Thursday, March 12, 2009

Coretan Santai 1 - Hari Pertama

Alhamdulillah, saya selamat tiba di Moscow. Saya bertolak dari KLIA pada pukul 7.50 terus ke Bangkok. Perjalanan ke Bangkok pukul 9.50.

Pada tepat pukul 12.00, saya meninggalkan Bangkok terus ke Moscow. Perjalanan dari Bangkok ke Moscow hampir 10 jam. Saya sampai di Moscow pukul 9.30 waktu Malaysia. Waktu tempatan ialah 4.30 petang. Beza antara Malaysia dan Rusia ialah 5 jam.

Jika kita mendarat di Malaysia, kita akan melihat keadaan sekeliling yang hijau kerana banyaknya pokok. Jika kita mendarat di Negara Arab kita akan melihat keadaan sekeliling yang coklat kehitaman kerana padang pasir. Ketika kapal terbang mendarat di Moscow, saya melihat semuanya putih denga salji. Walaupun sekarang sudah mulai masuk musim bunga, tetapi ia tetap penuh dengan salji.

Urusan imigresen tidaklah susah. Barang saya tidak diperiksa langsung. Ketika keluar, saya telah ditunggu oleh seseorang. Orang ini orang Rusia. Namanya Alex, dia memegang nama saya.

Alex tidak fasih berbahasa Inggeris. Dia hanya tersenyum pada saya. Kami tidak berbual apa-apa. Kadang-kala dia akan berhenti dan kata pada saya

“foto?..”

Rupanya, dia suruh saya ambil gambar dengan salji yang ada disekitar ini. Barangkali dia tahu, di Malaysia tidak ada salji. Kami berhenti dibeberapa tempat untuk mengambil gambar.

Dari lapangan terbang ke Universiti sejauh 22 km. Saya lihat Alex bukan main laju lagi membawa kereta. Padahal, jalan basah dengan air salji.

Saya dibawa ke Moscow State Univerisity. Di sana ada dua orang pelajar yang sedang menunggu saya. Seorang lelaki namanya Serge. Dia mengatakan dia ada nama Malaysia. Nama Melayunya Abdullah. Serge boleh berbahasa Melayu. Dia belajar bahasa Melayu di Moscow State University.

Seorang lagi namanya Natasha.

“Nama saya Natasha, nama Melayu saya Laila”. katanya

“kamu semua ada nama Melayu ke? Tanya saya.

“Ya, Kami di sini belajar bahasa Melayu, jadi kami ada nama Melayu”. Mereka menerangkan dengan bangga.

Teringkat pula saya akan orang Melayu yang berbangga menukar nama mereka kepada nama orang putih. Sharifah jadi Serry dan sebagainya.

Saya dibawa masuk ke dalam Universiti. Ia seperti sebuah kota tertutup. Jika di Malaysia ia seakan-akan bangunan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Di Moscow State Univerisity ini, semua kelas, pejabat dan lain-lain bilik ada di dalam bangunan. Ia bersesuaian dengan keadaan di sini yang senitasa sejuk.

Pintu masuknya menggunakan pintu pusing. Jika di Malaysia, pintu masuk ke pusat membeli belah ada tirai angin yang menghalang dari udara sejuk keluar, di sini tirai anginnya ialah angin panas. Ia untuk menghalang dari udara sejuk masuk ke dalam kawasan universiti.

Di dalam bangunan yang sama ada asrama, ada kedai dan kantin. Semuanya telah lengkap. Pelajar tidak perlu keluar ke bangunan tempat lain lagi.

Saya didaftarkan dan diberi bilik di asrama. Bilik pelajar di sini seperti apartment. Ada satu pintu masuk, kemudian ada dua bilik. Di situ ada satu tandas dan satu bilik air.

Saya duduk disebelah seorang pelajar Kirgistan. Dia seorang Muslim, tapi apabila saya tanya kedudukan kiblat, dia mengatakan sudah lama dia tak sembahyang. Tapi nanti dia tanyakan pada kawannya yang sembahyang.

Pendaftaran tempat penginapan selesai. Saya diajak untuk minum kopi. Jam menunjukkan pukul 1 waktu Rusia. Saya mula merebahkan badan dan berehat. Esok ada tugas yang perlu dibuat.

Persepsi pertama saya mengenai Rusia adalah baik. Orangnya suka menolong. Semoga terus dipermudahkan Allah.

Muhamad Abdullah
Moscow Rusia

12 comments:

Mohd Hazreen Rashid said...

salam ustaz...

saya pelajar malaysia tahun 5 di russian state medical university...

harap semuanya ok utk ustaz...

senang2 kita boleh jumpa iA...

-Hazreen Rashid

Anonymous said...

assalamualaikum warahmatullah..
tahniah ustaz selamat sampai...

tadi ana baru je lalu MSU ( MGU - Moskovskii Gasudarsvennii Universitet) , balik dari hospital. Masa lalu university tu, rasa macam ada sesuatu je, ni baru sampai rumah, terus buka laman ustaz, baru teringat ustaz dah sampai..

teringin sangat nak jumpa ustaz bila ada kelapangan..

moga dipermudahkan urusan ustaz.

sebelum terlupa, ana sedia membantu jika ustaz perlukan bantuan mendapatkan barangan halal di sini, atau nak ke masjid atau apa2 bantuan yang dibawah kemampuan saya, insyaallah, saya sedia membantu..

ini nombor saya +79266231489 , Mohammad syazwan bin ma'amin.

nurie said...

Seronoknya dapat merasa & melihat keindahan ciptaan Allah di tempat orang. Semoga segala urusan Ustaz dipermudahkan. InsyaAllah.

Shahabudeen Jalil said...

Ustaz, saya ada beberapa soalan penting disini.

berapa bantal yang diberi ??

cantik tak pemandangan di sana ??

Macam mana keadaan hidung orang di sana ??

Tandas di sana ada tempat cuci ke ???

Melawat makam siapa esok ??

BOSAN cara ustaz nie cerita.. Bukannya ustaz orang pertama dari Malaysia yang jejak kaki di Rusia.

Gaya cerita macam Sheikh Muzaffar jejak kaki ke angkasa. hhuahauhauhauhauha.

Baik tengok mawi world macam nie. Tak ada beza.

Hunny said...

Salam Ustaz,

First time baca artikel 'santai' ustaz. Selamat ber'santai'lah yerr.. Alhamdulillah, akhirnya selamat juga Ustaz sampai di Moscow. Ramai dah student2 sana tak sabar nak jumpa Ustaz. Bolehlah belajar bahasa orang2 sana nampaknya. Selamat menempuh hari kedua, ketiga dan seterusnya. Mudah2an dipermudahkan Allah sentiasa.

Shahabudeen Jalil said...

first time ???

he he he..

tak baik menipu.

Ustaz Amin said...

Alhamdulillah,saya selamat sampai. Okey, kita akan berkongsi pengalaman dengan yang tak pergi lagi. Yang dah datang,atau yang duduk sini,mungkin kurang berguna. Saya akan menulis mengenai Rusia dari apa yang saya lalui.

InsyaAllah, akan ada pengajaran yang boleh dikongsi bersama.

Shahabudeen Jalil said...

ha.. tgk tu.. dah start menjawab komen.. bagus2.. perkembangan yang baik.

tapi ustaz fikir sendiri la.. kalau cerita kosong sgt tanpa isi pun.. membosankan orang2 yg berfikir.

Last2 kat blog ustaz nie tinggal orang yg baik dah dan yang ikut ustaz membuta tuli macam hani, kamal dan azri ja... tak guna jugak.

Hunny said...

Alhamdulillah,

Saya termasuk kategori yang baik dan menikut membuta tuli.. rasanya lebih baik daripada kategori orang yang terlalu berfikir, sampai tak ada benda nak fikir, lalu berfikirlah dia pasal pemikiran orang lain, komen orang lain punya pemikirannya, terlebih2 pulak komennya, mencari pasal dan menulis pasal komen orang lain.. Macam attention seekers pun ada... Sian ek? :)

Shahabudeen Jalil said...

Jadi attention seeker lebih baik daripada duduk diam bila ustaz buat silap.

Jadi attention seeker lebih baik daripada menjadi kaki ampu macam dot dot dot.

Jadi attention seeker lebih baik daripada melihat website ini menjadi medan memuji ustaz sampai naik asap.

Memuji secara berdepan adalah sama seperti memenggal kepala orang yang kita puji. he he he.

Hunny said...

Kenalah tau beza ampu atau sokong. Rasanya, dalam blog ni, kebanyakan orang bukan puji ustaz, tapi beri komen positif, atau doakan perjalanan dakwah ustaz ni dipermudahkan.. Macam tu kira ampu / puji ke? kesian jugak, bila dah terlalu banyak sangat berfikir, sampai puji dan doa pun tak dapat beza.. Mental pecah ke beb? Kesiaannnn...Kenalah rehat dan rawat..

Harapnya,kalau tak nak blog ni jadi blog memuji, janganlah blog ustaz ni jadi medan mengeji..

Shahabudeen Jalil said...

sekurang-kurangnya.. saya tak jadikan blog medan fitnah seperti apa yg cik Hani buat sebelum ini...

sampai sekarang cik Hani belum jawab lagi fitnah yang dikemukakan.

Dulu cik Hani dok puji sakan.. sekarang dah tak puji dah lepas kena tegur.. (mungkin ada betul apa yg Azri cakap dulu kot)

Semakin hari, kita semakin nampak taring cik Hani.. he he he...

Siapa makan cili.. dia terasa pedas..

Kenapa cik Hani terasa bila saya cakap pasal orang mengampu.. cik Hani mengampu ke ??? he he he

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...