Belasan tahun lepas, ketika guru bahasa Inggeris saya masuk ke kelas, dia mesti akan berkata:
Okey, tell me about the weather today
Kadang-kala, giliran itu kena pada saya..
“Okey Muhamad, can you tell me..”
Saya pun akan mengulangkan ayat yang memang sudah dihafal
Okey, today, the sun is shining, the bird is singing, bla..bla..bla…
17 Mac 09, hari ini, seperti biasa saya keluar lebih kurang pukul 9.00 pagi. Wah.. hari ini saya nampak matahari. Sejak saya di sini, saya belum nampak matahari.
Hari ini cuaca sangat cantik. Matahari bersinar. Kedaan tidaklah sesejuk hari-hari sebelumnya. Hari ini saya melihat burung-burung berkicauan penuh kegembiraan. Orang lalu lalang juga tidaklah terlalu laju. Semua tersenyum, bergurau, bergelak ketawa, berpegang tangan. Dari raut wajah mereka, semuanya nampak kurang stress.
Haa.. indah betul hari ini. Cantik betul matahari. Sedap betul cuaca.
Saya jadi tumpang gembira pada hari ini. Saya juga jalan berlenggang kangkung seperti yang lain. saya juga tersenyum seperti yang lain.
Saya menyapa mahasiswa yang berjalan bersama saya
“how are you today”
Dia menjawab penuh riang,
“Its,very beautiful day,”
Ketika di dalam metro, saya memerhatikan orang di sekeliling saya. Semua nampak gembira dan tenang.
Saya merenung mereka. Adakah mereka gembira pada hari ini kerana cuaca yang baik dan matahari yang menyingsing.
Ya.. boleh jadi, ini kerana, sudah beberapa bulan mereka berada di dalam suasana yang muram, sejuk, tidak nampak matahari dan sentiasa mendung.
Hari ini seolah-olah, hari yang mereka tunggu. Hari yang mereka cari. Sebab itu, apabila hari yang mereka tunggu itu datang, mereka nampak gembira.
Alangkah baiknya, jika tiap-tiap hari mereka berasa demikian. Alangkah baiknya jika tiap-tiap hari mereka merasakan hari ini adalah hari yang ditunggu. Hari untuk cemerlang. Kan nanti mereka akan gembira sepanjang masa.
Sesungguhnya kebahagiaan itu letaknya dihati. Dia bukan letak di tempat atau pada masa-masa tertentu. Jika seseorang itu bahagia hatinya, maka tiap-tiap hari merupakan hari yang bahagia buat mereka. Jika hati ini bahagia, maka tempat yang sempit juga akan terasa luas.
Sebab itu, apa keadaan kita, hendaklah kita mencipta kebahagian hati. Cara yang paling mujarab ialah mengingati Allah. Di dalam al-Quran, Allah telah berfirman,
28. (yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. (surah ar-Ra’du ayat 28)
Apabila kita sentiasa ingat pada Allah, apa keadaan pun kita rasa Allah pembela kita, Allahlah yang akan membantu kita.
Jika ada orang yang hina kita, kita tidak akan terasa sedikit pun kehinaan. Jika ada orang susahkan kita, kita tidak akan merasa susah. Jika kita dihimpit masalah, kita akan sentiasa diberi jalan keluar pada permasalaan. Akhirnya, tiap-tiap hari, kita akan merasa tenang dan bahagia.
Ketenangan hati tidak boleh dibeli oleh sesiapa pun. Ia tidak dijual di kedai. Ia diberi langsung oleh Allah. Di dalam al-Quran, Allah menyatakan :-
Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mu'min supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana, (surah al-Fath ayat 4)
Aduhai.. alangkah bahagiannya orang yang Allah kurniakan ketenangan ini. Ia seolah-olah hari di mana semua orang tertawa melihat matahari yang telah lama tidak kelihatan.
Dari peristiwa ini, saya terkenangkan sesuatu. Belasan tahun dahulu, saya kurang faham kenapa di dalam bahasa Inggeris, mereka menyebut hari yang gembira dengan terbitnya matahari. Hari ini, saya memahami luahan perasaan melalui ayat ini. Mereka merasa sangat bahagia dengan terbitnya matahari yang telah berbulan tidak kelihatan.
Alangkah baiknya jika rasa tenang itu dianugerahkan tiap-tiap hari pada kita.
Setiap hari kita akan merasakan..
The sun is shining and the bird is singing….

Muhamad Abdullah
Moscow Rusia
Saat yang menggembirakan apabila melihat matahari bersinar di sini
4 comments:
salam ustaz
saya setuju, memang org russia ni tunggu sangat dgn sinaran matahri ni, ya la mana tidaknya kalau winter yg mendung ni agak lama kira-kira hampir 4 bulan lebih..cahaya matahari ni jugak merupakan salah satu nikmat Allah yang tak terhingga dan sampai satu waktu memang akan menyebabkan mood seseorang tu berubah akibat terlalu lama dalam keadaan yg 'gloomy'. Semoga ustaz dpt merungkai kisah2 kehidupan org russia lagi utk perkongsian dgn masyarakat di luar sana.
Aizat Sabri bin Ilias
Moscow medical Academy
Tahun akhir
Kalau diorang ni Islam, tentunya Alhamdulillah yang akan keluar dari mulut2 mereka, kerana begitu menghargai dikurniakan sinaran yang jarang2 dapat.Orang di Malaysia, walaupun Islam, semakin lupa ucap alhamdulillah sedangkan hari2 dapat lihat matahari.. sebab tu tak dapat ketenangan.. manusia mudah lupa dengan nikmat Allah, melainkan bila nikmat tu dah tak ada. Mudah2an kita tak tergolong dalam hambaNya yang bersyukur..
Allhamdullah walaupun di sini asik hujan bila petang, dan tak ada snow cantik macam di Moscow, kita tak kesejukkan.
Salam Ustaz. Andai saja kita sentiasa bersyukur dengan anugerah Allah. Hujan yang merupakan rahmat Allah kadang-kadang dirasakan sebagai penghalang aktiviti. Bila panas terik, merungut panas! Bagaimana ustaz nak didik jiwa dan hati supaya sentiasa bersyukur dalam apa keadaan pun? Sebab saya pun pernah dengar Ust Zawawi kata, orang yang Allah nak bagi syurga di akhirat, diberNya ketenangan dalam kehidupan di dunia ni.
Post a Comment