Thursday, March 5, 2009

Jawapan Pada Persoalaan 16

Alhamdulillah, pada kesempatan kali ini dapat kita bersama dengan ruang persoalan

? atiq said...
assalaamualaikum ustaz. saya ada menonton rancangan tanyalah ustaz di tv9. saya ada satu soalan tapi tak berkesempatan utk hubungi ustaz. mak saya ada mengajar satu doa untuk dibacakan dan ditiupkan di ubun2 anak untuk kesejahteraan anak. doa itu dipanggil bismillah 4 berbunyi bismillaahi syaafi bismillaahi kaafi bismillaahi muaafi bismillaahilladzi laayadurru maasmihi syai un fil ardhi walaafissamaa iwahuassamii ul alin. mak mengamalkannya sehingga anaknya besar dan semuanya boleh dikatakan berjaya dalam pelajaran. saya juga mengamalkannya untuk anak saya. soalan saya bolehkah ustaz memberi maksud doa tersebut. saya ingin tahu maksud doa tersebut semasa mengamalkannya. selain itu bolehkah ustaz berikan doa2 lain atau ayat2 quran lain yang saya bolh amalkan untuk kesejahteraan hidup anak saya di dunia dan akhirat. terima kasih ustaz asalamualaikum. March 4, 2009 1:42 PM

+ Dengan nama Allah yang menyembuhkan, Dengan nama Allah yang mencukupkan, Dengan nama Allah yang mengafaitkan, Dengan nama Allah yang tidaklah memudharatkan dengan namanya sesuatu pun di bumi dan dilangit dan Dia yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.
Selain itu, banyakkan baca fatihah niatkan untuk kebaikan anak-anak dan keluarga.

? faridah said...
Salam.apa hukumnya menyuntuk ubat perancang keluarga untuk mengelak daripada mengandung bagi tujuan sambung belajar? March 3, 2009 11:59 AM

+ Merancang keluarga asal hukumnya haram melainkan jika ada sebab-sebab tertentu seperti memudharatkan atau ada kewajipan yang lebih besar.

Jika belajar dengan tujuan memenuhkan kekosongan orang Islam terhadap sesuatu bidang, maka hukumnya harus.

? FauzyCaterers said...
Assalammualaikum....Saya ada mengambil tender-tender mencuci longkang dikawasan perumahan. kerja-kerja tersebut saya perolehi drpd kontraktor yg besar (main contractor), sy hanya menjadi sub-kontraktor sahaja... dan dibayar mengikut persetujuan antara sy dan Main-contractor... bukan dibayar mengikut harga yg dibayar oleh Majlis Bandaraya kpd Main-Contractor. Sy tiada kena-mengena langsung ttg urusan mendapatkan projek2 drpd Majlis.Sekarang sy mendapat tahu projek-projek yg diluluskan oleh Majlis Bandaraya kpd Main-contractor tersebut adalah melalui cara melobi pihak atasan majlis bandaraya...dgn memberi sejumlah wang kpd mereka..(bukti sahih)soalan..1)Adakah melobi utk mendapatan projek seperti memberi rasuah..?2) Adakah pendapatan saya halal... ?3) Apakah yg harus sy buat...?
March 3, 2009 1:16 PM

1. Melobi dengan memberikan sesuatu haram hukumnya
2. Pendapatan tuan halal sebab tuan hanya bekerja dan menyiapkan kerja yang dipertanggung jawabkan dengan baik. Tetapi jika dari awal dapat tahu, ia patut dielakkan.
3. terus minta bimbingan dari Allah agar diberi rezki yang halal.

? guest Slm,ustaz sya nk tnya,adakah boleh kita memberi zakat kpd ank lelaki yg sdh berkeluarga,tp tdk ckup duit & t'pksa berhutang?(zakat utk byr hutg) 2009-03-01 8:11 AM

+ Zakat tidak boleh diberi kepada orang yang berada di bawah tanggungan nafkah kita iaitu, ayah ke atas, anak ke bawah dan isteri.
Jika anak ini dalam keadaan tidak mencukupi, mereka mendapat nafkah dari kita bukannya zakat dari kita. Dari orang lain tak apa.

? Nor Salam ustz, sy baru menjalani pembedahan tulang belakang. Sy ingin sembahyg cara duduk masalahnya sy keliru dgn satu cermah yg mengatakan selagi kita leh berdiri utk petik suis selagi tu kita mesti mulai dgn berdiri dahulu dan seterusnya boleh lah duduk. Macam maner cara ri 2009-03-01 1:22 PM

+ Di antara rukun solat fardhu ialah berdiri. Jika sakit tidak mampu berdiri maka hendaklah dengan duduk.

Jika kita mampu berdiri di sebahagian solat dan kemudiannya terpaksa duduk, maka hendaklah berdiri pada tempat yang mampu.
Jika berdiri sebahagian menjadi masalah dan membuat kita tidak mampu, maka duduklah sepenuhya.
? Guest Ada seorg wanita mgambil anak angkat lelaki tp hanya utk mnjaganya di hari tua. Dia lgsung tak mesra dgn anak itu..slalu dibebel & bkata mnyesal , Anak yg dibela jd kurang mghormatinya krn sikap buruknya tetapi tetap mjaganya sbg mbalas jasa. Sila komen.

+ Jika memang betul niatnya begitu tak patutlah, hukumnya, jika sampai menzalimi perbuatannya maka haram.

?Guest salam ustaz. saya ingin bertanya mengenai aurat antara saya dan suami adik2 tiri saya. Adakah saya perlu menutup aurat dihadapan mereka? 2009-03-02 2:44 AM

Ya, kena di tutup, ini kerana Kak tetap boleh mengahwini mereka jika suami Kak sudah tiada.

? Guest salam ustaz. saya ingin bertanya tentang hukum bulu kucing. saya pernah diberitahu bahwa ianya adalah najis. saya mempunyai 2 kucing dirumah. 2009-03-02 2:46 AM

+ Jika bulu itu tercabut dari badannya, maka memang ada dua pendapat,
1. najis
2. tidak najis

? ila_Bt.Caves salam ustaz, bagai mana nak mengira status/ taraf seorang bayi sama ada sah atau tidak pasangan terlanjur ini nikah pada 26/4/1998 dan mendapat zuriat pada 14/10/1998, apakah status aniak ini bolehkad di bin/bt kepada bapa tersebut? 2009-03-02 5:24 AM

+ Jika anak itu telah ada sebelum perkahwinan, maka ia tidak dikira sebagai anak sah taraf. Ia tidak boleh dinasabkan dengan ayah tersebut.

? ila_Bt.Caves bagaimana hak penjagaan anak yg tak sah taraf setelah ibunya meninggal dunia? ayah atau keluarga arwah ibu? 2009-03-02 5:26 AM

+ mana-mana keluarga yang dinisbahkan padanya. Jika tiada, maka hak penjagaan itu akan jatuh pada pemerintah.

?ila_Bt.Caves adakah kedudukan ibu tiri sama dengan ibu kandung setelah ibu kandung meninggal dunia?, apakah pandangan islam dalam hal ibu tiri 2009-03-02 5:29 AM

+ Kedudukan yang sama dari segi taat dan hormat tetapi tidak dalam pewarisan harta.
? Guest salam..ustaz.. bgmana cara utk memupuk perasaan kasih syg suami terhadap isteri dan da x doa2 yg boleh diamalkan..terima kasih.. 2009-03-02 7:43 AM

+ doa dalam bahasa Melayu pun taka pa, mintalah pada Allah, banyakkan sentuhan dan senyuman. Kena banyak sabar dan minta lindung dari Allah.

? sha salam, ustaz.. baru2 ni saya ada buat istikharah, kemudian s saya bermimpi teman sya itu bkn jodoh saya. adakah benar itu petanda dia bukan jodoh saya 2009-03-03 8:55 AM

+ Jika itu jawapan istikharah, maka itulah jawapannya. Tapi buatlah banyak kali.

? hamba allah "SALAM USTAZ....adakah tidak sah solat seseorang itu jika dia terlupa untuk rukuk dalam solat" 2009-03-03 2:48 PM

+ sah dan perlu tambahkan satu rakaat lagi, rakaat yang tadi tidak dikira. Kemudian, buat sujud sahwi.

? zul salam ustaz, apa pandangan ustaz mengenai isu selawat syifa'? Bolehkah kita membacanya? Siapakah yang memulakannya? 2009-03-03 10:23 PM

+ Selawat itu bagus dan boleh di amalkan asalkan sahaja faham bahawa yang tetap memberi kesembuhan itu adalah Allah. Yang memulakan ialah ulama dari Hadramat Yaman.

? ira sy xyakin dengan puasa yang tidak ganti pada tahun 07.pastu sekarang sy nak ganti.adakah saya kena ganti double puasa tersebut? 2009-03-04 12:49 PM

+ Puasa tidak di gandakan

? Encik Mat Ustaz..tadi sy dgr satu kuliah,dia ckp,kal0 kita keluar musafir lepas waktu subuh,wajib utk solat jumaat,kal0 keluar sebelum subuh,baru tak wajib,btl? 2009-03-04 1:38 PM

+ Ya, mengikut pandangan mazhab as-Syafie.

Semoga menepati kehendak soalan, jika terdapat kesamaran, bolehlah mengajukannya kembali.

3 comments:

First said...

assalamualaikum ustaz,

saya urgent sgt2....nak tanya pendapat ustaz berkaitan dengan Pendidikan Seks. Mengikut pandangan Islam adakah pendidkan seks ini perlu dilaksanakan di sekolah dan PLKN bagi mengelak berlakunya kes rogol dan pembuangan bayidi malaysia. Adakah harus dilaksanakan?....kalau boleh ustaz jelaskan secara terperinci mengikut hukum islam.... boleh ustaz send delat email saya d9_22@yahoo.com.....sebab sy ada pembentangan mengenai ini pada hari khamis ini.segala perhatian ustaz amat dihargai.wassalam.

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya tentang hak penjagaan Hadanah apabila ibu kepada anak2 meninggal. Yg menjadi masalahnya sekarang saya sebagai bapa ingin menjaga anak-anak tersebut, tetapi ibu kepada arwah isteri saya juga mahu menjaga anak2 saya sehinggakan ibu mertua saya itu mengatakan yang arwah anaknya(isteri saya) telah mewasiatkan agar anak2 saya ini dijaga oleh oleh ibu mertua saya setelah beliaw meninggal dunia (isteri saya meninggal akibat barah). Apa yg saya baca di dalam perundangan hadanah kebanyakan nya menceritakan tentang cerai hidup, yang mana dlm kes bercerai hidup, hak penjagaan akan diberikan kepada si ibu, kemudian mak kepada ibu dan kemudian barulah bapa. Tetapi dalam kes saya ini ianya adalah bercerai mati. Adakah sama hak penjagaannya? Wassalam

HambaAllah said...

Assalamualaikum ustaz,
Saya sdh berumahtangga dan mempunyai sedikit masalah kebelakangan ini. Tidak dinafikan ada di antaranya berpunca dari saya sendiri. Akhir2 ini, saya banyak mencurigai isteri saya. saya cuba brtnya secara direct, adakah dia pernah@ada mempunyai hubungan 'terlarang' yang serius (bukan muhrim).Dia menafi sekeras2nya. Malah mengatakan saya memfitnah dirinya. saya cuma mahu kebenaran dan kejujuran darinya,lama kelamaan dia menaku hanya pernah berhubungan melalui tel. Jika dia mengaku sekalipun, saya redha dengan ketentuanNya, cuma saya tidak suka dgn kepura2an dan menyembunyikan sesuatu krn bagi saya rmhtgga yg bahagia tidak perlu ada rahsia Apa yang perlu saya lakukan? saya semakin buntu. Minta pandangan yang lurus dari ustaz