25 Mac 09, saya terkejut, pada waktu pagi ketika saya ingin pergi ke kelas untuk mengajar, saya mendapati duit saya hilang. Bilangannya agak banyak. Hampir 1000 USD.
Helmi yang baru keluar dari bilik air berjalan lenggang. Saya terus meminta Helmi memeriksa duitnya. Setelah mengeluarkan wang dari tempat simpanannya, Helmi juga terkejut. 200 USD duitnya juga hilang.
Saya termenung sebentar, mengingati kembali hari-hari semalam. Apa yang berlaku. Bila kali terakhir saya membuka beg simpanan duit saya.
Ya Allah, baru saya ingat. Semalam ada peristiwa seseorang terjatuh duit di hadapan saya. Saya terkejut, duit yang jatuh itu banyak, ada sebungkus USD 100 dan di dalamnya juga ada matawang EURO.
Ada orang lain datang dari belakang saya mengambil duit ini dan kami sama-sama mengejar lelaki yang terjatuh duit itu. Ketika kami memulangkan duit itu tiba-tiba datang seorang polis berpakaian biasa. Dia menunjukkan identitinya. Dia meminta semua kami menunjukan pengenalan masing-masing. Kemudian. Dia meminta kami semua mengeluarkan duit kami. Habis saya dan tiga lagi diperiksa. Di atas alasan untuk memeriksa black money, saya dipaksa untuk mengeluarkan semua duit saya.
Itupun dia tanya, adakah saya dan yang tiga lagi mempunyai poket rahsia. Saya menggelengkan kepala saya.
Selepas berpuas hati, polis ini memegang tangan lelaki yang mempunyai duit yang banyak ini dan beredar.
Baru saya teringat, mungkin ketika memulangkan duit yang diperiksa, dia tidak memulangkan duit USD saya. Dengan campuran duit Ruble (matawang Rusia) saya tidak perasan yang dia mengambil wang saya.
Bagi Helmi yang tidak ada wang Ruble, hanya USD 500, dia memulangkan kembali dengan mengambil 200 USD.
Memang cekap, seolah-olah ahli silap mata yang menyembunyikan sesuatu di balik tangan dan kita tidak akan perasan barang itu.
Saya mengucap panjang, harga kebodohan yang terpaksa dibayar.
Saya hanya tinggal sedikit USD di dalam note 1 dan 5, serta tinggal berberapa Ruble yang bernilai lebih kurang RM 300 lebih.
Ya Allah, macam mana nak buat ni. Ada lagi kurang lebih 8 hari saya dan Helmi di sini. Cukup ke duit yang ada ni?
Helmi mula naik angin dengan darah mudanya. Digenggamnya penumbuknya dan dihalakan ke lantai.
“ini yang ana tak boleh ni Ustaz” kata Helmi.
“Kalau jumpa memang nak kena belasah tu..” dia menyambung.
“Tak apalah Mi.. dia ambil barang kita, dia pun tak kaya dan insyaAllah kita pun tak akan miskin. Orang yang ambil barang orang lain, tidak akan senang hidupnya” saya menenangkan Helmi.
“Tak apalah, jangan tangisi nasi yang sudah menjadi bubur, Allah tidak akan sia-siakan kami di sini. Mungkin ada kesalahan-kesalahan saya di Malaysia. Allah nak bersihkan waktu musafir ni”. Saya memujuk hati saya.
Saya terus bertanya kepada adik-adik mahsiswa di sini bagaiman ingin mengirimkan duit dari Malaysia.
Mereka memberi tahu bahawa jika saya ada mempunyai kad Maybank dan BSN, maka boleh digunakan untuk mengambil duit dari sini.
Mmm.., saya tidak mempunyai kad dari kedua-dua bank ini.
Akhirnya, saya mencadangkan untuk menumpang akaun mereka. Saya akan minta keluarga di Malaysia memasukkan duit dan mereka akan mengeluarkan dan memberikan pada saya.
Mereka bersetuju. Alhamdulillah, Allah yang memberi masalah, Allah berikan juga jalan keluar dari masalah. Syukur padaNya.
Mencari jalan penyelesaian selepas masalah lebih baik dari mengeluh dan menangisinya. Mengeluh tidak merubah apa-apa. Ia akan menambah lagi tekanan dalam diri kita.
Rasullullah saw, pernah bersabda,
Perkataan “kalau” (perkataan mengeluh) itu akan membuka ruang syaitan.
Ramai orang yang membuang masa dengan keluhan-keluhan nasibnya.
Ada orang berkata, “kenapa saya yang diuji, kenapa tidak orang lain, saya kan orang yang taat beribadah, selalu berdoa”
Keluahan seperti ini akan membuka ruang syaitan untuk meragukan kita mengenai keadilan Allah.
Ada orang yang berkata, “kalaulah saya tak pergi, tak jadi macam ni”.
Keluahan ini akan membuka ruang syaitan untuk kita menyalahkan takdir.
Ada orang yang berkata, “saya taat pada Allah, tapi selalu susah,orang lain tu, jahat, ambil rasuah, senang aje”
Keluhan ini akan membukan ruang pada syaitan untuk kita kecewa terhadap amalan kita.
Jadi, bagaimana ingin mengubat hati yang diuji, agar tidak membazir masa dengan mengeluh, agar tidak menyalahkan takdir, agar sentiasa tenang dan bahagia. Ada beberapa ubat hati untuk tidak mengeluh.
1. Hendaklah kita faham, apa yang kita rasa baik buat kita, tidak semestinya baik sebenarnya . Allah yang menentukan yang terbaik buat kita. Hikmah disebalik kejadian akan ditunjukkan kepada kita nanti. Di dalam al-Quran Allah menyatakan:-
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (al-Baqarah 216)
Pada waktu saya kecil saya pernah bermain dengan pisau cukur. Pada saya ia tidak mempunyai apa-apa masalah dan saya bahagia bermain dengan pisau ini. Ketika ayah saya melihat saya bermain pisau ini, dia ambil pisau ini dari saya, Saya menangis inginkan kembali pisau ini.
Adakah dengan menangis itu ayah, saya akan beri pisau itu pada saya. Pada saya, tidak ada apa-apa masalah saya bermain dengan pisau ini, tetapi bagi ayah saya, jika saya terus bermain dengan pisau ini, ia akan membahayakan saya.
Walaupun saya menagis dengan begitu kuat, dia tetap tidak memberikan saya pisau itu. Akhirnya, semakin kuat saya menagis, bukan pisau yang saya dapat, rotan yang saya dapat.
Hari ini, setelah saya dewasa baru saya faham, jika ayah saya tidak ambil pisau ini dahlulu, mungkin ia telah memudaratkan saya.
Sekarang, kita mungkin menginginkan sesuatu yang kita rasa baik buat kita. Tetapi Allah lebih mengetahui. Dia tidak beri sekarang, mungkin kerana ia akan membahayakan kita sekarang. Walaupun kita menangis meminta, Dia tidak juga berikan pada kita. Suatu hari nanti, tentu kita akan berterima kasih kepada Allah yang menangguhkan permintaan ini.
Berapa ramai orang yang pada mulanya senang, kemudian kaya jadi rosak, berzina, minum arak berdisko padahal sebelum kaya selalu ke masjid.
Kita memerlukan duit contohnya, tiba-tiba perkara itu hilang dari kita. Kita tidak tahu. Mungkin dengan duit itu, kita akan ke mana-mana yang akhirnya memudharatkan kita. Oleh itu, untuk tidak mengeluh kena fahami ayat 216 surah al-Baqarah.
2. Cara kedua ialah jangan sekali-kali kita mengukur kebahagiaan kita dengan orang lain. Semua manusia diberkan ujian, bentuknya berbeza kesamaannya ialah ia menghimpit hati.
Kalau kita lihat orang kafir itu senang hidupnya, sebenarnya beribu masalah yang kita tak tahu yang ada pada dia.
Kita keluahkan suami kita tidak romantik, suami orang romantik. Orang lain mungkin ada masalah pada anaknya.
Kita keluhkan orang lain banyak duit walaupun tak sembahyang, kita tak tahu, nampak macam banyak duit tapi kerap tak cukup. Kerap tertekan, kerap gaduh dengan isteri.
Kita hilang duit, orang lain yang jahat senang-senang tipu duit kita. Baik jadi orang jahat, mungkin ada di antara kita yang terdetik begitu. Kita tidak tahu, betapa susahnya hidup orang jahat. Mungkin nampak banyak duit, tapi selalu tak tenang sebab diburu pihak berkuasa.
Hari ini kita diberi kesempitan kewangan, banyak lagi nikmat yang ada di sekeliling kita. Bolehkah kita bayangkan betapa susahnya kehidupan orang buta yang langsung tidak dapat melihat? Tanpa mata?. Tetapi berapa ramai orang buta yang ada keluarga, ada pekerjaan.
Kita hilang wang, tetapi masih ada mata dan kesihatan. Masih ada orang yang dapat membantu.
Kalau kita faham hakikat ini, maka kita tidak akan mengeluh.
Semua orang diuji. Jangan kita ukur kebahagian kita dengan orang lain. Jika kita ukur kebahagaian kita dengan orang lain, sampai bila kita tidak akan menghargai nikmat yang ada di sekeliling kita. Nanti kita akan hilang sifat syukur dan sentiasa menyalahkan takdir.
Kita mohon terbaik dari Allah, jangan kita tangisi nasi yang telah menjadi bubur. Ketika nasi telah menjadi bubur, kita fikirkan bagaimana bubur boleh bertambah sedap, kita cari kicap, kita cari ayam, kita cari telur masin, kita campurkan dan kita akan nikmati bubur ayam yang sedap.
“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”
al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad Abdullah
308, Hostel Kahovskaya Moscow Medical Akademi
25 Mac 09 jam 11.45 malam

5 comments:
Takziah ustaz.. mudah2an Allah gantikan dengan rezeki lain yang lebih banyak. Walaupun duit memang penting, tapi duit yang hilang tu masih boleh ternilai nak dibandingkan dengan pengalaman dan perkongsian ilmu yang ustaz dapat di Moscow yang tak ternilai. Yang dapat dibawa balik ke Malaysia bukan duit, tapi pengalaman dan ilmu yang diperoleh di sana. Moga sentiasa dipermudahkan Allah
Salam takziah atas ujian, semoga dimurahkan rezeki. Cerita ustaz yang ni betul-betul mengesankan orang jahil macam saya ni. Syukran jazilan.
Assalamualaikum, ya ustaz!
Tahniah ustaz kerana dipilih Allah untuk diuji! =P
"Dan bersabarlah dan kesabaranmu itu semata-mata dengan pertolongan Allah dan janganlah engkau bersedih hati terhadap mereka dan jangan bersempit dada terhadap tipu daya yang mereka rencanakan. Sungguh, Allah beserta orang-orang yan bertakwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan."
(An-Nahl 16:127&128)
Wallahualam! ;)
mcm melalut jer nie.. panjang lain macam jer citer nie.
Salam Ustaz
Kan ana dah pesan berhati hati ....ustaz tak ambil endah kot komen ana.
Post a Comment