Hari ini 22 Mac jam 6.00 petang, saya dijemput oleh para pelajar dari Moscow Aviation Institute bagi menyampaikan kuliah di tempat mereka.
Mereka semua adalah pelajar-pelajar kejuruteraan kapal terbang yang belajar di Moscow Aviation Institute ini.
Kuliah di sampaikan di tempat kediaman mereka di Dome 14 Vilisa Latsisa. Ia bermula jam 8.00 malam bagi sesi pertama iaitu soal jawab agama. Alhamdulillah, seperti pelajar perubatan di sini, mereka semua anak-anak muda yang ingin meningkatkan kefahaman agama. Ia satu petanda baik untuk ummat Islam di Malaysia. Dari bidang yang berbagai, telah ada orang yang cintakan agama dan sedang berusaha mendalaminya.
Di dalam hadith, Nabi saw telah bersabda:-
“barang siapa yang Allah kehendaki kebaikan padanya, akan difahamkannya mengenai agama”.
Sesi pertama tamat jam 10.00 malam dan majlis berehat. Alhamdulillah, saya dihidangkan dengan nasi ayam yang dimasak sendiri oleh adik-adik pelajar di sini. Setelah makan, majlis dimulakan kembali pada jam 10.40.
Sesi kedua ini, saya membawa modul “ISK Nusantara” (Inilah Sejarah kita – edisi Nusantara). Jika pelajar-pelajar Malaysia di Eropah, mereka terkenal dengan modul “ISK” (inilah Sejarah kita) dan terhenti pada keruntuhan khilafah Islam Turki, “ISK Nusantara” (Inilah Sejarah kita – edisi Nusantara) melanjutkan perbincangan kepada sejarah Islam hingga ke Nusantara iaitu perbincangan mengenai gugusan kita Melayu.
Mahasiswa/i di sini diingatkan kembali mengenai sejarah anak bangsa dan kaitannya dengan Islam. Kaedah membangun Islam khususnya di Nusantara.
Apabila anak singa tidak tahu bahawa dia adalah anak singa, maka dia akan merasakan bahawa dia hanyalah anak-anak kucing yang lemah. Begitulah penjajah menyembunyikan sejarah anak bangsa kita hingga kita tidak tahu bahawa kita berperanan di dalam membangun Islam di akhir zaman ini.
Akhirnya tidak sedikit orang Melayu yang meyakini bahawa Melayu adalah lemah dan layu. Inilah pandangan yang penjajah hendak dari kita. Merasa hina diri dan tiada jati diri.
Kita adalah adunan dari semua bangsa. Dalam Melayu ada adunan berbagai kaum. Kebangkitan Islam di Nusantara akan menjadi asas kepada kebangkitan Islam pada semua bangsa. Sesungguhnya, dalam kelembutan bangsa ini ada kehebatan. Sesungguhnya, air yang lembut boleh menjadi batu yang keras.
Saya yakin, pertemuan dengan adik-adik pelajar di sini bukan kebetulan. Ia diaturkan oleh Allah untuk kita sama-sama menggabungkan tenaga di dalam membangunakn berbagai bidang untuk Islam. Sesungguhnya, Islam itu syumul. Di dalam setiap bidang ada pejuangnya. dan setiap perjuang memerlukan tarbiah.

Al-Fakir ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Dome 14 Vilisa Latsisa
22 Mac 09
pelajar-pelajar kejuruteraan kapal terbang, Moscow Aviation Institute
Selesai sesi pertama, kami berjamuan sikit
1 comment:
Salam Ustaz,
Wah! Baru sekejap dah nampak makin muda bila dok sama2 dengan adik2 kat Moscow.. hehe.. Kalau dok lama2 lagi, lagi nampak muda la.. Teruskan perjuangan memberi penerangan kepada adik2 yang meminta dan bertanya..Mudah2an Allah memberi kefahaman dan ilmu yang bermanfaat kepada mereka. By the way, permohonan Peguam Syarie ustaz boleh hantar lepas balik nanti, tapi kena bagi surat nyatakan sebab2 kelewatan failkan.
Post a Comment