Saturday, March 21, 2009

Universiti Kehidupan 42 - Keindahan Islam

19 Mac 09, saya diminta menjadi pembentang di dalam seminar di bilik Nusantara. Pembentang pertama ialah Presiden Lembaga Ilmiah Sosial Nusantara, Dr Vilen Sikonsky.

Di hadapan saya ialah Doktor dan ahli akademi dari berbagai Institute. Mereka semua fasih berbahasa Melayu sama ada Melayu Malaysia mahupun Melayu Indonesia.

Kalau dahulu, saya hanya mendengar mengenai golongan oreintalis, kali ini, saya benar-benar bertemu dengan mereka

Saya memulakan ucapan dengan membicarakan mengenai perkembangan di Malaysia dari berbagai sudut. Dari pendidikan, ekonomi, Islam dan politik. Mereka memerhatikan saya dari apa yang saya ucapkan hinggalah pada peribadi saya.

Ketika sesi soal jawab dibuka, mereka terus melontarkan soalan demi soalan.

Ada yang bertanya pasal Malaysia dan perkembangannya. Ada juga yang bertanya mengenai diri saya.

“Oh ya, Muhammad, saya ingin bertanya sedikit mengenai peribadi”.

Jantung saya mula berdegup kencang.

“Alamak, apa Mat Saleh ni nak tanya”, bisik hati saya.

“Kopiah anda nampak aneh, saya belum melihat orang memakainya. Adakah ini tanda agama atau apa ye?” Dr. Vilen Sikonsky bertanya pada saya.

Ya Allah, punya minat nak ambil tahu, sampai kopiah yang saya pakai pun mereka perhatikan.

Di akhir sesi, mereka bertanyakan apakah pandangan saya mengenai Rusia.

Saya mengatakan,

“Pada saya orang di sini baik. Tapi, mungkin jawapan saya tidak boleh dijadikan hujah kerana saya banyak bergaul dengan komuniti terpelajar di Universiti dibandingkan dengan masyarakat di luar”.

Mereka mengagguk-anggukkan kepala tanda setuju.

Antara soalan yang menarik hati saya ialah

“bolehkah anda terangkan pandangan anda mengenai anak muda di sini”..

“Saya tidak berniat untuk merendahkan, tetapi anak muda di sini sosialnya agak bebas, saya sering melihat orang berciuman di mana-mana. Dari golongan Universiti hingga kutu-kutu rayau di Metro. Mereka tidak ada rasa sopan pada perbuatan mereka, perkara ini tidak terdapat di Malaysia” kata saya.

Mereka semua mengaggukkan kepala dan salah seorang dari Dr. ini mencelah,

“Sudah tentulah Malaysia lebih baik, amalan Islamnya kuat. Di sini bukan Negara Islam”.

Apa makna perkataan ini?, secara tak langsung orang melihat Islam itu akan membentuk seseorang menjadi baik, dan secara tidak langsung, mereka mengiktiraf bahawa dengan mengamalkan Islam seorang itu akan mengamalkan cara hidup yang sihat.

Semua orang maklum bahawa, dengan mengamalkan Islam itu, seseorang akan menjadi baik. Di Malaysia, kenapa ada orang yang tidak suka Islam. Kadang-kala, terdiri dari orang Islam sendiri.

Secara jujur kalau kita lihat, Islam melarang seorang itu berzina, sudah tentu penzina akan rasa tidak senang dengan larangan ini walaupun dia mengaku Islam.

Islam melarang rasuah, sudah tentu perasuah tidak akan senang dengan larangan ini, walaupun dia mengaku Islam.

Jadi, kenapa ada orang yang tolak Islam? Bukankah larangan Islam itu memberi kebaikan secara syumul dari peringkat individu hingga pada Negara dan Ummah?.

Ya benar, tetapi, ada orang yang inginkan kesenangan peribadi tanpa memikirkan kebaikan Negara dan Ummah.

“janji sendiri mahu kaya, orang lain, lantaklah..”

Maka dia akan mencuri, merompak, ambil hak orang lain, tipu hak orang lain, rasuah, menganiaya orang lain dan sebagainya.

Orang seperti ini akan memusuhi Islam sekalipun dia mengaku Islam. Ini kerana, Islam melarang perbuatan keji, maka sesiapa yang keji akan terasa terancam.

Sesungguhnya, Islam itu cara hidup, berusahalah kita untuk mengamalkannya semaksima yang kita mampu. Yang tidak mampu, kita minta ampun dari Allah. Semoga, Allah yang Maha Pengampun memaafkan kelemahan kita. Allah telah berfirman.

Barangsiapa mencari cara hidup selain Islam, maka sekali-kali tidak- lah akan diterima daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. (Ali-Imran ayat 85)

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-Fakir ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Moscow State University
20 Mac 09



Pelapis Pengajian Nusantara



Presiden Lembaga Ilmiah Sosial Nusantara, Dr Vilen Sikonsky

1 comment:

Leenoh said...

Salam Ustaz Amin.

Semoga Allah memberi anda kekuatan beristiqamah dengan tugas yang baik dan mulia ini.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...