Wednesday, March 25, 2009

Jawapan Pada Persoalan 18

Alhamdulilah, pada kesempatan yang terbatas ini, dapat saya menjawab persoalan yang diajukan,


? wanzul askm ustaz. saya ada menelefon ust semasa rancangan Tanyalah Ustaz pada 1 mac tempoh hari. berkenaan pasangan berpenyakit yg ingin mneruskan pkahwinan.terima kasih atas jawapan. sedikit lagi prsoalan, adakah pasangan tersebut dikira mnyalahi sunnah Rasulullah saw kerana perkahwinan trsebut.. brkmungkinan besar tidak dapat mmperolehi zuriat yg sihat, sekaligus tidak dpt mngembangkan keturunan. Adakah dianggap perkahwinan sebegini sbg... sbg sengaja "menempah kesusahan & kesulitan" di kemudian hari? ini kerana, ibu dan bapa tersebut akan dikhuatiri banyak mghabiskan masa mengubati.. mengubati si anak di hospital, mmbelanjakan kos perubatan si anak, dan sebagainya. Saya dahulukan dengan ucapan Tkasih atas pandangan Ustaz. wslm. 2009-03-06 3:47 PM


+ Bagi persoalan ini :-

1. Jika yang memberi nasihat ini dari doktor pakar yang dengan ilmu yang Allah anugerahkan padanya, dia mengetahui bahawa, kebiasaannya perkahwinan itu boleh membawa mudharat pada anak maka dia boleh mengikut nasihat doktor itu. Tetapi apakah hukumnya jika tidak mengikut nasihat doktor itu? Hukum tidak berdosa sebab kemudharatan itu di andaikan sahaja.

2. Jika kemudharatan itu ditahap pasti, iaitu mesti memudharatkan, maka dia wajib mengikutnya. Sebagai contoh, seorang yang mati pucuk, ingin berkahwin, maknanya, pasti memudharatkan isteri. Setelah isteri terangsang bersamanya, dia tidak dapat memenuhi tuntutan nafkah batin ini, jadi, tahap mudharat yang pasti ini menyebabkan perkahwinan itu tidak boleh dilangsungkan. Ia boleh mengakibatkan dosa jika dilangsunkan.


? Fuad Latip Apakah hukum mendoakan orang lain agar selamat yang dibalas oleh Allah kerana kejahatannya?an 2009-03-06 11:28 AM

+ Terpulang kepada kita untuk mendoakan orang lain. Di dalam sirah, nabi-nabi terdahulu pernah mendoakan kebinasaan umatnya. Nabi Musa pernah mendoakan kebinasaan Firaun. Tetapi, jika kita hendak mengikut sunnah Nabi kita saw, kita hendakalah mendoakan yang baik-baik pada orang lain. Ini kerana, Rasullullah menunjukkan kepada kita bagaimana baginda sentiasa mendoakan yang baik untuk ummatnya.

? Guest ustaz...saya sedih sangat..mak saya tak restu hubungan saya dengan keksaih saya hanya kerana pekerjaannya.. tolong lah ustaz..bantu saya...saya sedih sangat..kenapa harta jadi penghalang sebuah hubungan 2009-03-06 8:31 AM

+ Doakan dan terus doakan. Ibu mengharapkan kehidupan anak itu baik. Jika begini cerita saudari, saya dapat mengandiakan kebimbangan ibu mengenai masa depan saudari. Apa yang perlu dibuat ialah bakal suami hendaklah mengambil hati keluarga saudari dan buktikan dia mampu untuk menjaga saudari dengan baik.

Zaman sekarang ramai orang yang tidak bertanggung jawab. Saya di dalam bidang kekeluargan Islam ini boleh mengesahkan perkara ini. Berapa ramai suami yang mengabaikan keluarganya.

Jadi, jangan belakangkan keluarga. Saudari baru mengenali lelaki ini beberapa ketika, ibu ayah menjaga saudari sejak kecil.

Doakan dan minta bakal suami mengambil hati keluarga saudari.


? NA Salam ustaz; ada tak doa utk mengelak jiran yg suka fitnah. tq 2009-03-07 3:03 AM

+ Fitnah lumrah dunia terutamanya akhir zaman. Tetapi, fitnah hanya akan dapat bertahan paling lama 7 tahun sahaja. Ia diambil dari dalil Nabi Yusuf yang terfitnah. Jika betul itu fitnah, dalam 7 tahun, ia pasti nampak kebenaran.

Doa yang ingin dicadangkan banyak. Doa bahasa Melayu pun tak apa. Yang penting doa itu mesti bersungguh.

? zaid ustaz boleh ke kite bercakap semasa mengambil air wudhuk? 2009-03-06 7:50 PM

+ boleh tetapi makruh hukumnya.

? halimah ustaz, boleh tak berat rambut bayi yang dicukur, digantikan dengan wang atau lain2. selain emas 2009-03-08 12:35 PM

+ boleh,

? Guest Salam Ustaz, adakah sah pernikahan seorang janda tanpa walinya. Pernikahan berlaku di luar negara dan sehingga sekarang tiada ahli keluarga yang menge 2009-03-07 10:07 AM

+ Syarat nikah itu lima
Bakal suami
Bakal Isteri
Wali
Saksi
Ijab dan Kabul

Wali wajib ada. Jika tidak dari keluarga ia bolehlah berwalikan hakim.

? ramli_ikah@yahoo.com Bolehkah saya solat jamak sekiranya saya tahu berapapa lama a saya akan berada ditempat tersebut eg;pergi hari isnin n balik rabu. hh 2009-03-07 8:36 AM
+ Boleh, sebab kita dikira musafir, Cuma, di dalam mazhab as-Syafie ada sesetengah pendapat yang mengatakan bahawa ia boleh dijamak tetapi tidak boleh diQasarkan

? hamba Allah salam ustaz..saya ada mslh dgn tabiat buruk saya iaitu sampai sekarang saya tak boleh berhenti melakukan onani.. Saya nak mintak nasihat ustaz 2009-03-07 7:43 AM

+ Doa pada Allah untuk beri kekuatan memberhentikan tabiaat ini. Banyakkan bergaul dengan orang baik dan hindari tempat yang boleh mengingatkan anda pada maksiat


aji ustaz, apa hukum makan tapai ubi?bukankah tapai boleh menghasilkan etanol. 2009-03-09 11:04 AM

+ boleh sebab ia bukan di dalam takrifan arak, kecuali jika memabukkan

? Kartini Askm ustaz, saya ni dari singapura ingin bertanya a kepada ustaz ibu saya ni mengahadapi masalah penyakit seperti kencing manis, dan sebagainya . Saya hairan la... tiap-tiap kali dia makan ubat dia makan ubat muntah mutah... apakah masalah dia ustaz... atau pun adakah gangguan yang tak inginkaan. lagi satu saya hairan... tiap tiap malam ibu saya ini tidak dapat tidur malam apakah harus saya harus lakukan ustaz? sekian terima kasih 2009-03-09 7:34 AM

+ Banyakkan bacaan quran untuk dia jika puan mampu. Jika tidak mampu berzikirlah dan naitkan untuk Allah beri kebaikan pada ibu.

? Guest Salam.Ustaz, boleh ke memberi zakat pendapatan kepada adik beradik yang masih belajar? 2009-03-10 6:01 AM

+ Boleh, zakat hanya tidak boleh diberi pada 5 golongan
1. orang kafir
2. orang kaya pada asnaf fakir miskin
3. orang ahli maksiat
4. orang yang dibawah tanggungan nafkah kita seperti anak kebawah, ayah ke atas dan isteri
5. keturunan bani Hasyim

? isteri bingung Assalamualaikum ustaz... Apakah hukum org yg suka melihat filem maupun gambar lucah dan bagaimana cara terbaik boleh kita nasihatkan dia...trima kasih 2009-03-14 12:28 AM

+ hukumnya haram, jika bukan tabiat dia, kita boleh nak nasihatkan, tetapi jika memang sudah menjadi tabiaat, maka susah sikit nak buat. Teruskan nasihat dan doakan sahaja.

? nnisaa salam, ust...kn ade chef yg gune alcohol dlm food,then they said alcohol tue tersejat...cane tue ust?mane consumer tau? 2009-03-13 9:33 AM

+ kalau alcohol dari arak maka tetap najis. Barang yang najis jangan dimakan. Haram hukumnya

? rosmawati Assallamualaikum, Ustaz. apakah yang patut dilakukakan apabila seorang wanita Islam yang telah bersuami difitnah dengan tuduhan jatuh cinta dengan seo

+ fitnah ubatnya puasa (puasa lisan) Kita tak mampu nak lawan fitnah. Tetapi, janji Allah kebenaran pasti akan zahir. Paling lama fitnah adalah 7 tahun sahaja.

? sha salam, ustaz apa hukumnya menjadikan al-quran sbg hantaran perkahwinan? saya ada mendengar , mengatakan tidak elok menjadikannya sebagai hantaran....2009-03-15 8:27 AM

+ hantaran ialah hadiah, tak apa memberi hadiah dengan al-Quran. Yang tak eloknya, lepas dapat simpan atas almari tak di baca.

?ana salam ustaz, Alhamdulillah, dan terima kasih atas kuliah mingguan ustaz di 6th college pd beberapa tahun yg lalu, alhamdulillah banyak input yg brguna ustaz, sy ingin bertanya, rakan2 sepejabat sy sering berbual2 dengan suara yg nyaring semasa solat fardu di surau pejabat utk pgtahuan ustaz, dengan iman yg lemah ini, kdg2 perbualan mrk menyebabkan sy tidak boleh khusyuk dlm solat saya. Sebenarnya, sy insyaALLAH, memilih utk solat diawal waktu, namun jika di awal waktu biasanya ramai teman yg ada dlm surau maka akan ada perbualan yg mengganggu kekhusyukan sy, adakah boleh utk sy solat lambat sedikit utk sy lari dari teman2 yg suka berbual tanpa memikirkan org yg sedang solat di sekelilingnya? 2009-03-14 6:41 AM

+ boleh tetapi jangan tertipu dengan keadaan ini.


Semoga menepati kehendak soalan. Jika ada yang kurang jelas, maka bolehlah tanya lagi insyaAllah

1 comment:

Hunny said...

Salam Ustaz,

Saya rasa adalah lebih baik jika jawapan Ustaz untuk soalan yang pertama, Ustaz jelaskan mengenai hukum2 perkahwinan, sunat, wajib, makruh, haram, harus.. mungkin lebih jelas. Sekadar pandangan.. Wallahua'lam.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...