Alhamdulillah, pada kesempatan kali ini, saya dapat bersama membincangkan persoalan ini.
? guest Slm,ustaz sya nk tnya,adakah boleh kita memberi zakat kpd ank lelaki yg sdh berkeluarga,tp tdk ckup duit & t'pksa berhutang?(zakat utk byr hutg) 2009-03-01 8:11 AM
+ Zakat tidak boleh diberikan kepada nasab ke bawah dan ke atas iaitu anak ke bawah dan ayah ke atas. Ini kerana jika mereka susah, mereka perlu dibantu dari sudut nafkah, bukannya zakat. Jika ke tepi hanyalah isteri.
Yang lain boleh, adik beradik, sepupu, pak sedara dan sebagainya asalkan mereka termasuk di dalam asnaf.
? quest slm. ustaz, sy letih. sy letih ngan bdak2 surau yg hebat dari sgi pnampilan tp hampeh dr segi kerja. stat kat m3x dulu sampai k U skarng...nape camni? 2009-02-27 2:31 PM
+ Setiap orang ada kelemahan dan kelebihan masing-masing. Bekerja sama dengan saling melengkapi. Memang ada orang yang cakap bagus tapi buat kerja teruk. Ada orang yang tak banyak cakap, tapi kerja luar biasa. Jadi yang hebat berjuang jangan kecil hati dan yang kurang buat kerja jangan hasad dengki.
?Mohd Salam ustaz...ibu saya selalu mengigau masa tidur malam...macam mana nak buat ye ustaz.. 2009-02-25 1:13 AM
+ mimpi datang dari tiga sumber.
1. Dari Allah 2. Dari syaitan 3. Dari diri sendiri
Mengingau yang datang dari mimpi kena lihat juga apa sebabnya. Jika dia dihantui dengan masa lepas, maka selesaikan masalah ini dulu. Jika diganggu syaitan, maka amalkan doa sebelum tidur.
Saya syorkan baca doa sebelum tidur seperti yang diajar Nabi. Boleh rujuk pada buku doa.
? nuraini abd rahim said...
assalamualaikum ustaz,saya nak tanya satu soalan.saya ada kawan yang sedang bercouple.dia dan b.f nya selalu study bersama.mereka kt da prancangan nk berkahwin.tp mereka baru berumur 19 tahun.tp rasanya perancangan mereka itu akan terlaksana selepas habis universiti.saya takut lebih bnyk maksiat berlaku sementara tujuan mereka tercapai.kawan saya ni dianugerahkan suara yang lembut dan saya risau ini ikan menaikkan nafsu b.f dia.adakah saya harus membiarkan mereka memandangkan mereka ada prancangan untuk berkahwin atau apakah cara terbaik untuk menasihatinya.satu lg cam na klau dikata kau x pe r bleh ckap x bercouple kau x pernah bercouple.lg pun majoriti remaja bercoupie hingga mereka mnganggap bercouple satu lumrah hidup remaja.sy pun kdg2 tkut untuk menasihati kwn2 yg bercouple sbb x tau ap akn tjadi d masa dpan(kt plak terjerumus ke lembah ksiat ni).
February 28, 2009 9:36 AM
+ Dating hukumnya haram. Saya sudah sepuluh tahun mengajar di salah satu kolej di Universiti Malaya. Saya selalu berhadapan dengan orang yang terlanjur bermula dengan dating dan bermula dengan alas an study sama-sama.
Walaupun budak university, IQ tinggi, tetapi dalam bab nafsu tetap kadang-kala tidak dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.
Elakkan semaksima mampu. Jangan kita dibohongi syaitan dengan alasan study, adik angkat dan sebagainya.
Semoga menepati kehendak soalan
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
3 comments:
u. amin yg dhormati,
sayalh yg tye soalan psal bdak surau yg x buat keje 2. d sini sy nk bgtau, msalah ini slalu brlaku.gaya bdak surau mncerminkan islam( brkopiah brserban sume) tp time buat keje lngsung tiada ciri2 islam( xteratur, kelam kbut sume). sy amat x puas hati, sbabnye ini slalu brlaku. camne islam nk naik. so, sy tlah kluarkn pndapat. sy pon tye la u.amin. tujuan nk tgk pndapat sme ke tak. tp akhirnye x same. camne pon, sy bertrima ksih sgt2 pd ustaz. x sume yg sudi jwb sy pye soalan ni..trmaksh!
you try la apply jadi budak surau tu..
nak cari kesalahan orang mmg mudah.. cuba selidik dulu apa masalah dengan budak itu. Jangan main condemn jer.
assalaamualaikum ustaz. saya ada menonton rancangan tanyalah ustaz di tv9. saya ada satu soalan tapi tak berkesempatan utk hubungi ustaz. mak saya ada mengajar satu doa untuk dibacakan dan ditiupkan di ubun2 anak untuk kesejahteraan anak. doa itu dipanggil bismillah 4 berbunyi bismillaahi syaafi bismillaahi kaafi bismillaahi muaafi bismillaahilladzi laayadurru maasmihi syai un fil ardhi walaafissamaa iwahuassamii ul alin. mak mengamalkannya sehingga anaknya besar dan semuanya boleh dikatakan berjaya dalam pelajaran. saya juga mengamalkannya untuk anak saya. soalan saya bolehkah ustaz memberi maksud doa tersebut. saya ingin tahu maksud doa tersebut semasa mengamalkannya. selain itu bolehkah ustaz berikan doa2 lain atau ayat2 quran lain yang saya bolh amalkan untuk kesejahteraan hidup anak saya di dunia dan akhirat. terima kasih ustaz asalamualaikum.
Post a Comment