Sunday, March 29, 2009

Sekilas 16 - Kitaran Perjuangan

Di Rusia ini, saya banyak diajukan soalan dan diminta untuk mengulas tentang masa depan perjuangan Islam, Melayu Islam dan kepimpinan perjuangan yang ada tidak kira dari sebelah mana pun mereka berada.

Saya tidak akan mengulas mengenai kemenangan atau kekalahan seseorang tokoh dalam perhimpunan UMNO baru-baru ini, banyak ustaz dan blooger telah mengulasnya.

Saya juga tidak mahu mengulas dari sudut individu seseorang yang naik atau turun, banyak orang telah mengulasnya.

Saya ingin mengulas mengenai sebuah perjuangan untuk masa 10 tahun atau 20 tahun akan datang. Sebab, pemimpin datang dan pergi, tetapi perjuangan itu yang mesti diwariskan kepada generasi seterusnya.

Cabaran sesebuah perjuanan bukan terletak pada kemenangan, tetapi bagaimana perjuangan itu boleh bersambung.

Saya akan mengupas mengenai kitaran perjuangan manusia. Kita kembali kepada sirah Muslimin yang bermula di zaman Rasul dan Sahabat lagi.

Setelah kewafatan Rasullullah, para sahabat telah mula menuju Parsi. Angkatan tentera ini dipimpin oleh Saidina Muthanna dan kemudiannya Saidina Saad bin Abi Waqqas. Dalam masa tiga tahun mereka telah mula menumbangkan empayar Parsi. Empayar yang wujud ribuan tahun lamanya jatuh secara total dalam masa tidak sampai lima tahun

Angkatan ke Rom dipimpin oleh Saidina Abu Ubaidah al-Jarrah, Saidina Shurahbil dan Saidina Khalid al-Walid. Dalam masa tidak sampai lima tahun empayar Rom timur telah jatuh ke tangan Islam sedangkan empayar ini juga telah berumur ribuan tahun.

Saidina Amru al-Ash telah menuju ke Istana Putih di Mesir, berhadapan dengan pahlawan-pahlawan keturunan Alexender the Great. Dalam masa empat bulan sahaja, angkatan Islam telah sampai ke bandar Iskandariyyah dan akhirnya dapat menawan Istana Putih di sana.

Islam mula masuk ke Spanyol pada tahun ke 92 hijrah. Tidak sampai 4 tahun tentera yang dipimpin oleh Tariq bin Ziyad ini telah menawan seluruh Spanyol dan sekitarnya Jika tidak disebabkan Khalifah memanggil balik angkatan ini, sudah pasti Eropah keseluruhannya telah berada di tangan Islam. Ini kerana di waktu pengundurannya, tentera Tariq hanya tinggal 60 km untuk sampai ke Paris.

Apa jadi pada ketika itu? Islam bukan menghadapai orang-orang kampung yang hanya mahir menggunakan cangkul dan penyodok. Islam menghadapi satu tamaddun yang telah terbina ribuan tahun, para tentera yang terlatih dan dirancang pembentukkannya.

Ada dua sebab kejatuhan sesebuah perjuangan.

1. Rosaknya moral pada pendokong perjuangan itu
2. Ada satu kumpulan yang lebih baik dan menumbangkan mereka.

Empayar Parsi ketika kehancuran mereka sedang menghadapai krisis yang teruk, pemerintahnya lemah, tentera pengecut, rakyatnya rosak dan pada masa yang sama tentera Islam sungguh luar biasa kehebatan rohaninya, disiplinnya dan kesungguhannya.

Tentera Rom, tentera Istana Putih Mesir dan Tentera Spanyol pun begitu.

Maknanya, ketika rosaknya moral sesuatu kaum dan wujud satu kaum yang kuat yang menumbangkannya, maka kaum pertama akan tumbang walaupun dia mempunyai sejarah yang hebat sebelum ini.

Hinggalah ketika Monggol melanggar Baghdad. Kenapa begitu mudah dan dalam waktu yang singkat mereka hancur sehancur-hancurnya. Sedangkan selama 1000 tahun kekhilafahan ini merintah dunia dari timur hingga ke barat?

Jawapannya mudah, kerana pemerintah terakhir dari Abasiah di Baghdad begitu rosak, orangnya rosak, pendukungnya rosak, tenteranya rosak dan semua sekali telah rosak dari dalam.

Sebab itu, cabaran sesebuah perjuangan bukan musuhnya, cabaran sesebuah perjuangan ialah keadaan pelapis perjuangan tersebut.

Jika pelapis perjuangan orang yang hebat, maka perjuangan itu akan terus bersambung, tetapi, jika pelapis perjuangan itu jelek moralnya, maka itu pertanda awal kejatuhannya.

Saya tidak menyaksiakan Perhimpunan Agong Umno dengan mata saya. Saya cuma mengikuti perkembangannya dari Rusia ini.

Kedengarannya agak pincang apabila Tun Mahathir dengan jelas menulis kenapa beliau tidak hadir ke pembukaan mesyuarat Perhimpunan itu. Beliau menyelar Pemuda yang secara langsung dan terbuka merestui politik rasuah.

Caranya dan bagaimana itu bukan perbincangan kita. Tetapi ia satu petanda bermulanya kitaran perjuangan.

Di dalam al-Quran, Allah juga menceritakan mengenai kitaran perjuangan ini. Suka atau tidak, jika ia telah berlaku, bermakna roda kitaran sedang bergerak. Allah berfirman:-

Dan demikianlah, Kami pergilirkan diantara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membedakan orang-orang yang beriman supaya sebagian kamu dijadikan-Nya menjadi saksi atas manusia dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim,
(Ali Imran ayat 140)

Dan jangan kita lupa bahawa pemberi kuasa itu adalah Allah. Di Rusia ini, Lenin dan Stalin pernah menjadi orang pujaan dan sekarang, Allah sudah gilirkan golongan yang lain. Shah Iran di Tehran tidak pernah sekali-kali dijangka kejatuhannya, tetapi Allah menghendaki sebaliknya, Jangan kita lupa bahawa Allah menyatakan:-

Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Ali Imran ayat 26)

Sesungguhnya, perbezaan perjuangan Islam kerana Quran itu sentiasa menjadi menjadi penegurnya.

Maka mereka akan terus dan sentiasa diingatkan. Oleh kerana peringatan itu sentiasa ada, maka usaha meningkatkan diri dan menghindarkan dari perkara buruk sentiasa diutamakan.

Sebab itu, mana-mana perjuangan yang berlandaskan Islam akan sentiasa bersambung.

Perjuangan orang Melayu tidak boleh dipisahkan dengan Islam. Ini kerana, dengan Islam, jatidiri orang Melayu dibentuk. Jika ia ditinggalkan,, maka kita akan melihat keruntuhan jatidiri.

Jika ia ditinggalkan dan jatidiri ini telah rosak, kita tidak akan dapat menahan kitaran perjuangan yang berlaku.

Kubur Lenin yang berada di Medan MerahMoscow
Ketika saya datang ke sini, ada beberapa veteran Komunis yang berarak mengingati kembali perjuangannya

Apakah perjuangan ini akan bersambung apabila ia hanya didukung oleh orang tua-tua
Perkara yang paling susah di dalam perjuangan bukanlah kemenangan, tetapi bagaimana ingin memastikan perjuangan itu bersambung
Semoga kita mendapat iktibar dari kisah ini.

6 comments:

Leenoh said...

Salam.
Memang tepat dan benar.Hanya Islam dapat menjatidirikan sesuatu bangsa.

Shahabudeen Jalil said...

di petik dari artikel di atas "Ini kerana di waktu pengundurannya, tentera Tariq hanya tinggal 60 km untuk sampai ke Paris."

Mana ustaz dapat fakta ini ? Bagi rujukan. Bukan main sebut jer.

Kalau tak berjaya nak bagi fakta, delete part ini dalam artikel di atas.

afiqawe said...

mungkin sini kot

http://en.wikipedia.org/wiki/Autun

ibnu_maulub said...

yup ustaz...
setiap perjuangan mesti berlandaskan islam...
nabi sendiri pun tak memperjuangankan banga arab dan keturunannya yang mulia tu..
tahniah ustaz...

Ustaz Amin said...

setakat ini, sila rujuk ceramah "The Future Of Our Religion oleh Dr Tareq Al Suwaidan (siri 3 dari 13)di Youtube, minit ke 7.20. Untuk rujukan kitab, tunggu saya kembali ke Malaysia.

Anonymous said...

Wah ustaz! Tareq Suwaidan's Future of Our Religion! Terbaik kan? Fave saya part 12 - tentang hadis bahawa akan muncul kembali Minhaj Nubuwwah! Bersama berusaha membinanya! =p Allahuakbar! Giliran Islam akan tiba! US, EU + Zionis, watch out!!! =P The tide is coming back and we're going to flush you away!

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...