Tuesday, March 10, 2009

Universiti Kehidupan 34 - Antara Tiga Darjat

Hari ini, 9 Mac bersamaan dengan 12 Rabiul Awal. ramai orang menyambut sambutan Maulidur Rasul. Ada yang berarak, ada yang mendengar ceramah dan ada yang menganjurkan forum.

Pagi ini, saya melalui jalan di USJ 17. Dari kejauhan saya melihat anak-anak kecil seumur 7 tahun berarak berselawat beramai-ramai. Mereka membawa sepanduk dan kain rentang. Tertulis slogan-slogan yang tinggi bahasanya. Mungkin, anak ini pun tidak memahami slogan-slogan ini.

Walaubagaimana pun, saya terharu melihat gelagat mereka. Alangkah baiknya jika program mengingati Nabi dan mengingati Allah selalu dianjurkan seperti ini.

Perarakkan ini dianjurkan oleh Masjid dengan kerjasama sekolah. Anak-anak ini tidak didedahkan dengan ceramah, hanya selawat beramai-ramai.

Pada pukul 3 petang, saya dijemput oleh Hiraq Marketing untuk menyampaikan ceramai Maulidur Rasul di SACC Mall di Shah Alam. Keadaan di sini berbeza. Kali ini, ia dipenuhi oleh anak-anak muda seumur belasan hinggalah hujung tiga puluhan.

Ada yang membawa pasangan lelaki atau pasangan perempuan. Ada yang berjalan berpegang tangan, ada yang membawa bunga di tangan kerana teman lelakinya baru membelikan bunga untuknya, mungkin bersempena dengan hari jadinya. Ada orang Islam dan ada juga orang bukan Islam.

Apa yang baiknya ialah mereka duduk berkumpul dan mendengar persembahan nasyid dan selawat dari Muadz dan ceramah ringkas Maulid.

Malam pula, saya terlibat dengan forum Maulidur Rasul di Surau al-Ihsan di Taman Ihsan Kepong. Kali ini, ia dipenuhi dengan orang-orang berumur 40 tahun ke atas. 95% adalah orang tua, 5% orang muda dan ada juga kanak-kanak yang mengikut keluarga mereka ke majlis ini.

Sambutan Maulidur Rasul yang disambut di berbagai tempat membuka ruang berbagai golongan mengingati Nabi.

Sebab itu Dr Yusuf al-Qardawi di dalam mengulas sambutan Maulidur Rasul tahun ini menyatakan bahawa "adakah salah kita membuat program untuk mengingati orang yang paling berjasa pada kita?"

Cuba kita bayangkan jika kita menerima fatwa yang mengharamkan sambutan ini. Ke mana anak-anak kecil ini berada pada waktu pagi tadi.

Adakah anak-anak muda di SACC Mall akan duduk berhimpun untuk mengingati Nabi.

Adakah orang tua di masjid akan berkumpul untuk sama-sama berselawat pada Nabi.

Semua perkara, jika dianjurkan, akan ada orang yang mendukungnya. Jika perkara jahat dianjurkan, akan ada orang berkumpul untuk melihat dan menyertainya.

Keadaan ini sama jika perkara yang baik dianjurkan, pasti akan ada pendukungnya juga.

Oleh itu, kita kena selalu merancang untuk menyebarkan Islam ini pada orang lain, sama ada pada orang Islam sebagai Islah (pembaikan) atau pada orang bukan Islam sebagai dakwah (seruan).

Jika Islam itu sifatnya global, maka sudah tentu dakwah juga perlu global. Jika Islam itu untuk semua golongan, maka sudah tentu dakwah juga perlu pada semua golongan.

Walaupun sambutan ini baik, tetapi ia perlu ditingkatkan lagi agar lebih sempurna. Ukurannya ialah agama. Antara perkara yang perlu ditingkatkan ialah:-

1. Ketika sambutan, pergaulan lelaki dan perempuan hendaklah dijaga. Jangan sampai perarakkan Maulidur Rasul menjadi satu majlis percampuran lelaki dan perempuan tanpa batas.

2. Niat jangan salah, jangan membuat sesuatu perkara untuk berlumba-lumba majlis siapa lebih hebat, untuk cerita dekat orang tahun ini, masjid kita paling meriah. Niat asal untuk mengingati Nabi perlu dipelihara.

3. Bagi para penceramah, janganlah jadikan sambutan Maulid sebagai satu musim keuntungan. Mana masjid yang memberi habuan lebih, maka itulah yang akan dipenuhi. Jika surau-surau buruk, di berikan alasan, jadualnya penuh walaupun sebenarnya masih kosong.

4. Bagi penganjur, jangan sampai berlaku pembaziran di dalam menganjurkan program. Kadang-kala di masjid, sampai berlebih-lebih makanan. Kadang-kala sampai dibuang.

5. Bagi penganjur juga, jika melibatkan kanak-kanak dan penggunaan jalan raya, keselamatan perlu diambil berat. Jangan kita rasakan semua orang akan memerlahankan kenderaan mereka. Jangan juga perarakkan membahayakan pengguna jalan raya.

6. Bagi ustaz yang berfatwa tidak menerima kaedah sambutan Maulidur Rasul ini, carikan alternatif pada program yang boleh membawa masyarakat lebih hampir kepada mengigati Nabi.

7. Bagi ibu dan ayah, peluang cuti ini, untukkan masa yang berkualiti dengan keluarga. Ajak anak dan isteri ke Masjid untuk mendengar syarahan mengenai Nabi. Kadang-kala, ramai yang tidak sempat mendengar ceramah pada bulan-bulan biasa. Bulan Maulid yang penuh dengan ceramah ini, ambillah peluang untuk meningkatkan ilmu.

Orang Islam itu sentiasa memperbaiki dirinya. Ini kerana, bermula dengan niat akan lahir tekad, dari tekad lahirlah semangat, dari semangat akan lahir kuat. Dari kuat maka semua cabaran dalam beramal akan rasa kecil.

Semoga kita terus dapat mengigati Nabi selalu, sesungguhnya, orang yang mencintai sesuatu akan selalu mengingatinya.

Universiti kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat

Muhamad Abdullah
Putra Heights, Subang Jaya Selangor.


Sambutan bagi kanak-kanak


Sambutan Bagi Remaja

Sambutan Bagi Dewasa

11 comments:

Hunny said...

Teruskan usaha dakwah ustaz. Moga lebih ramai yang mencintai dan menyayangi Nabi dan Allah. Selawat dan salam buat Rasulullah SAW. Terjawab persoalan yang EN Shah tanyakan, seolah-olah sia-sia aje sambutan Maulid diadakan.

Shahabudeen Jalil said...

moga Cik Hani akan lebih menyintai Rasulullah selepas penat berarak di jalan raya semalam.

Selain ibadat Puasa, Zakat, Haji, sila masukan juga berarak sempena Maulid Rasul. Ini ibadat setahun sekali menurut Ustazah Hani.

Cuba baca artikel dibawah.

http://drmaza.com/home/?p=567

moga terjawab persoalan Cik Hani setelah penat berarak semalam. he he he.

Shahabudeen Jalil said...
This comment has been removed by the author.
Shahabudeen Jalil said...

Cik Hani belum balik dari berarak ke ??? Sejak bila masuk mazhab Syi’ah Fatimiyyah pulak ??]

flight ustaz pkl 7.55 pagi esok.. tak pergi hantar ?

berarak dari rumah ke airport boleh gak tu.. dah biasa berarak macam nie bagus la. he he he.

Hunny said...

En Shah,

Patutlah pandangan anda lain macam, rupanya pengikut Dr MAZA, yang memang pandangannya banyak dipertikaikan kerana terlalu liberal dan mempertikai pandangan ulama muktabar..

Tak cukup dengan tu, dakwa saya bermazhab syiah pulak.. Masyaallah...Memang sah pengikut setia.Mudah-mudahan En Shah diberi petunjuk.

Saya dah baca artikel itu,dan ada beberapa yang saya nak kongsikan di sini.

1)Dr MAZA berkata :- Di samping itu, hendaklah kita sedar, jika kita mengikuti Nabi s.a.w, maka pastikan kita tidak menokok tambah ajaran baginda apa yang baginda tidak izinkan. Baginda bersabda:

“Sesiapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami ini (Islam) apa yang bukan daripadanya maka ia tertolak” (Riwayat Muslim).(Ini memanglah hujah utama Dr MAZA dan pengikutnya). Yang peliknya, dia kata Allah duduk bukan bid'ah pulak? tak ada pulak dia kata program2 yang menyebabkan orang lupa pada agama bid'ah?, program2 agama ni, mengingati Nabi,tahlil dan talkin (ingat mati)takbir (membesarkan Allah)semua bid'ah pulak.. Dr apa nih?)


2) Dr MAZA berkata : Oleh kerana baginda tidak pernah menunjukkan kita ibadah khas sempena kelahiran baginda samada solat khas, atau puasa khas atau bacaan khas, maka kita tidak boleh mengadakannya. (Sedangkan ulamak Mazhab yang empat pun tak melarang sambutan ini diadakan, depa pun Syiah juga ker?)

Saya ingin merujuk kepada pandangan seorang ulamak Ahli Sunnah [al-‘Allamah al-Muhaddits Sayyid Muhammad bin Sayyid ‘Alawi al-Maliki al-Hasani] mengenai mengadakan sambutan Maulid Nabi صلى الله عليه وآله وسلم,

[beliau jelaskan 4 perkara tetapi disini hanya dimuatkan 2 perkara sahaja ….]:-

Pertama: Kami merayakan maulid Sayyiduna Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم selalu dan selamanya di setiap waktu dan disetiap peringatan dan disetiap kesempatan yang mana disana ada kegembiraan atau kebahgiaan atau semagat. Lebih-lebih lagi dibulan kelahiran Baginda iaitu bulan Rabi’ul Awwal dan dihari Baginda dilahirkan iaitu hari itsnin. Dan tidak layak bagi seorang yang beraqal bahwa dia bertanya: Mengapa kalian merayakannya? Kerana pertanyaan itu sama halnya dengan dia menanyakan: Kenapa kalian bergembira dengan kelahiran Nabi صلى الله عليه وآله وسلم? Dan seolah-olah ia juga berkata: Mengapa kalian merasa gembira dan bahgia kerana orang yang di Isra’ Mi’rajkan ini? Apakah selayaknya pertanyaan sebegini terbit dari seorang Muslim yang bersaksi bahwa Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم ialah Utusan Allah?

Sebab itu adalah pertanyaan yang dungu yang tidak berhajat kepada jawaban. Cukuplah bagi orang yang ditanya untuk menjawabnya: aku merayakannya kerana aku sukacita dan gembira dengan kelahiran Nabi صلى الله عليه وآله وسلم, dan aku cinta kepada Baginda صلى الله عليه وآله وسلم. Dan aku cinta Baginda صلى الله عليه وآله وسلم kerana aku adalah seorang Mu’min.

Kedua: Yang kami maksud dengan perayaan disini ialah berkumpul untuk mendengar sirahnya Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, bershalawat kepada Baginda صلى الله عليه وآله وسلم, mendengar qasidah-qasidah yang memujinya, mengadakan jamuan makan, memuliakan orang-orang faqir dan yang memerlukan bantuan, yang mana semua ini akan menimbulkan kegembiraan dan ketenangan di hati para Muhibbin (para pencinta Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم)…… [Petikan dari kitab Haulal Ihtifal bi Zikri al-Maulidin Nabawi asy-Syarif karya al-‘Allamah al-Muhaddits Sayyid Muhammad bin Sayyid ‘Alawi al-Maliki al-Hasani]

Saya bukan terer sangat bab ni. Cuma sedih bila ada orang Islam sendiri pertikaikan sambutan Maulid Nabi,tapi dalam masa yang sama, hari lahir sendiri dan kaum keluarga disambut setiap tahun. Wallahua'lam.strev

Shahabudeen Jalil said...

he he he..

Sedarkah kita ?? bila kita sambut dan bergembira dengan sambutan kelahiran Nabi kita yang tercinta, kita juga menyambut hari kewafatan baginda ???

Hujah Cik Hani nie sekadar ambil hujah orang lain tanpa dalil.

Kalau nak berhujah, bagi dalil dari Ayat Quran dan Hadith atau pendapat-pendapat Ulamak Muktabar. Bukan Ulamak yang jadi penasihat kepada orang macam Raja Faisal.

Mungkin Cik Hani sekadar cari dalam internet kot.. bercakap tanpa isi.

1. Tentang isu Ustaz Asri kata Allah duduk tu.. mana buktinya ??? Nak cakap kosong, baik cakap di kedai roti canai.

2. Ada ka bukti Ulamak Mazhab yang empat menyambut sambutan ini ???
Nak cakap kosong, baik cakap di kedai roti canai.

Tak perlu bersedih Cik Hani. Dengan berarak ke hulu ke hilir tidak akan menambah atau mengurangkan kehebatan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.

Apa yang Nabi kita nak dari kita adalah kita teruskan perjuangan yang baginda wasiatkan kepada kita.

Bukan berarak ke hulu ke hilir.

Saya juga bukan orang yang berpegang atau bergantung kepada seorang ustaz saja macam Cik Hani.

Selagi mana ustaz kita ikut Islam. Kita ikut dia. Disaat dia menyimpang, kita menegurnya. Ini dipanggil perjuangan.

Bukan berarak ke hulu dan ke hilir.

Ustaz Amin sendiri buat salah dengan menyuruh orang bukan Islam kembali kepada agama mereka. Setelah saya tegur. Dia betulkan tulisannya.

Ini orang yang boleh terima teguran walaupun dia edit artikel itu secara diam-diam (mungkin takut orang detect dia buat salah)

Tulisan Dr. Maza kukuh dengan ayat Al-Quran dan Hadith berkenaan hal ini. Sebab itu saya boleh sokong beliau dalam hal ini.

Tulisan Ustazah Hani pula, penuh dengan copy paste. Cuba baca biografi ulamak yang Ustazah Hani quote tu.

he he he.

Hunny said...

En Shah,

Kategori Sunnah banyak, qauliah, fi'liyah dan sunnah taqririyyah, yang mana Nabi tak kata boleh atau tidak. Tak ada pulak dalil yang kata berselawat sambil berarak tu tak boleh.. Yang ada, kalau sekali kita berselawat, 10 kali Malaikat berselawat ke atas kita.

For further reading, check lah beberapa blogsite ni:- http://abulehyah.blogspot.com.atau http://al-fanshuri.blogspot.com mungkin banyak boleh dirujuk.

Atau tanyalah pada yang lebih arif, contohnya Dr Othman El Muhammady, atau Dato' Dr Harussani , dua2 tokoh Maal Hijrah. Boleh gak tanya Mufti Wilayah. Kalau saya hujah banyak2 pun, pandangan saya mungkin tak diterima, almaklumlah, 'cut and paste' ajer..:)

TQ, Wassalam.

Shahabudeen Jalil said...

tak menjawab soalan pun. saya copy paste semula soalan saya.

1. Tentang isu Ustaz Asri kata Allah duduk tu.. mana buktinya ???

2. Ada ka bukti Ulamak Mazhab yang empat menyambut sambutan ini ???

Kalau amik SPM.. tak baca soalan, terus jawab, memang sah fail. walaupun jawapan tu nampak macam bijak.

Jawapan kononnya bijak tak semestinya tepat. Jawapan tepat adalah jawapan yang menjawab soalan.

Contohnya saya tanya pada Cik Hani. Apa nama kamu ??

Cik Hani menjawab : Maka sesungguhnya Malaysia ini negara yang aman damai. Berarak ke sana ke mari dapat meningkatkan iman.

he he he..

Jawapan Cik Hani memang jawapan yang kononnya bijak tetapi tidak menjawab persoalan.

Terima kasih.

Hunny said...

Kalau jawab pun, semua u tolak.. dah ku kata, gi lah jengok blog site tu.. adalah jawapannya.. sebab tu malassss nak bagi jawapan kat en shah. baik saya habiskan masa berselawat...

Shahabudeen Jalil said...

pandai buat fitnah jer cik Hani nie...

fitnah yang dibuat.. boleh siar kat sini.. tapi kalau nak jawapan, kena pi melawat website orang pulak..

tak baik berkata2 sesuatu yang kita tak boleh bertanggungjawab diatasnya..

muharrikdaie said...

Akhi/ukhti ... jgn kita mujadalah perkara yang tak membuahkan amal.Akan menjadikan hati hati kita keras.Perkara2 furu' ni baiklah kita berlapang dada ...Semuga semua dirahmati Allah.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...