Saturday, August 15, 2009

Universiti Kehidupan 103 - Mari Contohi Amalan Orang Terdahulu

“Amin, yok ikut Abah,” kata arwah ayah saya setiap kali ada orang meninggal di kawasan Senggarang Batu Pahat Johor.

Biasanya, ketika mendengar orang meninggal, arwah ayah saya akan pergi ke kedai makan, memesan nasi makanan dan sebagainya.

Selepas itu dia akan mengajak pula ke kedai, membelikan biskut, roti, gula, teh, beras, ayam dan sebagainya.

“Mari tolong angkat”, katanya.

“Kenapa Bah? Kenapa macam nak kenduri aje,” kata saya yang pada ketika itu tidak memahami apa yang dilakukannya.

Biasanya, saya akan seronok mengangkat barang-barang itu. Maklumlah macam meriah aje rasa.

Setelah selesai membeli barang-barang, beliau akan mengambil makanan yang dipesan.

Kami akan ke rumah yang ada kematian ini.

Setelah saya dewasa, baru saya memahami. Rupanya, kebanyakkan kematiann berlaku dengan tiba-tiba. Ahli keluarga akan terkejut, sedih, panik, tak tahu apa nak buat dan sebagainya.

Kalau kematian itu berlaku pada waktu malam, biasanya, ahli keluarga tidak akan bersarapan. Hingga jika jenazah ke kebumikan, pada waktu petang, mereka tidak akan sempat untuk memikirkan mengenai makan dan sebagainya.

Kalau kematian itu berlaku siang hari, maka mereka tidak akan makan tengah hari.

Jika kematian berlaku pada waktu petang, biasanya, mereka tidak akan sempat makan malam.

Inilah hakikat keadaan kematian.

Kalau orang dewasa tak apa, kalau kanak-kanak, terutamanya mereka yang tidak pandai menyatakan keadaan mereka yang sedang lapar.

Jika kita berada ditempat mereka pun, sudah tentu kita sudah melupakan perkara ini.

Ketika arwah ayah saya meninggal pada 22 Febuari 2004, kami sekeluarga memang sudah tak ingat apa-apa perkara. Masing-masing sibuk dalam kesedihan.

Pada ketika itu, pakcik saya, Doktor Fauzan, datang dengan membawa nasi goring yang dibelikan, dia terus membelikan air dan membuatkan air untuk tetamu yang hadir, sama seperti yang biasa arwah ayah buat.

Baru saya rasakan, betapa saya cukup berterima kasih kepaeanya. Saya takkan lupa peristiwa ini. Kita cukup menghargai kerana pada ketika itu kita tidak akan sempat menguruskan keadaan diri kita.

Alhamdulillah, terima kasih pada arwah ayah yang telah mencontohkan amalan ini.

Hari ini, ketika Allayarham Ustaz Asri meniggal, saya terus mengajak beberap orang anak yatim.

“Mari ikut ustaz” Kata saya.

“Ke mana ustaz?” Kata Shamsul dan Azim, anak murid saya ini.

“Mari, awak akan belajar satu perkara” kata saya.

Saya menghubungi Abang Azizi.

“Abang kat mana?”

“Kat Shah Alam Ustaz, kenapa?” katanya

“Boleh tak bawakan air mineral kita UADC kita”

“Ke mana Ustaz?”

“Ok, jumpa kat asrama anak-anak yatim kita,” kata saya.

Kebetulan, asrama pelajar dewasa tidak jauh dari Kampung Bukit Lancung, tempat di mana jenazah Allahyarham ustaz Asri di sempurnakan.

Hari ini, Alhamdulillah, anak-anak yatim al-Ijabah dapat mempelajari satu perkara secara praktikal.

Mereka semua menolong mengangkat dan semoga ia akan terus menjadi amalan yang dapat dipraktikkan di dalam kehidupan.

Sesungguhnya, ketika perihal kematian berlaku, ada orang yang tidak sempat menguruskan hal diri mereka. Sebagai seorang Islam, kita bantu meringankan bebanan mereka. Bawakan sesuatu untuk dimakan. Bukan untuk mereka, untuk ganjaran keredhaa Allah buat kita.

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Hotel Quality Kuala Lumpur
15 Ogos 09, jam 11.35 pagi
Hari ini mereka mempelajari sesuatu mengenai perihal kematian

Semoga menjadi amalan yang diingati nanti

2 comments:

Zaidatul Abu Bakar said...

Alhamdulillah... baik untuk dicontohi...

Muhammad Izzuddin said...

Mudah-mudahan perkara ini menjadi amalan yg difahami oleh masyarakat.

Di kampung kelahiran kami jika ada musibah kematian,jiran sebelah menyebelah rumah si mati akan aotomatik membawa makanan dan minuman tanpa di suruh-suruh atau dirancang..macam dah jadi tradisi..masing-masing dah faham..

Tapi di bandar lain pula..saya pernah bawa makanan ke rumah jiran yg meninggal..katanya keluarga kami tengah kesedihan,org lain gembira makan minum..Astaghfirullah..

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...