Thursday, March 19, 2009

Coretan Santai 4 - Telatah 2

17 Mac 09. Hari ini saya bersama pelajar-pelajar tahun 3 dari pukul 4 petang sampailah pukul 7.20.

Kami membicangkan berbagai topik mengenai Malaysia, orang Melayu dan Islam. Mereka sangat bersungguh mahu mendalami tentang orang Melayu. Punya minat dengan Melayu hingga setiap dari mereka mempunyai nama ala Malayu sendiri.

Ada nama Abdullah, Aini, Kamilah, Jamilah dan sebagainya.

Mereka juga mempelajari budaya Melayu hingga ada di antara mereka yang mempelajari tarian tradisonal Melayu seperti Zapin di Kedutaan Besar Malaysia di sini.

Jika mereka Islam, barangkali, bolehlah ditakrifkan sebagai Melayu. Ini kerana takrifan Melayu mengikut Perlembagaaan ialah

1. orang yang berbahasa Melayu
2. mengamalkan kebudayaan Melayu
3. beragama Islam.

Cerita Sepet telah dikhatamkan beberapa kali hingga setiap skripnya telah dituliskan. Perkataan yang baru seperti “Pengkid” mereka tak faham. Tapi setelah saya terangkan mereka cepat memahami.

Di akhir kelas, saya bertanya kepada mereka soalan yang telah saya tanya beberapa kali sebelum ini,

“sebenarnya, kenapa kamu semua nak belajar pasal Melayu ye”

Aini, salah seorang dari mereka berkata,

“soalan ini kan telah ditanya sebelum ini, okeylah, kami semua masing-masing ada sebab kenapa nak belajar pasal Melayu dan bahasa Melayu.

Pertama, ada di antara kami nak kahwin dengan orang Melayu,

Kedua, ada di antara kami pernah ke Malaysia dan nak tulis buku mengenai orang Melayu

Ketiga, satu hari kami jalan, ada di antara kami nampak poster mengenai Melayu, kami minat dan terus nak belajar.

Keempat, ada di antara kami bermimpi, datang seorang tua berbangsa Melayu dan bercakap:-

"Kamu hendaklah belajar bahasa Melayu", Aini menggaraukan suaranya.

Kelima, ada di antara kami yang kena tangkap dengan alien. Kemudian, dia pegang badan kami dan berkata,

"Kamu hendaklah belajar pasal orang Melayu".

Lepas itu, kami balik, jadi gila sekejap dan kemudian terus nak belajar bahasa Melayu,

Kami semua tergelak besar mendengar celoteh dari Aini. Dengan menggayakan badan seolah-olah seperti alien.

Cuba kita bayangkan, seorang gadis berambut perang bermata biru, bergurau dengan bahasa Melayu. Di dalam kelas, jika saya tutup mata, saya seolah-olah sedang bersama mahasiswa dari Malaysia. Mereka sangat fasih berbahasa Melayu, Cuma memang kadang-kala loghat orang luar tu, kedengaran juga.

Walauapa pun, kesungguhan mereka mendalami sesuatu itu boleh dicontohi.
Skrip dari cerita "Sepet"

3 comments:

Hunny said...

Orang Russia nak kawin dengan Melayu.. Orang Melayu sibuk nak kawin dengan Mat Saleh.. Ada persamaan sikap ini..Orang Melayu pun suka kawin dengan bangsa asing, daripada bangsa sendiri.

Azri said...

Ya lah Ustazah. hari tu kan dah order mat sepet dari cina. dah sampai tak ?

Min said...

Pada saya, reason mengenai mimpi org tua dan ditangkap alien hanyalah sebagai joke shj. Sekadar lawak, hilangkan stress.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...