“Sekarang dipersilakan Ustaz untuk menyampaikan ceramahnya”, kata Syazwan menjemput saya. Beliau juga merupakan pengarah program pada petang ini.
Saya memulakan muqaddimah seminar Fiqh Perubatan di Dewan Utama Kedutaan Besar Malaysia di Moscow.
Ketika saya melihat adik-adik mahasiswa/i ini, rindu saya pada kolej Ibnu Sina Universiti Malaya timbul. Hampir sepuluh tahun saya mengajar di kolej Ibnu Sina bersama adik-adik dari mahasiswa/i fakulti Perubatan Universiti Malaya. Di antara mereka, ada yang telah bertugas di hospital-hospital di serata Malaysia. Kadang-kala, mereka ada menghubungi saya.
Seperti seminar Fiqh Perubatan yang biasa di kendalikan di Malaysia, ia dimulakan dengan membahaskan mengenai konsep fiqh. Kemudian, barulah kepada gambaran keseluruhan mengenainya. Seminar yang berjalan selama hampir 4 jam ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 6.45.
Berbagai persoalan yang diajukan sama ada melalui lisan mahu pun melalui tulisan. Semuanya berkisar mengenai fiqh perubatan. Hanya satu atau dua soalan sahaja yang kandang kala di luar topik perbincangan.
Para pelajar perubatan di sini memang aktif mendalami kefahaman agama. Cuma bezanya di sini, tidak ada pelajar fakulti agama. Jadi mereka berusrah di kalangan mereka sahaja.
Kesempatan saya di sini, membuka ruang untuk kami saling berkenalan. Tak sangka pula, ribuan batu saya datang, rupanya diaturkan Allah untuk berkenalan dengan pelajar di sini.
Majlis diselangi dengan rehat dan jamuan ringan.Kemudian ia diteruskan hinggalah jam 6.45. Perasmian penutup telah disempurnakan oleh En. Muhamad Razak, Pegawai Keduataan.
Di akhir majlis, ia di teruskan dengan solat Maghrib secara berjemaah. Kemudian, jamuan makan malam bersama-sama.
Rasullullah saw telah bersabda,
“barang siapa yang Allah kehendaki kebaikan padanya, akan difahamkannya mengenai agama”.
Permulaan faham ialah belajar dan permulaan belajar ialah minat.
Jadi, jika Allah kehendaki seseorang itu menjadi baik, maka akan diberi minat di dalam mendalami agama.
Dua puluh tahun dahulu, anak-anak muda seperti ini, berada bersama-sama kawan-kawan, bermain guitar tong. Mereka menghabiskan masa dengan berbual dan bersuka ria.
Ke masjid?, ei.. jangan disebut.
Tetapi sekarang, anak-anak muda seperti ini telah menganjurkan seminar-seminar agama. Kita mengharapkan generasi-generasi seterusnya akan lebih minat terhadap Islam.

Saya juga bersyukur, malam ini merupakan ulang tahun kelahiran saya, sambutannya dimulakan dengan khidmat pada ilmu.
Selamat maju jaya untuk adik-adik mahasiswa/i di sini. Semoga kita semua terus dipimpin oleh Allah di dalam safar menuju keredhaannya.
8 comments:
Salam ustaz
Terima kasih yg tak terhingga kepada ustaz kerana berkongsi ilmu dgn kami sebentar tadi.Terasa roh keberkatan dan ilmu2 yg 'priceless' yg dapat dikongsi bersama.Segala permasalahan telah dirungkai.Memang perlu ditempatkan seorang ustaz di bumi russia ini utk dijadikan tempat rujukan bagi pelajar-pelajar di sini.Semoga Allah memudahkan perjalanan ustaz di dunia dan akhirat
p/s:didoakan semoga ust dpt meneruskan pengajian PhD di sini :D
Aizat Sabri Bin Ilias
moscow medical academy
tahun akhir
terima kasih banyak ustaz..kami mndoakan agar ustaz dimurahkan dan diluaskan rezeki..
moga Allah memberikan ustaz keteguhan dalam mencari tempat melanjutkan pengajian ustaz untuk doktor falsafah nanti..
Trima kasih ustaz kerana dpt luang masa bg ceramah siang td.Banyak input2 diberikan.Alhamdulillah.
dan selamat hari lahir diucapkan ustaz.IAllah segala urusan ustaz dipermudahkan.
maulid ustaz ke malam nie ? Berarak dari red square ke kremlin dah la.. dekat sket.
Sayang cik Hani tak dapat ikut. Dia berarak di Malaysia jer.
Bagus seminar Fiqh Perubatan nie. Menyatukan 2 bidang yang sebenarnya satu. Alhamdulillah.
Cuma yang tak sedap dengar tu bila ustaz start cakap pasal sambutan hari jadi diri sendiri. Artikel memuji diri sendiri jadinya.
ok.. apa pun. teruskan usaha.. saya akan teruskan menegur.
salam ustaz. Semoga Allah memberkati ustaz di sepanjang kehidupan dunia fana ini dan menganugerahi ganjaran syurga di Akhirat. En Shahabudeen, takkanlah mentioned birthday sendiri pun tak boleh. Islam tu mudah janganlah rigid sangat!
tak rigid. Cuma tak nak benda ini jadi permulaan kepada ketaksuban. Jadi bila saya dah tegur awal2 nie... ustaz pun akan berhati2.
Banyak ketaksuban berakhir dengan ajaran sesat bila tak ada yang berani menegur.
Tengok sendiri apa yang terjadi kepada ustaz ashaari. Ajaran awal sangat bagus... tapi bila dicampurkan perkara2 remeh, lama2 pengikut jadi taksud, yg diagungkan jadi seronok. Maka dihancurkan Allah gerakan itu.
Sama la di sini pun. Saya tegur supaya kita fokus pada perjuangan. Bukan pada harijadi ustaz amin, esok harijadi fadzilah kamsah, lusa harijadi paklah. Sebab itu kita buat itu dan ini.
Jadi.. kita fokus pada perjuangan. Setiap hari adalah harijadi saudara kita.
Salam ustaz,
Selamat Ulang Tahun yang ke ?? Moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kekuatan untuk terus menyebarkan Islam kepada yang memerlukan. Ingat nak wat majlis Maulid, macam cadangan En Shah, tapi semua Stadium dah penuh.. alang2 nak buat baik buat sungguh2...
he he he.. nak buat jugak.. bagus la.. ajaran sesat baru ke?
Post a Comment