Wednesday, March 18, 2009

Coretan Santai 3 - Islam di mata mereka

17 Mac 09, Saya bersama para pelajar dalam kelas. Kami mula membincangkan mengenai isu-isu berat di Malaysia. Bermula dengan politik, agama hingga pada agama. Kesempatan membincangkan mengenai Islam, saya bertanya pada mereka,

“Apa pandangan kamu semua mengenai Islam?”

Mereka menjawab :-

“Okey”

“Apa makna okey, kan ramai orang yang berpendapat bahawa Islam itu ganas”, sengaja saya mahu melihat pandanga mereka.

Saya cuba bertanya demikian kerana di Moscow dahulu pernah dua orang muslimah Chechen meletupkan diri di tengah orang ramai.

“Jika kita ingin faham Islam, kita tidak boleh baca dari internet, dengar dari orang, lihat dari apa yang berlaku. Kita mesti belajar dengan sumber yang betul.” Kata mereka.

“Pada kami Islam okey. Kami juga di sini ada mempelajari subjek Islam”. Mereke menambah.

Okeylah, kalau macam tu, tentu mereka boleh mendalami lagi. Jika seseorang dari awal sudah membuat tembok di kepalanya, maka susah sikit hendak diajak berbincang dengan matang.

Kebanyakkan orang di sini beragama kristian ortodoks atau tidak tidak beragama langsung. Agama Islam menjadi agama kedua terbesar pengembangannya selepas kristian.

Orang yang bertanggungjawab mengembangkan Islam di sini ialah dari bangsa Tataristan dan Checen.

Mereka berdakwah dengan gigih. Ada juga dari jemaah Tabligh.

Bagi gologan terpelajar, saya rasa tidak ada masalah. Mereka golongan yang berfikir dengan matang dan juga boleh membaca. Tetapi masyarakat umum mungkin ada masalah mengenai pandangan mereka terhadap Islam. Walauapa pun, kita mengharapkan yang terbaik untuk semua.

1 comment:

Azri said...

Salam Ustaz,

Mungkin dia orang masih boleh 'open' lagi ngan ustaz. Awal sangat ustaz . Kalau bab agam ni orang tak open. Ana punya opis banyak bangsa lain. Dia orang takkan kata kita terrorist sebab kita selama ni kawan mereka. Yang kata kita terrorist orang politik. Suratkhabar Star pun kata islam terrorist bila ada kes bom. Selalu di tulis oleh saorang Cina dan India ni. Tak nak sebut sini.

"Kami mula membincangkan mengenai isu-isu berat di Malaysia."

Kenapa tak tanya issue mengenai rusia supaya kita faham cara mereka. Misalnya

1.beberapa bulan lepas Putin potong bekalan gas ke eropah kerana nak harga baru. Dari apa yang kita baca, kelakuan Putin macam gangster. Apa pendapat mereka. Mungin dia orang tak boleh discuss hal negara sendiri yang sensitive.

2.Apa pendapat mereka tentang kominis dan kapitalis. Mana lebih elok.

3. Apa pendapat mereka tentang Cina. Dulu sama kominis tapi tak nampak kerjasama.

4. Teknologi. kenapa kita tak nampak teknologi dia orang selain teknolgi tentera dan angkasa lepas.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...