7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena dengan nama orang yang menyusun kembali bahasa Hebrew era moden.
Kami ke sini untuk melihat kehidupan orang Yahudi, ada peminta sedekah, ada orang “homeless” (yang tiada rumah). Tidaklah hebat seperti yang selalu digambarkan.
Kebetulan sekarang, orang Yahudi sedang menyambut Passover, jadi kami boleh melihat apa yang mereka buat.
Saya rasa ada keperluan untuk mengkaji bangsa-bangsa barat ini seperti mana mereka mengkaji bangsa timur.
Sedang berjalan sambil berbual-bual, tiba-tiba ada orang menyapa kami di dalam bahasa Melayu.
“Dari mana tuan semua?”
“Hah..” kami semua berpaling melihat seorang pemuda tegap, dengan memakai Kippah (songkok kecil yahudi) di atas kepalanya.
“Kami dari Malaysia” jawab salah seorang dari rombongan kami.
“Kamu dari mana?” tanya kami pula.
“Dari Indonesia” jawabnya.
“Di Indonesia ada orang Yahudi ke?” tanya saya sebab melihat dia memakai Kippah.
“Ada, sekitar 20 orang, kami duduk di Jakarta” jawabnya lagi.
Semua kami agak hairan dan terkejut, tak sangka di kalangan Nustantara ada orang Yahudi.
“Di Malaysia ada tak?” tanya saya lagi.
“Di Malaysia ada” jawabnya lagi.
"Di mana?" tanya saya
"Di Penang, David Mordecai"..
“Boleh saya bergambar dengan kamu semua” pintanya.
“Boleh"..” jawab ahli rombongan.
Saya dan beberapa orang lagi terus mengeluarkan kamera kami.
“Kami juga ingin bergambar dengan kamu, boleh ye..”
“Boleh..” jawabnya.
Kami juga mahu menyimpan gambarnya seperti dia ingin menyimpan gambar kami.
“Inilah pertama kali dalam hidup, saya mendengar ada orang Yahudi di Nusantara..” kata Dato’ Mokhtar Dahlan yang bersama di dalam rombongan kami.
Mmm, satu fakta yang menarik untuk dikongsikan..
Satu fakta yang menarik, di Indonesia ada lebih kurang orang Yahudi yang duduk di Jakarta (Empat dari kiri)
Sama ada dia lahir di sana atau dari sini duduk di sana, wallahualam, kami tidak berkesempatan untuk bertanya
orang yahudi bermain rebana
Menaiki “tram” untuk ke Ben Yehuda St.
5 comments:
Terima kasih ustaz atas maklumatnya, mohon dishare ye.
Ustaz kalau di penang sudah lama ada, malah ada perkuburan mereka mepunyai dinding yang tinggi sekali.
Ustaz Amin, saya teringin sangat ke al-Aqsa. Bagaimana pula fatwa Qardhawi yang mengatakan kita tidak boleh masuk ke sana seumpama menyokong regim Israel. Baru-baru ini Habib ALi al-Jufri ke sana tetapi dikecam oleh ulama lain.
Terima kasih
Ustaz, apa mereka buat di Malaysia? Visa yahudi ke Malaysia lulus ka?
Oh, kalau tak silap individu ni ada buat video dakam Youtube menceritakan kehidupan masyarakat Yahudi Indonesia
Di Indonesia terdapat segelintir orang Yahudi dan segelintir orang Indonenesia memeluk agama judaism (agama yahudi)
Merakalah yang menjadi penyokong, barua, talibarut dan agen perisik rejim pengganas israel.
Post a Comment