Sunday, March 1, 2009

Diari 35 - Di Sebalik Tabir

Alhamdulillah, hari ini 1 Mac selesai saya menyempurnakan program "Tanyalah Ustaz" di TV 9. Saya nak kongsikan di sebalik tabir perjalanan saya dalam dua hari ini.

Secara peribadinya, program ini merupakan program yang agak mencabar. Ini kerana, soalan yang diajukan adalah spontan tanpa kita tahu apa yang akan ditanya. Kalau rancangan al-Kuliyyah sekalipun, jika ada orang mengajukan soalan, kita akan diberitahu ketika masa berhenti iklan. Jadi, dalam dua minit kita sempat untuk membuat persediaan pada jawapan. Tapi, Tanyalah Ustaz soalannya, kita tidak tahu apa yang ingin diajukan.

Untuk para penonton, ia sangat bagus. Para penonton boleh berinteraksi sendiri dengan ahli panel secara langsung.

Bagi penerbit, syabas saya ucapkan.

Selepas selesai hari pertama semalam, saya telah turun ke Melaka. Saya terlibat dengan ceramah di Kota Ilmu di Jom Heboh Melaka.

Program ini juga mencabar bagi siapa yang ingin melatih psikologi dakwah. Jika kita ceramah di masjid, semua orang akan duduk, mendengar dan perhatikan apa yang kita sampaikan. Kita dapat sampaikan dengan selesa. Tetapi, di sini, ketika kita ceramah, orang keluar masuk. Ada yang duduk kejap dan keluar. Ada yang masuk balik. Ini tidak termasuk muzik-muzik yang kuat yang ada di sekitar Jom Heboh ini.

Allamdulillah, petugas-petugas yang ada semangat Islam telah berusaha untuk memperbaiki perjalanan expo ini. Walaupun masih jauh dari kesempurnaan, namun usaha mereka tetapi tidak kecil. Sekarang, laungan azan dapat dikumandangkan. Dan mulai tahun ini. solat jemaah di dataran sudah mula dibuat.

Habis program di Melaka, saya dan petugas makan malam bersama-sama sambil berbual-bual. Selepas semua urusan selesai, saya bertolak balik ke KL. Alhamdulillah, saya selamat sampai pukul 2 lebih.

Pukul 5 pagi saya sudah mula bersedia untuk ke Sri Pentas.

Hari ini, program "Tanyalah Ustaz" terdapat sedikit masalah teknikal. Hampir 20 minit para penonton tidak dapat melihat gambar di TV, hanya mendengar suara sahaja. Ia berasal dari masalah pada kebel pemancar. Segala panggailan masuk juga tidak dapat di dengar.

Penerbit agak kelam kabut menangani masalah ini. Laporan terpaksa diberi kepada orang atasan terhadap masalah yang berlaku.

Sarapan kita ditaja oleh Restoren Syed.

Setiap kali habis program seperti ini, setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah. Dia yang mengizinkan ia berjalan dengan baik. Dia mengizinkan saya yang jahil dan lemah ini berkongsi jawapan terhadap segala persoalan.

Saya yakin, di luar sana, banyak para Tuan-Tuan Guru yang sepatutnya bersama kita. Namun, amanah program ini cuba saya sempurnakan dengan sebaik mungkin.

Semoga, ia memberi manfaat kepada kita semua. Amin..
bersedia sebelum program
antara soalan yang diajukan melalui e-mail
Ceramah di Kota Ilmu di Jom Heboh Melaka. Tajuk pertama ialah mencintai Nabi.
Ia satu program yang baik untuk latih psikologi dakwah. Orang keluar masuk akan menyebabkan kita terganggu di dalam penyampaian. Tetapi, ia satu latihan yang baik. Ini kerana, pendakwah perlu terjun ke tengah masyarakat dan tidak hanya di masjid yang orang nya telah baik.
Pada waktu petang, tajuk yang disampaikan ialah mengenai muhasabah. Petang ini hujan. Jadi ada yang datang untuk berteduh.
Persiapan untuk hari kedua.

8 comments:

Azri said...

Salam Ustaz,

Jom heboh kata nya haram tapi ada ceramah ugama. Selalu lah kita dengo jangan campur aduk amal yang baik dgn yang batil. macamna tu ustaz.? Ana tak tau berapa lama ustaz dah pi jom heboh buat ceramah , ada peningkatan ke yg datang ceramah lebih ramai dari pergi konssertnya. pendekatan ustaz ni berbaloike.
Ana rasa TV3 ni perguna aje ustaz ustaz untuk menghalalkan ape dia buat ni. "kan aku kata tak da masaalah, ustaz amain pun ada datang beri ceramah kat jom heboh". Macam lah swish cash dulu, kan ramai ustaz ustaz yang join...kalu ada ustaz halal lah.

Masa ana tengok Majalah 3 di Gaza. Nurulsyuhada hulur tangan utk salam dgn pemuda gaza. dia tak tau kot tak leh salam. kalau jumpa dia sampaikan pesan tak leh salam.

Shahabudeen Jalil said...

nanti kat akhirat, bila kita ditanya.. apa hang buat sewaktu berlaku maksiat di jom heboh...

maka si azri dangkal akan menjawab, "saya bukan mamak, saya dok kutuk2 kat blog ja"

ini lebih teruk berbanding ustaz bagi ceramah sewaktu jom heboh.

Tidakkah hassan al banna terkenal dengan ceramah 5 minit dalam kelab-kelab malam.

Ada burung yang bawa air untuk padamkan api yang membakar nabi ibrahim. Sia-siakah tindakan burung itu ???

Bagi orang dangkal, memang dia hanya tengok hasil dunia semata-mata.

Apa kaitan pula dengan nurulsyuhada tu dengan hal ini ???

dangkal oh dangkal..

Azri said...

Wahai Shahbudeen yang bijaksana.

Ana yang dangkal ni pernah dengar kita mesti jahuilah dari tempat maksiat.

Hassan albana pergi ke kelab malam bagitahu tempat tu haram. Adake ustaz ustaz yang beri ceramah kat jom heboh tu kata jangan datang sini ..haram..pas tu TV3 tak jemput dia lagi lah..

Nurulsyuhada tu cun juge kan.Kalau lah dia pakai tudung..mesti lagi cun

Azri said...

sambungan...

Program di TV ni patut ada pemantauan oleh pehak macam Jakim ke..contoh makan barang barang ada sijil halal, bank ada sijil perbankan islam. Tv pun pun ada sijil macam ni. Maybak ada bank konvensional dan perbankan islam. kenapa tak TV3 kalau nak terus dengan program maksiat patut khaskan TV9 yg halal. Cermah ceramah boleh lah buat kat TV9. Mula mula TV9 ni nampak alim tapi la ni start masuk drama dan program merapu. Adeke persembahan nasyid diiringi kugiran dan penyanyi latar wanita tak tutup aurat. Siapa yang tak nak bersubahat di TV3 boleh lah pindah ke TV9 misanya..macam bank. Amacam..rasa nya benda ni boleh dibuat.

Shahabudeen Jalil said...

Kalau ikutkan pemikiran Azri ni.. tunggu semua jadi halal baru kita start program amal.

dangkal.

Start dulu apa yang kita boleh buat hari ini dengan apa yang kita ada.

Kalau ada 5 minit .. gunakan lima minit untuk sampaikan dakwah. bukan tunggu semua halal.

Azri said...

Wahai Shahbudeen,

Bila pulak ana tulis semua kena tunggu halal.

Anta faham ke apa ana tulis.
Anta kan bijak . Baca lah betul betul.

Nabi ajar kita kena faham hasrat. Oleh tu jangan main sondol je. Sheikh! faham ke ni ?

Anonymous said...

WAHAI SAUDARA2 KU BERDUA CUBA CARI TITIK PERSAMAAN DIANTARA ANDA BERDUA....JANGAN SIKAP BEGINI MENGGAMBARKAN KESELURUHAN SAUDARA2 KITA DI LUAR SANA..ASYIK BERTELAGAH....BILA NAK BERSATU.....KESIAN KAT GENERASI ANAK2 KITA.....

Anonymous said...

Salam..korang jgn gaduh leh x??..ade ke patut gaduh..setuju dgn anon di atas,cari titik persamaan antara korang berdua..lagipun,shahabudeen jgn la sesedap mulut je panggil org dangkal,org lain pun ade perasaan gak..Dont be selfish!!..azri hanya bertanya..cuma ustaz tidak sempat membalasnye lagi....

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...