Sesampai dibawah, saya dan dua lagi jemaah menuju ke Masjid an-Nabawi as-Syarif. Ketika mula masuk ke perkarangan masjid, telah ada budak-budak yang memegang tangan kami.
Dia mengajak kami berbuka di tempatnya. Dia terus memimpin tangan kami hingga ke dalam masjid. Ketika melalui laman-laman Masjid an-Nabawi, saya melihat orang ramai duduk dihadapan hidangan yang disediakan.
Ada juga orang yang berdiri sambil memegang bekas berisi kurma dan tisu, barangkali, golongan ini tidak mampu untuk menaja berbuka puasa, tetapi ingin mengambil kelebihan memberi orang berbuka, jadi, walaupun hanya mampu memberikan sedikit kurma, mereka berusaha juga berbuat amalan yang mulia ini.
Saya melangkah masuk ke dalam Masjid an-Nabawi. Di tengah jalan untuk ke tempat budak ini, ramai yang menyapa dan memegang tangan saya untuk mengajak berbuka di tempatnya.
Ia seperti di pasar yang para penjual ingin menarik perhatian pembeli untuk membeli barangan mereka.
Sesampai tempat berbuka budak ini, saya disambut oleh seorang lagi, dig juga memimpin tangan saya dan menunjukkan tempat duduk saya.
Hidangan dihadapan saya sama seperti semalam, bezanya ialah jenis kurma yang dihidangkan.
6.58 petang, azan berkumandang dan semua jemaah berdoa dan berbuka.
Selepas berbuka, seperti semalam, ada orang yang datang memegang beg plastic dan dikumpulkan mana-mana roti yang tidak habis dan juga kurma.
Kemudian, dalam waktu yang singkat sahaja, safrah plastic telah di gulung dan dimasukkan ke dalam beg plastic yang lebih besar.
Kemudian, beg-beg plastic sampah ini diangkat ke bahagian lorong dalam masjid, akan ada tukang bersih masjid an-Nabawi yang datang dan mengangkut beg plastic ini dengan menggunakan kereta elektrik kecil.
Dalam waktu yang singkat sahaja, tempat makan tadi telah bertukar menjadi saf-saf solat.
Beginilah pengurusan berbuka puasa di Masjid an-Nabawi as-Syarif
“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
Al-fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Hotel Fairuz Shattah
Madinah al-Munawwarah
29 Ogos 09, jam 10.30 malam
Di post dari al-Marwa Hotel Mekah al-Mukarramah 31 Ogos 09, jam 7.45 malam
Budak ini adalah ejen berbuka puasa
dia menarik tangan kami untuk mengajaknya berbuka puasa di tempatnya
laman al-Haram Nabawi as-Syarif
Orang ramai berpusu memasuki masjid
Ada yang hanya mampu memberikan tamar, pun bersungguh-sungguh kerana ingin mendapatkan keberkataan memberi makan orang berpuasa.
2 comments:
cuba tengok artikel nie... baru diorang terhegeh2.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0901&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_18.htm
assalamualaikum ustaz... terubat rindu bila melihat gambar suami saya di blog ustaz nie... wajahnya ceria tapi mcm kurus ckit... :)
Post a Comment