Tuesday, March 24, 2009

Coretan Santai 5 - Hulubalang Melayu

Hari ini, pada waktu pagi, saya bersama Nabil, Azrul dan Khairul menguruskan hotel untuk Helmi. Setelah beberapa hari Helmi duduk di hotel yang sama, kami mencarikan untuknya hotel yang lain .

Jam menunjukkan pukul 3 petang.

“Alamak, lambat dah ni, petang ni saya ada janji dengan Dr Liubov di Institutnya, kita semua pergi sekalilah nak tak” tanya saya pada yang lain.

Semua mereka bersetuju. Kami pun menaiki Metro ke Kuznetski Most.

“Dia nak jumpa saya ni pasal kajian dia mengenai Nusantara, haa, mungkin banyak yang kita boleh belajar nanti,” kata saya.

Kami berempat berjalan, bertanya orang sana sini mana Institute of Oriental Studies, Russian Academy of Sciences.

Setelah lama berjalan, kami pun tiba tepat pukul 4 seperti yang dijanjikan.

“Ustaz kenyang tak? Tanya Helmi mengusik kami yang memang belum makan tengah hari lagi. Kami semua tersenyum.

Kami disambut oleh Dr Liubov Goriaeva. Dia menyambut kami dengan ramah sekali.

Dia kemudiannya membawa kami ke biliknya dan menceritakan mengenai sejarah Melayu dan khazanahnya yang terdapat di tangan orang barat.

Azrul mencuit saya dan berkata:-

“Kalau macam tu, betullah apa yang ustaz cakap, khazanah Melayu banyak ada di tangan orang barat. Kita sendiri pun tidak tahu”

Saya menyambung:-

“Memang, sejarah kita banyak yang disembunyikan atau hilang. Jika kita tidak jumpa Dr. Liubov hari ini, kita pun tak akan tahu manuskrip terakhir Melayu ada di St. Petersburg.”

Dr. Dr Liubov Goriaeva menghadiahkan kami hasil kajiannya.

Ketika kami melangkah keluar, semua kami berbincang-bincang mengenai sejarah Melayu yang kita sendiri pun tidak tahu.

“Jangan-jangan, Sultan Mahmud mangkat dijulang tu ada cerita sambunganya tak?” Azrul mula berceloteh.

“Ye la, jangan-jangan lepas dia kena tikam, dia pergi berubat,” sambung Nabil.

“Lepas tu agaknya, dia kahwin dengan orang kampung, lepas tu dia pun hidup seperti orang biasa,” Azrul menambah.

Kami semua tertawa.

Setelah menemui manuskrip Melayu terakhir, macam-macam yang kami semua bualkan. Dari yang kelakar sampai yang serius. Serius sampai bersemangat macam hulubalang Melayu lama.

“Haa, nanti Khairul bolehlah ditulis dalam sejarah orang pertama yang membawanya keluar untuk di bawa balik ke Malaysia,” kata Nabil pada Khairul.

“Ini dia, lima hulubalang Melayu lama”, Helmi mencelah.

Saya hanya tersenyum melihat semangat adik-adik mahasiswa ni. Kalaulah semua anak-anak muda di Malaysia bersemangat macam mereka pada hari ini, saya rasa, ramai yang akan balik menghargai apa yang ada pada kita.Lebih-lebih lagi akan merasa izzah sebagai bangsa adunan dari seluruh bangsa. Yang penting, Melayu tidak dapat dipisahkan dengan Islam. Jadi, menghargai jati diri Melayu bermakna kembali kepada ajaran Islam yang murni.

Kami bergilir-gilir membawa terjemahan manuskrip ini hinggalah sampai ke tempat kediaman kami. Suasana sejuk di sekeliling terasa hangat dengan semangat Nusantara, satu semangat yang tidak boleh dipisahkan dengan Islam.

Dari kanan, Nabil, Helmi dan Azrul
Di belakang saya, Khairul.

Mereka semua gembira dapat bersama pada petang ini menyaksikan teori mengenai khazanah Melayu yang dibawa oleh penjajah, disembunyikan atau dihilangkan.

10 comments:

Nurhani Salwa Binti Jamaluddin said...

wuhuhuhu,

Helmi dah sampai sana.. Tak aci la...Tak bagitau pun..

Shahabudeen Jalil said...

dah jadi pejuang Melayu plak dah. Teruskan usaha murni anda.

Anis Hartini Haron said...

khairul tu comel... kirim salam.. :)

ibnu_maulub said...

hehe... ustaz bizy sikit la...
ustaz saya sekarang ni tengah praktikal masuk mahkamah republik indonesia.. insyallah minggu depan kite orang masuk court.. nanti saya masuk kan gambarnya...
wslm...

A traveler looking for the right path said...

salam ustaz. Syukran for Ziarah Virtual semoga di sertai juga malaikat Rahmat.

Shahabudeen Jalil said...

ustaz nie masuk tiap2 blog org dan tanya "bila nak update nie?", diorang plak akan jawab kat sini.. orang yang baca sini saja.. jadi tak faham. he he he.

Moga Malaikat Rahmat juga turut singgah sewaktu kita menulis komen.

Blog ini dah jadi serbaguna. Boleh guna juga untuk gadis mengorat jantan. Moga Malaikat Rahmat mempertimbangkan lawatannya.

Nurhani Salwa Binti Jamaluddin said...

Salam en shah,

Habis tu, takkan nak jawab kat blog en shah? lagi la tak faham.. heheheh..

Shahabudeen Jalil said...

jawab di mana soalan di tanya la ustazah. kata mengaji tinggi sangat.

Nurhani Salwa Binti Jamaluddin said...

Alhamdulillah.. Lebih baik mengaji tinggi2, sebab rasa diri masih kurang ilmu, daripada rasa diri tu berilmu tinggi..

Shahabudeen Jalil said...

dah tau kurang ilmu tu.. tanya la org. Bukan soal tempat lain, jawab tempat lain.