Sunday, March 15, 2009

Universiti Kehidupan 37 - Iktibar Dari Dua Medan

Pada Ogos 2008 saya telah melawat Imam Squere di Isfahan Iran. Sebelum revolusi Iran, tempat ini dikenali sebagai King’s Square atau Maidan-e Shah. Sebelum Maidan Shah ia dikenali sebagai Nages e-Jahan. Memang menjadi kebiasaan orang Iran, mereka akan merubah nama sesuatu tempat apabila mereka memerintah.

Medan ini mempunyai keluasan 80,000 meter persegi, dua kali ganda keluasan Medan Merah di Moscow.

Medan ini dibina oleh Raja Shah Abbas pada 1612 tidak lama setelah terbinanya Medan Merah di Moscow. Ia menjadi simbol kekuasaan bagi Raja Shah Abas.


Pada tahun 1919, Inggeris cuba menjadikan Iran sebagai negeri naungan mereka tetapi rencana terbantut apabila Shah Reza menggulingkan Kerajaan Qajar dan menubuhkan Dinasti Pahlavi. Shah Reza Pahlavi memerintah Iran selama 16 tahun dan memulakan proses permodenan Iran serta menubuhkan kerajaan sekular baru.

Shah Iran telah menjadikan medan ini sebagai padang permainan polo dan acara rasmi negara.

Sejak tahun 1979, selepas revolusi Iran, tempat ini menjadi tempat bersiar dan berehat penduduk Esfahan pada hari cuti bersama keluarga.


Di dalam medan ini ada tiga perkara penting


1. Masjid Lutfollah Dibina oleh Raja Shah Abas bagi menghormati seorang ulama dan pendakwah dari Lubnan bernama Sheikh Lutfollah. Masjid ini menggunakan warna kuning pada kubahnya. Kubah masjid ini disokong dengan dinding setebal 170 sentimeter. Ia berbeza dengan masjid lain di Esfahan yang menggunakan warna biru dan batu pirus sebagai warna utama, Ia juga tidak mempunyai halaman atau menara, kerana fungsinya lebih kepada sebuah ruang persendirian berbanding tempat ibadat umum.


2. Sebuah lagi masjid yang terkenal ialah Masjid Imam yang dipanggil Masjid -e Jam’ e Abbasi atau Masjid Diraja sebelum Revolusi Iran.


Masjid ini menyerlahkan hasil seni bina Parsi yang amat halus dan tidak menghairankan jika ia menjadi antara bangunan yang mempunyai seni bina paling mengagumkan di dunia. Pembinaannya bermula pada 1612 ketika pemerintahan Shah Abbas 1 dan siap pada 1638.


3. Selain masjid, Esfahan diindahkan lagi dengan beberapa istana lama yang kini dijadikan tempat tarikan pelancong, antaranya Istana Ali Qappu yang dibina pada abad ke-17 adalah bangunan tinggi pertama di Iran.


Istana ini tingginya 48 meter dari atas tanah dan mempunyai enam tingkat, setiap satu mempunyai rekaan tersendiri yang boleh dimasuki dengan menaiki tangga yang sempit.
Binaan medan ini seperti kota yang mempunyai padang ditengah-tengahnya. Kini, bangunan-bangunan lama didalam medan ini menjadi kedai-kedai menjual cenderahati kepada para pelancong.

Medan Merah (Red Square) di Moscow pula terletak di hadapan tembok barat Kremlin.
Ia telah dibina oleh Ivan III dan menjadi simbol kekuasaannya. Medan ini bersambung dengan sungai Moscow dan sungai Neglinnaya. Ia menjadi medan pedagang di sini. Medan ini juga sama seperti medan di Isfahan. Ia telah beberapa kali ditukar namanya. Ia pernah diberi nama Medan Triniti kerana terdapat gereja di sini.


Terdapat empat bangunan penting di dalam medan ini.

1. Di dalam medan ini ada Musium Sejarah Negara,

2. GUM (tempat membeli belah)

3. Gereja St Basil.

4. Kubur Vladimir Lenin

Pada zaman Soviet, ia lambang kekuasaan bagi mereka. Sekarang ia menjadi tempat pelancongan.

Dua medan ini pernah menjadi lambang kuasa. Dua medan ini pernah menjadi simbol kehebatan. Dua medan ini pernah menyaksikan penguasa-penguasa yang hebat. Mana mereka sekarang?

Semua mereka telah dijemput oleh Allah. Berbahagianya mereka, jika pada kekuasaannya, mereka menggunakan kuasa mereka untuk lebih hampir pada Allah.

Mereka telah tiada, kita bagaimana? Adakah kita masih merasa kita akan kekal di dunia ini. Perasaan kekal menyebabkan kita terlalu angkuh dengan kehidupan ini dan terlalu sombong menelan maksiat.

Akhirnya, dengan kelalaian itu, kita diheret ke kubur. Di dalam al-Quran Allah menyatakan:-

1. Bermegah-megahan telah melalaikan kamu 2. sampai kamu masuk ke dalam kubur. (at-Takathur ayat 1-2)


Sesungguhnya, mengingati mati akan menyebabkan kita sentiasa menyelaraskan hidup ini dengan kehendak Allah. Ini kerana, penghujung sesuatu itu merupakan permulaan bagi sesuatu.

"Universiti Kehidupan, pengajian sepanjang hayat"

Muhamad Abdullah
Moscow
Maidan Shah
Masjid al-Imam
Istana Ali Qappu
Istana Ali Qappu
Medan al-Imam mempunyai keluasan dua kali ganda Medan Merah
Masjid Lutfollah
Musium Sejarah Negara
Pelajar yang memainkan lagu di hadapan pintu masuk Medan Merah
GUM (tempat membeli belah)

Kubur Vladimir Lenin
Saint Basil
GUM (tempat membeli belah)
Medan Merah Moscow Rusia
Banyak yang boleh kita pelajari di dalam hidup ini. Tetapi, tidak semua yang ada ilmu taat pada Allah. Jika tidak, sudah tentu ahli kitab itu orang yang pertama membenarkan risalah Nabi. Semoga kita semua terus dipimpin oleh Allah. amin..

1 comment:

Azri said...

Salam Ustaz,

Ustaz ni baik hati sangat. jadi ana nak ingatkan bila jalan tu hati hati lah jangan kena tipu dengan orang rusia ni. Orang eastern europe dikenali kaki tipu. Misalnya ada yang mintak derma dia pusing pusing duit entah camna duit kita kena kebas.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...