Alhamdulillah, hari ini, 4 Mac 2009, jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi, satu majlis ceramah multimedia sempena Maulid Nabi dapat disempurnakan. Tema majlis ini ialah, "kekasih Allah mencintai kita"
Majlis ini dianjurkan oleh sahabat restu dengan kerjasama Bil Hikmah Sdn Bhd dan ALC Arabic Language & Consultancy.
Kita nak kongsi sedikit mengenai kupasan yang disampaikan. Hari ini, kita mengupas mengenai Nabi di dalam 6 bab sahaja.
1. Keturunan baginda.
Rasullullah berasal dari keturunan Nabi Ibrahim as. Seperti yang kita tahu, keturunan Nabi Ibrahim dari Nabi Ishak melahirkan Bani Israel sedangkan dari Nabi Ismail lahirlah bangsa Arab.
Bani Israel sangat mengharapkan Nabi akhir zaman ini dari keturunan mereka. Tetapi Allah menghendaki ia dilahirkan dari bangsa Arab.
Seterusnya, ia menceritakan bagaimana penentangan ahli kitab kepada risalah Nabi.
2. Perutusan Nabi
Nabi diutus untuk semua manusia dan menjadi rahmat bagi sekelian alam. Kupasan bab ini membawakan kisah Nabi terdahulu dengan mukjizatnya, tetapi tidak rahmatan lil alamin (rahmat bagi sekelian Alam)
3. Mukjizat Nabi
Nabi mempunyai mukjizat-mukjizatnya secara khusus tetapi yang paling terbesar ialah al-Quran. Kitalah umat yang paling beruntung kerana kita mewarisi mukjizat Nabi ini. Orang terdahulu tidak pernah mewarisi mukjizat Nabi mereka. Ia membincangkan mengenai bertuahnya kita mendapat al-Quran ini.
4. Iktibar wahyu pertama
Kupasan bab ini membincangkan bagaimana, jika kita hendak menjadi baik, kita kena kurangkan pilihan di dalam hidup kita. Manusia jika diberi pilihan sudah tentu akan memilih perkara yang paling ringan dalam hidupnya. Jika kita diberi pilihan, mahu sembahyang awal atau tengok tv dulu, sudah tentu biasanya orang akan tengok tv dulu. Sembahyang dilewatkan sikit.
Nabi yang tidak pandai membaca tidak diberi pilihan. Akhirnya, Nabi boleh mengikut apa yang diajarkan.
5. Kewafatan Nabi
Kupasan bab ini membincangkan bagaimana kisah saat-saat akhir kewafatan Nabi. Ini bab yang paling menyentuh hati. Di akhir hayatnya, baginda terus mendoakankan kita umatnya. Baginda tidak memanggil isteri, anak atau cucunya. Yang baginda sebut adalah umatku-umatku.
6. Syafaat
Nabi berpesan bahawa baginda pasti akan membantu umatnya dengan syafaat baginda. Di hadapan makam Nabi di Madinah ada dua hadis yang diletakkan mengenai syafaat ini.
"sesungguhnya syafaatku adalah benar untuk umatku, barangsiapa tidak beriman dengannya maka dia tidak menjadi orang yang akan mendapatnya"
"sesungguhnya, syafaatku buat menolong orang yang melakukan dosa (tetapi hatinya bercita-cita menjadi baik) dari umatku.
Syarat mendapat syafaat ada tiga
i. mencintai Nabi
ii. banyakkan selawat pada Nabi
iii. mengamalkan sunnah Nabi.
Semoga, sedikit ceramah yang diberikan memberikan manfaat kepada pendengar sekelian. InsyaAllah, pada hari Rabu minggu depan jam 10.30 pagi, saya akan membawakan sirah Nabi bersama qasidah selawat melalui kitab ad-Dibaie dan Burdah.
Jemput semua jika ada kelapangan.
Team sokongan multimedia dari Bil Hikmah Sdn Bhd.Majlis ini dianjurkan oleh sahabat restu dengan kerjasama Bil Hikmah Sdn Bhd dan ALC Arabic Language & Consultancy.

2 comments:
Salam Ustaz,
Komen saya untuk keseluruhan program Kekasih Allah mencintai Kita:-
1)Tak aci, gambar jurugambar tak ada.. Dah la masuk TV9 pun tak dapat tengok..
2)Anyway, tahniah dan syabas.. I really enjoy the show, sangat terkesan di hati, sangat menyentuh perasaan, especially babak Nabi wafat (so touching!)Tu pasal masa interview, mata merah lagi..
3)Saya bagi 4 bintang, sebab ada beberapa masalah teknikal, tapi overall, thumbs up lah!!
4)Komen saya masa ditemuramah tu, memang ikhlas.. memang wajar dikembangkan, khususnya untuk remaja, sebagai alternatif kepada program realiti yang bersepah-sepah.Well done babe!!
5)Satu lagi, minta maaf, saya tak dapat nak shoot gambar banyak masa persembahan ustaz sebab gelap, dan camera tu pun tak nak bekerjasama..
6)MC 'bidan terjun' tu pun, not bad.. Agaknya sebab dah biasa jadi MC kot? Steady ajer...
7)Apa yang penting? Kerjasama!
Alhamdullilah pukul 9 pagi waktu kerja pun ramai penonton. Tapi yang lelakinya cuma budak tahfiz je ? Yayasan restu ni kat Ipoh ke tak ade melayu lelaki ?
Ana tengok TV 1 forum perdana di Singapura ..penuh satu dewan expo kalh kot jom heboh.
Post a Comment