Sunday, March 15, 2009

Jom Kongsi Pengalaman 31 - Inside Moscow

Ada berberapa perkara yang boleh kita kongsikan tentang masyarakat dan perkara di sini.

Yang pertamanya menegenai masa. Kebanyakkan orang di sini jika berjanji, maka masa yang dijanjikan itu tepat. Jika pelajar saya berjanji akan menjemput saya pada pukul 9.00 pagi, maka pukul 9.00 memang dia akan mengetuk pintu bilik saya. Hal ini berbeza dengan orang arab. Jika orang Arab berkata lima minit, maka kita akan menungguh selama dua jam.Jika dia kata dalam sejam lagi, maka ia bermakna sampai petanglah kita akan menunggu mereka.
Seterusnya, ketika saya menguruskan pendaftaran saya di sini, tidak ada orang yang beratur di hadapan pejabat. Semuanya duduk dengan santai di kerusi yang disediakan. Jika ada orang yang baru datang, dia akan bertanya, siapa yang akhir sekali. Maka semua orang menunjukkan pada saya. Maka dia pun duduk dan dia tahu, dia hanya akan masuk selepas saya. Tidak ada memotong giliran orang lain.
Antara pengankutan utama di sini ialah Metro (kereta api bawah tanah). Ia lebih cepat dan murah berbanding jika kita menaiki kereta. Metro di sini tidaklah secanggih di barat. Ia agak lama. Tetapi perkhidmatannya efisyen. Setiap beberapa minit akan sampai yang lain.Dalam Metro
Orang di sini, jika mereka menaiki tangga bergerak (escalator) mereka semua akan menghimpit ke kanan. Ada ruang di kiri. Ruang di kiri ini akan diperuntukkan untuk orang yang mahu berjalan dengan cepat.
Saya memerlukan banyak gambar untuk urusan di sini. Ketika saya mengambil gambar di sini, ia tidak dipotong. Memang budaya di sini, gambar, potong sendiri.
Moscow sebuah bandar lama. Tarikh paling awal dijumpai catatan mengenainya ialah pada kurun ke 11 masihi.
Bangunan pejabat pos yang sudah lebih 100 tahun
Bas dengan kuasa elektrik.
Kemudahan tandas awan juga ada di jalan-jalan. Orang di sini tidak menggunakan air untuk beristinjak. Tandas mereka tidak ada air. Hanya tisu. Kita orang Malaysia yang memang sudah terbiasa menggunakan air kenalah bawa botol kosong sentiasa untuk digunakan. Di bandar ini juga banyak prebet sapu. Kereta seperti ini akan berhenti dan bertanyakan ke mana kita ingin pergi. Orang ramai akan saling tawar menawar tambangnya.
Anak-anak di sini bemain bola sepak di padang yang penuh dengan salji. Minat kepada sukan ini tidak menghalang mereka dari bermain bola. Ada juga antara mereka yang bemian di dalam bangunan universiti. Tetapi, di dalam bangunan universiti hanyalah suka-suka, bukan pertandingan.
Ketika musim sejuk seperti ini, banyak kereta tidak bergerak.
Jika mereka selesai makan di kantin, dengan sendiri mereka tidak tinggalkan di atas meja. Mereka sendiri akan kemaskan dan meletakkan di tempat yang disediakan. Padahal, makanan di kantin itu seperti makan di luar, mereka perlu bayar makanan itu. Rasa bertanggung jawab ini telah dipupuk ketika di dalam tempat pengajian lagi.
Ruangan tempat meletak barang di sini tidak tertutup.Ia jaring yang boleh dilihat dari luar. Kebaikkannya, orang akan mudah cam barang yang diletakkan dan juga tidak akan berlaku salah guna di tempat ini. Kita mungkin ingat bagaimana di salah satu tempat meletak barang di pusat kesihatan di Subang Jaya, orang menyembunyikan wang sejumlah satu juta. Kelemahannya pula, ia tidak privacy. Orang lain tahu apa barang kita simpan.
Bagi pelajar Melayu yang ingin merasakan keadaan seperti di Malaysia, mereka akan sembahyang jumaat di Kedutaan Besar Indonesia.
Dua dari kiri, Dr. Awal Uzhara, pensyarah di Moscow State University.
Agama Islam adalah agama kedua yang terbesar selepas kristian di sini. Pengembangannya juga semakin meningkat dari sehari ke sehari. Ini masjid orang Tatristan. Ia masjid lama di sini. Kewujudannya sebelum zaman USSR lagi. Ketika zaman USSR di mana agama diharamkan, ia menjadi gudang barang. Kini ia dibuka lagi dan digunakan untuk beribadah.
Semoga dapat berkongsi pengalaman. Semakin luas pengalaman semakin kita lebih menghormati diri kita dan menghormati orang lain.

1 comment:

Azri said...

"Bagi pelajar Melayu yang ingin merasakan keadaan seperti di Malaysia, mereka akan sembahyang jumaat di Kedutaan Besar Indonesia."

Orang Indon memang serba boleh. Kalau buat urusan di Embassy Indon KL tak yah risau nak kejar Jumaat sebab ada buat jumaat dlm dewan. Khutbah pun sedap. Sebalik nya kalau pi embassy Malaysia di Jakarta ada surau besar dan indah tapi tak buat Jumaat. Orang malaysia harap kat pegawai agama saja tapi indon menteri dia yang lawat pun boleh jadi khatib.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...