Saturday, March 7, 2009

Bicara Ilmu 1 – al-Kuliyyah (sirah Nabi)

Al-Kuliyyah semalam membincangkan mengenai sirah Nabi. Tetamu jemputan ialah Kak Nor Jannah Ahmaddini, seorang yang berdakwah melalui lukisan. Kita akan berkongsi perbincangan semalan. Tetapi ia hanyalah ringkasan. Jika ada yang kurang jelas, bolehlah kita kembali bertanya.

? Apakah sebenarnya yang perlu kita faham dan pelajari dari Sirah Rasullullah dan kepentingannya di dalam kehidupan kita umat Islam?

+ Sirah Nabi ialah perjalanan hidup Nabi. Ia menterjemahkan risalah Nabi. Di dalam Sirah Rasullullah kita dapat melihat secara langsung bagaimana aplikasi risalah kenabian dari sudut

1. akidah, bagaimana banyak Rasullullah mengajar kita untuk meningkatkan keimanan pada Allah
2. Syariah, iaitu hukum hakam yang lima
3. akhlak yang berkaitan dengan akhlak dengan Allah, diri sendiri, sesama manusia dan pada makhluk lainnya
? Adakah dengan meniru apa yang telah dilakukan oleh Nabi sudah dimaksudkan kita faham akan sirah dan mengamalkannya?

+ Lihat pada bagaimana kita mentafsir sirah itu. Di dalam ajaran Islam ada beberapa perkara yang pengajarannya tidak boleh dipisahkan. Seperti

- pengajaran isteri solehah tidak boleh dipisahkan dengan pengajaran suami yang soleh
- pengajaran mengenai solat tidak boleh dipisahkan dengan pengajaran keberkatan mencari rezki.
- pengajaran solat tidak boleh dipisahkan dengan pengajaran khusyuk

Jika melihat sirah dalam keadaan terpisah, nanti orang akan rasa ia tempang. Sebagai contoh, orang nak kahwin lagi, sering member alasan ikut nabi, itu baik, tetapi dia tidak boleh memisahkan dengan perlunya menjadi suami yang bertanggung jawab.

? Siapakah orang yang layak mendapat syafaat Nabi

1. orang yang mencintai Nabi
2. orang yang memperbanyakkan selawat
3. orang yang mengamalkan sunnah Nabi.

?Kenapa Nabi digelar Habiballah

+Kerana iman dan akhlaknya.

?Ada orang memberi alasan bahawa kita tidak maafkan orang lain, kita bukan Nabi, apa komen Ustaz?

+Jika orang ingin memperbaiki dirinya dia akan berusaha mencari kebaikan, tetapi jika seseorang itu tidak ingin memperbaiki dirinya, dia sering mencari alasan.

Kita bukan Nabi bukan alasan untuk terus berada di dalam keadaan tidak meningkatkan diri.

? Boleh tak tokok tambah sirah untuk menyedapkan cerita?

+ Tak boleh, untuk menyedapkan cerita kita tidak boleh menokok tambah, tapi perbaiki bahasa.

?Apa beza antara sirah dan hadith

+ Sirah ialah perjalanan hidup Nabi, hadith adalah perkataan Nabi.

? Ketika Nabi menghampiri kewafatannya, kenapa Nabi menyebut ummati, ummati?

+Nabi menyebut kerana sayangnya baginda pada kita, sering berdoa untuk kebaikan kita dan sering bersedih mengingatkan kita. Hasil doa Nabi, banyak Allah beri kebaikan pada kita umatnya. Kita sahaja selalu lupa pada Nabi.

? Kenapa ada manusia yang boleh bersatu di dalam sambutan Maulid Nabi tetapi selepas itu berpecah lagi?
+Kerana dia hanya mengingati Nabi dalam saat itu. Maka dengan mengingati Nabi dia boleh bersatu, lepas itu dia lupa Nabi, yang diingat bukan lagi kesatuan tetapi perpecahan, seban itu dia boleh berpecah.

Kesimpulannya, kehadiran Nabi membawa kebaikan pada kita. Semoga kita terus menyintai Allah dan Rasulnya.
Persediaan akhir sebelum program
Tetamu jemputan hari ini

Taklimat kepada penonton di studio
Ustaz Fauzi dengan telatah mencuit hatinya
Tajuk hari ini ialah Sirah Nabi
Kenangan bersama penonton dari Jabatan Penilaian Kementerian Kewangan Malaysia
Jamuan selepas program. Semoga program ini memberi manfaat pada kita semua. amin..

9 comments:

Shahabudeen Jalil said...

hmm.... bosan... bosan....

Hunny said...

Orang yang mencintai nabi tak akan bosan mendengar ceramah yang sama berulang2 kali mengenai kekasih Allah, tak akan bosan ke majlis maulid nabi di merata tempat, takkan menyesal merasai kesakitan di kakinya disebabkan berjalan semasa perarakan Maulidurrasul sambil berselawat, takkan puas mengamal sunnah2nya,kerana dia yakin, dengan semua itu, hatinya semakin cinta pada Nabi, semakin kasih pada Nabi, dan semakin rindu pada Nabi.. Selawat dan salam ke atasmu Ya rasulullah..

wbee said...

Assalamualaikum Ustaz,

Saya nak tanya, kalau terpegang kasut yang dibuat dari kulit babi (pig skin lining) perlukah saya bertayammum?.. Kasut tersebut ketika di pegang dalam keadaan kering.
Sekiranya saya berasa was-was semasa memgang, tapi masih tidak bertayammum sehingga sekarang.. perlukah saya bertayammum? Saya yakin, semasa memegang kasut tersebut, ianya dalam keadaan kering.. Terima kasih Ustaz..

Shahabudeen Jalil said...

sejak bila ada ibadat dlm islam berjalan dalam perarakan Maulidurrasul sambil berselawat. hehehehe..

Islam Hadhari ke ?

Bosan tu pada ustaz nie.. bukan pada Nabi.. nak jadi Azri kedua ke?

Azri said...

salam ustaz.

Program nya tentang nabi ikut sunnah nabi . Tapi di TV3 ustaz tak pakai serban dan jubah pulak macam yang biasa ustaz pakai.

Kita berarak sambutan muilid. tapi semua pakai baju melayu. Patut pakai jubah dan serban.

kenapa ?

Hunny said...

Eh! Terasa la plak mamat ni. Saya tak komen awak. Awak tu yang terlebih serbuk perasa. Yang diajar dalam Islam, mencintai dan mengingati Nabi. Kalau dengan berarak dalam program Maulid, kita dapat ingat pada Nabi dan perjuangannya, tak menyalahi syariat. Apabila sesuatu kerja dibuat dengan ikhlas kerana Allah dan Rasulnya, insyaallah ada ganjarannya. Kerja di pejabat bila dibuat dengan ikhlas, adalah satu ibadat. Yang salah, apabila terlalu berprasangka pada orang lain.

Shahabudeen Jalil said...

sekejap kata, berarak ramai2 baru dpt ingat nabi..

sekejap lagi plak, dok pejabat pun bleh ingat nabi.

Apa cik Hani cakap nie ??

Daripada dok buang masa. Lagi baik mengingati Nabi dengan berdakwah melalui percakapan atau penulisan. Atau beramal dengan apa yang Nabi suruh kita buat.

Berarak nie tak macam orang agama lain ke ??? Diorang berarak gak.. he he he..

Hunny said...

Bila-bila masa pun boleh nak ingat Allah dan Nabi, bukan hanya semasa berarak/dok di pejabat. At anytime, susah atau senang.

Tapi banyak orang sekarang, time senang dok ingat benda lain, lupa pada Allah dan Nabi. Time susah baru ingat Allah. Duduk sembang kosong kat kedai kopi lama2 tak pulak buang masa. Berjalan dan mengingati Nabi katanya buang masa.

Pada saya, banyak cara untuk berdakwah. selain menulis berceramah, salah satu cara dakwah adalah membesarkan agama. Berarak kerana bangga Islam adalah agama yang kita anuti dan diredhai Allah, dan kita ada Nabi Muhammad untuk dicontohi, sebaik2 manusia, salah ke En Shah? Ibarat kata Nabil, Lu pikirlah sendiri..

Anyway, bila masa plak saya kata kerja kat opis baru boleh ingat Nabi? Bacalah dengan nama TuhanMu yang menjadikan..mudah2an en Shah dapat memahami maksud sebenar yang saya cuba sampaikan..

Shahabudeen Jalil said...

ada pula cara membesarkan agama ek.. he he he..

Daripada dok berarak menganggu lalu lintas tu.. lagi baik kita berfikir dan berbincang cara untuk membangunkan negara dari segi ekonomi dan sosial.

Kalau nak berjogging, jogging jer setiap hari.

Tak perlu ada hari tertentu untuk ingat nabi. Ini macam orang kapir buat.

Kita mesti ingat nabi setiap hari.. bukan berarak ke hulu ke hilir, balik2 jadi sama juga. he he he.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...