Tuesday, March 17, 2009

Coretan Santai 2 - Telatah

Hari ini 16 Mac 09, pukul 8.30 lagi saya sudah bertolak ke kuliah. Kuliah saya terletak di bangunan Asian African Institute Moscow State University.

Saya sampai ke fakulti pukul 9 lebih. Kelas hanya akan bermula pukul 10.40. Masa yang ada saya gunakan untuk menulis apa-apa nota untuk pelajaran dan juga catatan perjalanan saya. Dalam pukul 10.00, saya turun sekejap ke kantin, minum teh panas.

Pukul 10.40 kelas bermula. Pagi ini, saya bersama pelajar tahun satu di Universiti ini. Hari ini, kelas mereka lebih kepada tatabahasa Melayu.

Banyak juga yang mereka telah tahu perkataan bahasa Melayu. Pelajar ini memberitahu saya, dalam setahun mereka dikehendaki menghafal 1500 perkataan bahasa Melayu.

Tatabahasa bahasa Melayu mudah. Ia tidak sesusah bahasa Inggeris, Arab dan Rusia sendiri. Tetapi baru saya perasan, bahasa Melayu kaya dengan kosa kata terutamanya kosa kata sifat dan yang berbentuk perasaan. Mereka payah ingin bezakan antara cantik dan elok.

Kelas berjalan dengan santai. Satu ketika seorang pelajar yang tidak memakai cermin mata seolah-olah tidak dapat melihat tulisan di papan hitam.

Dia berkerut-kerut cuba melihat tulisan itu. Ketika ditanya kenapa tidak pakai cermin mata? Dia kata, bukan tak nampak, tapi tulisan cikgu buruk. Kami sekelas ketawa. Bayangkan, orang luar boleh bergurau dengan menggunakan bahasa Melayu.

Rehat pada tengah hari saya gunakan untuk makan dan bersolat. Di sini tidak ada surau, hanya di celah-celah meja pensyarah.

Pada pukul 2.30, saya bersama pelajar tahun 3 pula. Mereka lebih mahir dan boleh bercakap dengan lancar.

Hari ini mereka membicarakan satu teks pencapaian Malaysia setelah lima puluh tahun.

Saya sangat kagum dengan mereka. Mereka boleh bercakap tentang Malaysia dari sekecil perkara sampai sebesar perkara.

Mula-mula mereka membicarakan bagaimana di Malaysia anak petani dan nelayan pun sudah ada yang jadi professional.

Orang Melayu sekarang ada yang mengetuai syarikat-syarikat besar.

Kemudian mereka berbicara mengenai Petronas. Petronas merupakan antara 500 syarikat yang terbaik dunia.

Mereka boleh berbicara mengenai ekonomi.

“Di Malaysia, jurang di bandar dan di luar bandar semakin berkurangan”.

Mereka berbicara mengenai usaha membasmi kemiskinan.

Mereka boleh berbicara banyak perkara,

Mengenai pendidikan, ada dua buah universiti iaitu Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia menjadi 200 universiti terbaik dunia.

Mengenai kereta buatan sendiri Proton dan Produa.

Mengenai taraf hidup yang baik, mengenai Putrajaya hinggalah kepada wawasan 2020 dan Misi Nasional.

Subhanallah, saya memang kagum. Kita di Malaysia pun, mungkin ramai yang tidak tahu mengenai Misi Nasional dan intipati wawasan.

Saya kagum dua perkara, pertama kesungguhan mereka belajar mengenai Malaysia, kedua keberkesanan modul yang disusun oleh pihak universiti. Jika mereka ingin mengambil tahu sesuatu, mereka dapat menguasai dengan baik.

Kelas hari ini diakhiri dengan melihat cerita “Sepet”. Ada tiga ayat yang mereka tidak faham.

Di dalam cerita “Sepet” ada perkataan “kurang ajar”, mereka minta saya jelaskan apa makna kurang ajar itu.

Keduanya perkataan “mak encik”, sebab, selama mereka belajar mereka tidak pernah jumpa perkataan ini.

Dan ketiganya, ada satu dialog di dalam cerita sepet,

“kalau kau lupa bawa ini (beg) macam mana nak beli sayur dan ikan? Nasib baik benda kau tu melekat, kalau tak, dah berterabur semuanya.

“alamak! Macam mana nak terangkan ni”.

“Aa.., mm.., mm..”, pelahan-pelahan saya terangkan dengan malu-malu.

Cepat-cepat saya kata, okey, kelas tamat, kita jumpa lagi hari Rabu.

Mereka semua tersenyum, kami faham..kami faham..

Sesungguhnya, orang yang bersungguh di dalam sesuatu perkara itu, akan dianugerahkan dengan kecemerlangan yang mereka cari. Banyak perkara yang saya belajar di sini. Inilah “Universiti kehidupan”, satu proses pembelajaran yang tidak ada kesudahannya.

Muhamad Abdullah
Moscow
Pelajar tahun satu
Kebolehan mereka hingga pernah menjuari pidato Bahasa Melayu di Kuala Lumpur.

Kelas pandang dengar
Buku rujukan. Kamus bahasa Melayu Sunda pun ada.

Pelajar tahun tigaPagi ni sejuk sikit, salji renyai-renyai turun
Bangunan universiti yang telah berumur 250 tahun.

3 comments:

Hunny said...

Salam Ustaz,

Kelakar la entry ni.. Hilang sket stress saya baca entry ni.. Hehehe..

Azri said...

Salam Ustaz,

rupa rupa nya ustaz ajar bahasa melayu. ingat kan ajar islam ke, undang undang ke. pelik . ape ke hal akedmi islam ajar bahasa. bukan akedemi bahasa.

Seronok ya ustaz. macam nostalja sekolah dulu. kalau cikgu masuk dengan senyum manis nya boleh lah enjoy sikit tapi kalau yang tarik muka tu ..senyap lah kelas.

Pandai pandai belaka budak budak ni ya.Ya lah budak U. kalau tak pandai tak da lah masuk u.

ana pun kagum juga mamat bangla, mamak , india, myanmar etc yang datang kerja malaysia ni. dia orang pun cepat juga cakap melayu tapi nahu tunggang terbalik lah. kira ok lah tu tak masuk sekolah pong.

bahasa melayu ni semua orang kata senang belajar. yang pelik nya menteri menteri bukan melayu kita tak pandai cakap melayu baku . cakap macam beli ikan kat paso.

yang teruk nya . ada pulak tu kata bahasa melayu tak sesuai untuk belajo sains/hisab.

ana tertarik dengan tulisan dr maza ahad lepas. dia tulis issue bahasa ni tak ada kait dng agama. ustaz ada baca ke?
kebetulan mukaddimah nya dia ada tulis sepotng ayat yang kata kita mesti belaku adil. tak ke ada kaitan kita mesti berlaku adil dlm hal ni. adil ke budak budak kampung nok pahe cikgu nya pun lintang pukang nok cakap ingerris.

student ustaz ni bejo free ke atau kena bayo. boleh ustaz cerita sikit ada kah pendidikan mereka percuma.

syzr13 said...

yo ustaz blogger. afiq nih. wooo ustaz bergambar dgn awek2 russia. haha. salam

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...