26 Mac 09, waktu Maghrib, saya dijemput ke Hostel Spartiv Naya pelajar perubatan. Tujuannya ialah untuk menyampaikan pengisian ilmu. Tajuk yang dibincangkan ialah “Sejarah Islam Nusantara”.
Melihat wajah adik-adik dan sahabat di sini menyebabkan hati saya gembira. Ini kerana, program ini dianjurkan sepenuhnya oleh mereka.
Jika datuk-datuk kita hidup semula dan melihat keadaan ini, pasti dia akan takjub dan menangis. Takjub kerana di zamannya, tidak ada anak-anak muda yang mahu duduk di majlis ilmu seperti ini, menangis kerana pasti mereka akan mengharapkan golongan muda seperti ini yang akan menjaga agama dan negara, menjaga kemerdekaan yang telah mereka tuntut sama ada dengan fikiran, peluh mahu pun darah.
Anak-anak muda mempunyai kegilaannya. Kehebatan Rasullullah saw apabila baginda berjaya menyalurkan kegilaan anak-anak muda kepada saluran yang baik.
Ada di antara anak muda di zaman Nabi yang memimpin angkatan tentera seperti Usamah bin Zaid Ada anak muda yang gemar menggembara maka diaturkan menjadi pendakwah seperti Abdullah bin Umar. Ada anak muda yang minat berhibur maka diletakkan Saidina Hassan bin Thabit untuk membimbing mereka berqasidah, bernasyid dan bersyair. Ada anak muda yang minat berniaga maka diletakkan Abdul Rahman bin Auf membimbing mereka.
Kegilaan anak muda ini tidak disekat tetapi disalurkan ke arah yang lebih baik.
Inilah kehebatan Rasullullah hingga generasi sahabat, tabi’in dan tabi’ tabi’in menjadi generasi yang unggul dan luar biasa.
Cuba kita lihat anak muda di Malaysia. Adakah kegilaan mereka dibimbing? Adakah kegilaan mereka disalurkan dengan baik?
Jika kita melihat ketika sambutan tahun baru dan hari merdeka, anak-anak muda mabuk, berkepit dengan perempuan, malam itu ditangkap sebab bersekedudukan, yang berambut pang, yang menjadi skin head, yang merempet dan sebagainya.
Adakah golongan seperti ini dapat diharapkan untuk mempertahankan negara jika negara di serang musuh. Atau, oleh kerana jiwa berhibur yang ditanam, mereka akan menjadi tali barut musuh untuk lagi menjahamankan negara.
Adakah golongan ini yang boleh diharapkan untuk membangunkan negara?. Membangunkan diri sendiri pun tak mampu, membangun keluarga pun tidak mampu. Berapa banyak statistik dadah yang meningkat, statistik mengandung luar nikah, bersekedudukan dan sebagainya.
Sesungguhnya, anak muda mempunyai kegilaannya. Kita tidak boleh sekat kegilaan mereka. Kita perlu salurkan dan bimbing golongan ini. Jika golongan ini dapat dibentuk, maka amanah perjuangan agama, bangsa dan negara baru boleh diamanahkan. Jika tidak, kita akan berputih mata melihat kerosakan umat.
Tapi saya yakin, sudah semakin banyak anak muda yang ada kesungguhan menjadi baik walaupun kebaikan itu terpaksa mereka usahakan dengan penuh kesusahan.
Di akhir kuliah ini saya ucapkan kepada mereka.
“Hari ini saya berkumpul dengan semua kita di bilik bacaan Hostel Spartiv Naya. Lima belas tahun dari sekarang, saya ingin berkumpul dengan saudara saudari sekelian di dewan-dewan Parlimen, di dewan perniagaan, di dewan antarabangsa dan sebagainya”
“InsyaAllah”?, saya bertanya
“InsyaAllah”, mereka menganggukkan kepala penuh semangat.
Semoga cita-cita ini menjadi kenyataan. Kita mengharapkan golongan seperti ini yang akan memimpin negara, golongan yang berpelajaran dan mempunyai kesungguhan untuk mengamalkan Islam sama ada di peringkat diri hinggalah peringkat ummah.

3 comments:
insyallah ustaz, lagi 5 tahun lagi kita jumpa kat dewn parlimen..
ustaz, abg shabuden suruh saya mintak doa kat ustaz..
bukan suruh minta doa sheikh..... orang suruh mintak didoakan....
Adusss.. camna nak jumpa di parlimen nie ???
Jumpa di makam pulau besar dah la..
Salam ustaz
"rambut pang"..ejaan melayu asli yg diadaptasikan di dalam ejaan enggeris.syabas ustaz!!terima kasih krn sudi berkongsi ilmu dgn warga spartiv.semoga mutiara kata yg indah itu kekal di dalam jiwa semua warga spartiv.selamat jalan ke st.petersburg dan kembali ke moscow dgn selamat
Post a Comment