Thursday, August 13, 2009

Jawapan Pada Persoalan 42

Alhamdulillah, kesempatan yang ada, dapat kita berkongsi jawapan bagi persoalan yang diajukan

hawa salam...ustaz bole ty. al-quran menyatakan lelaki baik utk perempuan baik dan sebaliknya, tetapi skrg byk kes sy lihat dan baca di akhbar..kebanykanya isteri dah baik tetapi si suami pula kaki judi, arak dan begitu la sebaliknya, saling mendapt pasangan yg berbeza akhlaknya. Adakah ini jodoh yg telah ditetapkan Allah seperti yg dijanjikan atau mereka sendiri tersilap memilih pasangan @ itu bkn odoh sbnr mereka. maaf jika soaln ini bt sesiapa terasa 2009-08-11 11:38 AM

Baik bagi kita, tidak semestinya baik bagi Allah. Ada kalanya, isteri mendapat suami jahat, rupanya dengan demikian dia semakin rapat dengan Allah, dan suami walaupun jahat, ada isteri yang boleh menegurnya.

Rupannya, di hujung usia, isteri penuh dengan pahala sabar, suami berubah menjadi soleh hasil solehahnya isteri.

Jangan lihat percaturan Allah dalam waktu yang pendek. Nanti kita tidak Nampak hikmahnya.

Nak melihat gajah, jangan ketika dekat, dan kita hanya pegang kakinya, nanti kita akan kata, gajah macam tiang. Orang yang pegang hanya telinga, akan kata gajah macam kipas.

Kalau mahu melihat hikmah pada takdir, jangan lihat sekitar setahun, dua tahun atau sepuluh tahun. Tapi lihat seluruh kehidupan.

Untuk itu, perlu selalu minta supaya Allah bimbing kita dalam berfikir.

siti ustaz..adakah siang lebih panjang waktunya drpd waktu malam salah satu tanda2 kiamat dah hmapir dekat? skrg ni sy lihat siang lbh lama berbanding mlm 2009-08-11 11:29 AM

Kalau duduk dekat kutub utara, sejak dulu lagi, siang hampir 6 bulan, dan malam panjang hampir 6 bulan. Jadi bukan panjang atau pendek sebenarnya.

tapi tanda hari kiamat apabila, masa semakin sedikit digunakan untuk ingat Allah, kebanyakkan masa dihabiskan mengingat kerungsingan dunia.

blue ocean trma ksh ustz.blh dkatakan hmpr stiap hr sy surf blog ni.tnang n mberi byk ksdrn..sm2 kita b'usha m'mrtbtkan islam. 2009-08-11 11:09 AM

Sama-sama, kenapa nama blue ocean, sempena nama buku ke?

damia A.pkrja kntn d tmpt keje sy m'pnyai skndal wpun msg2 b'status suami n istri org n skndal ini tlh smpai ke thp yg amt brt.phk pntdbrn tau hal ini nmun hny mberi nsht.adakh bdosa jika sy n rkn2 mkn n mnum d kntn tsbut mmndgkan ia dsdiakn olh org2 yg mlkukan mksiat? 2009-08-11 10:58 AM

Dari sudut feqah tidak berdosa, dari sudut tasauf sahaja tidak afdhal

ajid assalamuikum..pakabar ustaz.. 2009-08-11 3:33 PM

Alhamdulillha, sihat-sihat orang tua, macam nil ah…

Guest ustaz,kenapa amalan sihir makin manjadi -jadi dan diizinkan tuhan,puas berikhtiar buat,solat hajat tp mcm tak da kesan,org yg buat sihir ttp tak brubh 2009-08-11 3:27 PM

Sihir diizin tuhan kerana ada usaha. Sihir juga tidak akan jadi jika orang yang cuba disihir ada usaha menjaga diri. Ini kerana, jika kedua-dua ada usaha, maka Allah akan memenangkan usaha yang baik. Masalahnya, dah kena baru nak usaha. Maka, memanglah lambat sikit.

Sepatutnya, Kena usaha dari awal. Dari awal telah mengamalkan ayat kursi contohnya. Maka ketika sihir hampir, dari awal lagi ia telah menjadi tawar.

Guest 12 assalamualaikum ustaz,mcm mana jika seorang imam melihat kemungkaran di depan matanya,misalnya remaja berdating tp dia buat tak nampak,bila terjadi sesuatu yg tak elok,dia akan menghebohkan perkara tersebut di kwsan umum msalnya surau utk tujuan memalukan ibu bapa.Adakh dia lyk dihormat sbgai imam 2009-08-11 3:13 PM

Kalau bacaannya baik dan ilmunya ada, memang layak jadi imam. Cuma kelemahanya di sini ialah kurangnya ilmu dakwah. Jadi, dia kena belajar ilmu dakwah.

Jadi, sebagai imam yang layak, kita kena hormat dia. Cuma sebagai seorang pendakwah, memang kurang sikit. Jangan sampai, kebencian kita menutup segala kebaikan yang ada pada dia.

Nor A'salam ada sorg ustaz sebut ada ciri2 anjang yg kta wajib ikut, apa p'dpt ustaz 2009-08-11 2:38 PM

Maaf puan, saya tak faham soalan ini, minta Tanya balik

nana salam ustaz, apa tanda-tanda kematian.sy sering terfikir kematian.sy takut 2009-08-12 1:28 AM

lebih baik takutkan hidup dari takut mati. Kalau mati, dah tak dikira tanggungan masa. Tapi selagi hidup, setiap saat ada tanggung jawab yang kena buat.

Sebab itu, orang beriman, memaksimakan amalan dan merindui kematian

H N Salam.. ada tak asma al Husna yg brmaksud Tuhan itu Indah 'Yg Maha Indah' daa tnyer rmai ttp jawapan x mmuaskn! 2009-08-11 11:12 PM

Dalam hadith ada iaitu al-Jamil. Tetapi nama al-Jamil tidak di senaraikan di dalam 99 asmaul husna.

i luv um salam, uztaz, apa hukumnya kita mghadiri majlis berbentuk kesenian? cntohny, talent night, ap tndkan kita sppttny ambik?? 2009-08-11 5:28 PM

kalau berlaku percampuran bebas, maka hukum asalnya haram. Kecuali kita datang dengan niat nak berdakwah

mojo berapa % drpd wang simpanan yg wajib dizakatkan 2009-08-11 3:46 PM

2.5 % setelah cukup haul dan nisab

salsa salam ustz. adakah dibenarkan bersolat secara duduk di dalam bas ekspres yg bergerak w/pun kita boleh minta driver bas berhenti dimana2 utk solat 2009-08-12 7:13 AM

kalau boleh minta berhenti, dan dia memang nak berhenti, maka tak sah, sebab kita ada pilihan membuat solat secara sempurna

zukrie salam ustaz puasa ganti dibolehkan selepas 15 syaban atau tidak? 2009-08-12 6:18 AM

Boleh

Guest Saya terdengar ceramah agama mengatakan tidak elok diberi makan nasi yang tidak habis semalam kpd anak dikatakan boleh membekukan otak anak2 2009-08-12 5:20 AM

Saya tak jumpa perkara ini, tapi, perkara yang saya tak jumpa bukan bermakna tidak ada. Rujuk ustaz berkenaan.

Guestazam salam ustaz.saorang isteri yg bekerja terpaksa menanggong suami yg sihat & anak2,apakah yg ditolak dlm pengiraan zakat pendapatannya. 2009-08-12 4:14 AM

Tanggungan nafkah tersebut

Guest salam ustaz. solat qada dilakukan pada bila2 waktu atau tertentu. cth. zohor waktu zohor tau bila2. tkasih 2009-08-12 3:44 AM

Boleh dilakukan bila-bila masa sekalipun

Guest salam ustaz..mohon ustaz doakan saya temujoh cepat.. 2009-08-12 3:27 AM

Amin.. temu jodoh yang soleh

nana apakah hukum seorg islam berkahwin mengikut adat cina kerana bakal suaminya muaallaf cina. 2009-08-12 3:06 AM

ikut adat tak apa, jangan ikut agama. Pun begitu, adat mestilah kena selaras dengan syarak. Kalau disuruh pakai Cong Sam yang dedah aurat, tak boleh.

Guest ustaz, kalu kite minta maaf kt org kite wat salah, tp die tak tau maafkan ke tak, mcm mane ye? 2009-08-12 1:52 AM

Nasib badanlah. Kena terus minta maaf. Kalau tak maafkan juga, doa pada Allah untuk orang itu dilembutkan hati untuk memaafkan kita

Guest salam ustaz.sy ade tanye psl kencing mlm tu.mainan tido je ke?ade sakit ape sampai kene urut?isau gak keturunan, anak2 nant. 2009-08-12 1:51 AM

Itu kena tanya yang arif pasal bab itu. Saya tak tahu. Yang saya pernah dengar dulu waktu saya sekolah, orang kencing malam kena urut lepas tu baik. Wallahu alam.

nana sy akui sy byk buat dosa.ustaz bantulah sy.sy takut akan mati.. 2009-08-12 1:31 AM

minta bantuan dari Allah untuk diperbaiki diri.

Us Kamaruddin Assalamu'alaikum ... minta alamat lengkap Gereja tersebut utk kami AKTIVIS LANDAS melawat melawat tempat tersebut Minta Us Amin call ana Us Kamaruddin Kassim - Biro Bimbingan Jawatankuasa Pemulihan Dadah AADK 0194782708 2009-08-12 2:30 PM

Saya tak boleh paparkan di atas sebab tertentu. Untuk call, insyaAllah, nanti lapang saya berhubung

noorize salam ustaz. saya ingin tau makna dalam bahasa arab nama Eryna Farzana dan Qistina.Harap ustaz sudi membantu. terimakasih 2009-08-12 1:18 PM

Eryna Farzana, nanti saya rujuk balik
Qistina bermakna keadilan kami

guest salam ustaz. bagaimana kita boleh tahu Allah redha pada kita. 2009-08-12 10:14 AM

apabila hati menjadi tenang

HambaAllah Salam ustaz.Apakah yang di maksudkan dengan perbanyakkan Mujahadah 2009-08-12 8:13 AM

Banyakkan melawan gelojak nafsu

wahida ustaz..sy nk minta pandangan ustaz..sy seorg pendiam dan tidak reti bergaul dgn msykt, tetapi sy da cuba namun disebabkn x reti bergaul dgn rakan2 sekerja, sy dikutuk ,jika ada silap sedikit dibelkg sy mereka mengata, sy amat sedih..bkn sy xnk bergaul cuma x reti utk berbual topik yg sesuai dgn org yg lbh tua, minta ustaz bg ustaz bg nasihat dan pndgn apa yg harus sy lakukn? kdg sy redha sje bila sy dikutuk, adakh mereka berdosa?2009-08-12 7:36 AM

Teruskan redha. Redha bukan pasrah, redha adalah kematangan kita berfikir bahawa segala yang berlaku ada hikmah

salsa yg mana lebih afdhal seorg wanita baca quran dlm hati @ diperdengarkan suara 2009-08-12 7:18 AM

bergantung pada keadaan. Kalau tempat banyak lelaki, maka lebih baik baca perlahan atau dalam hati

Wallahu Alam,

Semoga menepati kehendak soalan. Kalau masih ada kesamaran, bolehlah bertanya kembali.

“Pertanyaan, Kunci Pengetahuan”
Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
13 Ogos 09, jam 1.07 pagi

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...