Hari ini 28 Mac 09, saya bersama-sama pelajar Malaysia di sini berjalan sekitar bandar St. Petersburg, bandar lama yang pernah menjadi pusat pemerintahan di zaman Tsar Rusia. Keadaan di sini lebih sejuk dari Moscow . Di tambah pula dengan tiupan angin yang kuat menyebabkan kaki, tangan dan telinga menjadi kebas kesejukkan.
Pada ketika ini sebahagian sungai Neva menjadi beku. Sungai Neva ialah sungai di barat laut Rusia. Ia merupakan sungai ketiga terbesar di Eropah
Waktu Zuhur, kami singgah di Sabornaya Mecet (Masjid St. Petersburg ).Ia merupakan satu-satunya masjid yang boleh digunakan sekarang. Satu lagi masjid iaitu Kolomies Kaya masih tutup kerana baik taraf. Ia hanya akan dibuka pada tengah tahun ini.
Masjid ini terletak di pusat bandar St. Petersburg dan dapat dilihat dari jembatan Tirnity yang melintasi sungai Neva.
MasjidSt. Petersburg ini telah dibina pada tahun 1913 dan merupakan masjid paling besar di Eropah pada ketika itu.
Menaranya mempunyai ketinggian 49 meter dan kubanhnya setinggi 39 meter.
Pada tahun 1910, jumlah orang Islam di sini telah mencecah 8000 orang. Pada ketika itu, Amir Bukhara Mohammad Alim Khan membina masjid ini. Beliau yang pernah belajar diSt. Petersburg menghadiahkan masjid ini untuk kegunaan muslim di sini. Masjid ini dibina hampir menyerupai Gur-e-Amir iaitu makam Timurlane di Samarkand. Ia siap dibina ada tahun 1921.
Pada ketika perang dunia kedua, masjid ini ditutup dan dijadikan gudang penyimpan barang.
Pada tahun 1956, PresidenIndonesia , Soekarno melawat bandar St. Petersburg . Hubungannya dengan Rusia agak rapat hingga pernah dituduh sebagai seorang yang Pro Komunis. Di atas permintaannya, masjid ini telah diberikan kembali kepada komuniti Islam. Ia diberikan sepuluh hari selepas permintaannya.
Ketika kami sampai, seorang penjaga masjid berbangsa Tataristan menunjukkan kami tempat wudhuk.
Di kawasan tempat wudhuk saya bertemu dengan seorang pembant mufti berbangsa Turki dan seorang lagi yang berasal dari Beirut Lubnan.
Kami berbual mengenai Islam di St. Petersburg ini. Mereka memberitahu saya mengenai keadaan masjid.
Masjid ini hanya dibuka untuk solat Zohor, Asar dan Maghrib sahaja.
Selepas solat mufti akan menyuruh penjaga masjid menguncinya.
Solat Subuh dan Isyak tidak didirikan di masjid ini.
Setelah mengambil wudhuk kami pun bersembahyang berjamaah di dalamnya.
Nabi saw bersabda :-
“barang siapa yang mendirikan masjid kerana Allah, maka Allah akan mendirikan baginya rumah di syurga.”
Para Ulama dan pendakwah terdahulu, mereka akan mendirikan masjid sebagai tempat kesatuan. Selain dari kelebihan membina masjid yang telah mereka fahami, mereka mendirikan masjid sebagai tempat ibadah dan ukhwah. Segala keperluan umat Islam akan dibincangkan dan diusahakan untuk diurus.
Muhamad Abdullah
Student Cheski Abshezhiti 2 Avtova St. Petersburg
28 Mac 09 jam 11.15
Pada ketika ini sebahagian sungai Neva menjadi beku. Sungai Neva ialah sungai di barat laut Rusia. Ia merupakan sungai ketiga terbesar di Eropah
Waktu Zuhur, kami singgah di Sabornaya Mecet (
Masjid ini terletak di pusat bandar St. Petersburg dan dapat dilihat dari jembatan Tirnity yang melintasi sungai Neva.
Masjid
Menaranya mempunyai ketinggian 49 meter dan kubanhnya setinggi 39 meter.
Pada tahun 1910, jumlah orang Islam di sini telah mencecah 8000 orang. Pada ketika itu, Amir Bukhara Mohammad Alim Khan membina masjid ini. Beliau yang pernah belajar di
Pada ketika perang dunia kedua, masjid ini ditutup dan dijadikan gudang penyimpan barang.
Pada tahun 1956, Presiden
Ketika kami sampai, seorang penjaga masjid berbangsa Tataristan menunjukkan kami tempat wudhuk.
Di kawasan tempat wudhuk saya bertemu dengan seorang pembant mufti berbangsa Turki dan seorang lagi yang berasal dari Beirut Lubnan.
Kami berbual mengenai Islam di St. Petersburg ini. Mereka memberitahu saya mengenai keadaan masjid.
Masjid ini hanya dibuka untuk solat Zohor, Asar dan Maghrib sahaja.
Selepas solat mufti akan menyuruh penjaga masjid menguncinya.
Solat Subuh dan Isyak tidak didirikan di masjid ini.
Setelah mengambil wudhuk kami pun bersembahyang berjamaah di dalamnya.
Nabi saw bersabda :-
“barang siapa yang mendirikan masjid kerana Allah, maka Allah akan mendirikan baginya rumah di syurga.”
Para Ulama dan pendakwah terdahulu, mereka akan mendirikan masjid sebagai tempat kesatuan. Selain dari kelebihan membina masjid yang telah mereka fahami, mereka mendirikan masjid sebagai tempat ibadah dan ukhwah. Segala keperluan umat Islam akan dibincangkan dan diusahakan untuk diurus.
Muhamad Abdullah
Student Cheski Abshezhiti 2 Avtova St. Petersburg
28 Mac 09 jam 11.15
Masjid Gur-e-Amir di Samarqand Uzbekistan
Yang hitam adalah makam Timurlane, panglima Islam yang agak kontroversi di zamannya. InsyaAllah saya akan ceritakan kemudian.
Di hadapan masjid Gur-e-Amir
Masjid Gur-e-Amir dari jauh
Masjid St. Petersburg yang dibina mengikut binaan Gur-e-Amir
Bersama pelajar Malaysia di Rusia. Gambar di hadapan masjid bersejarah St. Petersburg
5 comments:
Salam Ustaz,
Kan ana dah pesan kat ustaz hati hati jangan kena tipu. Eastern european ni memang dikenali putar belit. Ustaz tak ambil endah kot komen ana. Dah kena ni baru lah percaya kan.?
sempat lagi menyelitkan makam timurland.. hahahaha.. artikel sebelum nie makan Lenin.. hehehe.
Boleh dikenali sebagai ustaz pencinta makam.
ana peminat blog ustaz
tiap2 hr buka..kdg2 tharu
mnitik airmata.kbtulan dlm
gmbr dpn msjd ada ank sy bdiri sblh ustz student MAI moscow...
salam.. ustaz... boleh saya dapatkan info tentang masjid di samarkand nie? sebab InsyaAllah saya akan ke sana bulan april ini.
Patutlah.. Darah keling.. Marah sgt ustaz amin kaji hal melayu
Post a Comment