Friday, March 6, 2009

Jawapan Pada Persoalan 17

Alhamdulillah, ada peluang saya menjawab seketika. InsyaAllah, pada petang ini, saya akan bersama di dalam program al-Kuliyyah jam 5 petang di TV 3. Tajuk perbincangan kita ialah “Sirah Nabi”.

? ila_Bt.Caves t.kasih ustaz, hal anak yang tak sah taraf, bagaimana aurat dengan bapa dan adik beradik satu ibu dan adik-beradik tiri serta keluarga sebelah bapanya 2009-03-06 5:23 AM
+ Ada dua pendapat di dalam hal ini.

Pertama auratnya seperti orang luar. Pendapat pertama tidak mengiktiraf status anak ini dari segi nasabnya di dalam keluarga. Ada yang berpendapat anak ini boleh berkahwin dengan adik yang lain.

Pendapat kedua auratnya tidak seperti orang luar. Seperti adik beradik jika anak ini memang dari benih si ayah dan memang yakin tidak dicampur dengan benih-benih orang lelaki lain.

Bagi pendapat yang ingin menjaga pergaulan di dalam keluarga, maka ibu itu hendaklah menyusukannya. Jadi perhubungan di antara mereka akan menjadi saudara susuan.


? ila_Bt.Caves pihak mana yang perlu di hubungi untuk memastikan kal ini dalam perundangan negara kita? 2009-03-06 5:26 AM

+ Jabatan Agama Islam Negeri

Sekian, semoga memenuhi kehendak soalan.

No comments: