Wednesday, March 25, 2009

Universiti Kehidupan 47 - Mata-Mata

24 Mac 09, Agym, pelajar Kurgistan yang saya kenali, membantu saya menyelesaikan registra untuk Helmi. Undang-undang di sini, setiap pelancong mesti membuat pendaftaran kepada kerajaan. Jika tidak, maka orang itu akan dikira duduk secara haram sekalipun mempunyai visa. Dia akan kena denda jika ditangkap polis.

Saya agak phobia dengan registra. Ini kerana, saya mempunyai satu pengalaman ketika berada di Uzbekistan. Di negara-negara bekas Soviet, sistemnya sama. Saya tidak tahu ketika itu, hari akhir sebelum saya keluar dari negara itu, baru saya tahu bahawa saya kena buat registra. Kelam kabut saya pada waktu tu. Nasib baik ada seseorang yang tolong saya. Saya difahakam, denda keluar tanpa registra di Uzbekistan ialah USD 750.

Selesai menguruskan registra, saya dan Helmi menuju ke Moscow State Universiti (MSU). Saya ada kelas sekarang. Hari ini, salji turun lagi. Di Moscow pada ketika ini suhunya (-4). Sedang kami berjalan menuju MSU, saya dilintasi oleh seseorang yang berjalan agak laju. Ini suasana biasa di sini. Tiba-tiba, jatuh betul-betul di hadapan saya sebemban duit dari lelaki tadi. Saya terkejut dan terus memberi reaksi spontan,

"Hello, sir…"

Orang itu tidak perasan, duit yang jatuh itu banyak, ada sebungkus USD 100 dan di dalamnya juga ada matawang EURO.

Datang satu orang lagi dari belakang saya dan terus berhenti, saya menunjukkan duit di kaki saya dan menunjukkan orang di hadapan saya, dia terus mengambil duit ini dan kami sama-sama mengejar lelaki itu. Saya mencuit badannya dan dia agak terkejut.

Saya menunjukkan duit yang ada ditangan lelaki yang mengambilnya. Dia begitu terkejut dan berkali-kali mengucapkan terima kasih.

Gayanya seolah-olah kalau duit itu jatuh dan dijumpai oleh orang lain pasti tidak akan dikembalikan. Saya hanya tersenyum.

Kami meneruskan perjalanan. Lelaki yang mengambil duit tadi tersenyum kepada saya dan berkata:-

“Crazy Moscow, bring lot of money”

Dia cuba mengajak saya berbual, dengan kadar bahasa yang tersekat-sekat. Orang di sini tidak ramai yang boleh bertutur dengan bahasa Inggeris.

Sedang kami cuba berbual, datang sekali lagi orang ini mencuit badan saya dan mengucapkan terima kasih,

“Spasiba, spasiba” (terima kasih, terima kasih)

Saya mengaggukkan kepala dan tersenyum, tak tahu nak jawab apa.

Baru sahaja saya mahu berpaling dan meneruskan perjalanan, tiba-tiba datang sorang polis berpakaian biasa. Dia menunjukkan identitinya. Dia meminta semua kami menunjukan pengenalan masing-masing. Kemudian. Dia meminta kami semua mengeluarkan duit kami. Habis saya dan tiga lagi diperiksa. Semua duit kami diperiksanya.

Itupun dia tanya, adakah saya dan yang tiga lagi mempunyai poket rahsia. Saya menggelengkan kepala saya.

Selepas berpuas hati, polis ini memegang tangan lelaki yang mempunyai duit yang banyak ini. Kami bertiga pun beredar. Muka saya berkerut-kerut, tak faham kejadian yang berlaku. Lelaki yang bersama saya sekali lagi berkata:-

“Crazy Moscow, bring black money”

Kami berpisah di hadapan pintu masuk Universiti.

Di dalam Universiti, saya termenung sendirian.

“Dari mana polis ini datang ye.., maknanya, mata-mata gelap memang banyak di Moscow ni. Kita tidak tahu siapa yang sedang memerhatikan kita. Di celah-celah kehidupan kita di sini, ada yang memerhatikan.Di sini tidak banyak CCTV di banding dengan negara kita. Sana sini penuh CCTV. Tapi, ada cara lain memerhatikan seseorang. Mmm.., tapi cara itu mungkin penting bagi menjaga keselamatan di negara besar seperti ini” bisik hati saya.

Cuba kita bayangkan, itu baru sistem memerhati yang disusun oleh manusia. Begitu teliti dan hingga kita pun tidak tahu di sana sini kita sedang di dalam pengawasan.

Cuba kita renungkan sistem pengawasan Allah bagi diri kita. Ia lebih teliti dan kita tidak akan dapat lari atau menafikan apa yang telah kita lakukan.

Ada lima yang akan menjadi saksi pada amalan kita.

1. Allah sendiri kerana Allah itu Maha Mengetahui, Maha Mendengar, Maha Melihat dan sebagainya

2. Malaikat di kanan kiri kita yang sentiasa merakamkan perbuatan kita. Cuba bayangkan betapa malunya kita jika banyak keaiban yang telah dirakamkan itu ditayangkan nanti di akhirat. Sebab itu, Allah meyuruh kita sentiasa bertaubat. Orang yang diterima taubatnya akan dipadamkan segala dosa dan keaibannya

3. Anggota badan kita ini akan bersaksi di hadapan Allah mengenai apa yang kita lakukan. Kita tidak akan boleh lari dari perbuatan keji, jika kita tidak bertaubat. Tangan akan memberi tahu apa yang dilakukan. Kaki akan memberi tahu ke mana ia diarahkan. Mata akan memberitahu apa yang ia lihat, telinga akan memberitahu apa yang ia dengar. Sedangkan pada ketika itu, mulut akan dikunci, tidak boleh berbuat apa-apa.

4. Dari golongan manusia juga akan menjadi saksi apa yang kita buat. Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Tarmizi, Nabi saw pernah mengatakan bahawa seorang itu mati di dalam keadaan yang baik ketika semua yang hadir itu menyasikan bahawa si mati adalah orang yang baik. Kemudian Nabi saw menyambung, kami adalah saksi-saksi di hadapan Allah terhadapa perbuatan saudaramu.

5. Mahluk-makluk yang lain. Semua tempat akan menjadi saksi sama ada kita taat atau kita derhaka pada Allah. Seluruh tempat sujud kita akan menjadi saksi bahawa kita telah sujud di atasnya sama juga ia akan menjadi saksi pada perbuatan keji kita. Binatang yang kita zalimi juga akan menjadi saksi perbuatan kita. Di sekeliling kita akan menjadi saksi bagi ketaatan atau kedurhakaan kita.

Dahulu pernah tilam diangkut ke Mahkamah untuk menjadi saksi. Bayangkan, jika di akhirat ia boleh bercakap dan memberitahu apa yang kita lakukan diatas bandannya. Betapa malunya jika dosa yang dilakukan ditayangkan.


Aduhai, mana kita hendak lari dari perbuatan kita. Mana kita mahu sorokkan kekejian kita, mana kita mahu sembunyi segala keaiban kita.

Sebab itu sentiasalah bertaubat dan meningkatkan diri. Kita dimuliakan oleh orang lain bukan kerana kehebatan kita, kita dimuliakan oleh orang lain kerana Allah menutup segala keaiban kita. Jika Allah membuka keaiban kita, tidak ada lagi kemuliaan di sisi manusia.

Sebagai kesimpulannya, marilah sama-sama kita memperbaiki diri kita. Mohon dari Allah untuk terus dibimbing dan dipimpinnya. Orang yang bertaubat akan dipadam segala kejahatannya dan tidak akan ditayangkan. Nabi saw menyatakan bahawa, orang yang bertaubat seolah-olah bersih tidak melakukan dosa.

Amat susah ingin menjadi baik akhir zaman ini. Tetapi insyaAllah, niat yang baik itu akan diperbaiki oleh Allah.

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”
al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad Abdullah
308, Hostel Kahovskaya Moscow Medical Akademi
25 Mac 09

6 comments:

Analog said...

Salam ustaz...

Artikel ni bagus, especially yg part-part last tu kan.

Saya ada satu persoalan kat sini, kalau seseorang tu buat dosa, pastu dia dah bertaubat dengan bersungguh-sungguh, pastu dia buat dosa yg sama balik, benda ni ulang dan terus berulang----> buat dosa, taubat, buat dosa, taubat.

Macam mana status taubat tu ustaz?..Sekian.

Ustaz Amin said...

jika buat dosa, teruskan bertaubat. Yang salah ialah waktu taubat memang ada niat nak buat lagi.

Syarat taubat 4
1. menyesal
2. tekad utuk tidak buat lagi
3. menggantikan yang luput
4.jika berkaitan dengan manusia, minta maaf dengan manusia.

Jika penuhi syarat ni, maka kita sudah dikatakan bertaubat.

Jika kemudian buat lagi, maka taubat lagi. Itulah kelemahan diri kita. Kita bercita-cita nak jadi baik, tapi susah untuk mencapainya. Allah nak kita terus baiki diri.

Jika salah lagi, taubat lagi dan berdoa untuk Allah pimpin kita. sesungguhnya, niat yang baik akan diperbaiki oleh Allah.

Shahabudeen Jalil said...

Bukan Universit tetapi Universiti.

Dosa banyak berlaku apabila kita tidak teliti. D

Analog said...

Terima kasih ustaz jawab soalan saya.

Moga saya dan pembaca-pembaca blog ni terus dipimpin oleh Allah utk menjadi insan yg soleh dan solehah.

Dan moga-moga kita dimatikan dalam nikmat iman dan islam.

Amin...

Syurga fakir dunia said...

salam ustaz, bagaimanakah kita nak tahu taubat kita di terima. Memangla zaman dulu kita baca kisah orang bertaubat doanya dimakbulkan. tapi sekrang tak pasti sebab kalau sekali sembahyang tu dan berdoa betul2 khusyuk itu memang hebat tapi jarang sekali bertemu dan selalt tak dapat lupa kesedihan lama kerana dosa sendiri.

Ustaz Amin said...

bab tak boleh lupa kesedihan akan saya bahas di dalam bab khas

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...