada tahun 1844 dan merupakan hikayat Melayu terakhir setakat ini yang ditemui. Ini kerana, hikayat-hikayat yang lain bertarikh sebelum dari tarikh ini.

Dr. Lioubov menemukan manuskrip ini di Muzium Asiatik St. Peterburg. Ia dibawa oleh seorang dari Eropah ke sini bernama Dr. Franck 100 tahun dahulu.

Manuskrip ini tidak ditemui di mana-mana tempat sama ada di Malaysia, Indonesia, Belanda, Prancis dan lain-lain lagi. Ia telah diterjemahkan di dalam bahasa Rusia.

Saya terfikir, bagaimana khazanah Melayu ada di merata-rata tempat. Bagaimana orang luar mengambil dan menyimpannya. Sebenarnya, banyak lagi tulisan mengenai bangsa Melayu ada di luar dan di dalam simpanan orang-orang barat.

Di dalam bilik Nusantara, saya sempat membelek sebuah buku yang mencatatkan sejarah Raja-Raja Barus, tempat kelahiran Hamzah Fansuri. Ia tersimpan di dalam koleksi Perpustakaan Universiti Leiden dan juga di Tropen Institute, Amsterdam.

Tercatat sejarah-sejarah yang kita tidak tahu seperti perang Sultan Ibrahim dari Barus melawan Acheh, kekalahan dan pemenggalan kepalanya.

Saya terfikir kembali, patutlah, para pelajar Nusantara begitu hebat mempelajari mengenai orang Melayu. Rupanya, guru-guru mereka juga seorang yang hebat di dalam kajian. Ada perkara-perkara yang mereka temui yang kita sendiri tidak tahu.

Banyak manuskrip Melayu yang ada di tangan mereka yang kita sendiri tidak ada menyimpannya. Hari ini, kebetulan saya ada di sini dan dapat menyaksikan perbincangan mereka, banyak lagi seminar-seminar yang mereka bentangkan mengenai orang Melayu yang kita tidak tahu. Mereka bentangkan hasil kajian dan temuan mereka di serata dunia mengenai orang Melayu.

Saya teringat satu sejarah, ketika Portugis berjaya menawan Melaka, ada dua buah kapal yang membawa segala khazanah Melayu balik ke sana. Mereka mendakawa, kapal Flor de La Mar ini, kemudiannya tenggelam di pertengahan jalan. Ramai yang yakin sebenarnya kapal ini tidak tenggelam. Ke mana sebenarnya segala khazanah orang Melayu kita dibawa?.

Sebab itu, banyak yang kita sendiri tidak tahu mengenai bangsa kita Melayu. Mereka mengatakan kita mendapat Islam lambat iaitu hanya pada kurun ke 14. Tetapi, satu demi satu teori ini dapat di ketepikan apabila penemuan demi penemuan terhadap kedatangan Islam ke Nusantara ditemui. Bermula dengan penemuan batu bersurat di Terengganu, batu bersurat di Acheh dan sebagainya.

Terbaru, penemuan sebuah makam di Barus Indonesia, Makam ini mencatatkan wafatnya pada tahun 48 hijrah. Jika benar makam ini wafatnya pada 48 hijrah, maka, orang ini, kalau bukan sahabat, pasti Tabi’in.

Perkara ini tidak mustahil kerana, pada zaman Saidina Uthman r.a lagi, operasi dakwah ke Timur Jauh telah dimulakan. Sebuah makam sahabat di Guang Zhou China membukitkan para sahabat telah mula berdakwah ke Timur Jauh sejak kurun pertama Hijrah lagi.

Jika makam ini telah disahkan oleh ahli sejarah, maka ia bermakna, operasi mengIslamkan Nusantara, jauh lebih awal dari apa yang di dakwa oleh Orientalis.

Sesungguhnya, orang Minangkabau tanpa Islam, tinggal Kabaunya sahaja, orang Jawa tanpa Islam, tinggal Aw.., Bugis tanpa Islam tinggal Buu…, orang Boyan tanpa Islam, tinggal Boo...dan orang Melayu keseluruhannya tanpa Islam, tinggal Layu sahaja.

Mengetahui Islam dan Melayu, akan memahamkan kita bahawa, Islam tidak boleh dipisahkan dari jati diri Melayu. Dengan Islam, jati diri Melayu akan lebih hebat dan kuat.

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-Fakir ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Moscow State University
20 Mac 09
Dr Tatiana, pakar pengajian Melayu Malaysia
Presiden Lembaga Ilmiah Sosial Nusantara, Dr Vilen Sikonsky
Oreintalis yang mahir di dalam sejarah Nusantara
Buku hikayat Melayu terakhir yang ada di dalam Muzium Asiatik St. Peterburg. Telah diterjemahkan ke dalam bahasa Rusia. Manuskrip ini di bawa ke Muzium ini kira-kira 100 tahun dahulu
Bilik pusat kajian Nusantara
Empat dari kanan, Dr Serge, pakar tulisan Aksara, tulisan Melayu kuno sebelum kedatangan Islam. Di dalam dunia ini tinggal beberapa orang sahaja yang boleh membaca tulisan Aksara ini, seorang dari Belanda, seorang dari Inggeris dan beberapa orang dari Rusia. Dahulu ada seorang dari Indonesia tetapi telah meninggal dunia.


Buku kajian Melayu terkini.

30 comments:

Shahabudeen Jalil said...

pi balik pi balik, cerita makam.. fuhh..

takyah dok cari la apa manuskrip yang hilang tu.. buat sejarah baru. Cipta sejarah.. bukan asyik ulang alik makam dan cari bahan sejarah.

orang Melayu takdak la maju macam Rom, Parsi, Greek atau Uthmaniah.. setakat bandar (kampung) kecik ja Melaka tu. Itu pun kena diberi perlindungan oleh Siam dan lepas tu China.

Kajian mengatakan Islam sampai ke sini pada zaman Nabi pun.. apa kita dapat sekarang ??? buang masa.

Baik spend masa untuk bangunkan agama dikalangan masyarakat kita. Tak abih2 kaji bila islam mai.. bila islam mai.. ini bukan perjuangan sheikh... ini saja nak buang masa dan berbangga.


Tak kisah kalau islam baru sampai semalam kat Mesia nie.. yang penting HARINIE dan ESOK.. kita perjuangkan Islam...

Kalau tidak dok buang masa melawat makam, dok kaji bila Islam sampai..

nanti nak dekat tua, dok mimpi orang buat makam hebat2 untuk kita plak.. hahaha.

Perjuangan sheikh.. perjuangan..

Azri said...

salam ustaz.

amboi ustaz, gambo pelapis pengagian malyu focus dekat ye, propessor 2 gambo kecik aje.

betul ke kejatuhan islam melaka dulu sebab a 2 keling/mamak pecah rahsia/subahat ngan portugis ?

kalau nak tau lebih lanjut sejarah kedatangan islam ke nusantara boleh kontact dr hafizi md noor di upm. dia tengah buat kajian dan dah tulis beberapa buku. dia ni saintist tau!

Shahabudeen Jalil said...

dangkal dah masuk dah.. he he he.

Siapakah Nina Chatu?
Menurut buku Albuquerque: Caesar Timur (1995:129):

“Nina Chatu ialah penganut agama Hindu, Saudagar Keling yang telah banyak meringankan penderitaan Auraujo dan rakan-rakan banduan di Melaka. Beliau telah dilantik menjadi Shahbandar bagi saudagar-saudagar Hindu oleh Albuquerque pada tahun 1511 dan membunuh diri pada tahun 1514”

Sedih la tengok ustaz nie dapat golongan pembaca dangkal macam azri nie.. nak bincang pun isu remeh awek rusia la.. spy orang asing.. haha. dangkal nak mampus.

Pembacaan kosong. Nak berhujah macam proffesor.. hahahaha.

Itu belum dikira nak jadi sainstis pulak lepas nie.. hahahaha.

Dalam TV malaysia, orang taktau apa pun mereka cakap Ahli Ekonomi... Macam Azri la .. dia Sainstis. kah kah kah.

setakat buat kajian dan tulis buku... tak menjadikan orang tu sainstis la sheikh.. hahaha.. senang giler.. saintis untuk orang dangkal macam Azri.

Mohd Shubhi said...

Menarik artikel ni...teruskan kajian Ustaz, banyak yang boleh dipelajari dan dihayati

Azri said...

salam ustaz .

dalam alquran pun banyak sejarah kan ustaz. makna nya kita mesti belajar dari sejarah.

apake hal orang bukan meayu tak kasi orang melayu balajar sejarah melayu.

Shahabudeen Jalil said...

he he he.. dangkal.

Ini beza perjuangan Islam dan perjuangan Melayu.. he he he.

ustaz dah buang gambar awek 2 orang tu... azri tak mengamuk ke ?

WAN HASIFI AMIN said...
This comment has been removed by the author.
Azri said...

Wahai Shahbudin B. Alhamdulilah , Ana yang tegur ustaz pasal gambo tu. agak nya sebab tu gambo dah tak tak da.

Tapi memang cun student ustaz tu..masyaAllah. Kalu ana yang aja bahasa melayu kat situ tak tau lah kalau iman ni boleh tahan.

Kamu tak kenal Dr Hafizi , jangan kutuk ok. dia ni pengarah palestin center (PACE) , mantan pengarh JIM. dan dia seorang saintis. ana ni nobody. nak kutuk silakan inyallah account pahala bertambah.

kalu baca buku sejarah melaka jangan baca orang putih punya . faham ?

Shahabudeen Jalil said...

setakat nak sebut nama.. semua orang boleh sebut sheikh.Lawan hujah dgn hujah. Nak suruh orang berhubung, tak bagi plak cara nak berhubung. fuh.. letih ckp dgn org mcm nie.

kalau azri nak tau.. siapa yang tegur dan dia buang gambar tu.. tanya ustaz sendiri.

sah sah orang baca buku Melyu. he he he..

mohd said...

elok la kita tau asal usul kita, sebagai memangkin jati diri, tak gitu...

untuk tambahan kajian & maklumat sila layari laman web dibawah:-

https://www.themalaypress.blogspot.com

https://www.sejarahnagarakedah.blogspot.com/

Anonymous said...

baguih ustaz cerita pasai sejarah melayu yg hilang..

teruskan usaha ustaz..

ramai lagi silent reader yg ikut blog ni..

yg aku heran, ada juga manusia tak suka sejarah sibuk masuk blog ni. orang nak kaji sejarah, dia sibuk nak bangkang pulak.. :D

pi la masuk blog gosip artis sana, tak pun masuk bod politaik.. :))

sebuk jer masuk blog sini, pastu kondem tuan punya blog yg tak sama minat macam dia..

patut la mamat tu anti sejarah melayu, mamak ropanya.. kahkahkah..

Anonymous said...

sy ada baca tentang marie curie. semasa kecil marie blaja sejarah poland (tanah kelahirannya) walaupun penjajah poland pada masa itu melarang keras malahan ingan membunuh sesiapa mengajar sejarah poland. Apakah yg menyebabkan cikgu marie ni bergadai nyawa berusaha nak ngajar sejarah? Napa penjajah poland nak sekat org blja sejarah?
pelik ye en shahabuden?

kerajaan sweden pun belanja juta2 nak angkat kapal lama yg tenggelam..

kenapa ye..

adakah org2 ni bodo sebab nak knal bangsa sendiri?

ada yang gadai nyawa nak ngaja sejarah...

ada yg berabis duit...

pelik....

Maznah@umiaisyahresepi said...

Terima kasih ustaz perkongsian yg sungguh menarik. Wahai en Shahabudin awak ni x de adab la. X bagus la macam ni

Unknown said...

surah Alfatehah pun ada sentuh hal sejarah .. sejarah itu sgt penting supaya kita nampak buruk dan baik orang terdahulu dijadikan pengajaran ..

Anonymous said...

Gua nk mut'ah dgn bini lu bole?

Anonymous said...

Kah x3

miey said...

Terbaik ustaz

Rizhan said...

perasan tak... ade seorang orientalis tngh berusaha utk membadutkan diri sendiri...
hahaha
hahaha
hahaha

Anonymous said...

kelingg rupanyaa ptut mcm fundek

Unknown said...

Teruskan usaha mengenai sejarah melayu, saya suka mendengar dan paling pantang ada org cuba memutarbelitkan sejarah melayu

Anonymous said...

patut la seorang lebai budin ni marah sangat cerita pasal bangsa..dia half2 rupanya...hahaha..nak pesan kat lebai budin..setiap orang ada bidang masing2..ada yang kaji sejarah, ada yang kaji ilmu sains, ada yang kaji ilmu perniagaan, ada yang buat bisnes import barang dari cina dan macam2..

Anonymous said...

Hanya org bodoh je yg suka berkata xperlu refer sejarah. Padahal klu refer al-quran sekali pun mmg byk sejarah berulang. Baca kisah2 nabi tgk mcmana satu2 kaum tue jatuh kena azab Allah s.w.t.Tp baca sejarah bkn sekadar baca sj tp perlu ada inisiatif utk membangun blk sesuatu tamadun itu. Mcmana nk membangunknnya kena refer sejarah dan perbaiki apa yg lemah. Sejarah mmg akan berulang tetapi disebalik kejatuhan sesuatu itu akan ada sesuatu kelebihan yg baru. Sejarah juga blh membangkit semangat sesuatu kaum. Tp semuanya bergantung kpd cara kita mengaplikasikan ilmu sejarah yg kita ada.

Unknown said...

Ada pelapis orientalis disitu..

Unknown said...

Ada pelapis orientalis disitu..

Unknown said...

Kami doa kn ustaz, supaya sihat sentiasa....trus kn ustaz....

iskandar said...

Sakit hati saya komen mamat bodoh mana yang kat atas tu.. @shahabudeen.

Unknown said...

Bila Melayu tidak tahu sejarah bangsa,sbb itu tidak bangga dgn bangsa sendiri dan rasa tidak maju berbanding bangsa lain.

Anonymous said...

orientalis detected

Shariff said...

Nak tau lagi byk ttg manuskrip lama, htr spy ke portugal, belanda n british..manuskrip abad je 16,17 ke atas shj d kaji, abad 15 ke bawah ditutup rapat oleh mereka...dgn islamlah melayu akn jd kuat n mulia...

Anonymous said...

Shahabudeen Jalil, dalam Al-Quran pun Allah cerita pasal sejarah pada nabi. kita baca Al-Quran tu pun semuanya sejarah.. Dan kita mengambil ayat2 dr Al-Quran untuk dikaji. Sejarah Nabi, Rasul malahan sejarah iblis mcm mana dia dihalau keluar dari syurga. adakan ayat2 Allah tentang perkara2 itu hanya sia2?? kalau kita tak tahu sejarah macam mana nak tahu dan maju. sejarah itu boleh dijadikan panduan, rujukan dan pedoman. Tanpa sejarah xde akar yg kukuh untuk di tanam didalam hati. samalah mcm Al-Quran, tanpa Al-Quran mcm mana org islam nak ada pegangan dan rujukan yg utuh. Orang yang tahu sejara adalah orang yang lebih maju dari orang yang tak kenal sejarah. sbb org yg x kenal sejarah ni syok sendiri.
kalau kita tak tahu sejarah nabi semasa nabi berperang, semasa nabi menyebarkan islam malah semasa nabi berhijrah, agak2 orang islam kat malaysia ni tahu ke mcm mana nak berdakwah, nak sebarkan islam..Ayat pertama Allah pada nabi pun Iqra'.
bagus la ustaz buat buku sejarah islam di tanah melayu ni, boleh ramai orang malaysia/melayu baca. Kalau tak nak baca x payah suruh org stop kaji sejarah. pergi la sumbang tenaga untuk "HARI INI dan ESOK" tu tak payah baca kitab dan ikut panduan kitab..

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...