Sunday, March 8, 2009

Sekilas 14 - Isu buli dan gangsterisme, sekolah bayangan ummah

Kita nak bicara pada pagi mengenai kes buli dan gangsterisme yang diperkatakan. Di akhbar dan televisyen, satu demi satu pembongkaran masalah gangsterisme pelajar sekolah di dedahkan.

Tindakan yang diambil oleh pelajar senior adalah dengan memukul mangsa sehingga pengsan, luka, patah dan ada yang sampai menemui ajal seolah-olah mereka penguasa tanpa batas di wilayah mereka.

Apa yang penting untuk kaki pukul ini adalah melepaskan geram kepada junior dengan pukulan, sepakan, tamparan, terajang dan sebagainya. Ini belum lagi tekanan psikologi dari ugutan-ugutan yang melampaui batas yang keluar daripada mulut mereka

Terbaru, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Oya, Dalat Sarawak, kes di Marang, Terengganu yang melibatkan pelajar senior yang memukul junior dengan menghantukkan kepala ke tiang, di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 5, Wangsa Maju yang mana mangsa dipukul dalam bas gara-gara terlanggar bahu kekasih salah seorang ahli kumpulan buli sekolah dan banyak lagi.

Saya tertarik dengan ulasan Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (PMAPIUM), Izzat Amin Mohd. Nasir mencadangkan masalah gangsterisme pelajar sekolah bagi yang beragama Islam perlu ditangani dengan cara Islam.

Antara yang dicadangkan ialah suasana sekolah yang berlandskap Islamik contohnya; papan-papan tanda yang memuji Allah SWT.


Ini cadangan yang baik, tetapi terdapat juga kes buli dan gangsterisme yang berlaku di sekolah-sekolah agama yang penuh dengan papan tanda seperti itu. Mana silapnya.?

Sebenarnya, di peringkat anak-anak, seseorang itu bukan sahaja memerlukan pelajaran dan didikan. Mereka memerlukan contoh untuk mereka ikuti.

Kadang-kala, contoh orang yang baik itu tidak dapat dilihatnya dihadapan mata mereka. Mereka belajar teori akhlak, tetapi mereka tidak dapat melihat praktikal yang hidup di hadapan mata mereka. Kes buli gangsterisme ini berlaku dari lapisan serendah hingga pada setingginya.

Kita mulakan dengan individu. Berapa ramai individu yang tidak memberi contoh kepada anak-anak kecil. Berapa banyak perkataan kotor yang mereka dengar disekeliling mereka. Kadang-kala guru juga memaki murid. Penjual di tepi jalan memaki orang, pemandu yang bergegas sering memaki orang lain.

Di peringkat keluarga, berapa banyak kes buli berlaku di dalam rumah tangga. Ayah memukul ibu, terajang, hamun dan sebagainya. Anak-anak melihat ayah mengabaikan ibu mereka, ada perempuan simpanan dan sebagainya.

Di dalam masyarakat, berapa banyak kes buli di dalam masyarakat, tipu orang, kes along, kes rogol, pecah rumah, bunuh dan sebagainya. Anak-anak boleh melihat contoh bergaduh disekelilling mereka. Di TV, berapa banyak cerita yang mendidik? Cerita orang baik-baik dari Indonesia yang dipaparkan pula penuh dengan khurafat, sihir, pari-pari, tahyul dan sebagainya. Mana contoh terbaik buat mereka?

Di peringkat negara, banyak juga kes buli. Tak kira dari apa parti, kata-kata hamun berapa banyak dicontohkan kepada umum. Jika pemimpin, tak kira dari apa parti sekalipun, memaki orang dan dikeluarkan untuk paparan umum, berapa banyak anak-anak yang teridola menjadi pemimpin akan merasakan, begini sikap yang perlu ada jika ingin menjadi pemimpin.

Di peringkat dunia, berapa banyak kes buli yang ada. Kes Israel dan Palestin, kes buli di penjara-penjara dunia, kes buli dan gangsterisme pada negara-negara lemah.

Berapa banyak kes buli yang berlaku di sekeliling tempat. Sekolah hanyalah banyangan kepada tempat lain.

Jika kita ingin memperbaiki keadaan ini, kita kena baiki banyak perkara. Kita lupa, anak-anak ini mudah teridola dengan keadaan sekeliling mereka.

Semua pihak perlu saling berusaha memperbaiki keadaan. Lengkapkan kekurangan yang ada. Bekerjasama untuk memperbaiki barah masyarakat ini. Jika bakal pemimpin akan datang ini, seorang kaki buli di sekolahnya, cuba bayangkan jika dia melapisi kepimpinan nanti.

Semua lapisan masyarakat perlu dididik tanpa henti. Dari individu, keluarga, masyarakat, negara sampai ummah perlu ada usaha memperbaiki mereka. Mungkin terlalu besar, ya.. tetapi usahanya perlu dimulakan. Jika tidak sampai bila ia tidak akan dimulakan. Pada saya, untuk menjayakan usaha memperbaiki ummah dan masyarakat ini, kita kena bedah peranan lima golongan terpenting di dalam masyarakat.

1. Peranan pemimpin. Perlunya membuat dasar-dasar yang baik dengan bijaksana. Jika pemimpin sudah tidak bijaksana, maka rosaklah masyarakat. Saidian Umar pernah mengatakan. "sekumpulan singa yang dipimpin oleh seekor kambing akan dapat dikalahkan oleh sekumpulan kambing yang diketuai oleh seekor singa. Jika pemimpin terlepas pandang di dalam usaha pembentukan pelapis perjuangan ini, maka bangsa akan mengalami kehancuran.
Selain dari memaksimakan usaha lahiriah seperti kurangkan rancangan ganas di TV, usaha baiki ekonomi negara untuk kebaikan rakyat, jika rakyat susah banyak kes jenayah berlaku seperti curi, samun dan sebagainya, usaha rohani juga perlu dimaksimakan.

Berapa banyak sekolah yang ada kes buli diarahkan agar memperketatkan disiplin solat. Di dalam solat ada satu doa yang wajib kita baca, jika tidak baca doa ini, tidak sah solat kita. Doa ini, Allah letakkan di dalam surah al-Fatihah iaitu "Ihdinas Siratal Mustaqim" (hidayahkan kami jalan yang lurus).

Orang yang menjaga solat bermakna telah mendoakan dirinya untuk dipimpin oleh Allah. Jika dia tidak menjaga solat, bermakna dia tidak berdoa untuk menjadi baik bagi dirinya.

Sebab itu pesanan nabi terakhir sebelum kewafatan baginda ialah "aku wasiatkan kamu agar peliharalah solat".

Bagi penganut agama lain, balikkan mereka pada moral dan nilai-nilai murni.(diedit)

2. Ulama dan pendakwah yang hebat perlu ada dan dirancang kewujudannya. Mereka perlu masuk ke tengah masyarakat mendidik mereka. Jika pendakwah dan ulama mengampu dan tidak hebat, maka tidak ada siapa yang boleh menegur masyarakat

3. Para amilin (pekerja) yang membangunkan kebaikan dari semua bidang. Pejuang-pejuang bidang pendidikan, bidang ekonomi, bidang penyiaran dan sebagainya. Bangunkan sesuatu yang memberi kebaikan bukan keuntungan semata-mata.

3. orang kaya yang perlu menginfakkan harta untuk program agama. Ada yang wajib seperti zakat dan ada yang sunat seperti sedekah. Program agama di TV kadang-kala terbantut dengan kurangnya penajaan. Begitu juga majlis-majlis yang memerlukan kepada sokongan kewangan.

5. Orang soleh yang sentiasa mendoakan. Orang soleh dari golongan ahli ibadat dan sufi tidak boleh terpisah. Jangan ada gologan yang mengjhina ahli ibadah dan ahli sufi. Jangan pula ahli ibadah dan ahli sufi memencilkan diri kerana rasa terhina di tengah masyarakat. Mereka perlu terus mendoakan masyarakat. Peranan doa sangat penting di dalam perjuangan mendidik bangsa. Ia senjata terampuh.

Jika kelima-lima gologan ini bersatu, maka insyaAllah, kita akan lihat proses memperbaiki generasi muda akan mudah dilaksanakan. Ia ibarat ilma jari. Jika hanya satu jari yang berfungsi, ia mudah dikepakkan. Tetapi, jika lima jari ini bersatu, digenggamkan, ia akan menjadi satu pertahanan yang kuat dari serangan luar. Gengaman kesatuan ini menjadikan jari tadi menjadi buku lima yang hebat, bukan sahaja untuk mempertahankan diri malahan untuk menolong orang lain. Semoga kesatuan dapat dibentuk dan semoga dengan keikhlasan, Allah bantu segala usaha kita, amin..
Muhamad Abdullah
Putra Heights
Subang Jaya Selangor

20 comments:

Shahabudeen Jalil said...

Ustaz berkata :

"Bagi penganut agama lain, balikkan mereka pada agama mereka. Dengan memahamkan mereka pada agama, mereka akan menurut nilai yang dianjurkan pada agama tersebut. Kemudian, kita boleh membuat interaksi antara Islam dengan mereka."


Komen saya:

Kerja mengembalikan orang kepada agama mereka nie ajaran sesat mana nie ? Nabi Muhammad menyeru kita untuk menarik orang kafir kepada agama kita, bukan suruh diorang kembali kepada agama diorang.

Kerja mengembalikan orang kepada agama mereka, dipanggil 'dakyah' dan bukan dakwah. Contohnya kita panggil 'dakyah Kristian'

Harituh ustaz kata tak boleh guna perkataan Allah untuk orang bukan Islam. Sekarang suruh kembalikan orang kafir ke agama kafirnya.

Ini semua supaya Islam tu kekal dipegang oleh kita-kita saja ke ???

Supaya ustaz boleh kekal jadi ustaz ke ?

Ustaz kena faham, Islam tu bukan untuk kita simpan untuk kita saja. Dan bukan juga untuk terus sesatkan orang lain supaya kita perasan diri kita bagus. Bukan..

Islam ini untuk disebarkan secara ikhlas kepada seluruh umat manusia.

Ustaz masih ada ruang lagi, jika tersilap, editkan artikel ini.

Azri said...

Salam Ustaz,

Setuju sangat lah apa yang ustaz tulis tu. Samseng ni bukan dijalan dan disekolah. Menteri menteri pun samseng. Rampasan kuasa di perak tu samseng lah.

Ana setuju sangat lah perkara 1 tu. Kalau nak chek ikan yang busuk chek kepala nya. Busuk kepala busuk lah semua nya. Dah kita pilih pemimpin yang yang redha pada kesemsengan macaam mana nak harap kan dia orang ni utk lebih baik. Macam mana nak buat dasar yang betul kalau dia cuma ingat untung dunia aje.

Azri said...

Shahbudeen.

Baca dan fahamilah maksud ustaz tu. Buka lah minda tu sikit.

Ceritanya fasal gangstersm. ketua agama masing masing bertanggung jawab didik anak buah meraka.

tapi ana rasa agama macam hindu ni promote gangster. Siapa bukan kalangan mereka halal. Cuba lah roboh pacak tempat dia orang nak buat kuil. Semua gangster datang. Lebih pada perkauman. Macam yahudi. tengok ajelah muka patong dan sami sami nya dah menakutkan.

Hanya islam lah penyelamat. Masaalah di Malaysia ada satu simple solution. kembali lah pada islam. Yakin lah dengan janji Allah .

Shahabudeen Jalil said...

Dangkal si Azri nie..

tegur saya dan suruh saya bukak minda, lepas tu sokong plak kenyataan saya. hehehe.

dangkal oh dangkal.

Shahabudeen Jalil said...

Azri yang dangkal,

Nabi pesan, jangan cerca agama lain. Jangan mendabik dada nyatakan kita nie pejuang islam tapi isinya kosong.

Apa erti kita mengaku sayangkan Nabi tak ikut perintah baginda ???

Apa erti berarak sempena maulidurrasul sampai berpeluh2 tgh matahari terik macam cik Hani kita, tapi tak ikut perintah baginda ???

Islam mengajar umatnya adab agar tidak menghina dan mencerca pengamalan agama lain sebagaimana firman Allah SWT :-


ولا تسبوا الذين يدعون من دون الله فيسبوا الله عدوا بغير علم

Ertinya : "Dan janganlah kamu mencerca mereka yang mengajak kepada selain Allah nescaya mereka juga akan mencerca Allah dalam keadaan permusuhan tanpa sebarang ilmu " ( Al-Anam : 109 )

Maka para ulama tafsir mentafsirkan maksud ayat di atas dengan kata mereka :-

أي لا تسبوا آلهتهم فيكون ذلك سببا لأن يسبوا الله

Ertinya : Iaitu janganlah kamu mencerca tuhan mereka kerana ia akan menjadi sebab pula mereka mencerca Allah ( At-Tashil Li 'Ulum At-Tanzil, 2/18 ;Tafsir Al-Bagahawi, 2/121)

Kalau dah dangkal, belajar.. jangan main cakap jer.

Nurhani Salwa Binti Jamaluddin said...

En Shah,

Nabi pesan, Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri.

Islam pun ajar jangan mencerca sesama Islam. Kalau nak betulkan kesilapan atau menasihatkan pun perlu berhikmah. Sempurnanya Islam ni.Yang tak sempurna umatnya. Islam tak ajar mencerca orang lain tak ikut perintah Nabi. Orang yang ikut perintah Allah dan Nabi tak akan buat begini. Lu Pikirlah sendiri.

Azri said...

wahai shahbudeen . bila pulak ana sokong anta. ana tulis lain anta perasan ana sokong anta pulak. bila lak ana hina agama lain. dari apa yang ana nampak ana kata hindu tu macam yahudi. tak nampak boleh tolong perbaiki keaddan. baca lah komen ana betul betul dulu dan faham jangan dok main sondol je.

rasullah ajar kita jangan hina orang. ana rasa komen ana kritis tapi tak menghina. walaupun kamu hina ana tapi ana insyaAllah tak akan balas menghina. sheikh ! faham ke ni!

Shahabudeen Jalil said...

ustaz amin nie dah betulkan ayat.. tapi mungkin dia tak komen kat bawah ni... mungkin sebab takut orang nampak dia buat salah. Kalau ustaz asri atau ustaz hasrizal, dah lama mereka akan minta maaf atas kesalahan ini.

tengok sekarang dia dah ubah

"Bagi penganut agama lain, balikkan mereka pada moral dan nilai-nilai murni.(diedit)"

he he he..

Kepada Azri yang dangkal.

Kalau ikan yang busuk, tengok pada kepalanya.. kalau azri yang dangkal, tengok pada postingnya.

ayat 1 :

tapi ana rasa agama macam hindu ni promote gangster. Siapa bukan kalangan mereka halal. Cuba lah roboh pacak tempat dia orang nak buat kuil. Semua gangster datang. Lebih pada perkauman. Macam yahudi. tengok ajelah muka patong dan sami sami nya dah menakutkan.

ayat 2:

wahai shahbudeen . bila pulak ana sokong anta. ana tulis lain anta perasan ana sokong anta pulak. bila lak ana hina agama lain. dari apa yang ana nampak ana kata hindu tu macam yahudi. tak nampak boleh tolong perbaiki keaddan. baca lah komen ana betul betul dulu dan faham jangan dok main sondol je.

rasullah ajar kita jangan hina orang. ana rasa komen ana kritis tapi tak menghina. walaupun kamu hina ana tapi ana insyaAllah tak akan balas menghina. sheikh ! faham ke ni!


Dalam posting pertama tu.. dia tuduh agama hindu tu promote gansterisme.. ini bukan menghina ke???

cuba orang kata Islam promote gansterisme. Tidakkah ini menghina Islam ??

dangkal oh dangkal..

Azri yang dangkal berkata pula, Nabi ajar kita jangan menghina. Bukankah dia sendiri yang menghina.

Kesalahan sendiri tak nampak. he he he..

dangkal oh dangkal.

faham ke ni.. walaupun saya bukan orang arab macam azri dangkal yang ber ana ente, sekurang-kurangnya cakap nabi kita ikut.

Bukan suruh orang ikut, sedangkan kita sendiri yang buat. Macam ibrahim ali azri dangkal nie. he he he.

Shahabudeen Jalil said...

Kepada Cik Hani,

Hujah yang saya bagi dengan dalil-dalil tu Cik Hani tak reply. Tapi dok merapu tak tentu hala ni pasai apa ?

Penat berarak sempena sambutan maulid rasul ka ??

Kalau nak berarak pun, otak kena pandai fikir untuk mematahkan hujah orang lain.

Saya berpegang kepada Quran, Hadith dan kata-kata ulamak. Cik Hani pula dok quote entah dari mana. Kemukakan dalil. Senang sket nak buat rujukan.

Saya cakap macam ini semua kerana saya kasihi saudara-saudara seislam saya.

Saya nak elakan korang dari sesat. Dan nak check balance ustaz yang baru nak naik nie.

Kalau tidak, orang kafir akan guna kata-kata ustaz ini di masa depan.

Ustaz nie pun satu, at least kena la terangkan perubahan yang dibuat. Adakah takut orang nampak kelemahan diri ???

Apa nilai ustaz yang takut orang nampak kelemahan diri ???

herodunia said...

Assalamualaikum semua...

Lama tak singgah sini...harap semua sihat hendaknye....

Wah,Encik shah nie bagus orgnya rupenya...bgs2...kagum saya...

Moga ustaz teruskan perjuangan menegakkan agama...

erm, ok laa, salam maulidur rasul..

Waslam...

Shahabudeen Jalil said...

maaf, saya tak makan rasuah pujian. Terima kasih.

nurie said...

Malang sekali di laman dakwah ini pun masih ada yg berbalah.
Siapa lagi yang harus dipersalahkan? Insafilah... kita hanya manusia biasa yang tidak lekang dari silap dan salah...
Yang penting perbaikilah diri sendiri kerana kita mungkin di antara penyumbang kepada isu ini.
Istighfarlah, berdoa dan tawakal sahaja pada Allah.

Shahabudeen Jalil said...

Nabi sendiri menerima kritikan...

Khalifah yang empat juga menerima kritikan ..

Maksumkah ustaz kita ini yang tak boleh dikritik ???

Bodohlah kalau kita lihat kesalahan nyata tapi dok rumah istifar, berdoa dan bertawakal tetapi tidak menegur..

Usaha perlu ada.... jangan hanya rasa syok sendiri bila kita dah buat ibadat.

Azri said...

Sahbudeen B. Kamu faham ke tafsiran jangan mencerca tu ?

Ana tulis muka patong mereka menakutkan. Itu tulisan ikhlas. Kamu dah biasa kot tak lah rasa takut.

Cerca tu maksud nya depan mereka. Kat belakang mereka tak kan kita nak cakap patong mereka cantik lagi mengashikkan.

Mr. Din said...

Shahabudeen..

Apakah maksud 'tersirat' disebalik dangkal? Adakah ia sebenarnya satu ejekan atau satu cercaan?

Adakah itu ajaran Rasulullah S.A.W? Mungkin niat anda untuk memperbetulkan pendapat ustaz namun cara anda salah. Kata-kata anda seakan lebih mengajak kepada satu tindakan emosional dan bukannya lebih kepada satu perbincangan ilmiah.

Sebagai contoh, isu pengeboman di Indonesia. Adakah itu dikatakan sebagai satu jihad? Hingga membunuh kakan-kanak, wanita dan orang2 tua?

Senang kata, ustaz ini ibarat memandu hingga terlanggar kereta anda. Belum sempat ustaz ini nak minta maaf serta berbincang tentang claim insuran, anda sudah hentam dia satu kali dengan kayu. Sungguh bijak sekali penyelesaian berkonsepkan kafiriah yang anda laksanakan.

Siti said...

Assalamualaikum,

sy setuju dgn Mr. Din..cara En. shah tu mcm nk cari gaduh dan lebih kpd emosional nk perbetulkan kesalahan insan lain perlulah dgn cara berhikmah dan menyenangi hati yg menerima bukan berdebat sampai nk berbalah & menyakiti hati org, setiap hamba Allah sering melakukan dosa dan jgn ingat diri anda hebat sehingga m'anggap setiap ungkapan anda adalah benar. " Kita sentiasa MUDA melakukan DOSA tetapi tidak pernah TUA untuk BERTAUBAT "

Adam said...

Assalamualikum Ustaz,

Nama saya Adam. Ibu bapa saya bercerai bulan lepas. Sejak kebelakangan ini, saya mula derhaka dengan ibu saya. Saya mengherdik, menggunakan kata-kata kasar dan memukul ibu saya. Saya menyesal. Saya tidak boleh menahan kemarahan saya. Boleh ustaz tolong saya? Saya menyesal.
Tolong ustaz.
terima kasih

e-mail: syafie.94@hotmail.com

Anonymous said...

Ustaz terpaksa edit ayat drp 'agama' kepada 'moral dan nilai-nilai murni' sebab ada orang payah faham. Walaupun dua-dua ayat maksudnya sama saja.

Anonymous said...

Siapakah anda Shahbudeen Jalil yang telah merosakkan page ini?

Anonymous said...

MASALAHNYA UMAT ISLAM SENDIRI BERGADUH DALAM PAGE NI.