Tuesday, March 17, 2009

Universiti Kehidupan 39 - Jalan Pulang

Ahad 15 Mac 09, 10 pagi, hari ini saya tidak mempunyai apa-apa urusan. Waktu yang ada saya ke Cyber Café. Tengok email dan update blog. Di kawasan universiti tidak ada Cyber Café, ia agak jauh sedikit, kira-kira 10 minit perjalanan.

Sedang saya membuka email, tiba-tiba telifon saya berbunyi, saya melihat telifon saya, ini nombor Rusia ni. Saya pun angkat telifon ini.

“Hello, En Muhamad, apa khabar?”

Saya kenal suara ini, ini Dr. Tatiana, Prof Pengajian Nusantara.

“Ya Dr, saya sihat, Dr. apa khabar?”

“Okey, esok kita ada kelas jam 10.30 pagi, boleh datang? boleh datang sendiri?

“Okey boleh”, jawab saya.

“Kalau tak tahu nanti hubungi saya ye...” Dr. Tatiana mencelah.

“Okey, okey, terima kasih,” saya mengakhiri perbulan.

“Datang sendiri?”, bisik hati saya, “macam mana ye,.” Saya hanya pernah dengar dari pelajar saya bahawa dari kampus induk ke kuliah hanya tujuh stesyen sahaja.

“Tak apa lah, kita cuba esok,” bisik hati saya.

Keesokkannya, 16 Mac 09, pagi-pagi lagi saya telah siap. Pukul 8.30 saya mula keluar menuju Metro (kereta api bawah tanah).

“Okey, tujuh stesyen”. Bisik hati saya. Di sini, tak macam Negara Arab atau di Eropah, jika di Arab kita boleh tanya dan boleh baca tulisannya. Di Eropah juga begitu. Di sini, tulisannya lain, orangnya juga ramai yang tidak tahu bercakap di dalam bahasa Inggeris.

Kalau tersesat atau terlepas, alamat susah le..

Saya mengambil pen dan buku tulis saya, saya nak catit ciri-ciri setiap stesyen. Agar kalau balik nanti pun tak tersesat, atau kalau saya terlepas ke mana-mana stesyen saya ingat stesyen yang pertama. Saya kena perhati betul-betul perjalanan ini. Kena kira dengan baik, kalau terkhayal atau lupa bilangan stesyen yang telah dilalui, maknanya saya akan tersalah turun. Saya tak boleh terawal satu stesyen pun atau terlebih satu. Kereta api mula bergerak.

Okey, stesyen pertama, atas jembatan,
stesyen kedua, ada lampu di dinding,
stesyen ketiga, ada mar-mar merah di dinding, stesyen keempat ada mar-mar putih di dinding, stesyen kelima ada lampu di tiang,
stesyen keenam ada lampu bulat di dinding.
stesyen ketujuh ada mar-mar putih di tiang dan di dinding.

Okey turun.. saya cepat-cepat turun dari kereta api.

Waktu keluar dari stesyen, saya menarik nafas lega. Alhamdulillah, betul pun. Syukur saya tak sesat. Saya berjalan penuh lenggang dengan hati yang lapang. Syukur selamat sampai. Jika di Malaysia, perjalanan yang selamat kadang-kala lupa untuk bersyukur.

Saya masuk ke universiti. Duduk dan merenung kembali perjalanan saya tadi.

Barang kali, beginilah keadaan orang yang ingin kembali ke akhirat.

Untuk selamat, ia mesti mengikut tepat seperti mana yang diajarkan.

Kalau salah ikut, ia tidak akan sampai.

Jika terlalai, kita mungkin akan terlepas atau turun awal sebelum sampai ke tempat yang sebenar.

Kita disuruh memerhati betul-betul jalan ke akhirat. Likunya lebih dahsyat dari liku di dunia. Stesyennya lebih banyak dan lebih mengelirukan.

Jika kita kurang mahir di dalam membaca tanda-tandanya, berdampinglah dengan orang yang mahir dari kalangan ulama yang ikhlas. Mereka mahir di dalam jalan pulang ke akhirat dan sudi membawa kita bersama.

Sesungguhnya, Nabi tidak meninggalkan kepada kita harta, baginda meninggalkan kepada kita al-Quran dan Hadith. Yang paling mahir di dalam memahami apa yang Nabi ajar ialah para ulama yang ikhlas. Sesungguhnya, ulama itu pewaris Nabi. Oleh itu berdampinglah dengan ramai ulama’, semoga kita mendapat bimbingan dari mereka untuk selamat pulang ke tempat asal kita.

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

Muhamad Abdullah
Moscow
kenangan, catitan perjalanan saya ke universiti. Saya hanya tahu, tujuh stesyen.

3 comments:

Hunny said...

salam Ustaz,

Tulisan macam tu, patutlah anak urid berkerut2 tak paham.. macam tulisan doktor.. hehehe..

Azri said...

Salam Ustaz

Charge cybercafe dia orang mahal ke?

Komputer buatan sendiri ke atau masih DELL, HP etc ?

Broadband bagus ke ..laju ..tersangkut sangkut ?

Makan macamna ustaz. Masak sendiri ke ustaz makan kat kantin. Boleh ke makan kat kantin dia orang. maklum lah tak samak.

Pergi tandas camna. Boleh pakai tisu aje ke. Saya pernah dengar pakai tisu aje pun boleh tapi tak yakin.

Bahasa dia orang macamna , boleh dapat tangkap ke

dan boleh tak ana berkenalan dgn Prof Dr. Yefgenia..nak belajo rusia..pakai internet tak haram kan ustaz?

Shahabudeen Jalil said...

rugi la ustaz nie kalau hanya orang sejenis mcm azri nie yang dok baca blog nie.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...