Saya ingin merujuk pada berita dari Harian Metro 20 Mac lalu mengenai kes ayam yang disembelih tidak menepati syarak
Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menyerbu pusat penyembelihan ayam di sekitar Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara, pada pagi khamis 19 Mac lalu menemui 1,863 kilogram ayam yang disembelih tidak mengikut syarat.
Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menyerbu pusat penyembelihan ayam di sekitar Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara, pada pagi khamis 19 Mac lalu menemui 1,863 kilogram ayam yang disembelih tidak mengikut syarat.
Lebih mengejutkan apabila 38 pusat penyembelihan yang diperiksa itu turut memaparkan siri logo halal yang diluluskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di premis masing-masing, tetapi pemeriksaan mendapati cara penyembelihan itu meragukan.
Operasi ini membabitkan Jais, Jabatan Mufti Selangor, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Jabatan Alam Sekitar. Turut sama dalam operasi itu Timbalan Mufti Selangor, Datuk Abdul Majid Omar.
Inilah yang berlaku. Ia bukan kes pertama. Sebelum ini, puluhan kes seperti ini pernah didedahkan.
Isu makanan mungkin di anggap kecil bagi sesetengah pihak, tetapi di dalam Islam ia merupakan satu isu yang besar. Di dalam hadith Nabi saw menyatakan bahawa :-
“ Setiap daging yang tumbuh dari perkara yang haram, maka neraka lebih utama baginya.”
Oleh kerana makan perkara yang halal itu perintah maka menyediakan keperluan yang halal juga merupakan kewajipan. Umat Islam keseluruhannya menanggung tanggung jawab jika tidak ada golongan yang mahu menyediakan keperluan ini. Ia dianggap fardhu kifayah yang tidak tertunai.
Saya ingin mencadangkan beberapa perkara:-
1. kena lahirkan banyak lagi peniaga-peniaga ayam Islam. Caranya ialah mahasiswa/i yang mengambil bidang pertanian dan yang berkaitan bolehlah diberi insentif bagi memulakan perniagaan ini. Apa yang berlaku ialah apabila permintaan melebihi pengeluaran, maka para peniaga terpaksa memenuhinya hingga penyempurnaannya tidak diperhatikan dengan baik. Jika tidak mahasiswa sekalipun, orang perseorangan yang berminat perlulah digalakkan.
2. Jika masih beraku kekurangan juga, pihak JAIS perlulah memikirkan bagaimana boleh diwujudkan anak syarikat di bawahnya yang mengendalikan perniagaan makanan ini. Ia bukan perkara kecil. Ia merupakan soal fardhu kifayah yang tidak tertunai. Saya pernah difahamkan ia pernah dicadangkan dahulu. Tetapi dengan beberapa halangan, maka ia tidak dapat diteruskan.
3. Kes ini berlaku di Lembah Klang. Saya yakin ramai orang-orang kaya di sekitar lembah Klang yang boleh diajak kerja sama bagi memenuhi keperluan ini. Ia hanya memerlukan seorang kordinator yang boleh menemukan antara mereka. Kita faham, ia bukan satu perniagaan yang boleh membawa orang menjadi jutawan dengan cepat. Ia bukan perniagaan yang menjadikan seorang menjadi popular. Margin ayam sangat kecil. Tetapi, jiwa Islam yang ada, boleh diajak untuk berjuang di dalam bidang ini.
4.Kita berterima kasih pada sahabat dari JAKIM yang berusaha memberikan kursus peyembelihan ayam, prosidur-prosidur loga halal yang semakin ketat dan juga pemantauan yang dibuat. Tetapi keperluan masyarakat semakin bertambah. Jadi mungkin di bawah tajaan JAKIM, kita boleh membuat satu persatuan pembekal ayam Muslim. Selain pemantauan langsung dari JAKIM, isu ini juga boleh dipantau oleh ahli-ahli persatuan. Jika orang bukan Islam banyak persatuan, persatuan peniaga kopi, persatuan peniaga sayur dan sebagainya, orang Islam sepatutunya perlu ada persatuan pemakanan muslim. Persatuan Pengguna Islam telah ada, perlu lebih banyak lagi persatuan yang lebih fokus di dalam hal ini. Tapi jangan pula ada persatuan asyik bergaduh berebut siapa nak jadi Presiden. Ia bukan jawatan yang dibanggakan. Ia satu tanggung jawab yang perlu diisi.
5. Dari pihak kerajaan, jika kes ini berlaku, lesen perniagaan orang yang tidak bertanggung jawab ini perlu digantung. Jika tidak sepenuhnya pun, mungkin di dalam pemerhatian selama tiga tahun contohnya. Permerhatian ini boleh dibuat dengan kerjasama AJK masjid terdekat. AJK masjid juga perlu amanah, jangan pula nanti mengambi kesempatan mendapatkan ayam murah atau percuma kemudian pemantauan tidak dibuat.
Sesungguhnya, banyak lagi cara yang boleh difikirkan bersama. Ia satu bidang fardhu kifayah yang tidak terisi dengan sepenuhnya. Ia tanggung jawab kita bersama. Di waktu tanah air kita penuh dengan berbagai isu, isu ini tidak boleh dianggap ringan dan diketepikan. Ia soal kewajipan mencari yang halal. Jika diperingkat masyarakat yang kecil, soal halal dan haram tidak dijaga, kita tidak pelik jika soal halal haram diperingkat yang lebih besar juga diabaikan.
Semoga kita dapat fikrikan dan usahakan bersama. Jika di Rusia ini, kita tidak pelik jika susah ingin mendapatkan yang halal. Tetapi di Negara yang umat Islamnya ramai, terjadi isu halal haram dalam pemakanan, ia satu perkara yang agak aneh. Sesungguhnya, hati ditempa melalui makanan.
1 comment:
Salam, bukan nak kempen takde syer apapun. Tapi makanlah ayam yang kita tau diusahakan oleh orang Islam macam ayam organik. Mahal pun kalau kerana Allah, pasti di murahkan rezeki. Takpun ikan banyak. Ayam daging ni, makanannya pun tak berapa sure sangat - dedak imported from china. kalau tanya ppim diorang mesti cerita nyer!
Post a Comment