Alhamdulillah, kesempatan yang ada, dapat kita berkongsi jawapan bagi persoalan yang diajukan
esan salam ustaz, nak bertanya mengenai aurad, perlukah seorng wanita memakai stokin untuk menutup kaki? 2009-08-19 3:13 AM
ada khilaf, yang afdhalnya perlu
leeza salam ustaz, baru2 ni mak sy telah membayar fidyah (beras) bg ganti puasa arwah bapa semasa sakit ke rumah anak yatim, bole ke ustaz, sy was was la. 2009-08-19 2:46 AM
boleh, kalau anak yatim itu tergolong di dalam fakir dan miskin
Guest ustaz,jika seorg ditimpa musibah,1.mkn hapus dosa.2 tgkt derjat.3 ganti yg lbh baik 4. jika bala bgaimna seseorg itu harus hadapi ,mcmana nak beza 2009-08-19 1:51 AM
Jika bala, hati tak tenang, cara nak lepas, minta ampun banyak-banyak dari Allah
Guest ustaz,apakah amalan bagi menghadapi stress,dan apakah puncanya walaupun kita menghampiri diri dgnNya & betawakal dgnNya kdg2 ok kdg2 kosong 2009-08-19 1:40 AM
Kena tingkatkan redha. Redha bukan pasrah. Redha adalah kematangan kita memikirkan bahawa setiap perkara ada hikmah
Guest Salam Ustaz, cuba kita renungkan kuasa Allah.Kita yg dilahirkan sbg Islam x semua yg dpt hafal & fahami AlQuran.Tapi Allah beri hidayah kpd sdr. baru. 2009-08-19 12:52 AM
Rezki iman dan amal
Guest ustaz,macam mane nk atasi was-was?adik sy tahfiz.kalu masuk tandas lame sgt.risau.ape perlu buat ye? 2009-08-18 11:50 PM
Banyak baca surah an-Nas
Guest ustaz,sy ade mslh cpt kentut.nape ye?sy penah buat umrah dh.masalahnye tu la.ade tak doa ustaz?nnt sy nk gi haji pulak. 2009-08-18 11:49 PM
Itu kena tanya tukang urut, saya tak tahu
Guest sy solat fardu berniat makmum dan berimamkan yg sdg solat sunat...blh ke.. 2009-08-19 6:44 AM
Boleh, jika kita tak tahu bahawa dia sedang solat sunat
salsa Salam ustaz..saya nak ucapkan berbanyak terima kasih pada ustaz kerana tazkirah2 yg diberikan, setiap kali saya baca blog ni hati saya rasa tenang je 2009-08-19 4:41 AM
Alhamadulillah, tenang Allah beri
guest Assalammualaikum ustaz,ustaz kalau puasa enam pda hri raya ke2,puasa yg terdahulu tak perlu digandakan ke? 2009-08-19 4:05 AM
tak perlu. Dalam puasa enam, niatkan puasa wajib, Allah yang maha pemurah member sekali pahala puasa enam itu pada kita
nani salam ustaz, sya nak tnya mcm mna nak kurangkan keras hati anak.anak lelaki saya suka melawan ckp, ckp dia je yg kita nak dengar kalau x ikutkn dia ak mengamuk2 dan suka cari pasal dengan kakak dia, sya dah cuba ckp cara baik tp dia masih x berubah lg satu anak lelaki saya ni kalau berbelanja x cukup2 ada apa2 doa utk sya amalkan, tq 2009-08-19 3:53 AM
baca fatihah niat untuk dia, amalkan surah Toha ayat 1-5, insyaAllah, Allah beri hikmah pada percakapan kita
Guest salam ustaz.camne cara sedekahkan alfatehah yang betul untuk aruah.. memadai tak kalo kita niat dlm hati alfatihah utk sipolan bin sipolan? 2009-08-19 3:49 AM
Memadai
Guest 123 Salam Ustaz,permasalahannya ialah,kata-kata yang keluar pada hati saya penuh dengan kesesatan,kekufuran,maksiat,bersentuh dengan soal akidah, ... ...dan yang lebih teruk lagi sehingga sanggup menghina Allah s.w.t . Astarghfirullahalazeem . Jadi apa amalan yang sebenarnya untuk mengubati, ... ...penyakit ini , InsyaAllah . Assalamualaikum w.b.t . Terima kasih . 2009-08-19 3:17 AM
Tuan sedang kena ujian hati, hati tuan selalu berbisik mengenai ketuhanan dan perkara yang mendatangkan was-was. Banyakkan doa dan minta orang tolong doakan kita. Terbaik dari orang Alim
jiranmasjid salam.bolehkah kita merasa kecewa dgn diri kita andai kata kita terlalu lalai dgn solat yang baru dikerjakan 2009-08-20 3:39 AM
boleh dan bercita-cita untuk tingkatkan
Kak Ina Salam, ustaz..apakah perbezaan antara solat qabliyah subuh & dan sunat fajar? t.kasih 2009-08-19 11:28 PM
Sunat fajar sebelum masuk waktu, sunat subuh selepas masuk waktu.
Ainia Salam ustaz.Terima kasih krn menjawab soalan sy ari tue. 2009-08-19 2:50 PM
Sama-sama
Sya salam.ustaz,bleh tak org yg ada penyakit kencing tak lawas, menunaikan solat sunat menggunakan wudhuk yg sama smsa manunaikan solat fardhu sebelumnye? bagaimana pula klu gunakan wudhuk yg sama utk solat fardhu jka sblmnye buat solat sunat? 2009-08-19 2:47 PM
Kalau confirm memang jenis tak lawas, satu solat satu wudhuk kecuali berterusan tanpa di senggang dengan perkara lain.
Ziema selepas solat subuh dan asar diharamkan mengerjakan solat kecuali solat jenazah,solat gerhana,solat tahiyatul masjid,solat qadak dan solat wuduk.Puasa 2009-08-19 12:22 PM
Ye…
Guest ttg solat sunat dhuha, ada yg kata masa masa sujud yg terakhir ada bacaan yg kena dibaca sebyk 3x. ada yg kata tak perlu, mana 1 yg betul yer ? 2009-08-19 8:36 AM
Semua betul asal khusyuk
Guest selesai solat imam mengadap makmum atau tidak mengadap makmum yg mana lebih afdal..? 2009-08-19 8:10 AM
Afdal menghadap makmum, doa menghadap kiblat
Guest menyapu muka setelah solat adakah ini amalan Nabi. 2009-08-19 8:08 AM
Ada ketika-ketika Nabi buat kerana pasir, dan jika mahu menyapu hanya sekali sahaja
Zailani kalau kita bersetubuh pada malam bulan puasa, dan mandi wajib semasa waktu subuh tetapi lepas imsak, puasa kita batal tak? 2009-08-19 7:21 AM
Tidak jika ketika mandi, air tak masuk ke dalam rongga
hasli salam,ustaz bolihkah ustaz senaraikan zikir amalan harian untuk dijadikan amaln kami 2009-08-20 6:35 AM
banyak, boleh cari di kedai buku amalan harian
jamal bolehkah sy gunakan sebhg pinjmn peribd bnk ryt untuk membeli makanan? 2009-08-20 4:20 AM
boleh
an-nur salam ustaz nk tanya pasal status hadith ni Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan h hal-hal yang berikut: * Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); * Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suam suami isteri; * Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat. 2009-08-20 4:15 AM
saya tak jumpa, tetapi, perkara yang saya tak jumpa bukan bermakna tak ada, rujuk ustaz lain.
orang salam.sy kerja dgn org kafir.official time keje habis 5.45pm pastu kalau ada ot wajib stay tapi tak dibayar.kalau sy lari balik utk pergi kelas agama apakah hukumnya 2009-08-20 3:41 AM
tengok akad ketika masuk kerja, kalau ada sebut pasat OT dan mesti buat tanpa bayar gaji, pada ketika itu kita setuju, maka tak boleh. Kalau tak ada, maka boleh
SARAH Ustaz.. sy sering termimpi perkara menakutkan dan terasa seperti ditindih sewaktu tidur.. sy juga pernah mengalami kejadian seperti mendengar orang me melempar pasir pada atap rumah 2009-08-20 9:17 AM
Mimpi yang menakutkan kadang kala dari syaitan. Bangun, ludahkan ke kiri sebanyak tiga kali dan ucapkan au’u zubillah
hazlan bin kamilin salam. kenapa saya selalu gagal dlm perniagaan. boleh ustas bg jalan utk kejayaan saya dan ank2. t/K saya teringin nak agihkan hasil perniagaan saya kpd yg memerlukan. tp bisnes saya selalu gagal. mcm ye ustaz2009-08-20 8:58 AM
usaha lagi, amalkan ayat seribu dinar
Erenler vakfi Ahmed selamün aleyküm. How are you my master. Dengan rambut panjang yang berhasil ahmed yayasan. Do you remember me? di sini sangat bagus dan udara panas. 2009-08-20 8:20 AM
I am fine, Alhamdulillah
Guest salam ustaz, ada terbaca diblog ustaz lain, air dr pemanas electrik sama mcm air musyammas, btlke kalau air tu sama mcm air musyammas tak bolehlah buat berwuduk atau mandi hadas besar ya ke ustaz?2009-08-20 7:28 AM
Itu pandangan dia, sebenarnya takrifan musyammas ialah yang panas hasil terikan matahari
nor Salam. Pemberian yang bagaimana dikatakan rasuah. kekadag kita niat sedekah tapi disalah anggap sebagai rasuah.. cam na ustaz.. 2009-08-20 7:28 AM
tengok niat, dan cara perlaksanaan. Jika orang itu, tidak ada ditempatnya atau jawatannya, kita nak ke bagi hadiah. Kalau kita takkan bagi, maka itu cirri-ciri rasuah walaupun atas nama hadiah
Lin Salam,bgmn cara doa dlm sujud.Perlukah mulai & akhiri dgn pujian atas Allah dan Nabi?Boleh x selawat dalm sujud? 2009-08-20 7:20 AM
Tak perlu sebab sembahyang dah ada pujian dan selawat
Ziema Ass'kum.ustz yg mbawa pesakit hiv klur dr greja,mulia snguh kerja ustz.sy nak tanya apakah hukumnya pmimpin islam yg sptutnya btngungjwb dlm hal ini? 2009-08-20 12:16 PM
Kalau dia tahu dan sengaja tak urus, berdosa
Ziema Ass'kum.Ustz ayah sy telah hampir 8 thn berkaki palsu.selama itulah dia x solat kat mjid yg wajib bg lelaki.Ayah ada kaki palsu,tongkat dan kerusi rod ayah sorg yg jaga solat.apakah hukumnya dia x solat wajib utk lelaki kat mjid? alasanya x sshkan org,ssh dan mjid atas bkit.mngkin dia malu.dosa 2009-08-20 11:45 AM
Solat wajib maknanya sembahyang jumaat ke?, kalau tak ada orang nak bawa, maka tak apa sebab dia di dalam keadaanya diringankan
Guest Boleh x kalau kite bela ikan dalam kolam ikan kat umah? adakah itu dikira menyeksa binatang? 2009-08-20 11:09 AM
Dalam kolam tak apa sebab fitrah berenang tu masih dapat
Guest ustaz, ape hukumnye kalau kite minum air seperti air penawar contohnya air Yassin, air yg dibaca ayat2 al-quran, hukum minum untuk kesihatan?? 2009-08-20 11:08 AM
Minum harus cuma jangan rasa air itu menyembuhkan, Allah yang menyembuhkan
RAFIZAH salam,ustaz bolehkah kita puasa sunat di penghujung bulan syaaban sedangkan awal dan penengah kita tidak ambil? 2009-08-20 10:16 AM
Makruh
http://hjarshad.blogspot.com Salam...Selamat Berpuasa kepada Ustaz dan yg Membaca Blog ini..
2009-08-20 10:16 AM
Selamat Haji, InsyaAllah jumpa di Mekah
ikin Kenapa susah nak cari lelaki yg mjaga SOLAT 5 waktu? 2009-08-20 9:42 AM
cari kat masjid baru senang jumpa, kalau kat kaki lima memang payah jumpa
ikin mcm mn nak lembutkan hati suami agar ia SOLAT? 2009-08-20 9:39 AM
sedekahkan fatihah padanya
Tonet Salam. Blh x isteri minta CERAI dgn suami krn x sanggup bhadapan dgn nya yg x pernah SOLAT 5 waktu d sepjg pkahwinan yg tlh mcecah 4 th.... 2009-08-20 9:36 AM
Cerai hanya dibenarkan jika berlaku mudharat, kalau puan memang mudhrat mental sebab itu, maka boleh
blue ocean Knp rmai org yg dh g tnaikan hj tp bla blk ada yg prangai jd mkin truk?Adakh itu ujian bgnya? 2009-08-20 3:07 PM
Kena cek balik hajinya itu, sebab antara tanda haji mabrur seseorang itu akan semakin menjadi baik
nur slm ustaz..aurat wanita islam dgn wanita bkn islam sm dgn bkn mhram.soalan sy x bolehkah kita bersalam atau pegang tgn dgn wanita bkn islam?2009-08-20 3:06 PM
salam boleh jika tidak timbul nafsu, aurat yang dijaga ialah bentuk tubuh badan
blue ocean Slm.Apa hkumnya jka kita mngikat saluran pranakan kcg btina utk m'elakkan ia mlahirkn ank krn bmbg kbjikan ank2 kcg ini akn t'abai? 2009-08-20 3:04 PM
harus, fatwa telah ada
nur syifa' 1.slm ustz.tmpt kje sya mdpt bos bru stlh bos lma dtkrkan krn byk kslhan tatatrtib.alhamdulillah bos yg bru ini wpun 'strict' tp adil n telus. mslh skrg pnyokong2 bos lma scra trang2 sngja mnykitkn ht bos bru ini n org2 yg d anggap mnykong beliau mlhn ada d antra mrka ini yg sgt tau hkum agma n b'glar hj n hjah tp masya allah..skp mrka amt m'dukacitakan.apa yg sya prlu buat ustz?mrka ini sgja mahu m'porakprandakan tmpt kje. 2009-08-20 2:54 PM
terus doakan
Ainia Boleh ke wktu kt nk keluarkan zakat wang simpanan & pendapatan dikeluarkan/diakadkan secara jamak/serentak? 2009-08-20 2:06 PM
Boleh
Ainia Salam.Ustz,betul ke di bln puase nie roh2 dibebaskan dr kubur utk 'mlawat' kaum keluarga yg ditinggalkan? 2009-08-20 2:04 PM
Wallahu alam
Guest salam ustaz,bagaimana nak keluar drp kepompong yg membelengu tanpa kesudahan & penyelesaian 2009-08-20 1:55 PM
Hijrah
Guest Salam.. Ustaz saya ingin bertanya apakah hukumnya berpuasa awal sehari dari yang dittpkn di m'sia dgn alasan mengikut mule puase di mekah. 2009-08-21 4:26 AM
Boleh, tapi seafdhalnya, kena ikut ijtihad setempat
Nur Assalamualaikum Ustaz. Selamat menyambut dan menjalani Ramadhan AlMubarak. Juga kepada semua saudara blog ustaz amin 2009-08-21 3:30 AM
Selamat juga pada puan
Guest salam ustaz,blh tak solat pkai mask utk elk jgkitan H1N1. 2009-08-21 3:04 AM
Boleh ketika darurat ini, asalakan jangan tertutup dahi
Guest salam ustaz,sy ada bank in rm100 utk fdyah kt yysn al ijabah, hrp mklum.. 2009-08-21 3:03 AM
Tk
Saya biasa amalkan mathurat. Bila uzur boleh ke saya teruskan? Jazakallah 2009-08-21 2:36 AM
Boleh
Guest Apakah hukumnya seorg suami melafazkan"ingatkan berkahwin dgn dia(isteri)menyenangkan tapi menyusahkan"kerana isteri pd masa tu sakit(cancer)..2009-08-21 1:26 AM
Paling rendah makruh, boleh sampai haram
Guest slm ustz,bolehkah saya berdoa utk suami selepas saya mendoakan utk ibubapa saya..mana yg patut didahulukan? TQ 2009-08-21 1:15 AM
Boleh, jika mana yang lebih utama, bagi perempuan, doa pada suami
Jafar Aqsa Ustaz TK kerana mendoakan kesihatan cucu saya (1 yr). InsyAllah cucu Mohd Faez Awwal sihat walafiat sekarang. Amin! 2009-08-20 11:49 PM
Alhamdulilah
Wallahu Alam,
Semoga menepati kehendak soalan. Kalau masih ada kesamaran, bolehlah bertanya kembali.
“Pertanyaan, Kunci Pengetahuan”
Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
21 Ogos 09, jam 12.30 tengah hari
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
1 comment:
salam uztaz. jika solat berimam, samaada solat fardu dan terawih, perlukan kita baca surah selepas baca fatihah?
Post a Comment