3.00 pagi, 27 Ogos 09. Kami mula naik ke kapal Gulf Air, Airbus A 320, dari Bahrain untuk ke Jedah. Tempat duduk saya hari ini di belakang sekali, kerusi 28 B. Kapal kali ini seperti Air Asia. Terbuka dan tidak ada business class.
Saya orang pertama yang naik ke kapal, terus ke belakang, tempat duduk saya. Seorang demi seorang naik mencari tempat duduk masing-masing.
Orang-orang Arab yang naik ke kapal, main suka-suka duduk di kerusi yang kosong tanpa melihat nombor yang telah didaftarkan.
Berlaku kekecohan apabila penumpang, ada yang bertekak kerana masalah tempat duduk. Pramugara dan pramugari memang dah sedia maklum perangai mereka, dengan cepat terus mencarikan tempat duduk orang yang diambil dengan tempat duduk lain.
Ketika kapal hampir bergerak, seorang perempuan di hadapan kerusi saya tiba-tiba bangun. Pramugari terus memberikan arahan untuk dia duduk. Rupanya dia mencari suaminya. Dari belakang terus ke hadapan sambil memanggil-manggil nama suaminya.
Ketika dari hadapan ke belakang semula, baru suaminya perasaan dan menyahut panggilan isterinya. Suaminya duduk ditengah-tengah kapal.
Yang ada mula senyum dengan gelagat wanita ini.
Cuba bayangkan, itu baru di dunia, mencari seseorang dalam lingkungan yang kecil. Bagaimana di akhirat jika seseorang mencari orang yang diambil haknya untuk meminta maaf di dalam lautan manusia yang tidak bertepi. Betapa susahnya waktu itu.
Sebab itu, di dunia ini, tunaikan hak orang lain sebaik-baiknya.
Kapal mula bergerak jam 3.15 pagi. Ia dimulakan dengan doa. Ini kelebihan kapal terbang Negara Arab. Perjalanan akan dimulakan dengan doa
3 orang pramugari dengan muka yang kelat kerana letih melayan karenah penumpang mula menunjukkan prosedur keselamatan.
3.26 pagi, kapal mula meninggalkan airport Bahrain. Ketika kapal mula bergerak, penumpang ada yang suka-suka bangun dan berdiri. Mungkin pertama kali nak kapal terbang dan tak tahu prosedur keselamatan yang ada.
Kapal mula stabil dan isyarat memakai tali pinggang keselamatan mula dipadamkan. Pramugara dan pramugari yang ada, cepat-cepat kali ini mengambil makanan dan dihidangkan.
Jam menunjukkan pukul 3.40
“Ok, kamu semua ada 10 minit sahaja makan. Dalam 3.50 akan masuk waktu subuh, katanya.
Kami cepat-cepat makan nasi baryani yang dihidangkan. Punya kelam kabut, hingga air mineral pun tak sempat dituangkan. Setiap baris kerusi diberi sebotol air dan cawan. Masing-masing diminta untuk menuangkan sendiri.
Habis makan, saya dan beberapa jemaah terus mengambil wudhuk dan solat subuh.
4.55 pagi, kapal mulai turun rendah. Sudah kelihatan Bandar Jedah dari atas. Pukul 5.12 pagi, kami selamat tiba di King Abdul Aziz International Airport, Hajj Terminal.
5. 45 kami masuk ke dalam satu tempat ruangan menunggu. Pada ketika ini, semua penumpang dikuarantinkan di satu tempat. Setiap penerbangan satu tempat. Kami menunggu untuk diperiksa dan masuk ke Jedah.
“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
Al-fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
King Abdul Aziz International Airport, Hajj Terminal
27 Ogos 09, jam 7.35 pagi
Di post dari al-Marwa Hotel Mekah al-Mukarramah 30 Ogos 09, jam 4.40 petang
Seorang perempuan yang mencari suaminya, padahal kapal mula bergerak
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
1 comment:
warna-warni sebuah perjalanan..
Post a Comment