Hari ini hari terakhir saya berada di Malaysia. Esok, saya akan bertolak ke Rusia. Kali ini perjalanan saya berbeza dengan sebelum ini.
Sebelum ini, ia hanyalah perjalanan menimba pengalaman dengan melawat dan berkenalan dengan masyarakat yang saya temui. Kali ini, perjalanannya bertugas.
Walaupun tidak lama, tapi sudah tentu tempuhannya berbeza.
Saya akan bertolak esok pada pukul 7.55 pagi esok dengan menaiki Thai Airways. InsyaAllah akan sampai ke Moscow jam 4.50 petang.
InsyaAllah, kita akan berkongsi pengalaman di sana.
"Sesungguhnya, hidup ini sebuah perjalanan, perpindahan ke satu tempat merupakan rencamnya. Dari satu tempat ke satu tempat, kita dapat melihat kebesaran Allah, dapat bertemu muslim yang seribu wajah dengan akidah yang satu. Bertemu dengan manusia yang kita dapat berkenalan dan saling berkongsi. Proses ini berterusan hinggalah kita akhirnya meneruskan perjalanan ke alam baqa'. Apa yang penting di setiap kelana perlukan bekalan. Cukup atau tidak bergantung kepada persediaan dan kesungguhan kita. Ketika diperhentian, ada yang mendoakan dan ada yang didoakan. Hinggalah perhentian terakhir itu selesai, Aku namakan perjalanan ini sebagai Universiti Kehidupan"
"Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat"
Muhamad Abdullah
Putra Heights Selangor
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
6 comments:
Assalamualaykum ustaz.
Saya pelajar medic tahun 2 UM & penghuni kolej 6.
Nak ucapkan selamat menimba ilmu & pengalaman baru di sana nanti.
Jgn lupakan kami di sini.
InshaALLAH kami di sini sentiasa mendoakan keselamatan & kesejahteraan ustaz.
Wassalam
W'salam, kalau nak ingat semua benda dan semua orang.. jenuh gak la. buang masa dan tenaga kat situ jer. he he he.
Assalamualaikum! Semoga Ustaz di pelihara Allah sepanjang perjalanan dakwah dan kehidupan ini. Secara tak lansung ustaz juga adalah "si fu" bagi saya walaupun hanya belajar secara online, tv dan radio - zaman berubah. semoga ustaz terus berdakwah diblog ini.
Assalamualaikum! Semoga Allah melindungi ustaz sepanjang perjalanan, selama berada di sana dan sepanjang kehidupan. teruskanlah usaha dakwah ustaz. saya menganggap ustaz sebagai guru saya walaupun hanya belajar melalui tv, radio dan secara online begini.
selamat menempuh perjalanan dengan selamat buat ustaz...
moga urusan semuanya dilancarkan bermula dari keluar rumah sehingga ke tempat penginapan ustaz di sini..
untuk pengetahuan.. ustaz dah selamat sampai di moscow. Menurutnya.. salji penuh kat airport. he he he.
Post a Comment