Sunday, August 2, 2009

Diari 96 – Pancing Lebih Bagus

“Ustaz, apa yang boleh saya bantu?” Kata Dato Roslan Khalid, salah satu Melayu Islam kita yang dapat membina sebuah kompleks membeli belah Axis Atrium di Cempaka, Pandan Indah.

Beliau tahu akan rumah anak yatim al-Ijabah yang saya dan sahabat-sahabat kelolakan.

“Ustaz, kalau kompleks saya siap, saya nak bagi ustaz lot kedai untuk ustaz berniaga” kata Dato’ Roslan

“Itu yang terbaik, bagi saya pancing dan jangan bagi saya ikan” kata saya pada hujung tahun 2008.

“Ustaz, nak buat apa?” Katanya

“InsyaAllah, saya nak kembangkan kedai optical yang saya ada. Setakat ini, Alhamdulillah, telah ada satu di kampung Melayu Subang dan satu di Seksyen 9 Shah Alam. Dua kedai ini banyak membantu aktiviti yang dijalankan” Kata saya.

“Satu lagi, kalau dapat saya nak buat kedai buku” kata saya.

“Ok ustaz, saya uruskan lot ini untuk ustaz” kata Dato Roslan.

Dengan pertolongannya, saya dapat dua lot kedai ini. Malahan, bagi kedai buku, saya mendapat hak eksklusif bahawa di tempat ini, tidak akan ada kedai buku lain. Kedai buku yang bukan Islam menunggu sahaja untuk masuk.

Bagi kedai optical, tidak ada masalah insyaAllah, pengalaman saya dan isteri yang juga seorang optometrist mengendalikan dua kedai ini, banyak membantu.

Bagi kedai buku, saya mendapat mentor dari seorang anak murid arwah ayah saya, En. Hussain. Beliau empunya kedai buku di dalam terminal di KLIA.

“Ustaz, kedai buku ni, modal dia agak besar juga. Kalau nak buat betul-betul, paling kurang, stok buku dalam RM 500 ribu dan alat tulis dalam RM 150 ribu, barulah sesuai ia terletak di Kompleks membeli belah” kata En Hussain yang tinggal di Subang Jaya.

Saya membuat kertas kerja, kedai buku dihantar ke Prosper PUNB dan kedai optical ke Mara.

Masa terus berlalu. Kompleks ini semakin naik. Hinggalah, baru-baru ini, saya dimaklumkan bahawa, Mara tengah tidak ada budjet sekarang kerana kementeriannya telah dimansuhkan manakala PUNB tidak meluluskan projek ini kerana tidak yakin akan potensi tempat ini.

Sebaik sahaja saya memaklumkan hal ini, kedai buku yang bukan Islam terus masuk ke dalam kompleks ini.

Apa yang boleh saya katakan. Tak apalah bukan rezki.

“Abis kedai optical macam mana ustaz” Tanya Dato’ Roslan.

“InsyaAllah, saya akan teruskan. Walaupun tidak ada bantuan dari mana-mana setakat ini, itu Allah punya kerja” kata saya.

“Tapi ustaz, ustaz akan bersaing dengan pesaing besar. England Optical, Focus Point dan sebuah kedai lagi. Mereka semua telah mengesahkan kemasukan mereka di kompleks ini” kata Dato’ Roslan.

“Tak apa, biar ia menjadi satu fardhu kifayah, ketiga tadi semuanya bukan orang Islam”

“Ustaz nak tengok tapak kedai ustaz tak?” Kata Dato Roslan.

“Boleh juga” kata saya.

Kami berjanji bertemu di tapak pembinaan pada pagi 1 Ogos 09, jam 10.30 pagi. Saya mengajak sekali kontraktor untuk tujuan renovation yang dijangka akan bermula hujung bulan ini.

Ketika melangkah masuk, saya melihat kompleks yang tersergam ini. Hampir mahu siap. Tapak kedai saya (insyaAllah) betul-betul di hadapan tangga bergerak. Saya melihat kedudukan kedai England Optical, Focus Point dan sebuah lagi kedai. Memang strategik.

Kompleks ini memang mempunyai potensi. Kalau tidak, masakan penyewa besar semua ada di sini, Carefore, KFC dan lain-lain. Tapi sayang, tidak ramai orang Islam kita yang mampu untuk ke sini.

Saya melangkah keluar. Setelah berbual tentang perjalanan kompleks ini, saya meminta diri.

Macam mana ia hendak dimulakan, saya tak tahu. Tapi insyaAllah, jika ia dipermudahkan Allah, maka ia akan berjalan dengan mudah.

Kita bukan bergantung dengan dunia. Kita bergantung dengan Allah. Kalau Allah menghendaki ia berjaya, ia dapat direalisasikan.

Cuma, Allah mahu usaha kita digandakan. Gandaan usaha itu bukan untuk Allah susahkan kita, tetapi untuk Allah beri pula pahala berusaha sebagai bekalan di akhirat.

Sebab itu orang mukmin tidak pernah rasa kecewa dalam hidupnya. Kalau berjaya, mereka akan bersyukur, kalau gagal, mereka akan bangun dan usaha lagi.

Apa pun, semoga ia dipermudahkan oleh Allah.

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
2 Ogos 09 jam 11.15 pagi
Di hujung tangga ini, insyaAllah tapak kedai, orang sekitar Pandan dijemput hadir
Bersama Dato' Roslan Khalid
Axis Atrium, hampir siap
Semoga ia dipermudahkan Allah

4 comments:

JALAN REBUNG said...

salam ustaz,

saya doakan semoga usaha ustaz yang penuh keikhlasan ni akan mencapai kejayaan

Husni Al-Banjari said...

Salam Ustaz,
Semoga Allah gantikan tempat yang lebih baik.
Saya cadangkan Ustaz iklan kan buku yang ustaz tulis tu di blog ni dan jual secara online.
wassalam. (Husni-PCM)

Anonymous said...

Salam ustaz, mintak tolong nasihat2kan la si roslan khalid ni. Project axis crown dia x siap2 lagi sampai sekarang. Ramai pembeli teraniaya menangung hutang di bank beratus ribu atas project ini. Dari 2009 smpi skrg masih tiada apa2 berita dr pihak dia. Mintak dia selesaikan dulu mana yg patut. X baik aniaya org, ratus ribu hutang bkn jumlah yg kecil. Ade pembeli jatuh muflis disebabkan dia. Dlm masa sama dia bermewah2 dgn harta dunia. Mudahan dia dpt hidayah utk perbetulkan salah laku dia supaya dia selamat dari azab2 kubur yg amat pedih

Anonymous said...

Salam Ustaz,
Alhamdulilah ada pemaju ISLAM kita bermurah hati dgn Ustaz.
Tapi sayangnya project Axis Pandan tak siap2 lagi. Yg bukan islam sudah tak percaya ada org islam sanggup abaikan tanggungjawab.
Ustaz,
Nasihat la saudara kita itu. Jangan la ia lalai dari tanggungjawab