Ketika Rasullullah saw terasa berat di dalam menyampaikan risalah dakwah, Allah menurunkan ayat mengenai sejarah umat terdahulu yang juga mendustakan nabi-nabi mereka. Ia menyuntik semagat pada Nabi.
Allah menceritakan sejarah kedurhakaan umat terdahulu untuk menjadi iktibar kepada umat akhir zaman ini seperti sejarah kemusnahan kaum Lut
Allah menceritakan sejarah kehebatan umat terdahlu yang beriman untuk menaikan semangat umat Islam akhir zaman seperti kisah Ashabul Ukhdud
Allah ceritakan kisah kekerasan kaum Yahudi untuk kita tahu bagaimana kerasnya bangsa ini jika tidak beriman.
Rasullullah menceritakan sejarah terhapusnya kaum Madyan, kaum Nabi Salleh untuk menjadi iktibar bagaimana kedurhakaan akan menyebabkan kesengsaraan.
Para muslimah dari golongan Tabi’in, mendodoikan anak-anak mereka dengan kehebatan sejarah perjuangan Nabi dan para sahabat. Akhirnya generasi ini dapat menyebarkan Islam ke kawasan yang lebih luas lagi seperti terbukanya kota Andalusia.
Orang Yahudi memberi syarat bantuan kepada Raja Jordan agar tidak mengajarkan sejarah kejahatan Yahudi kepada generasi muda, akhirnya, anak-anak muda Jordan lebih mengaggap Israel itu sahabat berbanding dengan sahabat seIslam dari Iraq dan Palestin sendiri.
Di dalam dunia ini, subjek jihad, sejarah dan perbahasannya telah digugurkan dari silibus university kecuali universiti al-Azhar. Itu pun pihak Amerika memberi tekanan pada Mesir supaya menggugurkan subjek itu dari diajarkan kepada umat Islam. Mujurlah Universiti al-Azhar tidak sepenuhnya di bawah kerajaan Mesir. Akhirnya, kita umat Islam tidak tahu apa sebenarnya jihad dan ada yang salah mentafsir hingga menyatakan bahawa jihad adalah semata-mata membunuh.
Pihak penjajah menyembunyikan sejarah sebenar Tok Janggut dan Dato’ Bahaman hingga perjuangan mereka dianggap sebagai pemberontakkan.
Penjajah membawa balik segala manuskrip orang Melayu supaya orang Melayu tidak mengenal diri mereka. Akhirnya, mereka merasa rendah diri dan tiada jati diri.
Mereka menanamkan bahawa orang Melayu orang yang lemah, tidak bermaya, tiada sejarah, tiada jati diri. Akhirnya, berapa ramai orang Melayu yang mempercayai bahawa mereka golongan orang yang lemah dan tidak bermaya.
Mereka menyembunyikan bagaimana pahlawan Melayu berjuang dan syahid di dalam mempertahankan bumi Melayu.
Tidak ramai orang yang tahu perjuangan Sultan Sulaiman di Filipina, Sultan Kudrat menetang Spanyol. Pejuangan orang Melayu Brunei yang menghambat keluar De Sande, panglima Spanyol. Tidak ramai yang tahu bangsa kita bangsa penulis hebat dan pelayar yang hebat.
Kita hanya dapat tahu sejarah kita melalui mereka. Kita hanya dapat tahu sejarah kita setelah beberapa manuskrip ditemui. Lihatlah bagaimana sejarah telah disembunyaikan untuk melemahkan jati diri orang Melayu.
Portugis, Spanyol dan Belanda bersama-sama mengganyang, cuba menghapuskan Islam di Nusantara. Slogan 3 G (Glory, Gospel, Gold) (kemenangan, kristian, kekayaan) diterapakan.
Mereka mendapat kemenangan di banyak tempat (glory), mereka dapat membawa balik kekayaan Nusantara (gold), tetapi yang mereka tidak berjaya ialah mengkristiankan orang Melayu (gospel).
Mereka bawa balik manuskrip kita, mereka hapuskan dan sembunyikan, tetapi tetap tidak berjaya mengkristiankan bangsa Melayu. Selama empat kurun mereka mencuba tetapi tetap gagal.

Kemudian, mereka cuba hapuskan 3 serambi Mekah yang ada di Nusantara ini, Acheh di ganyang, Pattani diganyang dan Kelantan juga cuba dihapuskan.
Tetapi juga tidak berjaya. Apa yang ada pada bangsa kita ini. Kenapa begitu payah ingin dilenyapkan. Ini yang menarik minat mereka mendalami masyarakat Nusantara.
Sesungguhnya, jati diri Melayu terletak pada Islam. Sebab itu, barang pertama yang mereka cuba sembunyikan ialah kedatangan Islam ke sini. Mereka kata kita mendapat Islam lambat dan hanyalah “second hand’ iaitu bukan dari Arab tetapi dari India dan China. Jika benar dari India kenapa tidak ada seorang pun orang Melayu yang bermazhab Hanafi.
Alhamdulillah, pada malam 20 Mac 09, saya bersama pelajar perubatan dari Moscow Medical Akademi. Kami sama-sama berkuliah membincangkan mengenai sejarah Islam Nusantara ini. Di akhir kuliah, mereka semua merasa semangat dan membicarakan apa yang perlu dibuat di dalam konteks sebagai mahasiswa.
Ada di antara mereka baru merasakan kepentingan memahami sejarah. Ada di antara mereka yang baru dapat memahami pentingnya Islam dalam diri. Ada yang memang telah dalam kefahaman Islamnya, hanya sebagai refresh sahaja.
Saya sempat membetulkan beberapa pandangan yang masih mengaggap bangsa Melayu bangsa picisan, layu, lemah dan sebagainya. Inilah kejayaan penjajah yang berjaya menanamkan pada pemikiran bahawa bangsa Melayu tiada jati diri.
Saya mengatakan bahawa banga Turki pernah menjadi bangsa rendah. Imam Ghazali sendiri pada zamannya pernah menulis bahawa bangsa Turki bangsa yang tidak bertamaddun. Tetapi dengan Islam mereka menjadi bangsa yang kuat dan pernah memimpin dunia.
Keunikan bangsa Melayu ialah ia adunan dari bangsa seluruh dunia. Dalam bangsa Melayu ada acuan Arab, Inggeris, China, India, Turki, Negro dan sebagainya. Jika benar Nusantara bakal menjadi tapak kuatnya Islam, maka Melayu adalah satu bangsa dari acuan seluruh umat Islam. Kebangkitan Melayu bermakna kebangkitan Islam keseluruhannya.
Ini yang ditakuti oleh musuh Islam. Mereka terus mengkaji dan mengkaji untuk memberikan teori-teori tentang tiada jati dirinya bangsa Nusantara ini. Dan ada golongan yang akan terus mempercayainya.
Syabas kepada kita yang semakin memahami mengenai bangsa adunan ini. Sesungguhnya, kita mempelajari sejarah bukan untuk membuang masa, kita mempelajari sejarah untuk mencipta sejarah.
Jika tidak generasi ini, maka generasi akan datang akan kita dodoikan dengan semangat perjuangan ini. Agar, bangsa Nusantara akan bersama-sama dengan bangsa lain di dalam arus kebangkitan Islam.
“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”
Al-Fakir ila Rabbihi
Muhamad bin AbdullahBilik“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”
Al-Fakir ila Rabbihi
308, Hostel Kahovskaya Moscow Medical Akademi
21 Mac 09
Para pelajar Muslimin Moscow Medical AkademiKuliah dibuat di bilik 308
Mahasiswi Moscow Medical Akademi
Tajuk perbincangan mengenai Sejarah Islam Nusantara
Terima kasih pada tuan bilik, Ahmad Nabil yang memberikan biliknya digunakan bagi kuliah dan qiamullail pada pagi berikutnya.
Semoga ukhwah yang tercetus dengan pelajar di sini membuatkan kasih sayang, dengan kasih sayang akan membuahkan perpaduan dan dengan perpaduan akan melahirkan kekuatan di dalam usaha untuk Islam.
Semoga ukhwah yang tercetus dengan pelajar di sini membuatkan kasih sayang, dengan kasih sayang akan membuahkan perpaduan dan dengan perpaduan akan melahirkan kekuatan di dalam usaha untuk Islam.
Hari ini, kita berkumpul di bilik 308 Hostel Kahovskaya Moscow Medical Akademi, 15 tahun nanti saya mengharapkan akan bertemu mereka di Dewan Parlimen, di seminar antarabangsa dan di medan-medan antrabangsa demi agama, bangsa dan negara.
11 comments:
Salam Ustaz.
"Keunikan bangsa Melayu ialah ia adunan dari bangsa seluruh dunia.".
Ini ana tergelak baca ni. Sahabat ana mak nya jawa , bapak india . dia jadi melayu!.
Ana tergelak sendiri lagi ada mamak jadi ketua putera .
Lagi tergelak bila ana teringat Aljazeera interview mahathir, tapi dia tak nak ngaku dia india .
Pernah dengar cerita pasal Lawrence of Arabia ? Kerajaan islam tak pernah kalah dengan perang dgn eropah. Mereka guna perisik. Lawrence ni orang ingerris yang pandai berbahasa arab hidup dgn orang arab dan berjaya mencetuskan semangat bangsa arab sehingga khalifah islam berpusat di Islambol jatuh kerana perang saudara.
Melayu= islam .Ada sahabat ana ni mualaf . dia dulu selalu sangat gaul dengan melayu boleh masuk islam .
Ustaz tak tanya ke kenapa professor professor ni nak tau sangat pasal melayu , Malaysia dan nusantara.? kenapa professor2 ni walau pun tau banyak tentang kita tak tertarik dgn islam utk convert. Itu yang ana syak ada udang di sebalik snow.
Ustaz patut tanya dia orang pulak, chungkil rahsia dia orang bukan nya asyik ustaz jawab pasal malaysia aje.Jangan lah termakan puji pujian mereka tu.
salam ustaz.
saya ada kat bilik 308 juga semalam.
jazakallah ustaz kerana datang menghadiahkan permata yang tidak ternilai harganya. insyaAllah dengan semangat yang lebih berkobar semalam akan kami pastikan semaraknya menjangkaui orang lain juga. Ustaz doakan kami juga yea.
apa masalah dapat islam "second-hand" ?? Islam nie bukan macam kereta yang ustaz fikir.
Islam nie satu cara hidup yang lengkap yang disampaikan Nabi Muhammad yang boleh disampaikan dari manusia ke manusia sepanjang zaman.
Orang yang dapat dari tangan yang kesepuluh mungkin lebih baik dari orang Arab yang berketurunan Nabi sendiri. Jadi tak perlu nak berebut nak jadi first hand atau second hand. Syukur pada Tuhan kerana kurniakan kita Islam.
Ini yang saya maksudkan ustaz buang masa atas benda yang tak perlu.
Tak timbul isu second-hand atau first-hand. Ustaz dok cari bukti-bukti lemah bahawa ada KUBUR tahun 47 masihi.. hehehe.. apa masalahnya samada 47 masihi atau 470 masihi ??
Yang penting harinie kita amalkan islam atau tidak. Harinie kita syiarkan islam atau tidak.. harinie kita sebarkan islam atau tidak.
Kalau asyik nak berpindah randah dari satu makam ke satu makam.. tak banyak yang kita akan dapat. Lebih baik baca sejarah perjuangan orang yang ada dlm makam itu dan dapatkan ilmu dari situ.
Cuitan: Ustaz nie tengah buat laluan nak masuk UMNO ke ? he he he.
Pembetulan Ejaan :
Sepanyol bukan Spanyol
Kederhakaan bukan kedurhakaan
terdahulu bukan terdahlu
masa sekolah dulu ana memang tak minat sejarah. kena menghafal. cara pembelajaran tak menumbulkan minat. tapi bila dah kerja sedar sejarah tu penting. apa yang berlaku semalam atau pagi tadi pun sejarah. kita perlu tahu apa telah berlaku, kaji kenapa dan fikir apa patut buat untuk move forward.
kan selau dengar post mortem. doktor pun kena tahu sejarah pesakit. e.g pakcik ni dulu kaki botol agak nya sebab tu liver dia rosak.
ana tak tau lah macammana buku sejarah sekarang ni tapi yang ana nampak anak buah pun boring juga.
masa 20-30 tahun lepas university yang ada di malaysia sikit , salah satunya university malaya. kalau melayu masuk memang fail punya lah . mereka kata melayu bodoh. pas tu ramai belajar luar negera. rama melayu sendiri jadi lectuere ..uitm, utm, upm etc., rasanya ramai tak tau sejarah ini kerna ia tidak di tulis. macam ustaz tulis , melayu dicop kan bodoh tapi sebenarnya kita pun pandai kalau dapat peluang.
kita tengok sejarah singapura. apa jadi dengan melayu. mamak kat sini malu , dia kata dia melayu, tapi mamak singapura tak malu kata dia mamak. sejarah menunjukkan melayu mesti pegang politik. walaupun cina india mamak itu kawan kita kita mesti in control.
kepada adik doktor , jangan semangat kat sana je. maklum lah rindu sambal belacan, nasik lemak... bila balik nak pegang tangan makcik sakit pun geli, usik pakai pen je. ada yang masa kat UK pakai serban , jubah, balik serban tersangkut kat airport tak pakai dah. semoga berjaya dik ! nanti bila dah balik bagi tau kamu hospital mana. ana mau cek semangat antum.
salam ustaz...
keje ustaz tu setakat ni alhamdulilah.. macam mana saya nak email kat ustaz.. ustaz kan dah jadi lecturer sekarang kan..
jadi lecturer la pulak... ;p
mesti sibuk...;p
ok, papehal kite roger ok..
ops lupe, wafi, ikmal & helmi kirim salam, diorang tanye ustaz amek PHD kos ape? dan ustaz ngajar ape kat sane...
wslm.........
Melayu pandai tu bukan melayu yang diberi peluang.. tetapi melayu yang pandai mencari dan mengambil peluang.
Kalau nak bagi peluang depan mata.. baru nak ambil.. itu belum cukup pandai lagi.
sheikh tak faham ni. so, ana cerita lagi.
Ana cerita pasal 20 - 30 tahun lepas. sheikh dah lahir tak ?. bukan senang nak dapat masuk U masa tu. makna nya yang dapat tu yang memang pandai. yang lagi pandai pergi belajo oversea macam ani arope. kenal ke ?. yang dah dapat masuk MU ni pun bukan main siksa nak pas. apa tak nya lecturer cina india. melayu layak jadi chancelor dan office boy aje. melayu di cop bodoh tak pas periksa. lepas tu lebih banyak peluang diberi sambung belajo kat UK. semua cermerlang. apa kah pengajaran nya. salah satu nya ia lah melayu jadi 3rd class citizen dlm negara sendiri kalu tak ada kuasa politik dan kuasa politik ini mesti lah dipegang oleh orang yang amanah. kuasa politik sekarang kejo duit aje.
kita memeang tak boleh jadi racist. bangsa lain melaungkan keadilan masa ia tak berkuasa tapi bila dia berkuasa dia lebih racist dan pilih kasih...di negara kita. Cuba lihat telekom dulu. dari menteri nya , engineer nya sampai ke bawah.. keling. Warna hijau. JKR pun sama. Kereta api tanah melayu pun etc Ana bukan nak mengapi api kan perkauman tapi keadaan sekarang memerlu kan kita lihat balik sejarah. Orang cina komplen kenapa CIMB ada quota law firms berurusan dgn mereka mesti ada sekian % bumi. kita mengalah. walhal berapa banyak bank yang bukan bumi macam hong leong bank , city bank etc yang agak nya tak ada pun lawyer bumi. Cina komplen kenapa dia tak dapat masuk IPA. Tapi tengoklah berapa banyak IPS dan mereka mampu bayar. Cina complen kenapa GLC staff melayu sahaja, walhal beratus ratus lagi syarikat bukan melayu yang mungkin staff nya melayu jadi offis boy aje atau tak ada langsung, atau jadi charmain sebab nak listed kat KLSE.
Kalu melayu fikir lah. Tak heran kalu tak leh fikir kalu bukan melayu.
Sebab itu Azri ini dangkal sangat kerana tidak mendapat ilmu yang mencukupi.
Dah tu racist pulak.. wajar la jadi orang tua tak berkualiti.
Tuhan takkan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah nasib mereka sendiri.
Bukan tunggu orang bagi peluang sheikh.. hehehe.
Kalau orang belajar salah satu cerita shakespeare "Merchant of Venice" dalamnya memang digambarkan jahatnya Yahudi tapi orang putih baca kata kesian character tu. Walau apapun, nak jadi Islam yang baik kita mesti selalu lihat diri sendiri dulu baru boleh kritik orang. Kadang2 ada orang rasa dia semua pandai, ada je nak kutuk. Tak berkat belajar macam tu. Cubalah berlapang dada dan baca dan renungkan bukan baca utk cari salah orang. Banyakla isytigfar!
kita kena belajar dan mengajar. Banyak yang saya belajar dari Ustaz Amin. Bukan baru kenal dia semalam.
Tapi kita belajar dan menegur. Dia pun perlu belajar. Dia bukan nabi yang maksum.
Kalau bila dia buat salah, kita masih nak dukung dia. Itu kita yang salah.
Kalau sewaktu dia buat salah, kita masih nak sokong dia, itu bukan sayang pada dia.. itu merosakan dia.
Post a Comment