Sunday, March 15, 2009

Universiti Kehidupan 35 - Antara Membaca Dan Berfikir, Mana Dulu?

Membaca dan berfikir, mana dahulu yang timbul.Ada orang memerlukan bahan bacaan untuk dia berfikir. Kemudian dia akan baca lagi dan baca lagi. Dia akan mendalamkan lagi pengetahuannya di dalam satu bidang itu.

Ada orang yang memerlukan berfikir barulah dia membaca. Contohnya seperti dia teringin untuk menghias rumah. Maka dia mula berfikir bagaimana caranya. Maka dia akan mencari maklumat bagaimana ingin menghias rumah. Dia akan bertanya, membaca majalah atau mencari buku mengenai seni menghias rumah.

Begitu juga jika sesuatu isu berlaku. Orang akan tertanya-tanya apa yang berlaku. Maka orang mula mencari bahan bacaan. Semakin sensasi sesuatu isu maka semakin lakulah akhbar yang mengulas isu itu.

Jadi, berfikir dan membaca, mana satu yang datang dahulu? Adakah dengan berfikir melahirkan orang yang ingin membaca atau adakah dengan membaca membuatkan orang akan mahu berfikir?

Sebenarnya, kedua-dua perkara di atas berlaku kepada semua orang dan ia berbeza di antara satu sama lain. Ada orang yang dengan berfikir baru ingin membaca dan ada orang yang dengan membaca baru berfikir.

Dari kedua-dua golongan ini, ia mempunyai satu kesamaan iaitu satu rasa ingin tahu.

Rasa ingin tahu akan membuatkan seseorang berfikir dan rasa ingin tahu juga membuatkan seseorang ingin membaca.

Kemudian, kedua-dua proses ini akan saling dahulu mendahului.

Rasa ingin tahu ini yang perlu dipupuk sebenarnya. Seorang anak jika dia tahu kenapa dia perlu membaca, maka dia akan mula membaca.

Di dalam Islam, rasa ingin mengambil tahu ini sangat digalakkan. Banyak ayat-ayat yang boleh membawa kita ingin mengambil tahu.

Ia bermula dengan sebab dunia mau pun sebab akhirat.

Allah menyatakan sebab dunia seseorang yang ada ilmu itu akan ditinggikan darjatnya. Di akhirat, seorang yang ada ilmu itu akan diberi keutamaan di akhirat.

Di Rusia ini, saya melihat ramai orang yang mempunyai sifat ingin mengambil tahu. Hasilnya, ramai orang yang membaca.

Kita dapat lihat budaya membaca berada di sana sini. Di dalam bas, dalam kereta api, di jalan dan sebagainya.

Peringkat umur pula dari anak-anak kecil hinggalah kepada orang tua.

Jenis bacaan yang mereka baca pula kebanyakkannya buku, bukannya majalah. Maknanya, mereka suka membaca bahan bacaan yang berat berbanding yang santai.

Ketika saya melihat keadaan mereka, terdetik di hati saya, alangkah baiknya jika budaya ini dapat diterapkan di dalam masyarakat kita. Paling kurang, jika tidak mahu membaca buku pun, bacalah al-Quran dan fahamilah maknanya.

Rasa peka terhadap sesuatu menjadikan kita memulakan, sama ada berfikir kemudian membaca atau membaca kemudian berfikir.

Kedua-dua ini diperlukan untuk melahirkan masyarakat yang lebih dinamik di dalam menilai sesuatu perkara.

"Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat"
Budaya membaca yang boleh kita lihat di mana-mana
Adakah orang tua seperti ini di Malaysia akan memegang buku untuk dibaca?
Anak kecil juga telah terlatih untuk membaca


Semoga kita dapat iktibar dari budaya ini.
Muhamad Abdullah
Moscow

3 comments:

Azri said...

"Budaya membaca yang boleh kita lihat di mana-mana"

Membaca ni memang lah bagus. Tak di nafikan.

Kalu di kota besar selalu lah nampak org membaca di public transport sebab tempat mereka mesti pakai public transport..semua jenis orang naik public transport..yang kuli sampai ke MD. makcik makcik tu mungkin dulu nya guru ke manager ke dah biasa baca . Yang tak eductated tu mana lah baca nya pun. Makcik kita sini kalu dulu kerja / educated mana nak naik bas .. naik kereta suruh menatu bawakkan. lagi pun budaya kita kalu jalan jalan berbual bual tengok sini sana cuci mata. Dia orang masing masing buat hal sendiri baca buku. Kan tak best.

Lagi satu faktor, ada tu sebenarnya tak baca. Konon konon baca. Kalau tak baca mata tengok tempat lain mengundang massalah. Bila mata tengok buku tak kacau orang lain.

Ustaz Amin said...

Antara lain yang saya boleh kongsi ialah "jaga" di sini pun pengang buku baca. Kalau di tempat kita payah nak lihat "jaga" baca buku. Tapi saya tak dapat rekodkan gambarnya sebab dilarang mengambil gambar.

Azri said...

Jaga ofis ana sini baca juga kalu dia dapat duduk dlm 'post'. kalu kena duduk luar memanglah payah lah nak baca. Boss nampak kena marah lah. Baca suratkhabar.

Cuba ustaz tanya apa jaga tu baca dan dulu dia kerja apa

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...