4 Mac jam 9.30 malam, , Saya ke Kampung Melayu Subang untuk bertemu dengan En Azlan Muhammad Sharif, Head of Mission bagi Global Peace, orang Malaysia yang bersama di dalam operasi Gaza di Palestin. Beliau sebulan di sana dan baru sahaja sampai.
Tujuan saya bertemu beliau adalah untuk bekerjasama di dalam operasi bantuan ke Gaza.
Sesampainya saya di rumahnya, saya terus di ajak bertemu dengan rombongan dari Hammas di Kuala Lumpur. Rombongan ini sampai sehari awal dari Menteri Luar Hammas, Dr Mahmood Zahar yang akan sampai ke Malaysia hari ini.
Kami terus ke Hotel Grand Season Kuala Lumpur bertemu dengan Awni M. Abu Harbeid, Council of Ministers. Saya dan beberapa orang lagi terus mengajak Awni ke Restoren Arab di Ampang.
Awni mula bercerita mengenai perkembangan di Gaza.
Hammas memenangi pilihanraya secara adil di Gaza tetapi hak itu dinafikan oleh barat. Ia menyebabkan Hammas tidak diiktiraf oleh blok barat.
Ketika perang berlaku, ada yang menderita dan ada yang mengambil kesempatan dari kesusahan rakyat Palestin ini.
Hammas yang memang tidak sehaluan dengan Fatah selalu menjadi mangsa keadaan. Ramai yang tidak perasan, apabila mereka menderma, maka derma itu akan di salurkan pada Fatah.
Akhirnya, derma itu tidak akan sampai ke Gaza kerana wilayah itu berada di bawah Hammas.
Kita tidak bicara mengenai pertelagahan antara Hammas dan Fatah. Yang kita hendak bicara ialah bagaimana segala bantuan dapat di salurkan kepada mangsa.
Di sana, ribuan orang sedang kelaparan, ribuan orang sedang menunggu ubat, ribuan orang sedang kesejukkan.
Satu-satunya jalan untuk sampai ke Gaza sekarang ialah dengan melalui Mesir. Enam jalan lagi melalui Israel. Satu jalan laut dijaga oleh tentera Israel dan US.
Jika kita hendak menyalurkan bantuan dengan barang dari negara lain, agak mustahil ia boleh sampai. Caranya ialah dengan memberi duit dan mencari keperluan itu di Mesir.
Persoalan seterusnya ialah bagaimana cara duit itu ingin disalurkan ke sana? Pengeluaran duit dari mana-mana negara adalah dikawal.
Satu caranya ialah dengan memberikan kepada pimpinan Hammas yang mempunyai Pasport Diplomatik. Kelebihan rombongan diplomatik ialah barang mereka tidak diperiksa.
Jadi, Menteri Luar Hammas yang akan datang hari ini, adalah cara terbaik menyerahkan bantuan.
Selain itu, ialah dengan membawa sendiri di badan. Apa yang boleh kita buat ialah membawanya sendiri. Kita tukarkan kepada matawang EURO. Ia lebih nipis dengan nilaian yang besar. EURO ada note 500.
Saya membincangkan mengenai membawa anak-anak yatim Palestin ke sini.
Awni menegaskan, semangat kekeluargaan orang Arab agak kuat. Mereka pasti tidak akan memberikan dengan mudah waris mereka pada orang luar. Menurut Awni, cara ini hampir mustahil. Jika hendak yang di peringkat universiti mungkin boleh. Jadi, kita menaja pembelajarannya di sana hingga peringkat universiti, kemudian barulah bawanya sambung ke Malaysia ini.
Cuma masalah yang akan timbul mungkin, anak-anak ini tidak mahu balik ke Palestin. Jika mereka merasa selesa di negara luar. Mereka akan duduk terus di luar dan tidak balik ke Palestin.
InsyaAllah, saya dan Yayasan al-Ijabah akan memulakan sayap operasi kemanusiaan ke Palestin. Semalan, pembahagian tugas telah diberikan. Wakil al-Ijabah akan ke Geneva bagi mendaftarkan Yayasan sebagai NGO yang terlibat dengan operasi antarabangsa.
Saya yakin, ramai antara pembaca yang ingin bersama-sama untuk terlibat di dalam operasi kemanusiaan antarabangsa, tetapi jalannya mungkin tidak nampak.
InsyaAllah, jika telah siap segala prosedur pendaftaran, saya akan akan maklumkan kepada pembaca sekelian untuk bersama-sama di dalam operasi amal ini.
Semoga niat baik kita diperbaiki oleh Allah.
Pertemuan dengan wakil Menteri Hammas di restoren Arab "ar-Rawsah" di AmpangTujuan saya bertemu beliau adalah untuk bekerjasama di dalam operasi bantuan ke Gaza.

Sebelah kanan saya ialah Mr Yusuf, dan sebelahnya Awni M. Abu Harbeid, Council of Ministers. Semoga pertemuan ini membuka ruang bagi kita untuk membantu saudara seIslam kita di sana. Rasullullah bersabda " orang Islam ibarat sebuah bangunan, mereka melangkapi antara satu sama lain".
6 comments:
buruk gambar mamat baju biru muda yang berdiri di sebelah kanan tu.. hi hi hi.
yeah.. boleh la mendaftar kalau ada....
mendaftar apa?
Syabas kepada Ustaz, kerana khidmat kepada masyarakat antarabangsa. Teruskan usaha murni, membuka jalan kebaikan kepada semua yang berhajat. Mudah-mudahan terlaksana. Allah bersama kita..
Salam ustaz,
Kenapa lak ustaz pecah rahsia dlm blog ni. Mana tau ada kot spy yahudi yang baca ni dia bagi tau imegrisen selak baju check duit.
Amboi.ramai betul ghairan nak pergi Gaza. Dulu sebelum diserang org Gaza ni dah disekat ekonominya hampir kebulur tak da pulak yang nak datang tolong.
Komen ni untuk critical thinking ok bukan nak perkecilkan usaha usha yang berniat suci.
kena tanya dlm hati kita nak pergi ni sebenarnya untuk apa..untuk adventure..untuk masuk resume,..untuk record KPI. Kalau itu niatnya tak yah lah. Kita nak pergi ni nak bawak berapa banyak duit/ barang.? Tambang lebih mahal dari apa yang dihulurkan. kalau nak bagi kolor pensil, pemadam je tak yah lah. Pak rab yang dekat sana lebihbanyak bagi duit.
Ana ada bagi cadangan . Buat lah Ijabah ni satu yayasan yang banyak duit. Kumpul duit masa senang dan susah.Orang Malaysia ni banyak yang baik hati. Cuma tak tahu mana satu yang betul amanah . Usahakan lah Yayasan Ijabah satu yayasan yang amanah yang dikenali ramai. Bila ada banyak duit bantuan bantuan bukan sahaj diMalaysia di merata dunia boleh disalurkan dengan segera. Boleh sponsor doktor pergi sana misalnya, korban etc Macam macam lah.
Amin.
azri pengecut.
Post a Comment