Sunday, March 15, 2009

Universiti Kehidupan 38 - Anda Yang Mana Satu?

Saya mulai masuk ke kelas di Moscow State University. Saya diperkenalkan dengan pensyarah dan pelajar-pelajar dari Jabatan Filologi Negara-Negara Asia Tenggara, Korea dan Mongolia. Di jabatan ini mereka mengajarkan 9 bahasa.

Mereka cukup fokus dan bersungguh dalam subjek yang mereka ambil. Ada pelajar yang baru 4 bulan mempelajari bahasa Melayu sudah boleh berbahasa Melayu.

Saya sempat melihat kelas belajar tulisan jawi. Ada di antara mereka yang begitu lancar membaca tulisan jawi.

Saya bertanya dengan Serge (pelajar tahun satu),

“kenapa kamu nak belajar bahasa Melayu”

Dia mengatakan, “saya nak bekerja di kedutaan Rusia di Malaysia, nanti saya nak kerja di Malaysia”. Jawabnya dengan yakin.

Kesungguhan di dalam apa yang ingin dicapai menyebabkan mereka cukup fokus dengan apa yang mereka buat.

Saya merenung dalam pada pelajar-pelajar ini. Saya suka merenung cara mereka berfikir.

Selama pengalaman yang sedikit ketika bergaul dengan manusia, ada 4 jenis pemikiran yang akan membentuk peribadi yang berbeza.

1. orang yang memikirkan mengenai dunia semata-mata. Dia mahu capai apa yang ada di dunia ini. Dia tidak memikiran akhirat malahan mungkin tidak kenal akhirat. Dia begitu fokus di dalam apa yang dilakukannya, dia bersungguh di dalam usahanya dan akhirnya dia berjaya dan membina kecemerlangan hidup di dunia ini. Banyak tamaddun dan manfaaat yang berjaya dibentuknya.

2. orang yang memikirkan dunia semata-mata, dia rasa hidupnya hanyalah sementara, di sekelilingnya dia melihat orang hidup dan mati. Oleh itu, sementara hidup di dunia ini, dia buat apa dia suka, dia nak nikmati hidup ini. Tiada kecemerlangan yang ingin dicapai. Kadang-kala hidupnya sendiri-sendiri dan kadang kala hidupnya sentiasa menyusahkan orang lain. Dia minum arak, berzina, mencuri, berpakaian mengikut apa yang dia suka. Akhirnya, hidupnya berlalu dengan begitu sahaja tanpa ada sesuatu yang bermanfaaat yang telah dilakukanya.

3. orang yang memikirkan hidup ini ada di dunia dan ada di akhirat. Oleh kerana hidup di dunia hanyalah sementara, akhirat yang selama-lama, maka ketika hidup di dunia dia tidak banyak melakukan apa-apa. Alasan untuk ke akhirat menyebabkan dia meninggalkan dunia sebahagian atau sepenuhnya. Kadang kala keluarga diabaikannya, kadang kala tidak dipedulikan tanggung jawab pada masyarakat dan Negara. Yang penting selamat hidup di akhirat. Ibadahnya hebat tetapi soal nafkah mungkin tidak dipedulikan. Kandang kala, akhlak dengan orang pun kurang dijaga. Ini kerana dia merasakan hidup di dunia hanyalah sementara dan tidak perlulah bersungguh untuk dunia. Yang penting akhirat selamat. Orang seperti ini, akan selamat di akhirat tetapi dunianya akan terbiar.

4. orang yang memahami hidup di dunia sementara dan hidup di akhirat adalah selamanya. Tetapi, dunia adalah jambatan ke akhirat. Mengingati akhirat menyebabkan di bersungguh-sungguh membangunkan dunianya. Ini kerana setiap pekerjaannya akan diselaraskan dengan syarak dan akan mendatangkan keredahaan Allah. Orang seperti ini akan memastikan seluruh kehidupannya cemerlang dan selaras dengan syarak.

Bermula dengan amalan bentuk diri dijaganya, amalan berbentuk keluarga pun dijaga juga. Soal nafkah, mendidik keluarga, berusaha melahirkan anak yang soleh dan solehah semuanya dijaga. Kemudian amalan ke masyarakat seperti mengadakan majlis ilmu, berziarah, membangunkan hubungan yang baik pada jiran, memelihara akhak sesama manusia, memakmurkan masjid, membantu orang susah dan fakir miskin, membantu anak yatim dan perempuan yang ketiadaan suami dan sebagainya.

Kemdian amalan bentuk Negara seperti membangunakan fardhu kifayah, membangunkan ekonomi Islam, membangunakan pendidikan Islam, kebudayaan Islam, mempertahankan Negara dari musuh dan membangunkannya selaras dengan syarak.

Amalan bentuk ummah pula seperti yang menjangkau sepadan geografi. Membantu manusia di peringkat antarabangsa.

Keempat-empat jenis pemikiran ini membentuk empat individu yang bebeza. Yang cemerlang hidup di dunia adalah golongan satu dan empat. Yang cemerlang hidup di akhirat ialah golongan tiga dan empat. Yang cemerlang hidup di dunia dan di akhirat ialah golongan empat.

Jika kita diberi pilihan golongan mana satu yang kita akan jadi?

Mana satu golongan yang ditakuti oleh musuh Islam?

Mana satu gologan yang pernah dilahirkan oleh Rasullullah?

Golongan yang mana satu yang bersama Sultan Salahuddin al-Ayubi ketika mengalahkan tentera salib di Baitul Maqdis?

Golongan yang mana satu yang bersama Muhammad al-Fateh ketika menumbangkan kota Konstantinopel?

Golongan yang mana satu yang Allah sebutkan di dalam surah al-Qasas ayat 77

Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (keba- hagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (keni'matan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) se- bagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu ber- buat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan.

Kita lihat diri kita, golongan mana satu kita sekarang?
"Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat"
Muhamad Abdullah
Moscow
Ini bangunan asal Moscow State University. Universiti ini telah berumur 250 tahun.
Antara pelajar yang mempelajari bahasa, budaya dan kesusteraan Melayu.
Buku nota pengajian mereka
Mereka sangat bersungguh dalam usaha mereka. Setiap mereka mempunyai nama Melayunya. Ada antara mereka bernama Laila, Ibrahim, Salmah, Jamilah, Aini dan sebagainya.
Bersama Prof Dr. Yefgenia
Bilik kajian dan pengajian Nusantara
Mereka mempelajari tulian jawi. Pada ketika ini mereka sedang mempelajari Hikayat Bayan Budiman.
Pelajar yang mempelajari tulisan jawi
Kelas tulisan jawi. Jangan terkejut jika mereka lebih lancar membaca jawi dari sesetengah dari kita.
Institute Of Practical Oriental Studies
Salah seorang pelajarnya pernah menjuarai pidato bahasa Melayu di Kuala Lumpur.
Antara pelajar saya di Practical Oriental Studies.

7 comments:

Azri said...

“saya nak bekerja di kedutaan Rusia di Malaysia, nanti saya nak kerja di Malaysia”.

Ana teringat cerita certa movie..pelatih pelatih CIA mesti tahu bahasa asing .. Parsi, Arab, Vietnam ..

harap nya student ustaz ni bukan dilatih untuk berkhidmat dgn perisik KGB

ana ada berjumpa pakar dari rusia. mesyuarat di kl. dia tak boleh berbahasa ingerris. tapi ada jurubahasa yang setia disebelah beliau menterjemahkan apa ana kata hinggakan ana cakap jurubahasa ni comel pun dia terjemakan juga. macam robot. agaknya budaya tentera semasa jadi komunis.

Ustaz Amin said...

Dasar negara besar mungkin begitu, mereka perlukan tenaga dari anak bangsa sendiri dibandingkan mengharap pada orang lain.

Shahabudeen Jalil said...

hahahaha... azri yg D.

memang prototype orang melayu yang Dangkal mempunyai pemikiran macam ko.

Even ustaz-ustaz pun fikir macam ini.

Ini terjadi sewaktu rakan aku dari eropah datang sini. Bila tahu mereka boleh ckp melayu, dan dan ini spy.. dah tahu mereka boleh tulis jawi.. dan dan kompom spy...

Diorang (org2 dangkal) nie fikir simplistik dan dengan mudah menuduh orang atau letakan prasangka buruk pada orang.

Tapi kalau perkara ini berlaku pada diri mereka, merekalah orang pertama yang akan marah dan keluarkan ayat-ayat Quran.

dangkal dangkal.

Mungkin sebab didikan sekolah agama macam tu dah kot.

Azri D, Orang suruh berurusan secara profesional, ko plak dok tengok awek rusia. Tak ke dangkal namanya ko nie ???

Ustaz nie komen atas tulisan ko ke ?? ataupun dia copy paste komen nie.. aku nampak macam komen ustaz nie boleh guna dalam semua keadaan. he he he.. ustaz pun dah jadi macam robot. Kerana ustaz nie takut nak memperkatakan apa yang dia percayai.

Dia hanya berani bercakap perkara umum supaya semua orang berbaik dgn dia.

Nurhani Salwa Binti Jamaluddin said...

Saya cuba nak tergolong dalam golongan keempat.

Azri said...

Tak faham maksud Ustaz. Negara kita yang kecik ni pun harap orang sendiri buat.

nurie said...

Apa pendapat ustaz dgn org yg menghadkan masanya...dia sentiasa berserah diri pd Allah tp sebelum umur 40 tahun, dia jd golongan 1 (nak kumpul harta dunia byk2)dan lepas umur 40 tahun dia nak bertaubat & tumpu pada ibadah menuju akhirat mggunakan harta yg telah dikumpul. Klu dia meninggal sblm 40, dia berserah sahaja pd Allah kerana dia rasa Allah memang tak izinkan dia bertaubat. Macam mana tu ye Ustaz?

Ustaz Amin said...

Memang saya pun pernah jadi kolot. Fikir tak luas. Mmm..itulah manusia. Sentiasa di dalam kekurangan. Sebab itu, kita tak boleh jadi sombong. Sebab orang sombong tak akan dapat meningkatkan dirinya. Terima kasih pada semua yang sama-sama saling menegur..